You are on page 1of 19

Topik 6 Pengenalan

Kepada Lukisan
Terbantu
Komputer (CAD)
HASIL
Di akhir PEMBELAJARAN
topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrif Lukisan Terbantu Komputer (CAD);
2. mengenalpasti perisian dan perkakasan yang perlu dalam Lukisan Terbantu
Komputer;
3. mengenalpasti konsep asas dalam Lukisan Terbantu Komputer;
4. mengenal pasti sistem koordinat perisian AutoCAD; dan
5. menggunakan perisian AutoCAD untuk menghasilkan lukisan yang mudah.

 PENGENALAN
Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu
perisian komputer yang digunakan bagi membantu masalah kejuruteraan seperti Lukisan
Mekanikal, Lukisan elektrikal, Lukisan Kejuruteraan Awan dan Seni Bina. Namun
demikian, penggunaannya tidaklah terhad kepada bidang yang tersebut sahaja, ia juga
digunakan dengan meluas dalam bidang-bidang lain seperti reka bentuk fesyen, topografi,
reka bentuk industri dan lain-lain. Sistem ini mampu menghasilkan lukisan yang
berkualiti, tepat dan menjimatkan kos. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan tentang
konsep asas perisian AutoCAD dan juga perintah asas dalam perisian AutoCAD.
Perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat dalam bidang
kejuruteraan dan reka bentuk.
130  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

6.1 KELENGKAPAN DALAM SISTEM CAD


Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi dua komponen iaitu perkakasan dan
perisian. Perkakasan adalah dirujuk kepada satu set komputer peribadi yang lengkap.
Manakala perisian adalah jenis program yang digunakan dalam CAD.

6.1.1 Perkakasan Dalam CAD


Perkakasan dalam sistem CAD mengandungi tiga komponen iaitu peranti masukan,
peranti paparan, peranti keluaran dan peranti pemprosesan. Rajah 6.1 menunjukkan satu
unit perkakasan yang lengkap untuk kerja CAD.
Peranti Peranti Paparan
Keluaran

Peranti
Masukan
Unit
Pemprosesan
Pusat

Rajah 6.1: Unit Perkakasan CAD

Peranti masukan terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Peranti paparan ialah
monitor, peranti keluaran pula terdiri daripada pencetak atau pemplot. Peranti
pemprosesan ialah bahagian atau sistem yang memproses segala kemasukan maklumat
atau data. Komponen ini biasa dikenali sebagai unit pemprosesan pusat. Keperluan
minimum yang diperlukan untuk menggunakan perisian dalam CAD ialah komputer yang
berasaskan pemprosesan yang berkelajuan tinggi, kad grafik dan pendigit.

6.1.2 Perisian Dalam CAD


Dalam pasaran terdapat pelbagai jenis perisian CAD seperti Autodesk AutoCAD, Solid
Work, Sketchpad dan lain-lain. Di dalam Autodesk juga terdapat pelbagai perisian seperti
Autodesk AutoCAD Mechanical, Autodesk AutoCAD Architecture, Autodesk AutoCAD
TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  131

Electrical dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai fungi dan tugas kerja yang
berlainan. Autodesk AutoCAD merupakan satu perisian yang paling lazim digunakan
dalam bidang teknikal.

Secara jelasnya sejarah perkembangan AutoCAD bermula pada Disember 1982 iaitu
AutoCAD Versi 1, Sehingga pada tahun April 1987 dikenali sebagai AutoCAD Versi 2.6.
Bermula pada Disember 1987, AutoCAD Release 9 diperkenalkan, Sistem berasaskan
DOS berakhir pada tahun1994 apabila Autodesk memperkenalkan AutoCAD Release 13
yang mana sistem operasinya boleh samada dalam DOS atau Windows. Pada tahun 1999
Autodesk membuka era baru dengan beberapa penambahbaikkan dengan mengeluarkan
AutoCAD 2000 diikuti dengan 2002, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009,2010, 2011 dan
sehingga yang terkini ialah AutoCAD 2012 yang dilancarkan pada Ogos 2011. Modul ini
anda akan diberikan asas penggunaan perisian AutoCAD 2011.

AKTIVITI 6.1
Bandingkan kelebihan dan kekurangan jika menggunakan sistem CAD untuk
kerja lukisan dan reka bentuk.

6.2 PENGENALAN KEPADA AUTOCAD


Anda boleh memulakan membuka perisian AutoCAD dengan dua cara samada melalui

Start Menu Programs atau pada ikon AutoCAD di paparan Desktop .Sebelum
memulakan kerja anda seharus memilih pada Startup Dialog Box bentuk kerja pilihan
anda. Rajah 6.2 menunjukkan paparan Dialog Box Start From Scratch.

Rajah 6.2: Dialog Box Start From Scratch


132  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

Nota:
AutoCAD tidak menyediakan secara otomatik paparan Startup Dialog Box. Bagi
pengguna Versi sebelum AutoCAD 2011, paparan ini boleh dikeluarkan melalui
Option► Dialog Box►System. Untuk AutoCAD 2011, setelah anda membuka program
AutoCAD anda perlu menaip pada baris perintah seperti berikut:

Command: startup 
Enter new value for STARTUP <0>: 1 
Command: filedia 
Enter new value for FILEDIA <0>: 1 

Setelah itu, anda telah bersedia untuk membuka fail baru dengan klik QNew pada

Standard Toolbar atau klik pada


Apabila Startup Dialog Box telah keluar, anda boleh memilih samada memulakan
AutoCAD dengan membuka fail sedia ada , membuka fail baru , memilih templet
tertentu , atau menggunakan wizard yang disediakan . Setelah itu anda perlu
menetapkan saiz kerja lukisan samada dalam Imperial (kaki dan inci) atau dalam
metric(mm). Penetapan ini adalah sangat penting kerana pada dasarnya AutoCAD
menyediakan saiz kerja lukisan adalah dalam bentuk Imperial.

Sistem AutoCAD 2011 menyediakan paparan kerja asal dalam bentuk 2D drafting &
Annotation, Namun, untuk memudahkan kefahaman anda agar tidak terlalu jauh
berbanding AutoCAD Release yang terdahulu, paparan kerja ditukar dalam bentuk
AutoCAD Classic. Penukaran ini boleh dibuat pada Workspace Switching dengan
memilih AutoCAD Classic.

Rajah 6.3: Workspace Switching


TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  133

Rajah 6.4: 2D drafting & Annotation

Layers Toolbars Menu bar Standard toolbar Line Type Control


Draw Toolbar

Modify toolbar

RUANGAN MELUKIS

User coordinate System (UCS) icon

Model tab & layout taps Command line Status bar

Rajah 6.5: Paparan Tetingkap AutoCAD Classic

Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian:


(a) Menu tarik turun (pull down menu)
Menu tarik turun terdapat pada bar menu. Di dalam menu ini terdapat perintah-
perintah dan fungsi yang merupakan nadi kepada AutoCAD. Rajah 6.6
menunjukkan menu tarik turun untuk perintah melukis.

Jika anda memilih menu Draw►Circle contohnya, terdapat enam kaedah


melukis bulatan yang disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6.
Berbeza apabila memilih dari toolbar yang hanya memberi lima pilihan
134  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

aplikasi tdak termasuk Draw►Circle►Tan, Tan, Tan. Begitu juga sangat ketara
apabila memilih aplikasi Draw►Arc yang memberikan 10 pilihan kaedah
melukis lengkung berbanding dengan hanya satu aplikasi sahaja dari toolbar
iaitu Arc 3 points.

Rajah 6.6: Menu tarik turun

(b) Tolbar (toolbar)


Terdapat 38 jenis kumpulan Tolbar yang disediakan dalam AutoCAD 2011,
setiap jenis dibahagikan kepada fungsi yang berbeza. Tolbar dalam AutoCAD
mengandungi ikon yang boleh memulakan suatu perintah. Jika anda
menggerakkan alat penunjuk (pointing device) ke suatu tolbar ia akan
memaparkan nama ikon itu pada penghujung alat penunjuk, dan jika diklik kanan
tetikus ia akan memaparkan jenis-jenis Tolbar samada yang telah dipaparkan
pada tetingkap AutoCAD atau belum. Anda boleh memilih samada mengeluar
atau memasukkan setiap jenis Tolbar tersebut bergantung pada keselesaan kerja
anda.
TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  135

Pada menu kumpulan toolbar yang


keluar, tanda ✓ itu merupakan
yang telah dikeluarkan pada
paparan AutoCAD.

Kumpulan-kumpulan icon ini juga


boleh dibuang dengan cara click
pada menu yang bertanda ✓
tersebut.

Rajah 6.7: Jenis-Jenis Kumpulan Tolbar

Terdapat beberapa tolbar akan dipaparkan semasa memulakan AutoCAD seperti


berikut:
• Tolbar Piawai (Standard toolbar)

• Tolbar Gaya (Styles toolbar)

• Tolbar Ciri-ciri Objek (Properties toolbar)


136  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

• Tolbar layers (Layers toolbar)

• Tolbar melukis (Draw Toolbar) dan Tolbar ubahsuai (Modify Toolbar)

DRAW Line Erase MODIFY


TOOLBAR Construction line Copy object TOOLBAR
Polyline Mirror
Polygon
Offset
Rectangle
Array
Arc
Circle Move
Revision Cloud Rotate
Spline Scale
Ellipse Stretch
Ellipse arc
Trim
Insert bolck
Make block Extend
Point Break at point
Hatch Break
Gradient Join
Region
Chamfer
Table
Fillet
Multiline text
Explode
Rajah 6.8: Draw toolbar dan Modify toolbar

(c) Ruangan melukis (Drawing area)


Ruangan melukis ialah ruang kerja yang disediakan untuk anda melukis tanpa ada
had keluasan yang ditetapkan. Semua objek yang dilukis akan terpapar dalam
kawasan ini. Biasanya kawasan melukis akan ditentukan oleh anda sebagai
seorang pengguna/pelukis.
TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  137

(d) Baris perintah (Command prompt/command line)


Ia merupakan ruang untuk memasukkan arahan kerja jika anda tidak
menggunakan tolbar atau menu tarik turun. Selain daripada itu, anda boleh
menggunakan baris perintah untuk memasukkan nilai/data yang dikehendaki oleh
suatu perintah. Baris perintah perlu sentiasa diambil perhatian kerana ia akan
menunjukkan aliran kerja yang bakal dijalankan.

(e) Bar status (Status bar)


Bar status terletak di baris bawah tetingkap. Ia menunjukkan paparan koordinat
untuk pergerakan kursor dalam paksi X dan Y jika paparan lukisan dua dimensi.
Selain daripada itu, ia juga menunjukkan butang untuk snap, grid, ortho, polar
tracking, osnap, osnaptracking, Dynamic UCS, Dynamic input, line weight dan
quick properties.

Snap Grid Orto Osnap Dynamic Lineweight Quick


UCS Properties
Polar Osnap Dynamic
Tracking Tracking input

Rajah 6.9: Status Bar

SEMAK KENDIRI 6.1


1. Namakan tiga keadah untuk memberikan perintah dalam AutoCAD.
2. Apakah kegunaan baris perintah dalam AutoCAD?

6.2.1 Penyediaan Kawasan Lukisan


Sebelum anda memulakan lukisan yang baru, adalah penting bagi anda menentukan
kawasan lukisan mengikut saiz kertas yang akan digunakan untuk bercetak. Perintah
limits akan membenarkan anda mengubah kawasan melukis dalam AutoCAD. Perintah
limits boleh diperolehi daripada menu tarik turun Format → Drawing Limits. Untuk
mengaktifkan perintah ini, anda juga boleh menaipkan perintah ini pada baris perintah.
138  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

Berikut adalah langkah kerja untuk perintah limits jika anda menggunakan baris perintah.
Kawasan lukisan yang baru ialah 297, 210 (mengikut kertas saiz A4).
Command : limits (tekan enter) 
Specify lower left corner or [ON/OFF]<0.0000, 0.0000>: 
Upper right corner<420.0000, 297.0000>: 297, 210 

Dengan langkah ini, anda akan memperoleh kawasan lukisan yang titik penjuru atas pada
koordinat 297, 210.

6.2.2 Sistem Koordinat


Asas utama dalam melukis adalah mengikut titik-titik koordinat dan paksi XYZ. Dalam
lukisan 2D, paksi utama yang digunakan ialah paksi X dan paksi Y, lukisan 3D atau solid
akan menggunakan ketiga-tiga paksi X, Y dan Z. Paparan AutoCAD akan menunjukkan
arah paksi-paksi tersebut.

Orientasi kerja dalam 2D Orientasi kerja dalam 3D


Rajah 6.10: Orientasi 2D dan 3D

Melukis dalam AutoCAD adalah berasaskan kepada sistem koordinat yang dikenali
sebagai Sistem Koordinat Cartesian. Adalah sangat jelas dalam AutoCAD, setiap arahan
lukisan yang diberikan mestilah berpandukan kepada arah paksi-paksi tersebut.
Sepertimana dalam Sistem Koordinat Cartesian matematik, bermula dengan titik
origin/asalan (0,0,0) , maka arahan kekanan paksi X adalah positif manakala arahan kekiri
paksi X pula negatif. Begitu juga bagi paksi Y dan paksi Z.
TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  139

Z +ve

Y +ve X +ve

X –ve Y –ve

Z –ve

Rajah 6.11: Sistem Koordinat


Terdapat tiga jenis sistem koordinat dalam AutoCAD seperti berikut:

(a) Koordinat Mutlak (Absolute Coordinate)


Koordinat ini mewakili nilai sebenar dalam perintah drawing limits/limits. Dengan
menggunakan sistem koordinat mutlak, anda boleh menentukan di mana titik koordinat
yang akan digunakan. Anda boleh mengikut langkah berikut menggunakan sistem ini:
sistem koordinat mutlak akan merujuk kepada titik asalan (0,0). Semua arahan jarak
dimasukkan secara paksi (X,Y).

100
Command: lines  90
LINE Specify first point: 50,50  80
Specify next point or [undo]: 100,70  70 (100,70)
60
50
40 (50,50)
30
20
10

30 40 50 60 70 80 90 100
Rajah 6.12: Sistem koordinat mutlak
140  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

(b) Koordinat Bandingan (Relative Coordinate)


Koordinat ini mewakili kedudukan bandingan koordinat X dan Y pada titik yang
baru kepada titik sebelumnya. Penggunaan tanda @ menunjukkan titik baru
berkedudukan pada jarak tertentu dari titik yang diberi. Anda boleh mengikut
langkah berikut untuk menggunakan sistem ini dengan merujuk kepada Rajah 6.13:

Command: _line Specify first point: 10,10


@20,60
(menetapkan titik mula pada (10,10)
Specify next point or [Undo]: @50,0
(arah X=50, arah Y=0)
Specify next point or [Undo]: @20,60 60
(arah X=20, arah Y=60)
Specify next point or [Close/Undo]:  @50,0

20

Rajah 6.13: Sistem koordinat bandingan

(c) Koordinat kutub bandingan (Relative Polar Coordinate)


Sistem ini menggunakan jarak dan sudut untuk menentukan kedudukan titik baru
dari titik yang lama. Anda boleh menentukan satu titik yang baru dengan
memasukkan nilai jarak dan nilai sudut dari titik terakhir. Tanda  akan digunakan
untuk memisahkan antara data jarak dan sudut. (Format arahan: @jarak<sudut)

@40<210

@30<90

@50<0

Arah lawan jam

Rajah 6.14: Sistem koordinat kutub bandingan


TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  141

(d) Polar Tracking


Penggunaan Polar merupakan suatu aplikasi yang baru diperkenalkan dalam
AutoCAD bagi kemudahan pengguna membuat lukisan ringkas dengan cepat.
Polar akan sentiasa dapat menunjukkan laluan (track) secara otomatik dan
pengguna hanya perlu memasukkan jarak sahaja. Polar juga menyediakan setting
pengguna bagi menentukan gandaan sudut yang dikehendaki (Increment angle).

Polar tracking setting:


Dari menu arahan tools ► Drafting Settings
Akan keluar satu dialog box untuk mengedit apa yang diperlukan pengguna.

Rajah 6.15: Dialog box Drafting Setting

Anda boleh menambah sudut-sudut pilihan untuk dijadikan laluan bagi setiap kerja:
Klik new ►masukan nilai-nilai sudut yang dikehendaki dan klik ‘ok’.

Rajah 6.16 menunjukkan polar laluan cursor pada sudut 300. Anda Cuma perlu menaip
jumlah jarak yang dikehendaki.
142  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

Rajah 6.16: Aplikasi Polar Tracking

Anda juga boleh menggunakan aplikasi OSnap Tracking bersama polar tracking bagi
membina garisan yang selari dan tepat pada setiap hujung garisan yang dirujuk. Contoh
kaedah binaan adalah seperti rajah 6.17 di bawah:

Aktifkan Polar Tracking, Object Snap dan Object Snap Tracking

Command: Lines Tarik cursor dan bawa ke


Anda telah membina garisan
Bawakan cursor ke titik A, hujung titik B, keluar snap
selari yang sama jarak serta
keluar snap marker box marker box dan garisan
kedudukan berjarak 15mm.
dan garisan tracking. tracking bersilang. Tetapkan
Tarik cursor ke bawah, kedudukan tepat dan klik.
masukkan jarak 15 dan
klik.

Rajah 6.17: Aplikasi Object Snap Tracking

AKTIVITI 6.2
Bandingkan perbezaan antara keempat-empat sistem koordinat yang digunakan
dalam AutoCAD.
TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  143

Melukis rajah mudah seperti lukisan Rajah 6.18

Rajah 6.18: latihan rajah mudah

Anda boleh mengikuti kaedah melukis seperti berikut merujuk kepada aliran kerja pada Rajah
6.19(a), 6.19(b), 6.19(c)

Command: _line Specify first point: klik A

Specify next point or [Undo]: 50


(Drag cursor pada laluan polar dan masukkan
nilai 50) A

Specify next point or [Undo]: 30


(Guna polar setting 300, drag dan masukkan
nilai 30) Rajah 6.19(a)

Specify next point or [Close/Undo]:


@20<135
(Guna sistem relative polar untuk jarak dan
sudut)

Specify next point or [Close/Undo]:


(Bawa cursor ke tengah garisan AB dan
dapatkan Osnap tracking silang) Rajah 6.19(b)

Specify next point or [Close/Undo]:


Klik, bawa ke garisan tengan AB dan klik

Specify next point or [Close/Undo]: 

Rajah 6.19(c)
144  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

6.3 PERINTAH ASAS DALAM AUTOCAD


Dalam AutoCAD terdapat beberapa arahan asas yang anda akan digunakan untuk
menghasilkan kerja lukisan berkomputer anda. Arahan-arahan yang anda akan digunakan
termasuk perintah melukis (Draw commmands), perintah pengeditan (modify commands)
dan perintah osnap (object snap/osnap commands). Anda boleh mengaktifkan perintah
dalam AutoCAD melalui tiga cara iaitu ikon dalam tolbar, menu tarik turun dan baris
perintah.

6.3.1 Perintah Object Snap (Osnap)


Dalam lukisan teknik menu, anda perlu menghasilkan satu lukisan yang tepat, kemas dan
jitu. Untuk lukisan yang terbantu komputer, amalan ini juga diperlukan. Untuk
melaksanakan amalan ini, perintah osnap telah disediakan dalam AutoCAD untuk
membantu anda. Penggunaan perintah-perintah yang terdapat dalam Osnap boleh
menjadikan lukisan anda lebih tepat dan kemas berbanding dengan lukisan traditional.
Jadual 7.1 menunjukkan ikon untuk perintah osnap dan fungsinya.

Jadual 6.1: Ikon untuk Perintah Osnap dan Fungsinya

Mod Ikon Penerangan

Snap From Untuk mewujudkan titik rujukan sementara sebagai


asas untuk menentukan titik-titik berikut.

Endpoint Mencari titk hujung semua objek kecuali bulatan.

Midpoint Mencari titik tengah objek seperti garisan, lengkuk


atau polyline.

Intersection Menentukan titik persilangan objek pada satah yang


sama.

Apparent Intersect Mencari satu titik yang mewakili persilangan yang


jelas antara dua objek, seperti dua garisan yang bukan
selari dalam ruang 3 dimensi.

Center Mencari titik tengah untuk bulatan atau lengkuk.


TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  145

Quadrant Mencari puncak 0o, 90o, 180o dan 270o untuk sebuah
bulatan atau lengkuk.

Tangent Memilih titik tengen suatu bulatan /lengkuk yang akan


bertangen dengan bulatan/lengkuk yang lain.

Perpendicular Untuk memilih titik persilangan yang bersudut tepat


pada objek yang lain.

Nearest Memilih titik suatu objek yang terdekat dengan titik


yang dipilih.

Fungsi ikon-ikon Osnap boleh dipilih untuk diaktifkan pada Drafting Settings.
Dari menu arahan tools ► Drafting Settings.
Dari dialog box, anda boleh mengaktifkan mana-mana fungsi yang sesuai untuk
digunakan dalam ‘lukisan semasa’. Pastikan anda memilih yang sesuai sahaja kerana jika
terlalu banyak yang diaktifkan, maka akan berlaku penindanan semasa aktiviti melukis.

Rajah 6.20: Dialog box Drafting Setting untuk fungsi Osnap


146  TOPIK 6 PENGENALAN LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Apakah kegunaan perintah Osnap dalam AutoCAD?


2. Apakah fungsi utama perintah endpoint dan intersection?

• Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) adalah satu cara
untuk menghasilkan lukisan yang tepat dan kemas.

• Terdapat dua kelengkapan dalam system CAD, iaitu perkakasan dan perisian.

• Perkakasan dalam sistem CAD mengandungi tiga komponen utama, iaitu peranti
masukan, peranti keluaran dan peranti pemprosesan.

• Perisian CAD yang paling banyak digunakan ialah AutoCAD yang telah banyak
berubah dari program berasaskan DOS kepada tetingkap (Windows).

• Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian, iaitu menu tarik turun,
toolbar, kawasan melukis, baris perintah dan bar status.

• Arahan-arahan asas yang selalu digunakan dalam AutoCAD ialah perintah melukis
(draw commands), perintah pengeditan (modify commands) dan perintah osnap
(object snap/osnap)

• Perintah Osnap adalah perintah untuk membantu menghasilkan lukisan yang kemas
dan jitu.
TOPIK 6 PENGENALANLUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD) I  147

AutoCAD Window
Properties toolbar
Chamfer
Rectangular Array
Dialog box
Status bar
Object Snap Commands
Absolute Coordinate
Polar Tracking
Relative Coordinate
Object Snap Tracking
Relative Polar Coordinate

Autodesk Official Training Courseware. AutoCAD Intermediate 2009. UTM-ATC

Ellen Finkelstein (2005). AutoCAD 2006 and AutoCAD LT 2006. Wiley Publishing, Inc.

Iskandar dan Zaitun (2002). AutoCAD 2002 Step By Step. Venton Publishing (M)

Seon, F. et al. (1994). Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New
Rider Publishing.

You might also like