You are on page 1of 11

NAMA 

: REENAHDHARSHINI A/P S MANIMARAN

KELAS : 6 TOPAZ 2

TAJUK : TOKOH TOKOH BOLA TAMPAR ( SAMANTHA BRICIO ,LORENZO


BENARDI , RICARDO LUCARELLI )

PENGENALAN

Tokoh adalah orang yang terkemuka atau orang kenamaan dalam sesuatu bidang.
Jika kita melihat dalam bidang sukan, terdapat ramai tokoh seperti Cristiano Ronaldo yang
popular dalam sukan bola sepak, Robert Tire Jones Jr, tokoh dalam sukan golf dan Kobe Bryant
iaitu tokoh dalam sukan bola keranjang. Terdapat juga beberpa tokoh yang popular dalam sukan
bola tampar iaitu Samantha Bricio, Lorenzo Bernardi, dan juga Ricardo Lucarelli.

SAMANTHA BRICIO

1. Pengenalan

Samantha Bricio adalah seorang pemain bola tampar profesional Mexico . Beliau lahir
pada November 22 1994. Beliau adalah pemain termuda untuk bermain dalam pasukan
kebangsaan Mexico. Beliau menerima “best scorer” di Central American and Caribbean Games
pada 2010 . Beliau juga menerima “best server award” dan “best scorer award” di Youth Pan-
American Cup dan Junior Pan-American pada 2011 dan Pan-American Cup pada 2013.

2. Isi -isi

I. Latar belakang tokoh

Nama penuh Samantha adalah Samantha Estephania Guadalupe Bricio Ramos. Nama
panggilan beliau adalah Samy.Beliau adalah seorang warga negara Mexico dan dilahirkan di
Jalisco, Mexico. Umur Samantha adalah 27 tahun. Tinggi beliau adalah 1.88 m dan berat beliau
adalah 58 kg. Samantha telah menerima Ijazah psikologi di University of Southern California
pada 2016.Abang Samantha pernah menjadi ahli pasukan kebangsaan Senior Mexico . Posisi
beliau adalah “outside hitter” dan pernah bermain dalam lima kelab sebelum ini iaitu Jalisco
pada 2009 hingga 2012) , Chesapeake Rising Tide pada 2016 , Imoco Volley Conegliano pada
2016 hingga 2018, Fenerbahçe pada 2018 hingga 2019,dan Pallavolo Scandicci pada 2019
hingga 2020. Kelab semasa beliau adalah WVC Dynamo Kazan. Samantha telah mula bermain
seawal umur 14 tahun . Beliau telah memenangi pingat perak di Girls' Youth NORCECA
Volleyball Championship dan memenangi Rising Star Award pada usia yang muda. Permainan
Samantha telah menarik perhatian Mexican Volleyball Federation untuk beliau bermain di Pan
American Game pada 2011 dan di Olimpik pada 2012. Samantha pernah menerima “Medal of
Sporting Merit” daripada Majlis Bandar Guadalajara untuk pencapaiannya di NORCECA
Continental Championship dan the Central American and Caribbean Games serta menerima
biasiswa sukan. Pada 2017, Beliau tidak dapat bermain di yang dianjurkan oleh kelab beliau
sendiri iaitu CEV Champions League Final Four kerana terseliuh tetapi pasukan beliau berjaya
memenangi pingat perak.

II. Sumbangan Tokoh

Samantha Bricio telah banyak kali mengharumkan nama negara Mexico dengan
memenangi pertandingan dalam bola tampar. Beliau adalah suri teladan kepada pemain muda
bola tampar di Mexico dan bertujuan memimpin generasi muda Mexico ke kemuliaan ; kata
sebuah artikel tentang Samantha. Beliau telah menyumbang banyak pingat kepada Mexico dalam
pertandingan bola tampar. Pada 2016, Bintang “outside hitter” ini dan pasukannya telah
memenangi pingat gangsa Premier Volleyball League pada tahun 2016 di Filipina yang
dianjurkan oleh Sports Vision Management Group, Inc. Pada masa itu Samantha telah berada
dalam pasukan Chesapeake Rising Tide . Beliau telah memenangi pingat emas dan perak dalam
tiga edisi European Champions League berturut-turut dan merupakan sebahagian daripada
pasukan Imoco Volley Conegliano pada masa itu .Kelab itu sangat berjaya kerana memenangi
Italian League,The Italian Cup dan Supercopa dalam jangka masa dua tahun iaitu pada 2016 dan
2017 . Beliau juga pernah bermain untuk Turkey’s Fenerbahce.Beliau berjaya memenangi pingat
perak dalam Turkish Cup sebelum kembali ke Itali musim lalu untuk menyertai Savino Del Bene
Scandicci.Samantha telah bersedia untuk memasuki kelab Russia iaitu Dinamo Kazan. Samantha
telah membuktikan bahawa beliau adalah pemain bola tampar yang handal Kerana telah berjaya
memungut pingat emas di Russian Super Cup dan Russian cup pada tahun 2020.

III. Pencapaian Tokoh

Samantha telah banyak mencapai penghargaan di sekolah, universiti , dan juga sebagai
pemain bola tampar kebangsaan Mexico. Penghargaan pertama beliau adalah “Rising Star" dan
“Most Valuable Player” pada umur 13 dan 15 tahun di NORCECA Junior Championship pada
tahun 2008 dan 2010 masing masing. Beliau juga telah dianugerahkan dengan penghargaan “best
server” dan “best scorer” di Central American and Caribbean Games di Palacio de Recreación y
Deportes, Mayagüez, Puerto Rico pada tahun 2010. Tahun 2012 adalah tahun yang Samantha
banyak menerima penghargaan. Antara anugerah yang diterima oleh beliau adalah Texas A&M
Invitational Most Valuable Player, 2012 AVCA All-America honorable mention , 2012 AVCA
Pacific Region Freshman of the Year, 2012 Pac-12 Freshman of the Year, 2012 All-Pacific
Region Team, 2012 Pac-12 All-Freshman Team, 2012 Pac-12 All-Conference Team, 2012
Volleyball Magazine's NCAA Freshman of the Year, dan 2012 Volleyball Magazine's All-
America third team. AVCA National Player of the Year, 2015 Volleyball Magazine's Player of
the Year, 2015 espnW National Volleyball Player of the Year, 2015 PrepVolleyball.com
National Player of the Year, 2015 HERO Sport's National Volleyball Player of the Year adalah
anugerah yang diterima oleh Samantha pada tahun 2015. Samantha telah menerima Honda
Sports Award pada tahun 2016. Honda Sports Award adalah anugerah tahunan di Amerika
Syarikat, yang diberikan kepada atlet wanita perguruan terbaik dalam setiap dua belas sukan.
3.PENUTUP

Samantha Bricio adalah pemain yang sangat disanjung tinggi dan dijadikan sebagai suri
teladan kepada masyarakat Mexico dan juga kepada masyarakat di seluruh dunia kerana bakat
bermain bola tampar sejak kecil. Banyak permainan perlu diadakan di sekolah untuk mencungkil
bakat kanak-kanak supaya mereka berjaya pada masa hadapan.

LORENZO BERNARDI

1. Pengenalan

Lorenzo Bernardi adalah seorang jurulatih bola tampar dan bekas pemain bola
tampar. Beliau lahir pada 11 Ogos 1968 . Beliau adalah pemenang pingat perak Olympic Games
Atlanta pada 1996, dua kali World Champion pada 1990 dan 1994 , dua kali European
Champion iaitu pada 1989 dan 1995 dan ketua jurulatih “Italian team Gas Sales Piacenza”.

2. Isi -isi

I. Latar belakang tokoh

Lorenzo Bernardi adalah seorang warga negara Itali dan dilahirkan di


Trento, Italy. Beliau berumur 53 tahun. Tinggi beliau adalah 1.99m. Beliau memulakan
kerjayanya pada 1980 an sebagai “setter”, tetapi bertukar menjadi “hitter” and “passer”. Beliau
pernah bermain untuk 9 kelab . Kelab pertama beliau adalah Pallavolo Padova. Beliau bermain
dari tahun 1984 hingga tahun 1985. Seterusnya , Modena Volley dari tahun 1985 hingga 1990.
Pada 1990 hingga 2002, beliau bermain untuk Volley Treviso. Beliau bermain dalam kelab
Trentino Volley dari tahun 2002 hingga tahun 2004. Beliau juga pernah bermain untuk Qatarl
iaitu kelab Al Rayyan pada tahun 2004. Pada tahun 2004 hingga tahun 2005, Lorenzo bermain
semula untuk Itali iaitu di bawah kelab Volley Lube. Beliau telah bermain untuk Greece pada
tahun 2005 hingga tahun 2006 di bawah kelab Olympiacos Piraeus. Lorenzo bermain dalam
kelab BluVolley Verona pada tahun 2006 hingga tahun 2007. Pada tahun 2007, beliau bermain
untuk kelab Gabeca Pallavolo.Dalam perjalanannya untuk menjadi “hitter” berbakat,
“passer”yang cemerlang, dan salah satu pemain terbaik sepanjang masa, keseragamannya
menjadi ciri khas. Lorenzo bertanding dalam tiga Sukan Olimpik, yang pertama daripadanya
ketika dia berusia 20 tahun pada tahun 1988. Setelah memenangi gangsa di Sukan Olimpik 1984,
kedudukan kesembilan Itali di Sukan Seoul tidak dijangka. Beliau pernah mewakili pasukan
kebangsaan Itali pada tahun 1987 sehingga 2001.

II. Sumbangan Tokoh

Sebagai seorang pemain bola tampar yang handal dahulu dan sebagai jurulatih kini,
Lorenzo Bernardi telah banyak menyumbang dalam bidang sukan ini. Jika kita melihat pada
sumber, beliau hanya pernah menyumbangkan pingat emas sahaja dan bukan pingat perak
ataupun gangsa.Ini menunjukkan betapa handalnya beliau dalam sukan bola tampar ini. Sebagai
seorang pemain, Beliau telah menyumbangkan pingat emas dalam permainan CEV European
Champions Cup, CEV Cup, CEV Challenge Cup, dan National Championships. Jika kita melihat
pada CEV European Champions Cup tahun 1989 dan 1990, beliau telah bermain di bawah
pasukan Modena Valley dan telah menyumbangkan pingat emas. Pada sesi 1994 dan 1995, 1998
dan 1999, serta 1999 dan 2000, Lorenzo telah bermain di bawah pasukan Sisley Treviso dan juga
telah memenangi pingat emas. Sama juga di CEV Cup dan CEV Challenge Cup , beliau telah
memenangi pingat emas. Di CEV Cup pada sesi 1985 dan 1986, beliau bermain dengan pasukan
Modena Volley. Pada sesi 1993 dan 1994 pula bersama dengan pasukan. Pada tiga sesi di CEV
Challenge Cup, beliau bermain dengan pasukan Sisley Treviso. Hanya pada sesi 2004 dan 2005
beliau bermain dengan pasukan Lube Banca Macerata. Di National Championships, beliau
menyertai dari sesi 1985 dan 1986 sehingga 2001 dan 2002 bersama beberapa pasukan iaitu
Modena Volley dan Sisley Treviso. Sebagai jurulatih pula, beliau telah melatih beberapa pasukan
bola tampar seperti Sir Safety Perugia dan juga Halkbank Ankara. Beliau melatih untuk
pertandingan Turkish Super Cup, Turkish Championship, dan Turkish Cup untuk pasukan
Halkbank Ankara pada sesi 2014 dan 2015 serta sesi 2015 dan 2016. Untuk Italian SuperCup,
Italian Cup dan Italian Championship, beliau telah melatih pasukan Sir Safety Perugia untuk sesi
2017 dan 2018 serta 2018/2019. Kesemua pasukan yang dilatih beliau telah memenangi pingat
emas .

III. Pencapaian Tokoh

Lorenzo Bernardi sebagai pemain bola tampar telah mencapai beberapa


pencapaian. Pada tahun 1992, beliau telah menerima dua anugerah iaitu anugerah pemain yang
amat berharga di FIVB World League dan juga di FIVB Club World Championship. Beliau
menerima anugerah yang sama pada tahun 1994 dan tahun 1996 dalam pertandingan yang sama.
Di FIVB World League pada tahun 1996, beliau menrima anugerah kedua iaitu sebagai “best
scorer”. Lorenzo memiliki sebuah anugerah negeri iaitu dari Order of Merit of the Italian
Republic. Ia dianugerahkan kepada seseorang untuk jasa yang diperoleh untuk negara dalam
bidang kesusasteraan, seni, ekonomi, sukan dan lain lain. Beliau menerima anugerah Knight of
the Order of Merit of the Italian Republic pada tahun 2000.

3.PENUTUP

Lorenzo Bernardi adalah pemain yang sangat handal dan dijadikan sebagai suri
teladan kepada masyarakat Itali dan juga kepada masyarakat di seluruh dunia kerana bakat
bermain bola tampar dari pemain sehingga menjadi seorang jurulatih kebangsaan.Banyak
permainan perlu diadakan di sekolah untuk mencungkil bakat kanak-kanak supaya mereka
berjaya pada masa hadapan.
RICARDO LUCARELLI

1. Pengenalan

Ricardo Lucarelli atau nama penuhnya Ricardo Samuel Lucarelli Santos de


Souza adalah seorang pemain bola tampar Brazil. Beliau adalah juara Olimpik pada tahun
2016, pemenang pingat perak dalam 2014 World Championship, pemenang pingat emas
dalam 2019 World Cup, dan juga tiga kali Juara South American pada tahun 2013, 2015,
dan 2017.

2. Isi -isi

I. Latar belakang tokoh

Ricardo Samuel Lucarelli Santos de Souza adalah warga negara Brazil. Beliau
lahir pada 14 February 1992 di Contagem, Brazil. Beliau kini berumur 29 tahun. Tinggi beliau
adalah 1.96 m dan beratnya 90 kg. Posisi yang kini dimain beliau adalah “Outside hitter” dan
bermain untuk kelab Trentino Volley. Nombor beliau adalah nombor 8. Beliau mula bermain
sejak tahun 2005 dan menyertai pasukan Kebangsaan Junior Brazil .Pada tahun 2011, beliau
memasuki pasukan kebangsaan lelaki Brazil. Beliau pernah bermain untuk beberapa kelab
sebelum ini. Pada tahun 2010 sehingga tahun 2013, beliau bermain untuk kelab Minas Tênis
Clube. Seterusnya, kelab SESI São Paulo pada tahun 2013 sehingga tahun 2015. Beliau bermain
selama 5 tahun untuk kelab Vôlei Taubaté iaitu dari tahun 2015 hingga tahun 2020. Beliau
bermain untuk kelab Brazil sebelum ini dan pada tahun 2021, Beliau telah mula bermain untuk
kelab Itali iaitu Trentino Volley.
II. Sumbangan Tokoh

Ricardo Lucarelli telah banyak menyumbang dalam bidang sukan ini. Ketika
beliau bermain dalam pasukan kebangsaan belia pada tahun 2013 di FIVB Volleyball
Men's U23 World Championship, beliau telah menyumbangkan pingat emas untuk
pasukan bekiau. Selepas itu, beliau telah mula memasuki dalam pasukan kebangsaan
lelaki.Pada tahun tersebut, beliau telah menyertai Men's South American Volleyball Club
Championship dan telah memenangi pingat perak ketika bermain di bawah with Minas
Tênis Clube. Sewaktu FIVB World Championship yang berlangsung di Poland dan
FIVB World League di Italy pada tahun 2014, pasukan beliau berjaya memenangi pingat
perak. Pada tahun 2015, pasukan beliau telah memenangi pingat emas di CSV South
American Championship. Di Sukan Olimpik pada tahun 2016, pingat emas menjadi milik
pasukan beliau. Pada tahun yang sama, pasukan beliau menyertai FIVB Volleyball World
League dan memenangi pingat perak. Pada tahun 2017, pasukan beliau telah menyertai
FIVB World Grand Championship Cup yang berlangsung di Japan dan CSV South
American Championship di Chile dan memenangi pingat emas. Mereka seterusnya
menyertai FIVB World Cup yang berlangsung di Japan pada tahun 2019 dan memenangi
pingat emas lagi. Beliau juga telah menyumbang dalam “National Championship”
dimana beliau bermain dalam kelab Vôlei Taubaté dalam Brazil Championship
2018/2019 dan menyumbangkan pingat emas.
III. Pencapaian Tokoh

Ricardo Lucarelli sebagai pemain bola tampar yang handal telah mencapai
beberapa pencapaian. Pada tahun 2013, Beliau telah menerima 4 anugerah. Beliau menerima
anugerah sebagai the “Best Server” di CSV South American Club Championship dan the “Most
Valuable Player” di FIVB U23 World Championship. Beliau juga telah menerima anugerah
sebagai the “Best Outside Spiker” di FIVB World League dan di CSV South American
Championship. FIVB World League dan FIVB World Championship menganugerahkan beliau
sebagai the “Best Outside Spiker” pada tahun 2014. Beliau juga telah mendapat anugerah yang
sama di Sukan Olimpik, Japan dan di CSV South American Club Championship pada tahun
2016. Dan pada tahun 2017, beliau telah memenangi 4 anugerah lagi sebagai the “Best Outside
Spiker” di FIVB World League , CSV South American Championship dan di FIVB World Grand
Champions Cup. FIVB World Grand Champions Cup telah menganugerahkan satu lagi anugerah
kepada Ricardo iaitu sebagai “Most Valuable Player”.

3.PENUTUP

Ricardo Lucarelli adalah pemain muda yang sangat handal dan dijadikan sebagai
suri teladan kepada masyarakat Brazil dan juga kepada masyarakat di seluruh dunia kerana bakat
bermain bola tampar sejak dari umur yang muda lagi. Banyak permainan perlu diadakan di
sekolah untuk mencungkil bakat kanak-kanak supaya mereka berjaya pada masa hadapan.
PENUTUP

Generasi kini perlulah digalakkan untuk menyertai dalam bidang sukan dan bidang
ini perlulah diberi keutamaan juga supaya dapat melahirkan tokohtokoh yang akan
mengharumkan nama negara.

RUJUKAN

1.1   Susun senarai rujukan (sort ikut abjad)

1. Buku Ilmiah

 Kamus Bahasa Melayu edisi kedua 1999

2. Laman Sesawang

 https://en.wikipedia.org/wiki/Premier_Volleyball_League

 https://en.wikipedia.org/wiki/Samantha_Bricio

 https://www.fivb.com/en/about/news/bricio-aiming-to-lead-
young-mexican-generation?id=90944

 https://en.wikipedia.org/wiki/Volleyball_at_the_2010_Central_A
merican_and_Caribbean_Games#Awards

 https://en.wikipedia.org/wiki/Honda_Sports_Award

 https://en.wikipedia.org/wiki/Lorenzo_Bernardi

 https://www.topendsports.com/athletes/volleyball/bernardi-
lorenzo.htm

 https://www.volleyhall.org/lorenzo-bernardi.html
 https://en.wikipedia.org/wiki/Ricardo_Lucarelli

You might also like