You are on page 1of 3

MODUL KEM PERMATA PUTERI

PPIM VERSI PDPR 2021

MODUL 1

PENILAIAN TAHAP PUTERI BONGSU SEKOLAH RENDAH


TAJUK PUTERI BERILMU LAGI KREATIF
BIDANG UTAMA PENGENALAN PPIM
BIDANG GABUNGJALIN 1. PENGENALAN PPIM: 1(i),(ii),(iv) & (v)
2. KEMAHIRAN: 5(iv)
3. PERTOLONGAN CEMAS : 7(i) & (ii)
4. KEROHANIAN : 2(viii)
TEMPOH PELAKSANAAN 1 JAM 30 MINIT ( 2 MINGGU )
KEMAHIRAN INSANIAH PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
TEORI 1.Memahami pengertian logo puteri, suluhkata, ikrar, lagu dan
kedudukan bendera.
2. Menggunakan jahitan asas untuk menghasilkan buku skrap
3. Membaca basmallah sebelum memulakan tugasan.
4. Berhati - hati menggunakan alatan menjahit.
AMALI 1. Menghasilkan buku skrap yang mengandungi maklumat asas
ppim
2. Menghias dan menggabungkan buku skrap menggunakan
jahitan asas seperti jahitan jelujur , silang pangkah, insang paridan
sebagainya.
TAFFAKUR Catatan Buku Log/ Skrap, Refleksi tugasan, Amalan Kerohanian:
Basmalah, doa & adab
PANDUAN GURU PEMIMPIN 1. Memberi pendedahan berkaitan logo puteri, cogan kata,
suluh kata, lagu puteri dan kedudukan bendera
menggunakan bahan edaran seperti nota/ slaid power
point/tayangan video dan sebagainya mengikut kesesuaian.
2. Memberi panduan dan bimbingan dalam penyediaan buku
skrap.
3. Mengajar pelbagai jenis jahitan asas yang sesuai digunakan
untuk mencantum kertas, kotak atau kain.
4. Menggalakkan ahli puteri memulakan tugasan dengan
membaca basmallah dan doa.
5. Mengingatkan ahli puteri agar sentiasa berhati – hati semasa
menggunakan alatan tajam.
ARAHAN KEPADA MURID 1. Ahli puteri diminta menghasilkan buku skrap yang
mengandungi bahan- bahan berkaitan pengenalan PPIM yang
diajarkan.
2. Ahli puteri boleh menggunakan huruf – huruf daripada
majalah/pembungkus makanan/ surat khabar dan sebagainya
untuk dijadikan perkataan yang berkaitan seperti motto atau
suluh kata PPIM.
3. Ahli puteri diminta menghasilkan buku skrap tersebut
mengikut kreativiti sendiri dengan bimbingan.
4. Ahli puteri diminta menggunakan jahitan asas yang
bersesuaian untuk mencantumkan kertas/kotak atau
menjadikannya bahan hiasan tambahan dalam penghasilan
buku skrap tersebut. ( Rujuk lampiran yang diberi )
5. Ahli puteri hendaklah menghantar rakaman video atau
gambar sepanjang proses penghasilan buku skrap.
6. Hasilan hendaklah digambar dan perlu dihantar kepada guru
pemimpin apabila diminta.
ALATAN/BAHAN 1. majalah/bekas makanan/surat khabar
2. kotak/kad manila
3. alat tulis
4. benang, jarum,gam,gunting
5. bahan hiasan tambahan
HASILAN TUGASAN Rakaman Video/gambar dan buku skrap
RUJUKAN  NOTA PPIM
 https://youtu.be/5oqu96yxw8g
 https://youtu.be/IGnnkr120g0
 https://youtu.be/2bmdEDTg1qk
 https://youtu.be/Cmap7oxnqVY
( link diy buku skrap dan jenis jahitan asas)

LAMPIRAN :
NOTA TAMBAHAN :

You might also like