You are on page 1of 3

PANDUAN PENGGUNAAN MODEL PENJAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

1. PENGENALAN

1.1. Perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan berlaku perubahan dalam pelaksanaan kurikulum.

1.2. Penjajaran kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran untuk memastikan kandungan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dapat dilaksanakan.

1.3. Model Penjajaran Kurikulum Pendidikan Islam KSSR disediakan bagi memenuhi keperluan kurikulum untuk kegunaan dalam tempoh
pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tahun 2020 atau 2021 di bawah KSPK, KSSR, KSKP, KSSM.

2. ASAS PERTIMBANGAN

2.1. Dapatan kajian yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa bagi
pembelajaran sepanjang PKP membuktikan pembelajaran dalam talian tidak berlaku secara menyeluruh. Terdapat juga jurang
pembelajaran yang luas antara murid, kelas/sekolah dan antara negeri.

2.2. Sehubungan itu, Model Penjajaran Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dibina berdasarkan asas pertimbangan berikut:

2.2.1. Pelaksanaan kurikulum tidak dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang telah dirancang.

2.2.2. Terdapat jurang pembelajaran (learning gap) murid semasa pelaksanaan PdP dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP.

2.2.3. Pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan dengan pelbagai kekangan dan kurang memberi impak kepada
pembelajaran murid.. Antaranya kekurangan peranti, capaian internet, ekosistem pembelajaran dalam talian kurang kondusif.

2.2.4. Tiada model pelaksanaan kurikulum yang boleh dijadikan panduan semasa krisis.
3. KONSEP

1.1. Model ini dimodifikasikan daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berasaskan kepada pelaksanaan PdP di
sekolah yang disesuaikan dalam tempoh masa yang singkat.

1.2. Pelaksanaan PdP dilaksanakan 96 jam untuk Sekolah Kebangsaan (SK) manakala 64 jam bagi tahap 1 dan 80 jam bagi tahap 2 di
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) setiap tahun merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/2016; Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017.

1.2.1 Model ini disediakan untuk tempoh 40 jam pelaksanaan PdP tahap dua (2) manakala 42 jam diperuntukkan bagi tahap satu
(1) mengikut keperluan krisis semasa bagi SK dan SJK.

1.2.2 Sekiranya krisis berlarutan, keutamaan diberikan kepada Bidang Ibadah kerana pelaksanaannya melalui pendekatan
modular linear. Manakala bidang-bidang lain dilaksanakan melalui pendekatan modular non-linear.

1.3 Pelaksanaan PdP Khatam al-Quran dan Tasmik adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2015: Pelaksanaan Norma
Baharu Guru Pendidikan Islam dI Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.4 Pelaksanaan PdP Pendidikan Islam merujuk kepada jadual yang mengandungi 3 lajur iaitu:

Kandungan
Kategori
Asas Tambahan Pelengkap
Definisi Pengetahuan dan kemahiran Pengetahuan dan kemahiran Pengetahuan kemahiran dan
asas yang perlu dikuasai yang berbentuk pengayaan nilai yang melengkap atau
oleh murid untuk kepada pengetahuan asas. mengharmonikan
meneruskan pembelajaran pengetahuan asas.
ke peringkat seterusnya
Ciri Mengandungi aspek Mengandungi aspek Mengandungi aspek
pengetahuan, kemahiran, pengetahuan, kemahiran, pengetahuan, kemahiran,
nilai dan kandungan yang nilai dan kandungan yang nilai dan kandungan yang
menjurus kepada peluang menjurus kepada penjelasan menjurus kepada
untuk murid membuktikan tentang kesan dan akibat. pengukuhan dan pengayaan.
penguasaannya melalui
tindakan.
4. MATLAMAT

Matlamat utama Pendidikan Islam adalah untuk membina dan membentuk hamba dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman,
bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menyumbang ke arah
mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Oleh itu,
Model Penjajaran Kurikulum Pendidikan Islam disusun sejajar dengan matlamatnya.

5. OBJEKTIF

5.1. Model Penjajaran Pendidikan Islam merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap keperluan
meneruskan usaha memberikan akses pendidikan kepada murid-murid sekolah rendah dengan mendukung objektif seperti berikut:

5.2. Memastikan pedagogi dilaksanakan dengan mengambil kira kesesuaian kandungan pembelajaran, pentaksiran serta kemudahan
infrastruktur dan sumber yang ada untuk dijalankan dalam aktiviti pembelajaran.

5.3. Memastikan pelaksanaan PdP memenuhi keperluan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada pembentukan
karakter murid.

5.4. Pentaksiran dapat dirancang dan dilaksanakan secara autentik dan holistik berdasarkan kurikulum dan pedagogi yang telah
dijajarkan.

6. PENJADUALAN

6.1. Peruntukan waktu dan nisbah guru bagi pelaksanaan PdP Pendidikan Islam pasca PKP adalah bergantung kepada cadangan
waktu yang telah diperuntukkan bersesuaian dengan bilangan kelas dan bilangan murid.

7. PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN

Pegawai yang bertanggungjawab terhadap Kurikulum Pendidikan Islam akan menjalankan pemantauan secara berterusan dan memberi
bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Model ini. Laporan pemantauan perlu disediakan untuk mengenal pasti kelemahan
dan kekuatannya.

You might also like