You are on page 1of 5

TUGASAN 1 ASAS RAGBI SESI 2020/2021 SEM 2

Video 1 : Rugby For Beginners

Ragbi berasal dari negara England dan dimainkan dengan memakai jersi ragbi, seluar
sukan yang pendek serta kasut padang yang bergigi. Untuk keselamatan, pemain juga
akan memakai ‘mouthguard’ bagi melindungi bahagian mulut ketika bermain. Selain
itu, terdapat dua jenis pertandingan ragbi iaitu ‘Rugby Union’ dan ‘Rugby League’.
Jenis pertandingan ragbi yang lebih terkenal daripada dua tersebut adalah ‘Rugby
Union’. Seterusnya, sebuah padang ragbi mempunyai Panjang dan lebar yang sama
seperti padang bola. Terdapat juga 5 jenis garisan ddi atas padang ragbi iaitu garisan
‘Halfway line’ yang memisahkan padang kepada dua bahagian untuk kedua-dua
pasukan yang bermain, garisan 10 meter, garisan 22 meter dan juga ‘Try line’ dimana
dibelakang garisan ini sebuah pasukan boleh melakukan ‘Try’ dan mendapat 5 mata.
Akhir sekali ialah garisan ‘Deadball line’ yang menunjukkan hujung padang.

Video 2 : The Craziest Steps and Offloads

‘Step’ ataupun ‘Sidestep’ dalam ragbi merujuk kepada kelincahan seseorang pemain
dalam mengelak dan menipu pemain musuh melalui pergerakkannya iaitu dengan
mengubah pergerakkanya dari satu arah ke satu arah yang berbeza. Manakala
‘Offload’ dalam ragbi dilakukan apabila seseorang pemain yang sedang membawa
bola masih mampu untukk pas atau memberi bola tersebut kepada rakan timnya
apabila dia ditekel oleh musuh.

Video 3 : Rugby’s Top 10 Fastest Players of All Time

Dalam permainan ragbi, kelajuan merupakan satu aspek yang sangat penting dan
diperlukan terutama untuk pemain-pemain ‘Backs’. Dalam video tersebut, Doug
Howlett merupakan pemain laju yang kesepuluh dengan rekod 100 meternya iaitu
10.68 saat. Seterusnya adalah Joe Rokocoko dengan rekod 100 meter beliau iaitu 100
meter dalam 10.66 saat. Selanjutnya, yang kelapan adalah Seabelo Senatla dengan
kelajuan berlari 100 meter dalam 10.60 saat. Yang ketujuh adalah Ugo Monye yang
juga mempunyai rekod 100 meter dalam 10.60 saat. Selain itu, tempat keenam diisi
oleh Perry Baker yang berlari 100 meter dalam 10.58 saat. Tempat kelima terjatuh
kepada Takudzwa Ngwenya dengan kelajuan 100 meter hanya dalam 10.50 saat.
Tempat keempat adalah seorang pemain dari South Africa iaitu Bryan Habana dengan
kelajuan berlari 100 meter dalam 10.40 saat. Seterusnya, di tempat ketiga adalah
Rupeni Caucaunibuca yang mempunyai saiz yang besar namun mempunyai kelajuan
yang menakjubkan iaitu 100 meter dalam 10.38 saat. Di tempat kedua jatuh kepada
Tonderai Chavhanga dengan rekod beliau iaitu 100 meter dalam 10.27 saat dan akhir
sekali di tempat yang pertama adalah Carlin Isles dengan kelajuan yang sangat
menakjubkan iaitu 100 meter dalam 10.13 saat.

Video 4 : Anatomy Of A Rugby Player

Dalam video tersebut, kita dapat melihat seorang pemain ‘Rugby Sevens’ iaitu Tom
Mitchell dimana kekuatan dan keupayaan fizikal badannya telah diuji. Daripada ujian
tersebut, dapat kita lihat walaupun badannya bersaiz besar namun bilangan peratus
lemak dalam badannya lebih rendah berbanding badan seorang pemain ‘American
Football’ dan pemain bola Premier League. Dalam ujian ‘Dyno’, kekuatan otot
hamstring dan kuadrisep beliau telah diuji. Seterusnya, beliau juga telah diuji dalam
kelajuan berlari 20 meter. Dalam ujian tersebut, beliau mampu mancapai 20 meter
hanya dalam 3.08 saat. Ini menunjukkan betapa lajunya beliau sebagai seorang
pemain ragbi. Akhir sekali ialah ujian kognitif yang focuskan kepada kelajuan tindak
balas beliau. Hasil daripada ujian tersebut dapat kita lihat bahawa dia sebagai pemain
ragbi mempunyai kelajuan tindak balas yang sangat laju berbanding dengan pemandu
F1 dan juga pemain bole profesional.

Video 5 : Beginner’s Guide To Rugby

Dalam sebuah pertandingan ‘Rugby Union, satu pasukan terdiri daripada 23 pemain di
mana 15 daripada tersebut akan bermain sebagai pemain-pemain utama dan baki 8
pemain yang lain akan menjadi pemain pengganti. Pemain-pemain15 sebelah ragbi
boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘Forwards’ dan ‘Backs’. Pemain-pemain
yang memakai jersi 1 sehingga 8 akan bermain posisi ini dan kebiasaannya mereka
mempunyai fizikal yang besar dan tinggi. Manakala pemain-pemain yang memakia
jersi 9 sehingga 15 akan bermain sebagai ‘Backs’. Pemain yang memakai jersi 1 dan 3
dikenali sebagai Props, jersi no. 2 dikenali sebagai Hooker, jersi 4 dan 5 dikenali
sebagai Locks ataupun second row dan jersi no. 6 dan 7 adalah Flankers yang
berfungsi untuk mendapatkan bola daripada tim sebelah. Pemain yang memiliki jersi
no. 8 dikenali sebagai ‘Number 8’ dan merupakan penghubung kepada Forwards dan
Backs. Bagi kategori Backs pula, no. 9 dikenali sebagai Scrumhalf yang berfungsi
sebagai pemain yang sentiasa pas bola kepada rakan tim dan pemain dengan jersi no.
10 dikenali sebagai Fly half dan merupakan pengatur untuk permainan timnya sendiri.
Bagi jersi no. 11 dan 14 dikenali sebagai Winger dan mereka merupakan pemain-
pemain kunci untuk mendapat mata untuk tim. Jersi no. 12 dan 13 dikenali sebagai
Centers dan mereka merupakan kunci ketika menyerang dan pertahanan. Mereka juga
sering digunakan sebagai pembawa bola ketika menyerang. Akhir sekali adalah no. 15
yang dikenali sebagai Fullback. Pemain posisi ini sering menjadi orang yang terakhir
dalam pertahanan. Pemain posisi ini haruslah bagus dalam ‘tackling’, menendang bola
dan juga menangkap bola yang tinggi.

Dalam sebuah pertandingan ragbi, ia selalu akan berlalu dengan ‘Kick Off’ di mana
salah satu pemain dari sebuah tim akan melakukan tendangan kepada pihak musuh
sebelah daripada garisan tengah padang. Selain itu, adalah ‘Open Play’. Open Play
dalam ragbi merujuk kepada mana-mana fasa dalam sebuah pertandingan di mana
bola ragbi tersebut sedang ditendang atau dipas daripada rakan tim ke rakan tim yang
lain. Apabila seorang pembawa bola ditekel oleh musuh tim sebelah dan jatuh, sebuah
‘Ruck’ akan di bentuk dan pembawa boleh tersebut haruslah melepaskan boleh
dengan segera sambal menghadap kepada timnya sendiri. Selain itu, terdapat juga
Scrum yang akan dilakukan apabila sebuah tim melakukan foul. Ketika berlakunya
scrum, forwards dan scrumhalf daripada kedua-dua tim akan berada dalam satu
kawasan di padang dimana mereka akan berlawan untuk mendapat bola tersebut.
Video 6: Ten of The Best Tackles From Rugby World Cup 2019 

Dalam ragbi, ‘tackling’ merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Sebuah
tackle dengan teknik yang bagus akan dapat menjatuhkan musuh yang sedang
membawa bola dan pada masa yang sama mengurankan risiko kedua-kedua pemain
dalam pertembungan tersebut untuk cedera dan juga menghalang tim yang sedang
membawa bola untuk mendapatkan mata. Dalam video tersebut kita dapat melihat 10
tackle yang terbaik sepanjang pertandingan ragbi Piala Dunia 2019 di Japan. Di
tempat yang kesepuluh adalah pemain Wales iaitu Josh Adams dengan tekel keatas
pemain Perancis. Seterusnya, keempat kesembilan ialah Izack Rodda ketika Australia
menentang Georgia. Di tempat kelapan adalah tekel yang dilakukan oleh pemain
England iaitu Maro Itoje ketika menghadapi New Zealand. Selanjutnya, tempat
ketujuh jatuh kepada Cheslin Kolbe daripada South Africa dimana tekel beliau keatas
seorang pemain Perancis menyebabkan pemain Perancis tersebut jatuhkan bola lalu
diambil oleh rakan setim Cheslin dan melakukan ‘Try’. Selain itu, adalah Antoina
Dupont daripada Perancis di tempat yang keenam dimana beliau berjaya tekel seorang
pemain daripada Tonga dan menghalang pemain tersebut daripada melakukan ‘Try’.
Ini menunjukkan betapa pentingnya melakukan tekel ketika dalam pertahanan.
Tempat yang kelima pula jatuh kepada Manu Tuilagi dari England dimana beliau
melakukan tekel yang padu dan deras ketika melawan pasukan New Zealand. Di
tempat keempat ialah pemain daripada pasukan Ireland iaitu Jacob Stockdale dimana
beliau melakukan tekel pada masa yang sangat tepat ketika menentang pasukan
Scotland. Seterusnya, di tempat ketiga adalah Semi Radradra yang melakukan tekel
dengan masa dan teknik yang tepas keatas seorang pemain pasukan Wales. Di tempat
yang kedua pula jatuh kepada Sam Underhill daripada pasukan Englang yang
melakukan tekel keatas pemain New Zealand lau menyebabkan bola tersebut untuk
berjaya didapatkan oleh timnya. Akhir sekali, adalah Richie Mo’unga daripada New
Zealand yang berjaya untuk mengejar dan menangkap pemain South Africa iaitu
Cheslin Kolbe apabila beliau hamper dekat untuk melakukan ‘Try’ untuk pasukan
South Africa.
Video 7: Ten of The Best Sides Steps From Rugby World Cup 2019

‘Sidestep’ merupakan kemahiran individu untuk mengelak daripada ditekel oleh


musuh. Kita boleh melihat beberapa sidestep yang hebat-hebat sepanjang
pertandingan ragbi Piala Dunia 2019 dalam video tersebut. Di tempat sepuluh adalah
Santiago Arata daripada Uruguay yang menunjukkan kelincahannya dalam mengelak
beberapa pemain Fiji yang mencuba untuk tekel beliau. Di tempat kesembilan pula
adalah Matteo Minozzi daripada Itali dimana beliau telah sidestep 2 pemain daripada
pasukan Canada dan seterusnya berjaya untuk memperoleh beberapa metre dengan
larian tersebut. Seterusnya, di tempat kelapan adalh Nic White daripada Australia
yang dengan pemikiran lajunya segera mengambil bola daripada ‘ruck’ lalu mengelak
2 pemain Wales. Selain itu, di tempat ketujuh adalah Tomos Williams dan George
North daripada Wales di mana kedua-dua mereka menunjukkan kemahiran sidestep
yang sangat hebat dan lincah dalam kawasan yang sempit. Selanjutnya, Kenki
Fukuoka daripada Japan dimana dapat kita lihat kelincahannya untuk mengelak
seorang pemain South Africa lalu berlari daripada garisan tengah padang sehingga ke
garisan kawasan 22 meter pasukan South Africa. Di tempat kelima adalah Martin
Iosefo daripada pasukan USA dengan sidestep beliau yang digunakan untuk mengelak
3 pemain dari pasukan England. Selain daripada itu, Kotaro Matsushima daripada
Japan mengisi tempat keempat dimana beliau berjaya mengelak musuh daripada
kawasan yang sempit dekat kawasan ‘try’ beliau. Di tempat yang ketiga pula adalah
seorang pemain dari USA iaitu AJ MacGinty yang melakukan sidestep ketika
menentang pasukan England. Di tempat kedua adalah sidestep daripada seorang
pemain South Africa yang bernama Cheslin Kolbe ketika di pertandingan final dimana
beliau dapat mengelak daripada 5 pemain England dihadapannya lalu melakukan
‘Try’. Akhir sekali, di tempat pertama juga jatuh kepada Cheslin Kolbe dengan
kelincahannya untuk melepasi daripada barisan pertahanan pasukan New Zealand dan
membawa bola hamper ke garisan ‘try’ pasukan New Zealand.

You might also like