You are on page 1of 10

BAB 5

AUTOCAD

5.1 Pengenalan Kepada Lukisan Terbantu Komputer

Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Drafting’
(CAD). Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan
lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan,
manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer.

Dr. Ivan Sutherland dari institute Teknologi ‘Massachusetts’ merupakan individu yang
bertanggungjawab dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD pada
tahun 1963 dan dipasarkan pada tahun 1964. Sistem ini mampu menghasilkan produk yang
berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia menjimatkan kos. Di samping itu,
perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang,
lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk.

5.2 Kelengkapan Dalam Sistem CAD

Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua:


i. Secara manual
ii. Secara CAD

Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti


pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan.

i. Peranti masukan :
 Papan kekunci
 Tetikus
 Pengimbas

ii. Peranti keluaran :


 Monitor
 Pencetak
 Pemplot

1
`
iii. Peranti storan :
 Cakera keras
 Disket
 CD
 ‘Pen-drive’ dan sebagainya.

5.3 Perkakasan Komputer

i. Peranti Masukan
Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi
membentuk lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukan
arahan dan data. Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci dan
tetikus.
Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan simbol.
Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan alat peranti yang
menggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan pergerakan.

ii. Peranti Keluaran


Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian AutoCAD boleh dicetak dengan
menggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.

Pencetak pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau


hitam putih.
Pemplot digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.
Terdapat pelbagai jenis pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik,
microgrip dan yang terkini teknologi pemplot laser.

iii. Peranti Paparan


Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan atau
reka bentuk dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkan
maklumat seperti angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus dan
papan kekunci.

iv. Peranti Storan

2
Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras, disket,
cakera padat (CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya.

5.4 Perisian Lukisan CAD dan Fungsinya

i. Pengenalan Perisian AutoCAD

Selama beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang berasaskan
DOS kepada aplikasi tetingkap (Windows). AutoCAD 2007 meneruskan aliran ini dengan
persembahan dan ciri-ciri baru yang lebih banyak, menjadikan kerja melukis lebih mudah
dan berkesan. Dengan memberi tumpuan kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk
mampu mencipta AutoCAD yang lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna
mempunyai kebebasan untuk menyusun paparan AutoCAD dengan mengklik dan
memindahkan kompunen-komponennya.
Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan
perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES,
dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk
dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk
memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna
mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan
ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.

ii. Kelebihan AutoCAD

Kerja menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dan
cepat. Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual yang
memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika
menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya
menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak.

Selain itu, salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja
yang dihasilkan dari perisian ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jika
berlaku lukisan kerja terkoyak atau rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh
dicetak lagi menggunakan pemplot (plotter).

Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintah-
perintah (command) yang digunakan dalam perisian AutoCAD memberi fungsi yang tepat

3
dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis. Kelebihan yang ada dalam
perisian ini menggunakan perintah-perintah (command) yang sama dalam melakukan
lukisan kerja secara manual. Contohnya; garisan (line), bulatan (circle), lengkok (arc) dan
sebagainya.

Lukisan kerja boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan berwarna.
Terdapat peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti pencetak
dan pemplot. Peranti-peranti inilah yang akan mengeluarkan lukisan dengan cepat pada
skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot dalam jenis saiz kertas yang
dikehendaki.

Hasil kerja lukisan boleh disimpan dalam peranti storan seperyi cakera keras, cakera
liut atau cakera padat (CD), ‘pen-drive’ atau ‘thumb-drive’ dan sebagainya. Lukisan kerja
yang dibuat dalam perisian AutoCAD membolehkan ianya disimpan dengan selamat tidak
memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan lukisan.

iii. Perintah Kendalian Pengurusan Perisian AutoCAD

a)

Tetingkap AutoCAD
Rajah 5.4.3 Contoh paparan tetingkap Program AutoCAD

Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian iaitu :


i. Bar menu tarik turun ( pull down menu bar )
ii. Tolbar kekal dan tolbar apungan ( Docked and floating toolbars )

4
iii. Kawasan melukis ( Drawing area )
iv. Baris perintah ( Command line )
v. Bar status ( Status bar )

Menu Tarik Turun (Pull Down Menu)


Kaedah yang mudah difahami telah tersedia daripada bar menu tarik turun untuk
mencapai kawalan am dan persediaan AutoCAD. Dalam menu tersebut terdapat beberapa
perintah dan mempunyai fungsi yang merupakan suatu yang utama kepada AutoCAD. Item-
item pada menu melaksanakan empat fungsi asas seperti memaparkan pilihan-pilihan menu
tambahan. Selain itu, memaparkan kotak dialog yang mengandungi ‘setting’ yang boleh
diubah, mengeluarkan arahan yang memerlukan ‘input’ papan kekunci dan lukisan, dan juga
menyediakan satu set tambahan tol-tol yang sama dan terdapat pada tolbar ‘modify’ dan
tolbar ‘draw’.

Tolbar Piawai (Standard Toolbar)


Tolbar piawai biasanya dipaparkan pada sebelah atas tetingkap AutuCAD. Tolbar
tersebut memaparkan ikon-ikon serasi tetingkap seperti ‘new’, ‘open’, ‘save’, ‘print’, ‘print
preview’, ‘cut’, ‘copy’, ‘paste’, ‘undo’, ‘redo’ dan lain-lain.

Tolbar Ciri-ciri Objek (Object Propeties Toolbar)


Spesifikasi ‘layer’ seperti warna, jenis dan ketebalan garisan serta status ‘layer’
merupakan paparan daripada tolbar ciri-ciri objek. ‘Layer’ boleh dibayangkan sebagai
lapisan lut sinar yang boleh diaktifkan dan ditentukan spesifikasinya. Contohnya, ‘layer’ teks
digunakan untuk menempatkan segala jenis garisan objek, manakala ‘layer’ dimensi untuk
menempatkan pendimensian. Penggunaan ‘layer’ bagi kerja-kerja lukisan AutoCAD tiada
terhadnya dan ia digalakkan untuk kerja-kerja suntingan menjadi lebih mudah dan cepat.

Tolbar ‘Modify’ dan Tolbar ‘Draw’


Tolbar ‘modify’ dan tolbar ‘draw’ menyediakan ikon-ikon perintah untuk melukis objek
baru dan menyunting lukisan sedia ada.

Kawasan Melukis (Drawing Area)


Kawasan melukis merupakan ruang kerja untuk melukis. Ianya hamper memenuhi
sebahagian besar pada layer. Semua jenis lukisan yang dilukis akan terpapar pada
kawasan ini. Tetikus digunakan dan kursor rerambut silang akan kelihatan pada kawasan
ini. Selain itu, ‘scroll bar’ di sebelah kanan dan di sebelah bawah kanan berfungsi untuk

5
melaraskan pandangan. Titik koordinat pepenjuru kiri bawah dan koordinat pepenjuru atas
adalah penentu bagi dasar saiz kawasan melukis.

Baris Perintah (Command Line)


Ruang bagi memasukkan arahan atau perintah AutoCAD selain penggunaan menu
tarik turun, ia juga berfungsi sebagai memasukkan nilai atau respons yang dikehendaki oleh
AutoCAD. Individu boleh memasukkan perintah menggunakan abjad pada papan kekunci.
Sesetengah perintah hanya memerlukan satu atau dua huruf awal untuk mengaktifkan
perintah, contohnya, perintah ‘line’ hanya taipkan sahaja ‘L’ pada baris perintah.

Bar Status (Status Bar)


Bar status terletak di baris bawah tetingkap AutoCAD. Ia menunjukkan paparan
koordinat, kursor rerambut silang dan juga status butang ‘snap’, ‘grid’, ‘ortho’, polar’, ‘osnap’,
‘otrack’, ‘line weight’ dan butang pilihan ‘mod model’ atau mod kertas.

b) Perintah Perisian AutoCAD

i. Garisan (Line) digunakan untuk membuat garisan lurus atau


garisan yang bersudut seperti yang dikehendaki.

ii. Bulatan (Circle) digunakan untuk membuat bulatan. Bulatan ini


boleh ditetapkan dengan beberapa pilihan syarat
seperti :
 Titik pusat dan jejari (Center, radius)
 Titik pusat dan diameter (Center and diameter)

iii. Lengkok (Arc) digunakan untuk membuat garisan lengkok.

Osnap merupakan suatu


kemudahan pada AutoCAD
bagi
m e n e n t u k a n
pengubahsuaian.

Rajah 5.4.4 Ikon-ikon dan fungsi osnap


6
Ubahsuai (Modify)

i. Padam (Erase) untuk memadam objek atau garisan dalam lukisan


yang tidak dikehendaki. Penggunaannya boleh
didapati pada bar menu ’modify’-‘erase’ atau tolbar
‘erase’.

ii. Kemasan (Trim) perintah ‘trim’ ialah untuk membuat kemasan atau
potongan sebahagian garisan pada objek atau
lukisan.

c) Arahan (Command) AutoCAD

Bagi penggunaan arahan (command) ianya dilakukan dengan mudah sekali kerana tidak
perlu untuk mencari pada menu bar. Contoh penggunaan arahan (command) :

i. Tulis arahan pada baris perintah (command line). Contoh ‘L’ untuk ‘Line’.
ii. Selepas itu, tekan papan kekunci ‘enter’ atau ‘space bar’.
iii. Tentukan titik permulaan bagi garisan (line) tersebut dan pilih panjang garisan dan
seterusnya tekan lagi sekali bagi menetapkan titik akhir bagi garisan tersebut.

Beberapa Arahan (Command) AutoCAD

 A =ARC
 AA=AREA
 AP=APPLOAD
 AR=ARRAY
 B=BLOCK
 BB=BREAK
 BH=BHATCH
 C=CIRCLE

7
 CC=COPY
 CH=CHANGE
 CL=CLAYER
 CM=CHAMFER
 D=DDLMODES
 DC=DDCHPROP
 DD=DDIM
 DE=DDEDIT
 DM=DIM
 DN=DONUT
 DS=DIST
 DT=DTEXT
 DU=DDUCS
 DI=DIVIDE
 DW=DVIEW
 DDE=DDEMODES
 DDI=DDINSERT
 DDM=DDMODIFY
 DDO=DDOSNAP
 DDP=DDPTYPE
 DDR=DDRENAME
 DDU=DDUNITS
 DWG=DWGNAME
 DDRR=DDRMODES
 E=ERASE
 EE=EXPLODE
 F=FILLET
 I=INSERT
 L=LINE
 LA=LAYER
 LI=LIST
 LS=LTSCALE
 LT=LINETYPE
 M=MOVE

8
 MI=MIRROR
 MS=MSPACE
 MV=MVSETUP
 O=OFFSET
 OO=OOPS
 OP=OPEN
 P=PAN
 PL=PLINE
 PN=PLAN
 PP=PEDIT
 PS=PSPACE
 PT=PLOT
 Q=SAVE
 QQ-QUIT
 R=REDRAWALL
 RE=REGENALL
 RR=ROTATE
 S=STYLE
 SC=SCALE
 SS=SOLID
 ST=STRECH
 T=TRIM
 U=UNDO
 UU=REDO
 CX=VPOINT
 W=VPORTS
 W=UCS
 WW=WBLOCK
 EX=EXTEND
 XX=XREF
 Z=ZOOM
 TR=TRIM
 ARRY=ARRY
 OR=ORBIT

9
 REC=RECTANGULER
 Ctrl C=COPY CLIP

10

You might also like