You are on page 1of 4

6.

0 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 ANALISIS PASARAN


Perniagaan Syarikat Destiantion Enterprise ini dijalankan secara sederhana kerana
perniagaan ini baru ditubuhkan dan belum dikenali oleh pengguna di kawasan Taman
Semporna Centre. Oleh itu, konsep pemasaran yang digunakan ialah menjurus kepada
keperluan, kehendak dan kepuasan para pelanngan. Kaedah ini digunakan untuk menarik
minat pelangga untuk membeli produk kami dengan menawarkan harga yang berpatutan
dengan kualiti produk yang terjamin serta untuk menghasilkan keuntungan. Hasil keuntungan
yang diperoleh digunakan untuk menambah pengeluaran produk dan mengembangkan
perniagaan di kawasan atau daerah lain.

6.2 Bentuk Pasaran


1.1 Aktiviti Perniagaan dan Perkhidmatan

a) Aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh Syarikat Destination Enterprise


adalah mempromosi, memasarkan serta menjual produk sandal dan stoking
sebagai aktiviti utama perniagaan beroperasi. Selain itu, Syarikat Destination
Enterprise juga menerima tempahan untuk kawasan dalam lingkingan 5km
yang meliputi kawasan perumahan Taman Semporna Centre, pejabat, cafe,
restoran dan kedai runcit.

b) Aktiviti perkhidmatan yang dijalankan oleh Syarikat Destination Enterprise


adalah menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran produk kepada
pelanggan. Pesanan yang diterima adalah secara atas talian iaitu melalui
whatsapp, instagram dan facebook. Produk dihantar menggunakan
perkhidmatan Cash on Delivery (COD) dan perkhidmatan J&T Express.

1.2 Potensi Perniagaan.


Berdasarkan analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan Syarikat
Desination Enterprise mempunyai potensi yang cukup besar untuk
dikembangkan khususnya di kawasan Taman Semporna Centre kerana
mempunyai persaingan yang kurang. Selain itu, pernigaan menjual sandal
kurang dan tidak popular namun mempunyai permintaan yang tinggi daripada
penduduk setempat.

6.3 Senarai Produk/Perkhidmatan

Produk/Perkhidmatan Harga Per/Unit Kekuatan/Kelebihan

Jenny Sandals RM40 Berkualiti dan bentuk


yang unik
Slides Sandalas RM39 Berkualiti dan
pelbagai saiz
Stoking Pastel RM3 Berkualiti dan
pelbagai warna.
6.4 Pelanggan

Pelanggan sasaran utama adalah terdiri daripada penduduk-penduduk setempat kawasan


Taman Semporna Centre. Selain itu, pelanggan sasaran juga terdiri daripada golongan remaja
dan pelajar terutama kaum wanita. Pelanggan yang turut menjadi sasaran perniagaan ialah
golongan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang pelbagai kaum.

6.5 Saiz Pasaran


a) Lokasi dan keluasan tempat Syarikat Destination Enterprise beroperasi adalah di kawasan
Taman Semporna Centre iaitu dalam lingkungan 5km dan jumlah penduduk seramai 1000
orang.
b) Anggaran pelanggan berpotensi iaitu daripada 10 orang pelanggan 2 daripadanya atau 20%
merupakan pelanggan berpotensi. Formula saiz pasaran adalah seperti berikut:

Saiz pasaran= Angka berpotensi (%) X Bilangan penduduk


Maka saiz pasaran ialah;
j pasaran= 20% X 1 000
= 200 u

6.6 Persaingan

Nama & Alamat Pesaing Anggaran Kekuatan Kelemahan


saiz
pasaran

Nur aisyah enterprise Perniagaan telah Aktiviti pemasaran


Pekan Semporna, 91308 30% lama beroperasi tidak dilakukan secara
Semporna Sabah. dan dikenali oleh agresif iaitu
penduduk menggunakan media
setempat. sosial.

6.7 Penyediaan Ramalan Jualan:

JENNY SANDALS
BULA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Juml
N ah
Unit 26 40 44 46 52 54 50 60 64 66 70 72 644
Harga 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40 40
Juala 104 160 176 184 208 216 200 240 256 264 280 288 25760
n 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
(RM)

SLIDES SANDALS
BULA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Juml
N ah
Unit 29 56 74 76 82 84 78 86 88 102 106 110 971
Harga 39 39 39 39 39 39 39 39 39 39 39 39 39
Juala 113 218 288 296 319 327 304 335 343 397 413 429 37869
n 1 4 6 4 8 6 2 4 2 8 4 0
(RM)

STOKING PASTEL
BULA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Juml
N ah
Unit 708 169 188 120 236 122 211 199 210 118 197 283 21283
4 0 5 7 0 6 4 8 2 9 0
Harga 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3
Juala 212 508 564 361 710 366 634 598 632 354 593 849 63849
n 4 2 0 5 1 0 8 2 4 6 7 0
(RM)

JUMLAH RAMALAN JUALAN (RM) UNTUK SEMUA PRODUK/PERKHIDMATAN:

BULA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Juml
N ah
(RM
)
JENN 10 16 176 18 208 21 200 240 256 264 280 288 2576
Y 40 00 0 40 0 60 0 0 0 0 0 0 0
SLIDE 11 21 288 29 319 32 304 335 343 397 413 429 3786
S 31 84 6 64 8 76 2 4 2 8 4 0 9
STOKI 21 50 564 36 710 36 634 598 632 354 593 849 6384
NG 24 82 0 15 1 60 8 2 4 6 7 0 9
JUML 42 88 102 84 123 90 113 117 123 101 128 156 1274
AH 95 66 86 19 79 96 90 36 16 64 71 60 78
(RM)

6.8 ANDAIAN PENDAPATAN/JUALAN

Andaian bulan pertama =Jenny + Slides + Stoking


= RM 1 040 + RM 1 131 + RM 2 124
= RM 4 295
6.9 Strategi Pemasaran
6.9.1 Produk
Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan terdiri daripada dua produk iaitu
sandal dan stoking. Sandal terdiri daripada dua jenis iaitu Jenny Sandals dan Slides Sandal
manakala hanya satu jenis stoking iaitu Stoking Pastel. Produk yang ditawarkan mempunyai
pelbagai saiz dan warna yang memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan. Produk yang
ditawarkan juga adalah berkualiti dan tahan lama.

6.9.2 Promosi
Syarikat Destination Enterprise menggunakan kaedah pengiklanan. Produk-produk
yang ditawarkan di promosi secara atas talian iaitu melalui whatsapp, instagram dan
facebook. Laman sosial digunakan kerana mengikuti tren semasa para remaja yang aktif
menggunakan media sosial untuk mencari dan membeli barang yang mereka inginkan.

6.9.3 Pengedaran
Kaedah pengedaran produk yang dilakukan oleh Syarikat Destination Enterprise
adalah jualan langsung ke sekitar rumah kawasan Semporna Centre. Jualan produk juga
dijalankan secara atas talian iaitu melalui whatsapp, instagram dan facebook. Produk juga
diedarkan kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan Cash on Delivery (COD) dan
menggunakan perkhidmatan J&T Express kerana kos penghantaran murah, pantas dan barang
dihantar dengan selamat.

6.9.4 Harga
Harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah
berpatutan, kompetetif dan membuat potongan harga. Potongan harga tau diskaun akan
diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian lima pasang stoking dan ke atas.
Selain itu, harga yang ditawarkan juga berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran
mengikut kadar pasaran seperti harga yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing lain.

You might also like