You are on page 1of 121

Layout bencana.

qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page i

PANDUAN
Pelan Tindakan
Insiden Kecemasan dan
Bencana Dalaman
Bagi Hospital-Hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page ii

ISBN
978-967-2173-76-2

Hak Cipta Tepelihara © Kementerian Kesihatan Malaysia

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, dan
isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada
secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
pengarang.

Edisi Pertama 2019

Bahagian Perkembangan Perubatan


Terbitan & Edaran Oleh :

Kementerian Kesihatan Malaysia


Blok E1, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 1, 62590 Putrajaya,
Malaysia.
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page iii

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:

YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Timbalan Pengarah Kanan
Cawangan Kualiti Penjagaan

Dr PAA Mohamed Nazir bin Abdul Rahman


Perubatan
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan

YBhg Datuk Dr Rohaizat bin Hj. Yon


(Perubatan)

YBhg Datuk Dr Alzamani


Editor

Bin Mohammad Idrose


Dr Nor’Aishah Abu Bakar
Pengarah Bahagian Perkembangan

YBhg Dato' Dr Hj. Bahari bin Dr Sarah Abdul Karim


Perubatan

Dato' Tok Muda Hj. Awang Ngah Dr Ahmad Muzammil Bin Abu Bakar

Dr Aehtoosham Suleman
PENYUMBANG

YBhg. Prof Dato’ Dr Abu Hassan Asaari Abdullah Dr Hazliza Bt Abdul Shukor
Dr Sabariah Faizah bt Jamaluddin Dr Badrul Hisham bin Abd Samad
YBhg Datuk Dr Alzamani Bin Mohammad Idrose Dr Ana Fizalinda Abdullah Sani
Dr Nor’Aishah Abu Bakar Dr Tan Hee Ting
Dr Sarah Abdul Karim Dr Amran Japar
YBhg. Datuk Dr Mohamed Alwi Hj. Abdul Rahman En. Zulkafli bin Zainuddin
Dr Ahmad Tajuddin Mohammad Nor En. Kamarulzaman bin Malek
Dr Rosidah bt Ibrahim Pn. Norhizan Othman
Dr Ahmad Muzammil Abu Bakar En. Ahmad Zafri Abdul Rahman
Dr Khairi Kasim @ Hashim En. Ahmad Fauzi bin Md Shah
Dr Ridzuan bin Mohd Isa En. Zabarni bin Chik
Dr Kalsom Maskon En. Suhaimi Rashid
Dr Hjh Siti Zaleha Mohd Salleh Hj. Mohd Hamdan Hj Ismail
Dr Kasuadi Husin Hjh. Mariyana Hj. Abu Bakar
Dr Devan Kurup En. Rusli Hassan
Dr Zainal Abidin bin Mohamed@Ismail En. Ahmad Radzi Mahamood
Dr Fatahul Laham bin Mohamed Pn. Ham Fin Lan
Dr Kamalul Haphidz bin Abdul Karim Pn. Foo May Lan
Dr Rozlan bin Ishak Thu Soo Yee
Dr Mohammad Fadhly Yahya En. Renu A/L Poonarangam
Dr Hj Anwar Hau Abdullah En. Mohd Sarbani Abd. Halim
Dr Jenny Tong May Geok Pn. Azean Anuar
Dr Sharifah Mastura Syed Abu Bakar En. Khalid Abdulr Rani
Dr Teo Gim Sian Pn. Azizah Murid
Dr Nurliza Abdullah En. Suffian Mohamad Nor
Dr Hj Rahimi Goon En. Mohd Fazil Ahmad
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page iv

KATA PENGANTAR
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
peralatan yang digunakan serta
kepelbagaian amalan penghuni hospital.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai insiden
telah berlaku di hospital-hospital KKM
seperti banjir, kebakaran, terputus
bekalan elektrik dan ancaman
pengganas. Oleh itu, usaha pencegahan
serta kesiapsiagaan bagi menghadapi
sebarang insiden kecemasan atau
bencana perlulah diwujudkan. Ini bagi
memastikan fasa respon dan fasa
pemulihan dapat dilaksanakan dengan
holistik dan efektif.

Adalah menjadi harapan saya agar buku


panduan ini dapat dimanafaatkan oleh
setiap hospital dan digunakan sebagai
panduan untuk mewujudkan pelan
tindakan yang khusus berdasarkan risiko
Ketua Pengarah Kesihatan hospital tersebut.
Malaysia
Di sini saya juga ingin merakamkan
YBhg Datuk Dr. Noor Hisham

ucapan syabas bagi mereka yang


Abdullah

menyumbang dalam penghasilan


panduan ini khususnya Bahagian
Perkembangan Perubatan dan
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
Perkhidmatan Kecemasan dan
Hospital merupakan salah satu keperluan Traumatologi yang telah menerajui usaha
asas bagi setiap masyarakat untuk ini. Saya difahamkan penghasilan buku
mendapatkan rawatan. Ia seharusnya panduan ini juga turut melibatkan agensi
menjadi sebuah tempat yang selamat bagi lain seperti Jabatan BOMBA dan
pesakit, petugas dan pelawat. Malangnya, Penyelamat serta Jabatan Keselamatan
hospital turut berdepan dengan risiko dan Kesihatan Pekerjaan. Terima kasih
kecemasan dan bencana disebabkan lokasi dan syabas.
geografi, keadaan cuaca, peralatan-

iv Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page v

KANDUNGAN
Latarbelakang viii

Skop Panduan viii

Kepentingan Pelan Tindakan Bencana Dalaman Hospital viii


Pengguna Sasaran ix

Objektif Pelan Tindakan ix

Bab 1 Pengenalan Kepada Insiden Kecemasan Dan Bencana


1.1 Pengenalan 2
Dalaman 1
1.2 Jenis-Jenis Insiden Kecemasan 2
1.3 Insiden Bencana 3

2.1 Pengenalan 8
Bab 2 Fasa-Fasa Pengurusan Bencana 7
2.2 Fasa 1- Pencegahan & Mitigasi (Prevention & Mitigation) 8
2.3 Fasa 2- Kesiapsiagaan (Preparedness) 9
2.4 Fasa 3- Respons (Response) 9
2.5 Fasa 4- Pemulihan (Recovery) 9
2.6 Amalan Kualiti 10
Bab 3 Struktur Organisasi Pengurusan Tindakan Insiden
3.1 Pengenalan 12
Kecemasan Dan Bencana Dalaman Hospital 11
3.2 Pengarah Hospital 13
3.3 Jawatankuasa Keselamatan Hospital 14
3.4 Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman 14

4.1 Pengenalan 22
Bab 4 Perancangan Kontigensi 21
4.2 Elemen-Elemen Perancangan Kontingensi 22

5.1 Pengenalan 32
Bab 5 Aktiviti Fasa Pencegahan & Mitigasi 31

5.2 Peranan Jawatankuasa keselamatan Hospital 33


5.3 Ahli-ahli Jawatankuasa keselamatan Hospital 33

6.1 Pengenalan 36
Bab 6 Aktiviti Fasa Kesiapsiagaan (Preparedness) 35

6.2 Penghasilan pelan Tindakan Kecemasan Dalam Hospital 36


6.3 Tempat berkumpul (Assembly Point) 36
6.4 Talian Kecemasan Hospital 37
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page vi

6.5 Mekanisme pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan 37


6.6 Pusat kawalan Insiden Kecemasan 37
6.7 Bilik Gerakan Bencana Dalaman Hospital 38
6.8 Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) 38
6.9 Program Kesedaran 39
6.10 Pembangunan Kapasiti (Capacity Building) 39
6.11 Simulasi & Latihan Amal 40

7.1 Pengenalan 42
Bab 7 Aktiviti Fasa Respon 41
7.2 Kawalan Insiden 43
7.3 Notifikasi & Respons Awal Insiden Kecemasan 43
7.4 Kriteria Pengaktifan PTIKBDH Bagi Insiden Major 44
7.5 Mekanisme Hebahan 45
7.6 Evakuasi 45
7.7 Proses Eskalasi 47
7.8 Pusat Maklumat Pesakit 48
7.9 Pusat Media 48
7.10 Pusat Pendaftaran Pasukan Sukarelawan 49
Bab 8 Aktiviti Fasa Pemulihan 51

9.0 Pengenalan 56
Bab 9 Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman Spesifik 55

9.1 Kebakaran 56
9.2 Banjir 60
9.3 Gempa Bumi 64
9.4 Bekalan Tenaga Elektrik Terputus 66
9.6 Ancaman Kimia 67
9.7 Insiden Radiasi 75
9.8 Insiden Biologi 82

10.1 Pengenalan 90
Bab 10 Situasi Ancaman Keselamatan 89
10.2 Ancaman Bom Atau Pakej Yang Mencurigai 90
10.3 Insiden Serangan Pengganas Di Hospital 95
10.4 Situasi Ancaman Keselamatan Yang Ekstrem 97

Teknik-Teknik Evakuasi Pesakit Yang Tidak Berupaya Untuk Berjalan


Lampiran 1 99

Sendiri (Non-Ambulatory Patients) 100

Sistem Pemadaman Kebakaran 104


Lampiran 2 104

Rujukan 107
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page vii

AKRONIM
Akronim yang digunakan di dalam garispanduan ini adalah seperti berikut:

AELB : Pihak Lembaga Pelesenan Atom

CPRC : Crisis Preparedness and Response Center

ERT : Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team )

FEMS : Facility Engineering Medical Service

HEPA : High Efficiency Particulate Air

KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia

PKP : Plan Kesinambungan Perkhidmatan

PTKD : Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman

PPE : Peralatan Perlindungan Diri

: Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman


Hospital
PTIKBDH

UPS : Uninterrupted Power Supply

MSDS : Multiple Safety Data Sheet

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia vii
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page viii

LATAR BELAKANG
SKOP PANDUAN

Skop Panduan ini merangkumi pengurusan situasi kecemasan atau bencana yang
melibatkan fasiliti hospital itu sendiri (internal). Ia tidak merangkumi situasi
kecemasan atau bencana yang dialami di luar hospital (external) yang mana hospital
bertindak untuk membantu memberi respons dan perawatan kepada mangsa-
mangsa insiden kecemasan atau bencana di luar hospital.

Buku Panduan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman Bagi
Hospital ini bertujuan memberi panduan kepada hospital-hospital untuk:
1. Melakukan perancangan bagi kesiapsiagaan hospital menghadapi situasi
kecemasan dan bencana yang melibatkan premis hospital.
2. Sebagai panduan bagi mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan Bencana
Dalaman masing-masing bagi hospital mengikut kesesuaian fasiliti hospital,
struktur dan sumber sendiri.
3. Melakukan tindakan pemulihan selepas kecemasan
4. Menghadapi situasi kecemasan yang spesifik seperti kebakaran, banjir, gempa
bumi, bekalan tenaga elektrik terputus, ancaman bom, kimia, biologi, radiasi
dan nuklear.

Kejayaan hospital untuk berdepan dengan situasi kecemasan amat bergantung


kepada keupayaan anggota-anggota hospital untuk memberi respons yang segera
dengan pantas dan efektif.

KEPENTINGAN PELAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN


HOSPITAL

Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi


tanggungjawab pihak majikan untuk memastikan pekerja berada dalam persekitaran
kerja yang selamat. Majikan juga turut bertanggungjawab dalam memastikan
keselamatan orang-orang lain yang turut berada di kawasan tempat kerja. Ini
termasuklah keupayaan mengawal kejadian kecemasan yang boleh mengancam
nyawa pekerja, pesakit, pelawat atau sesiapa yang berada di hospital.

viii Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page ix

PENGGUNA SASARAN

Garis Panduan ini sesuai digunakan oleh:


1. Pihak pengurusan di peringkat hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan
Kesihatan Negeri dan Permis-permis Kementerian Kesihatan.
2. Semua Ketua Jabatan Klinikal dan Unit Sokongan Hospital.
3. Pasukan Tindakan Kecemasan Hospital.
4. Semua warga kerja hospital dan kementerian.
5. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

OBJEKTIF PELAN TINDAKAN

Untuk memastikan tindakan yang berkesan dapat diambil untuk mengawal insiden
1. OBJEKTIF UMUM

kecemasan dan bencana yang berlaku di dalam premis hospital.

Objektif spesifik panduan ini adalah seperti berikut :


2. OBJEKTIF SPESIFIK

1. Untuk melindungi nyawa pesakit, petugas dan orang awam dengan membuat
langkah-langkah kesiapsiagaan bagi mengurangkan bilangan mangsa terlibat
serta memberi rawatan awal kepada mangsa.
2. Untuk melindungi harta benda dan peralatan dengan membuat persediaan
dan tindakan bagi menghadkan kemusnahan.
3. Sebagai panduan bagi menangani insiden-insiden kecemasan spesifik seperti
kebakaran, banjir, gangguan bekalan elektrik, gangguan sistem teknologi
maklumat, gangguan bekalan air, gangguan bekalan oksigen, insiden
kecemasan kimia, biologi, radiasi dan ancaman keselamatan serta terrorisme.
4. Untuk mengurangkan impak kecemasan dengan mengembalikan operasi kerja
seperti sedia kala dengan seberapa segera.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia ix
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page x
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 1

BAB
1

PENGENALAN KEPADA INSIDEN


KECEMASAN DAN BENCANA
DALAMAN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 2

1.1 PENGENALAN

Insiden kecemasan adalah kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dan berpotensi
mengganggu keselamatan atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesuatu hospital.

1.2 JENIS-JENIS INSIDEN KECEMASAN

1. Secara am insiden kecemasan yang berlaku di dalam hospital boleh


dibahagikan berdasarkan kepada magnitud dan impak terhadap
perkhidmatan hospital. Gangguan perkhidmatan boleh bersifat separa
atau sepenuhnya dan boleh berlaku secara sementara atau kekal.

2. Insiden Kecemasan Minor adalah kejadian kecil dan boleh ditangani


oleh anggota hospital. Jika diperlukan, agensi Kerajaan Tempatan atau
Agensi Kecemasan yang berkaitan boleh dilibatkan. Perkhidmatan
hospital tidak terjejas sepenuhnya. Contohnya kebakaran kecil yang
boleh dipadamkan oleh anggota hospital.

3. Insiden Kecemasan Major adalah kejadian di luar kemampuan


kawalan anggota hospital dan mempunyai impak yang signifikan kepada
perkhidmatan hospital. Bantuan agensi seperti Jabatan Kesihatan
Negeri atau Kementerian diperlukan dalam insiden sedemikian (Rujuk
jadual 1).

ELEMEN INSIDEN MINOR INSIDEN MAJOR

Ancaman keselamatan Terhad kepada Berpotensi merebak


nyawa dan harta kawasan yang kecil dan melibatkan
kawasan yang besar

Perkhidmatan hospital Perkhidmatan tidak Satu atau lebih


terganggu perkhidmatan hospital
terganggu

Penglibatan hospital Tidak perlu Perlu


lain

2 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 3

ELEMEN INSIDEN MINOR INSIDEN MAJOR

Penglibatan agensi Agensi Kecemasan Agensi Kecemasan,


luar Tempatan Agensi Tempatan,
Agensi Tempatan Jabatan Kesihatan
Negeri, Kementerian,
Majlis Keselamatan
Negara

Pengurusan insiden Boleh ditangani di Sukar ditangani di


peringkat fasiliti peringkat fasiliti

Contoh Kebakaran kecil yang Kebakaran yang


tidak menyebabkan menyebabkan
penutupan mana- penutupan khidmat
mana perkhidmatan pembedahan dan
hospital berpotensi untuk
merebak

Jadual 1 : Perbandingan Antara Insiden Kecemasan Minor dan


Insiden Kecemasan Major

1.3 INSIDEN BENCANA

Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, kejadian ‘bencana’


ditakrifkan sebagai sebarang insiden samada semulajadi atau kerana faktor
manusia, yang berlaku secara tiba-tiba. Ia menyebabkan kecederaan atau
kematian serta kerosakan terhadap harta benda atau pesekitaran dan
menyebabkan gangguan terhadap aktiviti kehidupan seharian. Sesebuah
hospital tidak terkecuali dari mengalami bencana. Hospital ditakrifkan
mengalami bencana apabila berlaku kecederaan, kematian serta
kerosakan terhadap harta benda atau persekitaran hospital sehingga
menjejaskan perkhidmatan hospital sepenuhnya.

i) Tahap-Tahap Bencana

Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, bencana boleh


dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3
seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 di bawah.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 3
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 4

TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3

Berlaku di kawasan Berpotensi untuk Merebak ke luar


setempat dan tidak merebak ke luar kawasan
berpotensi untuk kawasan dan
merebak berpotensi untuk
memberi ancaman

Melibatkan daerah Melibatkan negeri Melibatkan kerajaan


pusat

Tidak kompleks Bersifat kompleks Sangat kompleks

Kehilangan nyawa Kehilangan nyawa Kehilangan nyawa


dan harta benda yang banyak serta yang banyak serta
yang minima kerosakan harta kerosakan harta
benda dan benda dan
infrastruktur yang infrastruktur yang
teruk tidak dapat
dipulihkan

Tidak mengganggu Mengganggu Mengganggu


pekerjaan atau pekerjaan atau pekerjaan atau
aktiviti harian aktiviti harian aktiviti harian
penduduk setempat kawasan terlibat kawasan terlibat

Pihak berkuasa Kepakaran luar


Boleh dikendalikan tempatan tidak diperlukan
oleh pihak berkuasa mampu
tempatan mengendalikannnya
dan kepakaran luar
mungkin diperlukan

Jadual 2 : Klasifikasi Tahap-tahap Bencana Majlis Keselamatan


Negara.

4 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 5

“Bukan Semua Kecemasan


Adalah BENCANA
Namun
Semua Bencana Adalah
KECEMASAN.”

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 5
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 6
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 7

BAB
2

FASA-FASA PENGURUSAN
BENCANA

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 8

2.1 PENGENALAN

Pengurusan bencana terbahagi kepada empat fasa seperti dalam Rajah 1 di bawah.

Mitigrasi
&
Pencegahan

Situasi aman
Pemulihan Persediaan
Situasi kecemasan
atau bencana

Respon

Rajah 1 : Fasa-Fasa Pengurusan Bencana

2.2 FASA 1 - PENCEGAHAN & MITIGASI (PREVENTION &


MITIGATION)

1. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan kejadian bencana


atau mengurangkan kesan bencana sekiranya dapat dielakkan.

2. Langkah-langkah tersebut boleh dibahagikan kepada dua:


a. Perancangan struktur
b. Polisi pengoperasian

3. Langkah-langkah ini dibincangkan lebih lanjut dalam Bab 5.

8 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 9

2.3 FASA 2 - KESIAPSIAGAAN (PREPAREDNESS)

1. Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman


Hospital (PTIKBDH) perlu diwujudkan bagi hospital masing-masing
sebagai panduan menghadapi insiden kecemasan dan bencana.

2. Semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan masing-masing


dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang insiden kecemasan atau
bencana.

3. Latihan simulasi menghadapi bencana seperti “tabletop exercise” dan


latih amal perlu diadakan bagi memastikan anggota hospital mengetahui
Pelan Tindakan Kecemasan Hospital masing-masing.

4. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) atau “Business Continuity


Plan” perlu diwujudkan bagi perkhidmatan-perkhidmatan utama.

2.4 FASA 3 - RESPONS (RESPONSE)

1. Anggota hospital bertindak menangani situasi kecemasan yang berlaku


secara berkesan dan sistematik mengikut Pelan Tindakan Insiden
Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital (PTIKBDH).

2. Setiap hospital perlu ada “Pelan Eskalasi” (Escalation Plan) dalam


menghadapi Insiden Kecemasan Major bagi mendapatkan bantuan
tambahan efektif.

3. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) atau “Business Continuity


Plan” diaktifkan serentak untuk memastikan kesinambungan
perkhidmatan hospital tidak tergendala dalam jangka masa yang
panjang.

2.5 FASA 4 - PEMULIHAN (RECOVERY)

1. Usaha untuk mengembalikan semula operasi seperti sedia kala dan


membaik pulih kerosakan kepada keadaan asal dijalankan.

2. Aspek kesihatan fizikal dan mental pesakit, waris dan anggota hospital
perlu diberi perhatian.

3. Post-mortem dibuat bagi mengenalpasti langkah pencegahan yang


lebih baik dan mengemaskini PTIKBDH.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 9
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 10

4. Dokumentasi dan pengumpulan data berkenaan impak kewangan,


infrastruktur, logistik dan impak perkhidmatan secara keseluruhan perlu
dikemaskini.

5. Setelah selesai fasa ini, kitaran akan kembali ke fasa pencegahan dan
mitigasi (Rajah 1). Langkah-langkah penambahbaikan perlu
dikenalpasti bagi memastikan pencegahan dan mitigasi yang lebih
berkesan pada masa hadapan.

2.6 AMALAN KUALITI DALAM PENGURUSAN INSIDEN KECEMASAN


& BENCANA

PLAN DO
(Rancang) (Laksanakan)

ACT CHECK
(Ambil Tindakan) (Periksa)

Rajah 2 : Carta PDCA Kualiti (Plan-Do-Check-Act).

Tindakan proaktif diperlukan bagi memastikan persekitaran fasiliti kesihatan


sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi bencana dan langkah
penambahbaikan perlu dambil bagi mengatasi isu yang dikesan semasa
berlakunya bencana atau insiden.

Bagi setiap fasa, rancangan berupa strategi harus dibuat. Ini diikuti oleh
pelaksanaan perancangan tersebut. Seterusnya, semua pelaksanaan
harus diperiksa dan semua kelemahan diperbetulkan melalui tindakan yang
bersesuaian. Setelah itu, rancangan dengan strategi penambahbaikan
dibuat dan kitaran ini diteruskan. Amalan kualiti ini diringkaskan dalam
Rajah 2.

10 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 11

11

BAB
3

STRUKTUR ORGANISASI
PENGURUSAN TINDAKAN INSIDEN
KECEMASAN DAN BENCANA
DALAMAN HOSPITAL

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 12

3.1 PENGENALAN

Organisasi ini diketuai oleh Pengarah Hospital. Tujuan organisasi ini adalah untuk
merancang dan menjalankan aktiviti mengikut fasa pengurusan bencana. Organisasi
ini perlu disesuaikan mengikut keperluan dan kapasiti sumber setiap hospital.
Rajah 3 memberikan contoh organisasi ini.

ORGANISASI PENGURUSAN BENCANA DALAMAN SECARA AM


MENGIKUT FASA-FASA BENCANA
FASA PENCEGAHAN
& MITIGASI
Pengarah Hospital

JAWATANKUASA PENYELARAS PASUKAN TINDAKAN


KESELAMATAN FASA RESPON
HOSPITAL KECEMASAN DALAMAN
& PEMULIHAN

PASUKAN RESPONS KO-ORDINATOR KO-ORDINATOR


BENCANA
(DALAMAN & KECEMASAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN
LUARAN) TEKNIKAL

KESELAMATAN KETUA PASUKAN


KEWANGAN
& KESIHATAN RESPON KECEMASAN KEJURURAWATAN
PEKERJAAN (ERT)

KESELAMATAN LOGISTIK
KEBAKARAN PEGAWAI KAWALAN
PENYELIA HOSPITAL
INSIDEN
KESELAMATAN
PESAKIT PEGAWAI EVAKUASI SOKONGAN KLINIKAL
KAWALAN INFEKSI
PEGAWAI PERAWATAN
PERLINDUNGAN
SINARAN
PEGAWAI KAWALAN
KESELAMATAN KESELAMATAN
MAKANAN

KESELAMATAN
/ TRAFIK

Rajah 3 : Organisasi Pengurusan Bencana Dalaman Secara Am Mengikut Fasa-fasa


Bencana.

12 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 13

3.2 PENGARAH HOSPITAL

Pengarah Hospital bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan


pelan ini serta pemantauan evolusi bencana. Pengarah Hospital juga
bertanggungjawab dalam menjalankan respons eskalasi termasuk
perolehan bantuan tambahan semasa menghadapi Insiden Kecemasan
Major atau Bencana (Rujuk Rajah 4). Semasa insiden kecemasan atau
bencana dalaman, Pengarah Hospital akan bertindak sebagai Ketua
Operasi bagi Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman.

PELAN EKSKALASI PENGURUSAN SUMBER BENCANA


DALAMAN HOSPITAL
Insiden Major

Arahan
SKALA BENCANA MOBILISASI SUMBER Pengarah
MKN* DALAM HOSPITAL Hospital

Arahan
MOBILISASI SUMBER Pegawai
tahap 1
DALAM DAERAH Kesihatan
ESKALASI

Daerah

Arahan
MOBILISASI SUMBER
Pengarah
tahap 2 DALAM NEGERI
Kesihatan
SENDIRI
Negeri

MOBILISASI SUMBER Arahan


DALAM NEGERI Ibu Pejabat
BERJIRAN KKM
tahap 3
Arahan
MOBILISASI SUMBER
Majlis
ANTARA
Keselamatan
KEMENTERIAN
Negara

*MKN : Majlis Keselamatan Negara


ANTARABANGSA

Rajah 4 : Pelan Eskalasi Pengurusan Sumber Bagi Insiden Kecemasan dan


Bencana Dalaman Hospital

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 13
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 14

3.3 JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merancang, melaksana,


memantau dan menilai pengurusan insiden kecemasan dan bencana
dalaman secara keseluruhan di hospital.

Semasa fasa mitigasi dan persediaan, jawatankuasa latihan ini memainkan


peranan utama dalam mengadakan program kesedaran, pencegahan dan
audit bagi proses dan operasi. Dokumentasi aktiviti jawatankuasa ini perlu
meliputi elemen berikut:
• Takwim aktiviti
• Laporan program yang dijalankan
• Tindakan pembetulan dan penambahbaikan

Dalam fasa respons, jawatankuasa ini memainkan peranan pemantuan


bagi aktiviti pengurusan insiden kecemasan dalaman mengikut PTIKBDH
yang telah dirancang.

3.4 PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN DALAMAN

BILIK GERAKAN BENCANA DALAMAN :


ORGANISASI RESPON BENCANA DALAMAN HOSPITAL
KETUA OPERASI
PENGARAH
PENYELARAS PASUKAN
TINDAKAN KECEMASAN TIMBALAN
Pasukan Respon Kecemasan DALAMAN PENGARAH

KETUA PASUKAN KO-ORDINATOR KO-ORDINATOR


RESPON KECEMASAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN
(ERT) KLINIKAL
KEWANGAN
PEGAWAI KAWALAN KEJURURAWATAN
INSIDEN
Skuad Mencari & Menyelamat LOGISTIK
PEGAWAI EVAKUASI PENYELIA HOSPITAL
Ketua Tingkat (Floor Marsyal)
SOKONGAN KLINIKAL
PEGAWAI PERAWATAN

PEGAWAI KAWALAN
KESELAMATAN

Rajah 5 : Organisasi Respon Bencana Dalaman Hospital

14 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 15

Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD) adalah pasukan yang


diaktifkan apabila berlaku kecemasan dalaman (Rujuk Rajah 5).

Pengarah Hospital adalah Ketua operasi tindakan kecemasan dalaman.


i) Ketua Operasi Tindakan Kecemasan Dalaman

Timbalan Pengarah (Klinikal) akan mengambil alih sebagai Ketua


Operasi dalam situasi ketiadaan Pengarah Hospital.

1. Mengetuai keseluruhan respons terhadap insiden kecemasan


ii) Fungsi Ketua Operasi Tindakan Kecemasan Dalaman :

dalaman yang berlaku.


2. Memastikan segala keperluan bagi operasi disediakan.
3. Memastikan Pelan Kesinabungan Perkhidmatan (PKP) hospital
berjalan dengan sebaik mungkin.
4. Memastikan semua komunikasi dalaman dan luaran insiden
kecemasan berjalan lancar.

1. Pegawai yang dilantik oleh Pengarah Hospital boleh terdiri dari


iii) Penyelaras Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD)

Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Pakar yang bersesuaian


(contoh : Pakar Perubatan Kecemasan) atau pegawai lain yang
berkelayakan.
2. Tugas dan tanggungjawab pegawai ini:
a. Menasihati dan membantu Pengarah Hospital dalam
pemantauan semua aktiviti semasa insiden kecemasan dan
bencana.
b. Menyelaras dan memantau aktiviti respons kecemasan,
perkhidmatan klinikal dan pentadbiran berjalan dengan lancar.

1. Memberikan fokus bagi perawatan pesakit bagi insiden major.


iv) Ko-ordinator Klinikal

Biasanya tugas ini digalas oleh Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma
atau wakil.
2. Biasanya beroperasi di Bilik Gerakan Hospital bagi menyokong
tindakan Pasukan Respons Kecemasan.

1. Memberikan fokus bagi sokongan pentadbiran bagi insiden major.


v) Ko-ordinator Pentadbiran

Biasanya tugas ini digalas oleh Timbalan Pengarah bahagian


pentadbiran.
2. Biasanya beroperasi di Bilik Gerakan Hospital bagi menyokong
respons Pasukan Respons Kecemasan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 15
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 16

Nota : Peranan Ko-ordinator Klinikal dan Ko-ordinator Pentadbiran tidak


perlu diaktifkan jika insiden minor dan dapat ditangani oleh
Pasukan Respons Kecemasan. Dalam situasi sebegini, Pasukan
Respons Kecemasan akan melapor terus kepada Penyelaras
PTKD.

1. Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team)


vi) Pasukan Respons Kecemasan

berperanan untuk menjalankan operasi respons kecemasan,


evakuasi, kawalan keselamatan dan perawatan pesakit dalam
kawasan insiden kecemasan dan tempat berkumpul. Pasukan
Respons Kecemasan diketuai oleh Ketua Jabatan atau wakil beliau
atau unit di mana insiden berlaku.
2. Pasukan Respons Kecemasan adalah pasukan yang
bertanggungjawab menangani setiap insiden di jabatan atau unit di
mana insiden berlaku. Pasukan Respons Kecemasan beroperasi di
Pusat Kawalan Insiden.
3. Pusat Kawalan Insiden boleh dibuka di tempat yang selamat dari
tempat insiden berhampiran jabatan atau unit terlibat supaya Ketua
Pasukan Respons Kecemasan, Pegawai Kawalan Insiden, Pegawai
Evakuasi, Pegawai Perawatan dan Pegawai Kawalan Keselamatan
dapat menyelaras semua aktiviti. Seorang pemantau boleh
mendokumenkan semua aktiviti dan perkembangan. Sekiranya
keadaan tidak selamat untuk membuka Pusat Kawalan Insiden di
dalam unit atau jabatan masing-masing, pusat berkenaan boleh
beroperasi di Tempat Berkumpul untuk sementara sehingga tempat
alternatif yang sesuai boleh dikenalpasti.
4. Sekiranya skala insiden adalah kecil, Pasukan Respons Kecemasan
akan beroperasi tanpa perlunya sokongan ko-ordinator klinikal dan
pentadbiran.
5. Namun dalam insiden berskala besar, pasukan ini disokong oleh Ko-
ordinator Klinikal dan Ko-ordinator Pentadbiran yang mana bantuan
respons dari jabatan/unit lain diperlukan. Bilik Gerakan Bencana
hospital juga perlu diaktifkan sekiranya situasi ini berlaku.

Pasukan Respons Kecemasan adalah terdiri daripada:


a. Komponen Pasukan Respons Kecemasan

1. Ketua Pasukan Respons Kecemasan


2. Pegawai Kawalan Insiden
3. Pegawai Evakuasi
4. Pegawai Perawatan
5. Pegawai Kawalan Keselamatan

16 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 17

Peranan ini digalas oleh Ketua Jabatan/Ketua Unit bagi


b. Ketua Pasukan Respons Kecemasan

jabatan/unit yang terbabit.

Tugas-tugas Ketua Pasukan Respons Kecemasan adalah seperti


berikut:
1. Menyelaras dan mengadakan perbincangan dengan ahli
jawatankuasa bertindak keselamatan dari masa ke semasa.
2. Mengetuai operasi latihan/kecemasan bagi keseluruhan
bangunan.
3. Semasa insiden bersedia di Pusat Kawalan Insiden untuk
menerima laporan dan membuat perhubungan dengan
Pegawai Insiden, Pegawai Tingkat dan Pegawai
Keselamatan semasa berlakunya apa-apa insiden major.

1. Selalunya dipegang oleh anggota penyeliaan kanan atau


c. Pegawai Evakuasi

kejururawatan yang terlatih dan diberi kuasa dan


tanggungjawab untuk keselamatan bahagian atau tingkat
tertentu hospital.
2. Bertanggungjawab ke atas keselamatan penghuni atau
anggota bangunan secara menyeluruh.
3. Menyelaras semua prosedur yang berkaitan dengan evakuasi
bangunan.
4. Dibantu oleh Ketua Tingkat dan Pasukan Perubatan.
5. Menyelaras semua aktiviti evakuasi dan komunikasi dengan
Ketua Tingkat dan Bilik Operasi.

1. Selalunya dipegang oleh anggota penyeliaan atau


d. Pegawai Kawalan Insiden

kejururawatan yang terlatih dan diberi kuasa dan


tanggungjawab untuk keselamatan hospital. Pegawai lain
yang bersesuaian boleh memainkan peranan berdasarkan
unit yang terlibat dan petugas yang ada.
2. Bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal kejadian
kecemasan supaya tidak merebak.
3. Mengarahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat
menjalankan tugas, mengawal kerosakan akibat hazad dan
menyelamat mangsa pada peringkat awal insiden.
4. Membantu dan mendapatkan maklumat mengenai insiden
daripada responder dan skuad mencari dan menyelamat dari
masa ke semasa.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 17
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 18

1. Selalunya dipegang oleh Ketua Unit Keselamatan Hospital


e. Pegawai Keselamatan

atau wakil. Ia boleh terdiri daripada pasukan polis bantuan,


anggota keselamatan swasta atau pemegang konsesi yang
dilantik berdasarkan hospital masing-masing.
2. Bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan trafik dan
keselamatan orang ramai di sekitar bangunan.

1. Selalunya dipegang oleh anggota klinikal kanan di unit atau


f. Pegawai Perawatan

jabatan terbabit.
2. Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal yang
melibatkan pesakit di lokasi terlibat semasa respons
kecemasan.
3. Bertanggungjawab memastikan kesinambungan
perkhidmatan klinikal di tempat berkumpul sekiranya evakuasi
perlu dilaksanakan.

1. Selalunya dipegang oleh anggota kejururawatan wad atau


g. Ketua Tingkat /Kawasan (Floor/Area Marshall)

pegawai yang paling senior di unit terbabit.


2. Bertanggungjawab terhadap evakuasi penghuni daripada
tingkat apabila penggera amaran berbunyi atau arahan
dikeluarkan.
3. Berhubung dengan Pegawai Evakuasi bagi laporan situasi
evakuasi.
4. Bertanggungjawab mengemaskini dan menyediakan senarai
nama pesakit dan petugas.
5. Membuat pemeriksaan terakhir di tingkat sebelum
meninggalkan lokasi kejadian.
6. Memaklumkan kepada Bilik Kawalan sebelum meninggalkan
tingkat atau lokasi.
7. Membuat panggilan nama dan pengiraan bilangan anggota di
tempat berkumpul (head count).
8. Melaporkan kepada Pegawai Evakuasi selepas membuat
panggilan nama.

18 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 19

1. Dipegang oleh anggota klinikal kanan dari jabatan/unit


h. Pegawai Perawatan (Clinical Controller)

yang terlibat dengan insiden.


2. Bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti klinikal
semasa insiden. Misalnya, memastikan semua keperluan
perubatan pesakit dipenuhi semasa evakuasi.
3. Pesakit yang mempunyai peluang kualiti hidup paling baik
diberikan keutamaan untuk dievakuasi dahulu. (Lihat 7.6
dan 7.7).
4. Arahan diberikan kepada petugas wad untuk
menggunakan ventilator mudah alih atau bag oksigen
(bag-valve-mask) yang dipam sepanjang masa sementara
dipindahkan ke wad alternatif.
5. Memastikan rekod pesakit (case note) dibawa bersama ke
tempat berkumpul.
6. Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan klinikal di
tempat berkumpul sehinggalah semua pesakit dipindahkan
ke tempat rawatan definitif.

1. Skuad ini terdiri daripada mereka yang terlatih dalam


i. Skuad Mencari dan Menyelamat

kursus kebombaan.
2. Mereka ini mahir dan terlatih dalam mengendalikan
peralatan.
3. Apabila insiden berlaku, skuad ini berkumpul di Bilik
Kawalan dan menerima arahan terus dari pegawai insiden.
4. Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) yang bersesuaian harus
dipakai dengan lengkap sekiranya skuad ini memasuki
kawasan insiden.
5. Skuad ini membantu mengawal kejadian dari merebak
mengikut kemahiran yang diperolehi semasa latihan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 19
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 20
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 21

21

BAB
4

PERANCANGAN KONTIGENSI

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 22

4.1 PENGENALAN

Setiap hospital harus membuat perancangan kontingensi bagi mengenalpasti risiko


yang ada. Risiko-risiko yang dikenalpasti haruslah dipanjangkan kepada pihak
pengurusan. Ini supaya usaha dan tindakan bersepadu dapat dibuat dengan pihak
pengurusan untuk memastikan presmis adalah selamat dari risiko-risiko tersebut.

Dalam perancangan kontingensi, kapasiti hospital juga dikenalpasti dan


diperkukuhkan untuk menangani kemungkinan berlakunya risiko-risiko yang
dikenalpasti.

Dalam perancangan kontingensi, pelan insiden kecemasan dan bencana dalaman


haruslah dihasilkan sebagai strategi tindakan hospital apabila berlaku insiden-insiden
atau bencana berdasarkan risiko yang dikenalpasti.

4.2 ELEMEN-ELEMEN PERANCANGAN KONTINGENSI

Elemen-elemen dalam perancangan kontingensi adalah seperti berikut:


1. Analisa situasi dan ancaman
2. Penilaian Risiko
3. Komunikasi risiko
4. Mengenalpasti kapasiti respon

Hospital perlu mengenalpasti ancaman (hazad) yang ada di dalam dan


a. ANALISA SITUASI DAN ANCAMAN

persekitaran hospital. ‘Ancaman’ atau ‘hazad’ merujuk kepada sesuatu


faktor atau kejadian yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada
manusia, harta benda atau persekitaran. (Rujuk jadual 3)

Penilaian risiko perlu dilaksanakan bagi setiap ancaman yang telah


b. PENILAIAN RISIKO

dikenalpasti. Terma ‘risiko’ merujuk kepada kebarangkalian sesuatu insiden


yang buruk berlaku. Ia mengambil kira dua elemen iaitu jenis serta
magnitud ancaman dan kekerapan pendedahan kepada ancaman.

22 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 23

Jenis-Jenis Ancaman
Contoh-Contoh Ancaman (Hazad)
(Hazad)

• Gangguan bekalan tenaga elektrik


• Kegagalan sistem komunikasi dalaman atau
Fizikal

luaran
• Gangguan bekalan air bersih
• Kerosakan sistem maklumat elektronik
hospital
• Keruntuhan atau ketidakstabilan bangunan
• Gempa bumi
• Kerosakan mesin dan alat perubatan
• Banjir
• Taufan
• Kebakaran

Radiologi/Nuklear • Bahan radioaktif

• Bahan nuklear

Biologi • Penyakit berjangkit (SARS, avian flu).

• Nosocomial infection (MRSA).

• Asid, alkali, pelarut, pengawet, gas


anestetik, agen pencuci
Kimia

• Ancaman bom

Psikososial • Pesakit yang ganas

• Persekitaran sosial hospital yang berisiko


misalnya kewujudan kumpulan kongsi
gelap, penagih dadah, pengganas,
penceroboh dan sebagainya di sekitar
kawasan hospital

Jadual 3: Klasifikasi Jenis Ancaman (Hazad)

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 23
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 24

Kebarangkalian pendedahan terhadap ancaman perlu dikenalpasti oleh


i) KEBARANGKALIAN PENDEDAHAN TERHADAP ANCAMAN

pihak hospital. Penilaian boleh dilakukan berdasarkan klasifikasi di Jadual


4.

Kebarangkalian Pendedahan
Penerangan
Terhadap Ancaman

Paling berkemungkinan (Most Hampir mustahil untuk ancaman


likely) itu tidak berlaku
Sangat Berkemungkinan (Highly Amat jarang untuk ancaman itu
likely) tidak berlaku
Berkemungkinan (Likely) adalah mungkin untuk ancaman
berlaku di masa akan datang
Kurang berkemungkinan (Less Amat jarang untuk ancaman itu
likely) berlaku, tidak pernah berlaku
ancaman itu setelah sekian lama
Paling Kurang Berkemungkinan hampir mustahil untuk ancaman
(Least likely) itu berlaku

Jadual 4 : Klasifikasi Kebarangkalian Pendedahan Terhadap Ancaman

Magnitud atau keterukan sesuatu ancaman menggambarkan impak


ii) MAGNITUD ATAU KETERUKAN ANCAMAN

ancaman tersebut. Samada mengakibatkan kecederaan, penyakit,


kematian mangsa yang trlibat, kerosakan struktur/aset hospital atau
gangguan perkhidmatan sesebuah hospital. Penilaian boleh dilakukan
berdasarkan klasifikasi di Jadual 5.

Keterukan Ciri-Ciri Insiden

Tidak signifikan Tiada kecederaan/penyakit, tiada impak


kerosakan harta benda dan persekitaran serta
perkhidmatan hospital tidak terjejas.

Kecil (Minor) Mangsa memerlukan rawatan pesakit luar


sahaja. Impak terhadap harta benda boleh
dipulihkan serta-merta dan perkhidmatan teras
hospital tidak terjejas.

24 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 25

Keterukan Contoh-Contoh Ancaman

Sederhana (Moderate) Mangsa memerlukan rawatan pesakit dalam


wad. Berpotensi mendapat kecederaan
kekal/penyakit serius. Impak kepada harta
benda tidak boleh dipulihkan serta-merta.
Sebahagian perkhidmatan teras hospital
terjejas dan bantuan luar diperlukan.

Besar (Major) Potensi maut adalah tinggi. Terdapat risiko


kecederaan kekal dan rawatan pesakit dalam
wad diperlukan. Impak terhadap harta benda
tidak boleh dipulihkan dengan serta merta.
Sebahagian besar perkhidmatan teras hospital
terjejas dan bantuan luar diperlukan.

Sangat besar Potensi maut adalah tinggi. Kemusnahan


(Catastrophic) menyeluruh menyebabkan seluruh
perkhidmatan hospital terhenti.

Jadual 5 : Klasifikasi Magnitud Ancaman Insiden Kecemasan di Hospital

Matriks risiko digunakan untuk menilai risiko. Ia merupakan


iii) MATRIKS RISIKO

gabungan kebarangkalian kekerapan pendedahan terhadap


ancaman dan magnitud/keterukan sesuatu ancaman. Penilaian
risiko sesuatu ancaman mestilah realistik dan tidak bergantung
semata-mata kepada senario paling buruk. Rujukan terhadap
pengalaman lalu, statistik mortaliti dan morbiditi, laporan
metereologi dan situasi semasa boleh digunakan. Ia boleh
dirumuskan sebagai ”Matriks Risiko” seperti dalam Jadual 6.
Matriks ini boleh digunakan bagi setiap ancaman yang
dikenalpasti.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 25
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 26

MATRIKS RISIKO

MAGNITUD ANCAMAN
Kategori
pendedahan Tidak Sangat
Kecil Sederhana Besar
Signifikan besar

(Sangat S S T T T
kerap)

(Kerap) R S S T T

(Biasa) R S S S T

(Jarang) R R S S S

(Sangat R R R R S
jarang)

T=Tinggi S=Sederhana R=Rendah

Jadual 6 : Matriks Risiko Ancaman Insiden Kecemasan dalam Hospital

Berdasarkan penilaian risiko menggunakan matriks ini, pihak pengurusan


boleh memberikan penekanan bagi persediaan hospital terutamanya
terhadap ancaman dalam kategori tinggi.

4.3 KOMUNIKASI RISIKO

1. Pengarah Hospital bertanggungjawab melantik wakil dari Jawatankuasa


Keselamatan Hospital untuk melaksanakan komunikasi risiko berdasarkan analisa
risiko yang dijalankan.

2. Tujuan komunikasi ini adalah untuk mendapatkan perhatian dan kesedaran


semua pihak dalam mengambil langkah-langkah persediaan yang bersesuaian
bagi menghadapi setiap risiko dan ancaman tersebut.

26 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 27

3. Jenis komunikasi risiko adalah seperti berikut:

a. Komunikasi Ke Peringkat Atasan (Dalaman): Ia melibatkan pemakluman


risiko kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau Ibu Pejabat Kementerian
mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, risiko yang ada berdasarkan matriks
risiko boleh dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan. Berdasarkan
kepentingan menangani risiko berkenaan, maklumat berkenaan boleh
dipanjangkan kepada pengarah hospital dan dimajukan kepada Pengarah
Kesihatan Negeri, Pengarah Perkembangan dan seterusnya kepada Ketua
Pengarah Kesihatan. Maklumat berkenaan boleh dipanjangkan menurut
turutan ini jika tidak dapat diselesaikan pada setiap peringkat.

b. Komunikasi ke Peringkat Luaran: Ia melibatkan pemakluman risiko kepada


pihak lain yang berkaitan termasuklah agensi KKM di luar organisasi atau
agensi luar seperti bomba, polis dan sebagainya. Komunikasi ini boleh
dipanjangkan mengikut kesesuaian jika penglibatan bersama agensi luar dapat
membantu mengurangkan risiko berkenaan. Dalam keadaan tertentu,
mesyuarat khas Ketua Pengarah Kesihatan boleh digerakkan bersama
cadangan penyelesaian yang melibatkan agensi luar.

c. Komunikasi Ke Peringkat Bawahan: Ia melibatkan program kesedaran atau


latihan seperti kursus, “tabletop exercise” dan latihan praktikal yang dijalankan
dari semasa ke semasa di peringkat jabatan dan hospital.

4.4 KAPASITI RESPON

Kapasiti respons merujuk kepada keupayaan menangani insiden kecemasan


dalaman yang berlaku meliputi perkara-perkara berikut:
a. Matriks sumber.
b. Kaedah komunikasi
c. Kapasiti waktu puncak (surge capacity) dikenal pasti iaitu jumlah pesakit
maksimum yang boleh ditangani oleh hospital. Ini membolehkan langkah diambil
bagi mendapatkan sumber luar jika kapasiti melebihi had maksimum yang boleh
ditangani.

Matriks sumber mengambilkira lokasi dan kuantiti sumber dalaman yang


1) Matriks Sumber (Resources Matrix)

sedia ada dan sumber luaran yang boleh digerakkan. Sumber meliputi
tenaga manusia, fasiliti hospital (jabatan dan unit), peralatan perubatan
(aset, inventori dan alat pakai buang), peralatan bukan perubatan
(komunikasi), ubat-ubatan, pengangkutan dan kewangan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 27
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 28

Aktiviti pengurusan matriks sumber dalaman meliputi aspek:


1. Bantuan klinikal, pengurusan dan perkhidmatan sokongan
2. Pengagihan semula sumber
3. Penjadualan semula tugasan

Matriks sumber bantuan luaran melibatkan Agensi Kesihatan, Agensi


Kecemasan, Pihak Berkuasa Tempatan, Telekom Malaysia, Tenaga
Nasional Berhad dan lain-lain yang berkaitan. Senarai perhubungan talian
sumber ini perlu sentiasa dikemaskini. Jadual 7 memberikan contoh
bantuan-bantuan yang boleh diperolehi dari organisasi atau agensi-agensi
luaran.

Agensi Jenis Bantuan

Hospital Rawatan dan rawatan kepakaran, katil,


aset peralatan (perubatan dan bukan
perubatan).

Jabatan Kesihatan Negeri & Tenaga manusia, ambulan, aktiviti


Pejabat Kesihatan Daerah epidemiologi dan kesihatan awam

Pejabat Daerah Bantuan logistik

Bomba dan Penyelamat Malaysia Tenaga manusia, operasi menyelamat,


pengangkutan, bot, helikopter

Angkatan Tentera Malaysia Proses pemindahan, hospital


bergerak, bot, helikopter, pembinaan
jalan/ jambatan

Polis Diraja Malaysia Unit pemusnah bom, kawalan


keselamatan

Jabatan Pertahanan Awam Tenaga manusia, ambulan , bot


Malaysia

Bulan Sabit Merah Malaysia, St Tenaga manusia, ambulan, logistik,


John’s Ambulance

Jabatan Kebajikan Masyarakat Bekalan makanan, pakaian,


kaunseling

Agensi bekalan Air Bekalan air bersih, tangki bergerak

28 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 29

Agensi Jenis Bantuan

Tenaga Nasional Berhad Janakuasa elektrik

Telekom Malaysia Unit Komunikasi Bergerak

Majlis Perbandaran/ Majlis Khemah, tandas bergerak, sanitasi


Kerajaan Tempatan

SAPURA Pengukuhan komunikasi radio

Jabatan Kerja Raya Bantuan logistik dan kejuruteraan

Jadual 7 : Contoh Matriks Sumber Luaran dari Agensi Kesihatan, Agensi


Kecemasan, Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi Perkhidmatan
Khas Negara dan lain-lain.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 29
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 30
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 31

31

BAB
5

AKTIVITI FASA PENCEGAHAN &


MITIGASI

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 32

5.1 PENGENALAN

Fasa pencegahan dan mitigasi menggariskan aktiviti-aktiviti yang perlu


diambil bagi mengelakkan kejadian bencana atau setidak-tidaknya mengurangkan
kesan bencana sekiranya dapat dielakkan.

Aktiviti ini terbahagi kepada dua:


1. Perancangan struktur (structural)
2. Polisi Operasi (non-structural)

Analisa Situasi Perancangan Struktur Polisi Operasi

Banjir •Pembinaan hospital di kawasan •Pemindahan aset kritikal ke


tanah tinggi kawasan yang tidak dinaiki air
apabila amaran banjir diterima.

Kebakaran •Perancangan penetapan •Memastikan pemeriksaan Parts


peralatan pencegahan Preventive Maintenance (PPM)
kebakaran. berkala

•Mendapatkan Sijil Keselamatan


•Memastikan laluan kecemasan Premis Jabtan Bomba dan
tidak terhalang Penyelamat

Insiden •Menyediakan kemudahan •Penyediaan Personal


Biologikal dekontaminasi Protective Equipment (PPE)

•Menyediakan bilik isolasi yang •Amalan membasuh tangan dan


bersesuaian. kawalan jangkitan

Jadual 8 : Contoh Aktiviti Pencegahan dan Mitigasi

32 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 33

Setiap hospital harus mengambil segala langkah bagi mencegah insiden atau
bencana dalaman. Langkah-langkah yang bersesuaian boleh diambil bagi mitigasi
sebarang kejadian yang tidak diingini.

5.2 PERANAN JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL

Jawatankuasa Keselamatan Hospital terdiri daripada wakil-wakil pelbagai unit dan


jawatankuasa spesifik dan menjadi platform bagi pertukaran maklumat dan
menyepadukan semua tindakan dari entiti berbeza bagi memastikan keselamatan
hospital.

Jawatankuasa ini boleh memainkan peranan bagi langkah-langkah pencegahan


daripada berlakunya sebarang insiden kecemasan dan bencana di dalam hospital
berdasarkan maklumat yang diterima dalam mesyuarat yang diadakan.

Sebarang risiko yang dikenalpasti boleh dikemukakan dalam mesyuarat


jawatankuasa ini dan disalurkan kepada pengurusan hospital supaya langkah-
langkah bersesuaian diambil.

5.3 AHLI-AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN HOSPITAL

Ahli-ahli dalam jawatankuasa ini adalah seperti berikut :


1. Jawatankuasa Bencana
2. Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
3. Jawatankuasa Kebakaran
4. Jawatankuasa Keselamatan Pesakit
5. Jawatankuasa Kawalan Infeksi
6. Jawatankuasa Perlindungan Sinaran
7. Jawatankuasa Keselamatan Makanan
8. Jawatankuasa Keselamatan dan Trafik
9. Unit-unit lain atau jawatankuasa yang bersesuaian

Rujuk Rajah 2 (Bab 3) bagi Organisasi Pengurusan Bencana Dalaman Secara


Am Mengikut Fasa-fasa Bencana

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 33
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 34
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 35

35

BAB
6

(PREPAREDNESS)
AKTIVITI FASA KESIAPSIAGAAN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 36

6.1 PENGENALAN

Fasa ini melibatkan segala aktiviti yang diambil dalam membuat persediaan bagi
menghadapi semua kemungkinan kejadian insiden atau bencana dalaman. Ini
termasuklah membuat strategi perancangan, menghasilkan pelan respon, latihan
simulasi dan sebagainya.

6.2 PENGHASILAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN


DALAMAN HOSPITAL

Setiap hospital perlu menghasilkan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan


Bencana Dalaman Hospital (PTIKBDH) berdasarkan kepada analisa risiko
yang telah dijalankan. Komponen berikut perlu dinyatakan:
1. Tempat Berkumpul apabila berlaku proses evakuasi dalam insiden
kecemasan.
2. Talian pengaktifan respons kecemasan hospital apabila berlaku kejadian
insiden kecemasan dalaman.
3. Mekanisme pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan (Emergency
Response Team).
4. Pusat Kawalan Insiden.
5. Bilik Gerakan Bencana Hospital sekiranya kejadian besar.
6. Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) bagi memastikan
kesinambungan perkhidmatan hospital. Setiap hospital harus mempunyai
pelan kesinambungan bagi memastikan operasi hospital berterusan.

Pelan tindakan yang spesifik seperti Pelan Tindakan Kebakaran, Pelan


Evakuasi, dan sebagainya perlu disertakan mengikut analisa risiko setiap
hospital.

6.3 TEMPAT BERKUMPUL (ASSEMBLY POINT)

1. Tempat berkumpul perlu dikenalpasti di kawasan selamat di luar bangunan


hospital untuk anggota serta pesakit berkumpul sekiranya proses evuakasi
perlu dilakukan.
2. Kawasan lapang seperti tempat letak kereta, taman atau masjid boleh
dijadikan tempat berkumpul mengikut kesesuaian. Seelok-eloknya
kawasan ini mempunyai akses bagi laluan ambulans supaya pesakit dapat
dipindahkan dengan mudah.
3. Kawasan yang dikenalpasti perlu mempunyai papan tanda yang jelas. Peta
pelan laluan ke tempat berkumpul perlu dipamerkan di lokasi yang strategik
dalam jabatan, unit atau wad sesebuah hospital.

36 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 37

6.4 TALIAN KECEMASAN HOSPITAL

1. Satu nombor talian kecemasan hospital yang khusus perlu diwujudkan bagi
memudahkan proses melaporkan insiden kecemasan.
2. Talian ini hendaklah sentiasa aktif secara berterusan selama 24 jam.
3. Nombor talian ini perlu dihebahkan kepada semua anggota hospital dan
dipamerkan di lokasi-lokasi strategik dalam jabatan, unit atau wad bagi
makluman orang awam.

6.5 MEKANISME PENGAKTIFAN PASUKAN RESPONS


KECEMASAN

1. Sistem pengaktifan pasukan respons kecemasan yang mudah dan


berkesan perlu dikenalpasti.
2. Kaedah komunikasi yang digunakan hendaklah dalam pelbagai bentuk bagi
menangani situasi sistem komunikasi tergendala. Contoh kaedah yang
boleh digunakan adalah sistem siar raya hospital, infoblast, mySMS, radio
komunikasi, applikasi internet seperti WhatsApps, Telegram atau telefon
bimbit. Penggunaan aplikasi internet seperti WhatsApps dan Telegram
boleh dimanfaatkan bagi penyebaran maklumat yang relevan secara
berkesan di kalangan kumpulan pengurusan dan responder.

6.6 PUSAT KAWALAN INSIDEN KECEMASAN

1. Pusat kawalan ini diwujudkan oleh Jabatan atau Unit yang terlibat secara
langsung dalam insiden kecemasan.
2. Ketua Pasukan Respons Kecemasan mengetuai aktiviti Pusat Operasi ini
di bantu oleh Pegawai Kawalan Insiden, Pegawai Evakuasi, Pegawai
Perawatan dan Pegawai Kawalan Keselamatan.
3. Lokasi Pusat Kawalan ini perlu dikenalpasti selamat dan tidak terlalu dekat
dengan kawasan insiden kecemasan.
4. Laporan insiden dan keperluan sumber bagi menangani insiden
kecemasan dikenalpasti dan diselaraskan di sini. Maklumat ini perlu
disalurkan ke Bilik Gerakan Bencana peringkat hospital (Bilik Gerakan ini
diaktifkan hanya jika insiden besar dan memerlukan penyelarasan
peringkat hospital).
5. Pusat Kawalan ini tidak mengeluarkan sebarang maklumat media.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 37
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 38

6.7 BILIK GERAKAN BENCANA DALAMAN HOSPITAL

1. Bilik Gerakan Bencana perlu diwujudkan dalam insiden besar bagi


penyelarasan aktiviti koordinasi respon, komunikasi maklumat terkini,
aktiviti pentadbiran dan pengumpulan data-data survelans insiden
kecemasan.
2. Bilik Gerakan ini diketuai oleh Pengarah Hospital. Beliau bertanggungjawab
melantik ahli jawatankuasa bagi membantu pengurusan laporan,
pengendalian media dan pengurusan waris.
3. Semua komunikasi dalaman atau luaran berkaitan insiden kecemasan
hendaklah melalui pusat ini. Skop komunikasi termasuk penyediaan nota
makluman atau sebaran media kepada Pengarah Kesihatan Negeri
sehinggalah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
4. Lokasi Bilik Gerakan ini perlu dikenalpasti jauh dari lokasi-lokasi berisiko
mengikut analisa risiko yang dijalankan.
5. Bilik Gerakan ini perlu dilengkapkan dengan peralatan telekomunikasi dan
teknologi maklumat yang bersesuaian.

6.8 PELAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN “BUSINESS


CONTINUITY PLAN” (PKP)

1. Satu strategi khusus bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan


sesebuah hospital dalam insiden kecemasan atau krisis perlu dibuat. PKP
perlu merangkumi aspek perolehan sumber manusia, aset, pengurusan
perawatan dan rekod pesakit semasa krisis berlangsung.
2. Jenis insiden kecemasan yang boleh mengganggu perkhidmatan tersebut
perlu diambil kira. Setiap pelan tindakan insiden spesifik perlu mempunyai
PKP tersendiri.
3. Langkah-langkah hebahan gangguan perkhidmatan kepada anggota,
pesakit, waris dan masyarakat yang melanggani hospital tersebut perlu
ditetapkan.
4. Penetapan pelan tindakan alternatif bagi memastikan perkhidmatan
hospital tidak terjejas secara berterusan adalah seperti berikut:

a. Secara Internal (fasiliti dalam jaringan kesihatan dan organisasi


yang sama).
i. Pengurangan skop perkhidmatan yang bukan teras (down scaling).
ii. Menghantar atau menyalurkan pesakit ke fasiliti alternatif dalam
hospital yang sama.
iii. Membawa masuk sumber baru ke dalam fasiliti untuk sementara
(aset, sumber manusia termasuk kepakaran).
iv. Diversi Ambulans (Ambulance Diversion) ke hospital lain KKM.

38 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 39

b. Secara Eksternal (fasiliti di luar jaringan kesihatan dan organisasi).


i. Perolehan perkhidmatan luaran semasa krisis perlu diperolehi dari
fasiliti KKM yang berdekatan terlebih dahulu.
ii. Perolehan perkhidmatan luaran (pembelian perkhidmatan) dari fasiliti
swasta yang memenuhi spesifikasi boleh dilaksanakan dengan
mendapat kelulusan kewangan dari Ketua Setiausaha Kementerian
Kesihatan Malaysia.
iii. Penggunaan fasiliti luar yang boleh dipertimbangkan sebagai tempat
rawatan alternatif termasuklah wad, khidmat pengimejan diagnostik,
dewan bedah, dan unit rawatan rapi.

5. Pengarah Hospital dengan bantuan Pasukan Pengurusan Insiden


Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital boleh menentukan tempoh
perlaksanaan PKP.

6.9 PROGRAM KESEDARAN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital yang


disediakan perlu dijelaskan kepada semua anggota. Kaedah hebahan boleh
dijalankan melalui garis panduan, risalah, poster, teori, simulasi, “tabletop
exercise” atau latih amal. Setiap anggota hospital perlu mengetahui fungsi dan
tanggungjawab masing-masing apabila berlaku insiden kecemasan dalam.

6.10 PEMBANGUNAN KAPASITI (CAPACITY BUILDING)

Pembangunan kapasiti melibatkan aktiviti perolehan, penggantian,


peminjaman, penyewaan perkhidmatan dan modifikasi sumber yang telah
dikenalpasti.

Aktiviti modal insan seperti kursus dan latih amal pula akan membina kapasiti
respons anggota semasa berlaku insiden kecemasan dalaman. Contoh-contoh
program pembelajaran berterusan dalam pembinaan modal insan adalah:
1. Pemikiran dan sikap penghuni kepada faktor keselamatan.
2. Penyelenggaraan yang sempurna bagi mengelakkan bahaya dari alatan
berisiko.
3. Kaedah pemadaman api.
4. Prosedur evakuasi bangunan.
5. Prosedur melaporkan diri semasa kecemasan (reporting procedure).
6. Prosedur membunyikan dan menghentikan loceng kecemasan (alarm and
warning procedure).
7. Bahaya-bahaya kimia, biologi dan radioaktif yang ada serta prosedur
respons kecemasan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 39
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 40

6.11 SIMULASI DAN LATIHAN AMAL

Simulasi dan latihan amal hendaklah dilaksanakan secara berkala di setiap


hospital. Ia penting bagi kesiapsiagaan anggota hospital tentang peranan
masing-masing apabila berlakunya insiden kecemasan dalaman. Melalui
aktiviti ini juga, penambahbaikan berterusan Pelan Tindakan Insiden
Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital dapat dijalankan. Jadual 9
menerangkan klasifikasi jenis latihan kecemasan yang boleh dijalankan.

Kawasan-kawasan berisiko tinggi haruslah diberikan keutamaan dalam


menjalankan latihan simulasi dan dril. Ini termasuklah wad, dewan bedah dan
unit rawatan rapi.

Jenis Latihan Amal kedah Butiran

Latihan amal Teori Orientasi Penerangan mengenai


(Discussion Based) peralatan, Pelan Tindakan
Kecemasan Dan Bencana
Dalaman Hospital berkenaan,
kad tindakan anggota.

Table Top Simulasi lisan dan respons


secara lakonan.

Latihan amal Operasi Simulasi Respons Simulasi respons sebenar atau


(Operational Based) (Response sebahagian komponen Pelan
Simulation) Tindakan Kecemasan Dan
Bencana Dalaman Hospital.

Simulasi Fungsi Simulasi aspek khusus dalam


(Functional) skala masa sebenar dalam
Pelan Tindakan Kecemasan
Dan Bencana Dalaman
Hospital.

Simulasi Penuh Respons sebenar keseluruhan


(Full Scale) Pelan Tindakan Kecemasan
Dan Bencana Dalaman
Hospital.

Jadual 9 : Klasifikasi Jenis Latihan Kecemasan

40 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 41

41

BAB
7

AKTIVITI FASA RESPON

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 42

7.1 PENGENALAN

Secara am, pengurusan insiden kecemasan dan bencana dalaman hospital boleh
dirumuskan seperti dalam Rajah 6 di bawah. Respons awal dimulakan oleh petugas
di wad atau unit yang terbabit.

PLAN TINDAKAN AM PENGURUSAN INSIDEN KECEMASAN DAN


BENCANA DALAMAN HOSPITAL

INSIDEN

MEMBUAT TINDAKAN MENGAWAL

TERKAWAL ADAKAH TIDAK TERKAWAL


INSIDEN
TERKAWAL

INSIDEN SELESAI BUNYIKAN LOCENG PENGGERA

PENGAKTIFAN PELAN TINDAKAN


SPESIFIK KEPADA INSIDEN KECEMASAN
LAPORKAN KEPADA KETUA
JABATAN / UNIT
PASUKAN RESPON KECEMASAN
DIAKTIFKAN KE LOKASI INSIDEN KECEMASAN

PENGURUSAN INSIDEN KECEMASAN


BERDASARKAN JENIS INSIDEN SAMADA
MAJOR ATAU INSIDEN MINOR

Rajah 6 : Pelan Tindakan Am Pengurusan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman


Hospital

42 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 43

7.2 KAWALAN INSIDEN

Apabila insiden berlaku, petugas yang sedang bekerja harus mengambil


langkah segera bagi mengawal insiden sekiranya situasi selamat dan
mengizinkan. Contohnya, jika kebakaran ditemui, petugas boleh cuba
memadamkan api dengan alat pemadam api. Jika keadaan tidak terkawal,
loceng penggera boleh dibunyikan dan talian kecemasan dihubungi.

7.3 NOTIFIKASI & RESPONS AWAL INSIDEN KECEMASAN

1. Aktiviti fasa respons bermula apabila mana-mana anggota hospital


berhadapan dengan insiden kecemasan.

2. Anggota tersebut perlu membuat notifikasi insiden tersebut kepada talian


kecemasan hospital yang khusus. Selepas notifikasi dibuat, anggota
hospital tersebut harus menjalankan aktiviti kawalan yang bersesuaian
contohnya memadamkan api apabila berlaku kebakaran.

3. Anggota yang mengendalikan Talian Kecemasan Hospital perlu


mendapatkan maklumat kritikal sesebuah insiden kecemasan serta
membuat pemakluman kepada pihak yang relevan misalnya Jabatan
Penyelamat dan Bomba bagi situasi kebakaran dan skuad mencari dan
menyelamat hospital.

4. Petugas Talian Kecemasan Hospital bertanggungjawab memaklumkan


anggota Pasukan Respons Kecemasan (Emergency Response Team) ke
lokasi kecemasan. Ketua Jabatan atau wakil unit yang berkenaan apabila
dimaklumkan harus memainkan peranan mengaktifkan pasukan ini dengan
mengarahkan petugas-petugas kanan untuk memainkan peranan sebagai
Pegawai Kawalan Insiden, Pegawai Kawalan Evakuasi, Pegawai
Perawatan dan Pegawai Keselamatan.

5. Skuad mencari dan menyelamat dari jabatan boleh diaktifkan untuk


mengawal insiden dan menyelamat. Skuad mencari dan menyelamat dari
luar jabatan juga boleh diaktifkan jika terdapat petugas yang terlatih.

6. Anggota Pasukan Respons Kecemasan bertanggungjawab menjalankan


analisa situasi setempat yang meliputi aspek berikut:
a. Risiko keselamatan anggota, pesakit dan harta benda.
b. Risiko insiden kecemasan merebak.
c. Keperluan bantuan tambahan dalaman atau luar bagi menangani
insiden.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 43
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 44

7. Berdasarkan analisa situasi setempat, Anggota Pasukan Respons


Kecemasan akan menentukan jenis insiden sama ada Insiden Kecemasan
Minor atau berpotensi menjadi Insiden Kecemasan Major. Insiden
Kecemasan Minor boleh diuruskan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan
sahaja.

8. Insiden Kecemasan Minor merupakan insiden kecil yang boleh ditangani


di peringkat unit atau jabatan di mana insiden berlaku. Insiden Kecemasan
Major melibatkan kesan yang lebih besar terhadap hospital dan
memerlukan respons yang lebih besar dengan sokongan pengurusan
peringkat hospital yang lebih besar. Contohnya kebakaran kecil yang dapat
ditangani dan diselesaikan oleh Pasukan Respons Kecemasan adalah
Insiden Kecemasan Minor manakala kebakaran yang merebak dan tidak
dapat dikawal adalah Insiden Kecemasan Major.

9. Bagi Insiden Kecemasan Minor, tindakan diuruskan oleh Pasukan


Respons Kecemasan tanpa perlu mengaktifkan Pasukan Tindakan
Kecemasan Dalaman. Operasi memadai diselaraskan di Pusat Kawalan di
Jabatan atau unit terbabit sahaja.

10.Semua Insiden Kecemasan Major memerlukan pengaktifan Pelan


Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Hospital sepenuhnya
dan Bilik Gerakan Hospital perlu dibuka. Ko-ordinator Klinikal dan Ko-
ordinator Pengurusan akan beroperasi dengan melapor kepada Penyelaras
Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman. Pengarah hospital akan
memainkan peranan sebagai Ketua Operasi dalam situasi ini.

Rujuk Rajah 3 dan Rajah 4.

7.4 KRITERIA PENGAKTIFAN PTIKBDH BAGI INSIDEN


MAJOR

Antara kriteria yang boleh digunapakai bagi pengaktifan pelan adalah seperti
berikut:
1. Risiko keselamatan anggota, pesakit dan harta benda adalah jelas.
2. Insiden kecemasan berpotensi merebak.
3. Insiden berpotensi untuk menjadi tidak terkawal.
4. Evakuasi difikirkan perlu.

Apabila keadaan menjadi besar dan tidak terkawal, operasi Pasukan Respons
Kecemasan boleh diserahkan kepada pihak berkuasa misalnya, bagi insiden
kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

44 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 45

7.5 MEKANISME HEBAHAN

1. Dalam zaman kini, penggunaan komunikasi berasaskan internet seperti


WhatsApp dan Telegram digunakan secara meluas. Banyak hospital dan
jabatan mempunyai kumpulan petugas sedia ada dalam aplikasi ini yang
terdiri dari Ketua Jabatan, petugas pengurusan, kumpulan pegawai
perubatan, kumpulan jururawat, kumpulan pembantu pegawai perubatan
dan sebagainya. Penggunaan medium ini untuk hebahan boleh dibuat
dengan berkesan. Namun berhati-hati dengan mesej dan gambar yang
dihantar untuk menjaga kerahsiaan bagi maklumat tertentu yang
melibatkan pesakit dan sebagainya supaya tidak disebar kepada media
bagi mengelakkan spekulasi.

2. Dalam situasi di mana Insiden Kecemasan Major berlaku dan terdapat


risiko terhadap pesakit, petugas dan pelawat, hebahan melalui mekanisme
sistem siar raya dan loceng keselamatan boleh dibuat.

3. Dalam menjaga kerahsiaan, sesetengah hospital juga boleh mengamalkan


penggunaan sistem kod bagi mengelakkan suasana panik. Hospital boleh
menentukan kod tertentu yang diputuskan oleh pengurusan. Contohnya
‘Kod Merah’ sebagai melambangkan berlakunya kebakaran.

4. Maklumat dan arahan bersesuaian boleh diberikan dan ini termasuklah


jenis insiden, lokasi kejadian, pemberhentian perkhidmatan serta arahan
untuk evakuasi ke tempat berkumpul dengan selamat.

7.6 EVAKUASI

1. Evakuasi adalah proses pemindahan pesakit, anggota, orang ramai atau


peralatan khusus dari insiden kecemasan ke tempat yang lebih selamat
(tempat berkumpul).

2. Proses evakuasi boleh dimulakan oleh anggota senior yang bertugas yang
berada berhampiran insiden kecemasan sekiranya insiden amat berbahaya
dan tidak ada banyak masa untuk menyelamatkan pesakit dan petugas. Ia
sebaiknya diselaraskan bersama Pegawai Kawalan Evakuasi. Dalam
situasi insiden masih selamat, petugas harus memaklumkan tentang
insiden kepada Ketua Jabatan bagi membuat keputusan evakuasi.

3. Proses evakuasi perlu dijalankan secara teratur dan berkesan dengan


mengutamakan keselamatan nyawa.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 45
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 46

4. Wad, unit atau ruang alternatif yang selamat perlu dikenalpasti sebagai
ruang perawatan pesakit sementara.

5. Bantuan anggota tambahan boleh diminta dari jabatan/unit lain bagi


membantu proses evakuasi. Sukarelawan dari Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia, St. John’s Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia, RELA dan sebagainya boleh dipinta. Jika perlu, waris pesakit
juga boleh membantu pesakit semasa proses evakuasi.

Proses Evakuasi

1. Proses evakuasi harus diselia oleh Ketua Tingkat atau


Kawasan (Floor or Area Marshall). Tanggungjawab Ketua
Tingkat / Kawasan adalah memastikan semua pesakit dan
petugas dievakuasi dengan selamat.

2. Evakuasi menggunakan prinsip mengutamakan mereka yang


mempunyai ‘peluang dan kualiti hidup yang paling baik’.
Setiap wad atau jabatan perlu mempunyai kriteria klinikal
pesakit yang perlu evakuasi terlebih dahulu.

3. Berdasarkan prinsip ini, mereka yang boleh berjalan sendiri


diarahkan keluar terlebih dahulu ke tempat berkumpul.

4. Bagi pesakit yang tidak boleh berjalan sendiri (non-


ambulatory), proses saringan (triage) hendaklah dibuat. Sekali
lagi keutamaan diberikan kepada pesakit yang mempunyai
peluang kualiti hidup yang paling baik untuk dievakuasi lebih
awal.

5. Pesakit yang bersambung dengan mesin ventilator


dikeluarkan paling terkemudian. Ventilator mudah alih
(transport ventilator) atau teknik “bag-valve-mask ventilation”
secara manual digunakan semasa evakuasi ke tempat
berkumpul dijalankan. Keutamaan juga diberikan kepada
pesakit yang mempunyai peluang kualiti hidup yang paling
baik di kalangan pesakit-pesakit ventilator.

6. Contoh kaedah pengangkutan pesakit semasa evakuasi boleh


dirujuk seperti Lampiran 1.

46 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 47

7. Sekiranya keadaan selamat, Ketua Tingkat / Kawasan boleh


memastikan semua suis, injap oksigen dan tingkap ditutup.
Semua rekod pesakit dibawa bersama pesakit.

8. Kiraan kepala (head count) dibuat di tempat berkumpul


supaya tiada anggota dan pesakit yang tertinggal.

9. Lokasi alternatif perawatan pesakit semasa insiden


kecemasan atau bencana perlu dikenalpasti oleh Pegawai
Evakuasi bersama Pengurus Kecemasan.

10.Petugas dan pesakit boleh pulang ke wad masing-masing


sekiranya keadaan disahkan selamat. Jika tidak pesakit-
pesakit akan ditempatkan di tempat rawatan alternatif samada
di dalam atau luar hospital. Arahan ini hanya boleh dibuat oleh
Pengarah Hospital.

11. Semua Ketua Tingkat/Kawasan akan melaporkan situasi


kepada Pegawai Evakuasi di tempat berkumpul.

12.Semasa proses evakuasi berjalan, Pasukan Respons


Kecemasan dari unit atau jabatan terbabit akan digerakkan
untuk mengawal insiden. Pasukan Respons Kecemasan ini
adalah seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. (Rujuk Rajah 3 :
Organisasi Pengurusan Bencana Dalaman Secara Am
Mengikut Fasa-fasa Bencana)

7.7 PROSES ESKALASI

1. Sekiranya insiden yang berlaku bersifat minor dan dapat ditangani oleh
Pasukan Respons Kecemasan dari Unit/Jabatan masing-masing, laporan
boleh dibuat kepada Pengarah dan operasi unit atau jabatan dapat
diteruskan sekiranya semua situasi dipastikan selamat dan tidak
menjejaskan perkhidmatan.

2. Walaubagaimanapun, sekiranya insiden yang berlaku bersifat major,


pengaktifan penuh Pasukan Tindakan Kecemasan Dalaman (PTKD)
seperti yang dijelaskan dalam Bab 3 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
4 boleh dilakukan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 47
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 48

3. Dalam insiden major, Pusat Panggilan Kecemasan hospital harus


dimaklumkan. Pasukan ambulans akan diaktifkan ke tempat berkumpul
dan berdasarkan triaj, mangsa-mangsa tertentu yang memerlukan
resusitasi akan dibawa ke Jabatan Kecemasan untuk rawatan.
Walaubagaimanapun, pesakit-pesakit yang tidak memerlukan resusitasi
akan dibawa ke wad atau unit alternatif yang dikenalpasti.

4. Dalam insiden major, pasukan dari pihak Ketua Penyelia Jururuwat hospital
yang terdiri daripada penyelia-penyelia jururawat akan berkumpul di bilik
gerakan untuk menentukan lokasi rawatan alternatif dan menasihatkan
Pegawai Evakuasi di tempat berkumpul untuk penempatan setiap pesakit
di tempat rawatan alternatif yang ditentukan. Ambulans akan digerakkan
untuk membantu pemindahan pesakit ke tempat rawatan alternatif tersebut.

7.8 PUSAT MAKLUMAT PESAKIT

1. Dalam insiden kecemasan major, pusat maklumat pesakit boleh dibuka


bagi ahli keluarga mendapatkan maklumat mengenai pesakit.

2. Ketua Pusat Maklumat Pesakit boleh dilantik dari kalangan pegawai


perhubungan awam hospital. Petugas dari Jabatan Kerja Sosial perubatan
dan kaunselor boleh digerakkan ke sini bagi membantu waris pesakit
mendapatkan maklumat tentang pesakit.

3. Makanan ringan atau minuman juga boleh disediakan di sini dengan


bantuan Jabatan Dietetik hospital.

7.9 PUSAT MEDIA

1. Dalam insiden kecemasan major, pegawai perhubungan awam harus


memainkan peranan bagi mengawal media dari awal.

2. Sidang akhbar boleh diuruskan dengan menetapkan masa dan tempat bagi
pengarah hospital sebagai ketua operasi dapat memberikan maklumat
yang tepat. Ini penting supaya wartawan dapat dikawal dan maklumat yang
tepat dapat disalurkan.

48 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 49

3. Pihak hospital juga perlu memberi perhatian terhadap maklumat yang


dikongsi di media dari awal. Petugas hospital perlu diberikan arahan
supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi gambar atau maklumat
tentang insiden hospital bagi mengelakkan spekulasi.

4. Walaubagaimanapun, pihak perhubungan awam hospital harus


memainkan peranan memberikan maklumat yang tepat dan tidak
menimbulkan spekulasi yang tidak benar melalui akaun sosial media
hospital seperti Facebook.

7.10 PUSAT PENDAFTARAN PASUKAN SUKARELAWAN

1. Dalam insiden kecemasan major, kebiasaannya akan ada sukarelawan


yang datang mahu membantu. Mereka mungkin terdiri dari badan
kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan.

2. Pusat pendaftaran pasukan sukarelawan boleh ditubuhkan di kawasan


yang dikenalpasti di hospital.

3. Ketua pusat ini boleh dilantik di kalangan pegawai perhubungan awam


ataupun petugas profesional yang dilantik oleh pihak pengurusan.

4. Semua sukarelawan didaftar dan bentuk sumbangan boleh dikenalpasti.


Sumbangan mereka sama ada dari segi kebendaan, perkhidmatan atau
tenaga boleh disesuaikan berdasarkan keperluan insiden.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 49
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 50
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 51

51

BAB
8

AKTIVITI FASA PEMULIHAN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 52

Fasa Pemulihan adalah penting bagi membolehkan hospital kembali beroperasi


dengan seberapa segera. Pengarah Hospital bertanggungjawab memastikan operasi
pemulihan hospital berjalan lancar. Fasa ini berlaku secara berperingkat. Pelan
Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) digerakkan bagi memastikan kelangsungan
perkhidmatan. Ia melibatkan perkara berikut:

1. Keputusan untuk kembali ke fasiliti atau kawasan yang terlibat :


Arahan untuk kembali selepas evakuasi akan dilaksanakan selepas penilaian
pihak teknikal (Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba
dan Penyelamat).

2. Pemulihan sistem dan perkhidmatan dengan mengambil kira perkara


berikut :
a. Memastikan perkhidmatan kecemasan dan kritikal tidak terganggu.
b. Memastikan perkhidmatan rutin hospital dapat dikembalikan secepat mungkin.
c. Mengembalikan semula imej hospital melalui sidang akhbar dan hebahan
media.

3. Pengumpulan data dan maklumat mengenai inventori aset dan sistem.


Semakan inventori meliputi:
a. Semakan bekalan atau alatan yang digunakan semasa insiden.
b. Audit peralatan yang telah rosak atau hilang serta perancangan bagi
mendapatkan gantian.
c. Perancangan penstoran peralatan sebagai persediaan menghadapi insiden
kecemasan atau bencana pada masa hadapan.

4. Analisa post-mortem insiden dengan mengambilkira perkara berikut:


a. Analisa situasi dan audit.
b. Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma.
c. Perkhidmatan klinikal.
d. Perkhidmatan bukan klinikal.
e. Maklumbalas agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis
Di-Raja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.

5. Audit klinikal bagi morbiditi dan mortaliti akibat insiden kecemasan harus
dilaksanakan.

6. Pelaporan insiden, kerosakan dan impak perlu dilaksanakan dan dihantar


oleh Pengarah Hospital ke ‘Crisis Preparedness and Response Center’
(CPRC) peringkat negeri. Laporan tersebut mengandungi perkara-perkara
berikut :

52 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 53

a. Laporan keseluruhan insiden kecemasan dan bencana.


b. Analisa komprehensif ke atas integriti struktur dan keselamatan.
c. Laporan perbelanjaan kewangan bagi sumber manusia, aset dan inventori
perubatan dan bukan perubatan.
d. Langkah pemulihan bagi mengatasi kekurangan dalam perkhidmatan,
anggota, alatan, kewangan dan lain-lain.

7. Pemulihan dan pengurusan kebajikan anggota serta pesakit.


a. Gejala Acute Stress Disorders dan Post Traumatic Stress Disoders di kalangan
anggota dan pesakit harus dikenalpasti dan dirujuk untuk rawatan. Bantuan
khidmat psikososial boleh diberikan sekiranya ini berlaku.
b. Pampasan atau saguhati yang bersesuaian boleh dipertimbangkan bagi
pembelian keperluan tertentu oleh petugas hospital.
c. Elaun lebih masa kepada petugas terlibat mengikut kesesuaian.

8. Surat penghargaan bagi sumbangan setiap anggota dan agensi luaran


sebaiknya dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital.

9. Di hujung fasa pemulihan, pihak pengurusan harus mengenalpasti


bagaimana hendak mencegah insiden berkenaan dari berulang lagi.
Langkah-langkah pembaikan harus diambil berdasarkan ‘pengajaran’ dari
insiden yang berlaku.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 53
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 54
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 55

55

BAB
9

INSIDEN KECEMASAN DAN


BENCANA DALAMAN SPESIFIK

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 56

9.1 PENGENALAN

Setiap hospital perlu mempunyai Pelan Tindakan Kecemasan Dalaman spesifik bagi
institusi masing-masing.

Anggota hospital harus didedahkan dan dilatih melalui program latihan bagi
kesiapsiagaan untuk bertindak sekiranya berlaku insiden-insiden spesifik seperti di
bawah. Prinsip evakuasi bagi setiap insiden spesifik adalah serupa seperti yang telah
diterangkan dalam Bab 7.

Dalam panduan ini, insiden kecemasan atau bencana dalaman spesifik akan
dikategorikan seperti berikut :
1. Kebakaran
2. Banjir
3. Gempa bumi
4. Gangguan bekalan elektrik
5. Ancaman kimia
6. Insiden radiasi
7. Insiden biologi
8. Situasi ancaman keselamatan

9.2 KEBAKARAN

Setiap hospital perlu mewujudkan satu Pelan Tindakan Kebakaran yang khusus
untuk hospital masing-masing.

1. Pengarah Hospital perlu melantik satu Jawatankuasa Keselamatan


A. Aktiviti Fasa Pencegahan Dan Mitigasi

Kebakaran. Jawatankuasa ini berada di bawah Jawatankuasa


Keselamatan Hospital.

2. Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran adalah:


a. Mengenalpasti kawasan di hospital yang berisiko kebakaran.
b. Memastikan keperluan pencegahan kebakaran kawasan berisiko
adalah bersesuaian dan berada di dalam keadaan baik. Jenis peralatan
pencegahan kebakaran boleh dirujuk di Lampiran 2.
c. Memastikan peralatan kebombaan yang sesuai, mencukupi dan tidak
terhalang.
d. Mengenalpasti pegawai-pegawai yang terlatih dan bertindak sebagai
Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran dan dapat berfungsi
sebagai Pasukan Respons Kecemasan.

56 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 57

1. Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran bertanggungjawab menyelaras


B. Aktiviti Fasa Persediaan

dan menjalankan latihan Skuad Pencegahan dan Penyelamat


Kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

2. Tempat berkumpul perlu dikenalpasti bagi setiap zon.

3. Pelan laluan evakuasi perlu dipamerkan di lokasi strategik.

4. Peralatan pencegahan kebakaran dan kebombaan perlu


diselenggarakan secara berkala.

5. Setiap unit atau wad perlu mewujudkan Pelan Tindakan Kebakaran


yang tersendiri. Pelan ini perlu mengenalpasti anggota Pasukan
Respons Kecemasan Kebakaran seperti berikut:
a. Pegawai Kawalan Insiden.
b. Pegawai Kawalan Evakuasi.
c. Pegawai Kawalan Perawatan.
d. Pegawai Kawalan Keselamatan.

6. Setiap hospital perlu memastikan anggota mengetahui pelan kebakaran


hospital yang terkini.

7. Latih amal kebakaran perlu dilaksanakan secara berkala.

C. Aktiviti Fasa Respon

1. Notifikasi Insiden :
i) Pelan Tindakan Apabila Api Kelihatan

a. Anggota yang melihat kebakaran hendaklah dengan segera


mengaktifkan talian kecemasan hospital dan sistem penggera
kebakaran.
b. Jika api adalah kecil dan keadaan selamat, anggota berkenaan
hendaklah cuba memadamkan api di samping mengawal laluan
orang ramai ke kawasan berkenaan.

2. Pengaktifan Pasukan Respons Kecemasan :


a. Anggota di Talian Kecemasan Hospital perlu mengaktifkan
Pasukan Respons Kecemasan berpandukan Proses Kerja yang
telah ditetapkan. Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran
lokasi kecemasan hendaklah diaktifkan cepat untuk memberikan
respons yang pantas.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 57
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 58

b. Skuad Pencegahan dan Penyelamat Kebakaran di lokasi


kecemasan akan menjalankan analisa insiden.
c. Skuad ini juga akan memberi maklumbalas kepada Pegawai
Kawalan Insiden dalam Pasukan Respons Kecemasan.
d. Pegawai Kawalan Evakuasi akan menyelaras aktiviti evakuasi ke
tempat berkumpul mengikut analisa situasi.
e. Aktiviti respons akan mengikut garispanduan seperti dalam
Bab 7.

3. Peranan anggota di tempat insiden:


a. Aktifkan sistem amaran seperti jeritan “API! API” dan pecahkan
kaca penggera.
b. Cuba padamkan api jika masih kecil dengan pemadam api.
c. Telefon bilik kawalan kebakaran hospital yang dikenalpasti oleh
pihak pengurusan. Jika bilik kawalan tidak dapat dihubungi,
telefon Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999.
d. Evakuasi harus dilaksanakan jika perlu atau diarahkan. Prinsip
evakuasi adalah yang seperti yang telah diterangkan dalam Bab
7.

Apabila keadaan kebakaran menjadi besar dan tidak terkawal, operasi


Pasukan Respons Kecemasan boleh diserahkan kepada Jabatan
Bomba dan Penyelamat bagi kawalan dan arahan (command and
control) yang lebih berkesan.

Tindakan selepas kebakaran adalah sama seperti insiden-insiden


ii) Tindakan Selepas Kebakaran

kecemasan yang lain. Aktiviti perlu dikhususkan kepada kesan


kebakaran dan kecederaan. Aktiviti lokasi yang terlibat perlu dipulihkan
agar perkhidmatan yang diberikan dapat diteruskan dengan segera.

58 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 59

CARTA ALIR TINDAKAN SEMASA KEBAKARAN

MENEMUI
KEBAKARAN

MEMBUAT TINDAKAN
MENGAWAL

BERITAHU PEGAWAI Y/M


JABATAN / WAD / UNIT

PECAHKAN KACA PENGGERA


KEBAKARAN YANG BERHAMPIRAN

CUBA PADAMKAN API


(JANGAN AMBIL RISIKO MELEBIHI KEMAMPUAN)

TIDAK BERJAYA BERJAYA


DIKAWAL ADAKAH DIKAWAL
KEBAKARAN
BERJAYA
DIKAWAL?
KEBAKARAN TIDAK KEBAKARAN
BERJAYA DIPADAM BERJAYA
DIPADAM

TUNGGU ARAHAN
EVAKUASI
KEADAAN
KEMBALI
NORMAL

BANTU JALANKAN
EVAKUASI

Rajah 7 : Carta Alir Tindakan Semasa Kebakaran.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 59
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 60

9.3 BANJIR

Pelan tindakan khusus untuk banjir perlu diwujudkan bagi setiap hospital
A. Pendahuluan

yang mempunyai risiko banjir yang tinggi. Insiden banjir dalaman hospital
boleh melibatkan sebahagian atau seluruh hospital. Dalam situasi ini, akses
keluar masuk hospital juga boleh terganggu. Kementerian Kesihatan
Malaysia mempunyai Pelan Tindakan Banjir yang lebih menyeluruh dan
rujukan boleh dibuat terhadap pelan ini bagi situasi banjir.
Walaubagaimanapun, bab ini akan membentangkan panduan ringkas bagi
situasi yang mana banjir melibatkan hospital atau fasiliti KKM.

Setiap hospital perlu membuat penilaian risiko tentang kemungkinan


B. Sistem Amaran Awal Banjir

terjadinya situasi banjir yang melibatkan hospital. Bagi banjir yang


melibatkan daerah atau negeri, hospital-hospital perlulah mendapatkan
maklumat terkini daripada Bilik Gerakan Daerah masing-masing tentang
perkembangan terkini terutama semasa musim tengkujuh.

Paras air sungai utama serta amaran sama ada organisasi bersedia untuk
dipindahkan atau amaran kecemasan boleh diperolehi dari Jabatan
Pengairan dan Saliran atau Majlis Keselamatan Negeri.

Jawatankuasa ini boleh ditubuhkan bagi menangani banjir. Fungsi


C. Jawatankuasa Induk Pengurusan Banjir Hospital

Jawatankuasa ini adalah untuk:

1. Merangka, mengemaskini dan melaksanakan Pelan Tindakan Banjir.

2. Memaklum dan memberi panduan kepada anggota hospital akan


tanggungjawab dan carakerja yang perlu dilaksanakan bagi
menghadapi banjir.

3. Mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bahawa pihak hospital


adalah sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

Bilik Gerakan perlu dibuka apabila diarahkan oleh Pengarah Hospital /


D. Fungsi Bilik Gerakan Banjir

Pegawai yang bertanggungjawab.

1. Memastikan semua anggota yang terlibat melaksanakan tindakan


seperti mana yang dirancang.

60 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 61

2. Menyelaras, menerima dan menyalurkan maklumat.

3. Menyelaras aktiviti banjir peringkat hospital.

Setiap hospital harus menubuhkan ahli jawatankuasa (AJK) masing-masing


E. Penubuhkan Ahli Jawatankuasa Banjir Hospital

bagi menghadapi bencana ini. Fungsi AJK adalah seperti berikut :

1. Bersedia dan bertanggungjawab dalam pengurusan banjir di dalam


kawasan hospital yang terlibat.

2. Bertanggungjawab menjaga harta dan memindahkan barang-barang,


peralatan dan pesakit ke tempat atau ruang yang selamat jika keadaan
memerlukannya.

3. Bertindak untuk menghubungi Bilik Operasi Banjir Hospital bagi


mendapatkan apa-apa bantuan kecemasan.

4. Menyimpan lengkap semua nombor telefon dan alamat lengkap petugas


di Jabatan, Unit, atau Wad berkenaan.

5. Berbincang mengenai keberkesanan dan kegagalan serta cara untuk


menangani sesuatu masalah akibat banjir.

6. Mengenalpasti segala kerosakan semasa banjir dan membuat laporan


kepada Pengarah Hospital.

7. Mengadakan aktiviti gotong-royong bagi pembersihan dan pencemaran


akibat banjir.

1. Sebelum banjir berlaku, pihak hospital perlu mengenalpasti senarai


F. Pengurusan Sumber Manusia

anggota-anggota yang boleh bertugas jika banjir berlaku dan anggota-


anggota yang tinggal di kawasan yang mungkin dilanda banjir dan tidak
dapat hadir kerja kerana lalu lintas terputus.

2. Semasa banjir, semua ketua jabatan atau unit perlu menyelaras jadual
kerja petugas di jabatan masing-masing. Sekiranya terdapat
kekurangan, Pengarah Hospital perlu dimaklumkan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 61
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 62

3. Jika perlu, agihan semula anggota di antara jabatan dan wad dalam
hospital perlu dilakukan.

4. Sekiranya ada keperluan kerana kekurangan anggota yang akut, pihak


hospital perlu mendapatkan bantuan anggota daripada hospital lain
yang tidak terlibat dengan banjir melalui Jabatan Kesihatan Negeri
masing-masing.

5. Senarai anggota-anggota hospital yang rumah mereka dilanda banjir


perlu dipantau di Bilik Gerakan.

1. Ketua jabatan bagi unit atau kawasan terlibat harus membuat penilaian
G. Pengurusan Banjir Di Hospital

segera dari segi kenaikan paras air.

2. Sekiranya banjir melibatkan jabatan atau unit di hospital, PTIKBDH


boleh diaktifkan dan Bilik Gerakan Hospital dibuka bagi menyelaras
insiden.

3. Berdasarkan penilaian yang dilaksanakan, evakuasi pesakit dan


pemindahan aset boleh dipertimbangkan.

4. Sekiranya paras air naik cepat, evakuasi ke kawasan yang selamat


harus dilaksanakan.

5. Pasukan Respons Kecemasan boleh digerakkan bagi menyelaras


kawalan situasi seperti yang dihuraikan dalam Bab 7.

6. Kawasan alternatif untuk penyimpanan aset dan zon/wad klinikal perlu


dikenalpasti oleh Jawatankuasa Bencana. Pegawai Kawalan Insiden
boleh memainkan peranan bagi tujuan ini.

7. Komunikasi Risiko:
a. Pengumuman harus dibuat tentang situasi semasa. Perkhidmatan
tidak kritikal boleh dihentikan dan pesakit luar dan waris
dinasihatkan pulang ke rumah supaya keselamatan mereka tidak
terjejas.
b. Pengumuman boleh dibuat melalui sistem siar raya dan hebahan
media bagi khidmat yang dihentikan atau tempat rawatan alternatif
bagi khidmat kritikal.
c. Tempat rawatan alternatif boleh ditentukan bagi memastikan
perkhidmatan rawatan kritikal seperti Jabatan Kecemasan dan Unit
Rawatan Rapi dapat diteruskan.

62 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 63

8. Pihak pengurusan harus membuat penilaian tentang bekalan tenaga


elektrik, air dan kemudahan yang lain semasa banjir. Penjana elektrik
harus dipastikan beroperasi bagi kawasan perkhidmatan kritikal yang
memerlukan bekalan elektrik seperti ICU, PICU, NICU dan unit
hemodialisis. Sekiranya penjana elektrik berisiko ditenggelami air, pelan
alternatif seperti evakuasi hospital perlu dipertimbangkan dengan lebih
awal.

Pihak hospital harus berhubung dengan Pengarah Jabatan Kesihatan


H. Evakuasi Ke Hospital Alternatif

Negeri, Pengarah Perkembangan Perubatan dan Ketua Pengarah


Kesihatan bagi mengenal pasti hospital alternatif untuk evakuasi pesakit
sekiranya situasi memerlukan. Proses evakuasi perlulah dilaksanakan
seperti mana di dalam Bab 7 (evakuasi).

1. Pergerakan aset dan pesakit perlulah direkodkan dan dibuat


I. Pengurusan Aset Dan Pemindahan Pesakit

pemantauan.

2. Pergerakan pesakit harus didokumenkan.

3. Setiap pergerakan pesakit harus diiringi oleh anggota yang terlatih dan
dikoordinasi oleh Bilik Gerakan.

4. Bantuan pengangkutan seperti trak (jika ambulans tidak dapat meredah


air yang tinggi) boleh diperolehi dari agensi seperti Jabatan Bomba dan
Penyelamat.

5. Di mana perlu, penggunaan helikopter juga boleh dipertimbangkan.


Bantuan helikopter boleh dipohon dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia.

J. Tindakan Yang Perlu Dilakukan Selepas Pengisytiharan Tamat

1. Penyelaras Bilik Gerakan mestilah menyediakan Laporan Inventori dan


Banjir Oleh Pengarah

menyerahkannya ke Bilik Gerakan Banjir.

2. Ketua-ketua Jabatan atau Unit mestilah menghantar laporan terkini


mengenai kedudukan/ kerosakan di Jabatan/ Unit serta anggaran kos
yang diperlukan bagi tujuan baik pulih.

3. Semua Jabatan mestilah membuat post-mortem untuk Jabatan atau


Unit masing-masing bagi mencari dan memperbaiki segala kekurangan
dan kelemahan.
Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 63
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 64

4. Segala harta modal yang rosak atau terjejas akibat banjir hendaklah
disenaraikan dan mesti diserahkan kepada pihak pengurusan dalam
tempoh seminggu selepas banjir.

5. Kawasan yang terjejas perlu dibersihkan dan dilakukan dekontaminasi


jika perlu.

9.4 GEMPA BUMI

Malaysia terletak di luar kawasan lingkaran gempa bumi dan gunung berapi.
Walaubagaimanapun, gegaran gempa bumi masih boleh dirasai di hospital-hospital
apabila gempa bumi melanda negara- negara jiran.

Keputusan evakuasi boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan tidak


A. Keputusan Evakuasi Apabila Berlaku Gempa Bumi

selamat. Faktor-faktor yang dipertimbangkan adalah :

1. Gegaran yang kuat boleh dirasai.

2. Amaran dari Jabatan Metereologi bagi gempa bumi & tahap gegaran
selepas gempa atau amaran Tsunami.

3. Saranan keselamatan oleh jurutera hospital - FEMS


(facility engineering medical service) boleh dipanggil untuk
memeriksa struktur bangunan terutamanya bagi mereka memastikan
keselamatan selepas gempa bumi.

4. Analisa oleh jurutera Jabatan Kerja Raya juga boleh dipohon bagi
keselamatan bangunan.

5. Analisa oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat dari segi keselamatan


struktur bangunan juga boleh dipohon.

6. Maklumkan situasi kepada:


a. Jabatan Kesihatan Negeri.
b. Bahagian Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
c. Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia.

64 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 65

7. Keputusan sama ada evakuasi diperlukan adalah berdasarkan faktor-


faktor di atas bagi memastikan keselamatan pesakit dan petugas.

8. Ikut prosedur evakuasi seperti dalam Bab 7 sekiranya evakuasi


diperlukan.

Semua petugas tidak harus cemas dan elakkan dari bergerak semasa
B. Langkah Semasa Gegaran Dirasai Di Dalam Bangunan Hospital

gegaran dirasai.

1. Jangan lari atau panik.

2. Jangan meninggalkan bangunan sehinggalah gegaran berhenti dan


keadaan selamat. Jika berada di dalam bangunan, tunggu di dalam
bangunan. Kebanyakan kecederaan berlaku ketika orang ramai
meninggalkan bangunan dalam keadaan panik.

3. Semasa gegaran berterusan, berlindung di bawah meja, meja tulis


(cardiac table), kerusi atau di tepi bahagian dalam dinding atau di sudut
bilik. Jangan berada berdekatan dengan tingkap kaca atau di depan
pintu. Perhatikan alatan atau apa-apa objek yang mungkin jatuh dari
atas. Jangan menggunakan lilin, mancis api atau menyalakan rokok
semasa gegaran.

4. Selepas gegaran berlaku, keluar dari tempat berlindung dan perhatikan


kawasan sekeliling. Jika perlu evakuasi, sila ikuti proses evakuasi
seperti dalam Bab 7. Lapor diri di Tempat Berkumpul (Assembly Area).

5. Semasa meninggalkan bangunan perhatikan objek-objek yang mungkin


jatuh dari atas. Jangan gunakan lif.

6. Jangan panik jika alat penggera atau air pemadam api beroperasi.
Sistem ini biasanya diaktifkan dalam situasi gegaran. Bunyi-bunyi
kaca pecah, rekahan atau objek jatuh adalah situasi yang dijangka
semasa gempa bumi.

7. Bantulah orang lain untuk pergi ke tempat selamat. Pastikan rakan


sekerja selamat.

8. Berikan rawatan kecemasan atau ‘first-aid’ di mana perlu.

9. Bersedialah untuk menerima gegaran susulan yang mungkin berlarutan


hingga berhari-hari lamanya selepas gegaran pertama.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 65
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 66

9.5 BEKALAN TENAGA ELEKTRIK TERPUTUS

Bekalan elektrik ke hospital adalah utiliti penting kerana hospital beroperasi dengan
menggunakan tenaga elektrik bukan sahaja untuk lampu dalam premis tetapi bagi
alatan perubatan yang kritikal.

Kebanyakan peralatan di hospital menggunakan tenaga elektrik untuk


A. Penggunaan Kritikal

berfungsi. Ini termasuklah peralatan yang penting untuk memastikan


rawatan yang diberikan kepada pesakit dapat diteruskan dengan berkesan.
Sebagai contoh:

1. Ventilator.

2. Peti sejuk untuk vaksin, ubat, darah dan peralatan.

3. Dewan Bedah, zon resusitasi dan lain-lain.

Adalah penting untuk hospital mempunyai kaedah kontingensi bagi


memastikan sumber tenaga elektrik ini dapat disambung semula dalam
masa sesingkat yang mungkin. Semua hospital mempunyai generator yang
seharusnya berfungsi sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

Pelan strategi dibuat dengan tujuan berikut :


B. Objektif Pelan Persediaan

1. Untuk memastikan sumber tenaga elektrik dapat disambungkan


seberapa segera.
2. Untuk memastikan sumber tenaga elektrik yang lain diperolehi
sekiranya penjana elektrik di hospital tidak berfungsi.

3. Untuk memastikan kaedah alternatif dapat digunakan dengan segera.

C. Langkah Persediaan Bagi Menghadapi Bekalan Tenaga Elektrik

1. Menyediakan penjana elektrik sokongan yang diselenggara.


Terputus

2. Mengenalpasti soket elektrik kecemasan (soket merah UPS).

3. Menyediakan peralatan yang menggunakan bateri yang berfungsi.

66 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 67

4. Menyediakan peralatan manual dan mekanikal.

5. Mengenal pasti dan menyenaraikan ubatan, peralatan dan unit yang


memerlukan sumber tenaga elektrik yang berterusan serta tempoh
maksimum ia boleh bertahan.

6. Mengenalpasti sumber tenaga elektrik alternatif.

7. Sistem amaran dan pengumuman.

8. Keperluan evakuasi.

9. Menyediakan satu sistem kontingensi sokongan data pesakit (bagi


hospital yang menggunakan Teknologi Maklumat).

10.Meningkatkan kawalan keselamatan.

1. Pengumuman kepada pelanggan dii tempat rawatan dengan


D. Tindakan Semasa Bekalan Elektrik Terputus.

menggunakan alat pembesar suara (hailer).

2. Anggota di kawasan yang terlibat perlu menghubungi khidmat sokongan


hospital sekiranya penjana elektrik sokongan tidak berfungsi.

3. Pengendali khidmat sokongan hospital perlu membuat siasatan punca


gangguan dan bertindak untuk mengembalikan sumber bekalan elektrik.

4. Memeriksa dan memastikan peralatan yang menggunakan elektrik


dapat digunakan dengan sumber tenaga alternatif seperti soket elektrik
sokongan dan bateri atau secara manual.

5. Memastikan ubat-ubatan, vaksin dan darah yang memerlukan “cold


chain” tidak rosak.

9.6 ANCAMAN KIMIA

Risiko ancaman kimia di dalam hospital adalah rendah tetapi langkah perlu
A. Pengenalan dan Jenis-jenis Agen

diambil memandangkan kejadian insiden serangan pengganas semakin


menular dan penggunaan bahan kimia berbahaya seperti serangan gas
saraf di Jepun pada Mac 1995. Pihak hospital perlu mengambil langkah-
langkah persediaan bagi menangani ancaman kimia bagi keselamatan
anggota hospital dan pesakit.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 67
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 68

Agen Nama

Agen Saraf Tabun, Sarin, Soman, Cyclosarin,


(Nerve agent) VX

Agen Lepuh Mustard, Lewisite


(Vesicant / Blistering Agent)

Agen Darah Cyanide, Hydrogen Cyanide,


(Blood Agents) Cyanogen

Agen Pernafasan Phosgene, Chlorine, Ammonia


(Pulmonary Intoxicants)

Agen kawalan rusuhan Mace7, Pepper Spray


(Riot control agents)

Agen Pelumpuh BZ , Kolokol-1,Sleeping gas


(Incapacitating Agents)

Jadual 10 : Kategori bahan kimia berbahaya

Agen Saraf merupakan antara yang paling toksik di antara semua ejen
tentera yang digunakan. Ejen-ejen ini boleh menyebabkan pengsan, sawan
, pernafasan terhenti dan kematian. Sarin GB ialah salah satu agen saraf
yang biasa digunakan. Ia boleh digunakan dalam bentuk wap atau cecair.
VX mudah diserap melalui kulit, mata, dan paru-paru. Diagnosis mangsa
diracun ejen saraf hendaklah dibuat secara klinikal atas dasar tanda-tanda
dan gejala seperti pengsan, sawan, sesak nafas dan kematian. Agen saraf
menghalang kolinesterase, enzim yang hadir dalam tisu saraf dan dalam
darah. Terdapat ujian darah makmal untuk menentukan aktiviti
kolinesterase , namun pengukuran aktiviti kolinesterase tidak praktikal
semasa diagnosis dan pengurusan keracunan agen saraf.

Agen Lepuh (Vesicants) menyebabkan melepuh berlaku pada


kulit. Sulfur mustard boleh mempunyai bentuk wap atau cecair. Mustard
menyebabkan kecederaan kepada mata, kulit, saluran pernafasan, dan
beberapa organ dalaman. Sebagai ejen peperangan kimia ia mempunyai
tindakan lambat, dan pendedahan kepadanya boleh menyebabkan lepuh
pada kulit, buta sementara dan masalah pernafasan. Kecederaan yang

68 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 69

lebih luas boleh menyebabkan kematian akibat kegagalan pernafasan


daripada kecederaan saluran pernafasan dan sepsis akibat kerosakan
sum-sum tulang, penurunan sel-sel darah putih, dan kemerosotan sistem
imun.

Agen Darah seperti cyanide adalah bahan kimia yang digunakan


secara meluas. Ia digunakan dalam percetakan, pertanian, fotografi, dan
dalam pembuatan kertas dan plastik. Cyanide dalam jumlah yang besar
diperlukan untuk menyebabkan kematian di medan perang, oleh itu, ia
bukan senjata tentera yang sangat baik. Penggunaan cyanide boleh
disasarkan di ruang terkurung seperti tempat letak kereta bawah tanah,
pusat membeli-belah, pusat konvensyen atau bangunan bertingkat tinggi.
Cyanide terikat dengan cytochrome A3 dan menghalang kesan oksidasi
yang bertanggungjawab untuk penggunaan oksigen dalam sel. Akibatnya,
sel-sel terpaksa menggunakan metabolisme anaerobik, dan menyebabkan
asidosis laktik yang teruk.

Agen Pernafasan menyebabkan kerosakan paru-paru yang teruk


selepas bahan tersebut dihidu. Kesan-kesan ini biasanya tidak dilihat serta
merta. Ia boleh menyebabkan ramai mangsa dicemari agen tersebut.
Phosphogen digunakan secara meluas dalam pembuatan pewarna, tar
arang batu, racun perosak, serta dalam bidang farmaseutikal. Bencana
Bhopal, India pada tahun 1984, di sebuah kilang Union Carbide, melibatkan
pembebasan sebanyak 50,000 methylisocyanate. Kimia ini adalah terdiri
daripada fosgen dan methylamine. Terdapat 150,000 orang terjejas, 10,000
cedera teruk, dan 3,300 dibunuh. Kesan dari pelepasan itu telah dianggap
disebabkan oleh gabungan isocyanide dan phosphogen.

Agen Kawalan Rusuhan adalah bahan kimia yang merangsang


kelenjar lakrimal untuk menghasilkan air mata dan merengsa mata, hidung,
mulut, kulit, dan salur pernafasan. Ia digunakan secara meluas oleh pihak
berkuasa untuk mengawal rusuhan dan untuk melumpuhkan penjahat
semasa situasi tebusan. Kesan agen kawalan rusuhan adalah bersifat
sementara. Kesannya hilang dalam tempoh setengah jam.

Agen Pelumpuh menyebabkan mangsa dalam keadaan tidak sedar


tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Agen ini dikaitkan dengan
"gas penyebab pengsan" (knock out gas) atau "gas KO" yang ideal untuk
menyebabkan seseorang tidak dapat membahayakan diri mereka sendiri
atau orang lain.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 69
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 70

B. Prinsip Tindakan

Jika ancaman bahan kimia berbahaya berlaku di peringkat


i) Evakuasi Semasa Kejadian Ancaman Bahan Kimi Berbahaya

hospital, penilaian risiko perlu dibuat. Proses evakuasi


dilaksanakan seperti dalam Bab 7.

Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) adalah penting dalam


ii) Pakaian Perlindungan Semasa Bencana Kimia

pengendalian situasi ancaman bahan kimia.


Walaubagaimanapun, jenis-jenis PPE tertentu tidak terdapat di
hospital. Dalam situasi sebegini, pakaian perlindungan paling
asas adalah menggunakan apron/gown , ‘mask’ N95, dan penutup
kepala adalah pakaian perlindungan yang paling asas untuk
dipakai oleh petugas.

Terdapat 4 tahap pakaian perlindungan mengikut piawaian


iii) Jenis-Jenis Pakaian Perlindungan

antarabangsa dan diringkaskan seperti dalam Jadual di bawah.

Tahap
Penggunaan
Perlindungan

Perlindungan 1. Sut kalis kimia tertutup penuh, dengan


Tahap A radas pernafasan sendiri (Self-
contained Breathing Apparatus- SCBA)
2. Ia menyediakan pernafasan maksimum
dan perlindungan kulit.
3. Ia digunakan apabila terdapat risiko
tinggi percikan cecair, udara toksik dan
bahaya wap kulit, atau di mana bahan
kimia itu tidak dikenali.

1. Sut kalis kimia tidak tertutup penuh


Tahap dengan radas pernafasan sendiri
perlindungan B (SCBA) dan hud

2. Ia memberikan perlindungan
pernafasan maksimum dengan kurang
perlindungan kulit, kerana ia tidak
tertutup sepenuhnya. Tangki udara di
luar sut.

70 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 71

Tahap
Penggunaan
Perlindungan

3. Ia memberi perlindungan terhadap ejen


yang tidak mempunyai risiko wap kimia
pada kulit dan apabila terdapat potensi
percikan cecair yang rendah.

Tahap 1. Pakaian kalis bahan kimia berpenutup


perlindungan C kepala dengan alat pernafasan yang
menulenkan udara (air purifier).

2. Hanya boleh digunakan apabila:


• Bahan kimia tidak mendatangkan
bahaya percikan
• Respirator yang sesuai.
• Kriteria air purifier dipenuhi
• Kepekatan bahan terlibat di bawah
tahap berbahaya kepada kehidupan
dan kesihatan
3. Menyediakan perlindungan yang
mencukupi terhadap agen biologi
bawaan udara dan bahan-bahan
radiologi.

Perlindungan 1. Digunakan semasa tiada risiko


Tahap D penafasan atau kulit yang berbahaya.
2. Pakaian perlindungan asas hospital
(Universal precaution): Apron/Gown ,
Mask N95 , sarung tangan.

Jadual 11 : Jenis-jenis pakaian perlindungan

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 71
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 72

Tahap perlindungan yang disarankan :

Agen Perlindungan

Agen Saraf Tahap A di peringkat awal semasa


gas saraf disyaki.

Tahap B jika telah di pastikan tiada


risiko wap.

Agen Lepuh Tahap A


(Vesicant / Blistering
Agent)
Agen Darah Tahap B

Agen Pernafasan Tahap B


Agen Radiasi Penapis High Efficiency Particulate
Air (HEPA) bersama tahap C
Agen Biologi Penapis High Efficiency Particulate
Air (HEPA) bersama tahap C
Agen tidak dapat Tahap A jika agen tidak dapat
dipastikan dipastikan

Jadual 12 : Tahap perlindungan yang disarankan mengikut agen kimia

Pakaian perlindungan di atas biasanya terdapat di kalangan


petugas HAZMAT (Hazardous Material). Bagi petugas hospital,
sekiranya tahap ancaman tidak memudaratkan, apa yang penting
adalah untuk bergerak ke kawasan yang selamat. Pakaian
perlindungan asas seperti mask, sarung tangan dan apron boleh
digunakan.

1. Dekontaminasi adalah proses di mana pakaian yang tercemar


iv) Dekontaminasi Mangsa

ditanggalkan dari badan. Penanggalan pakaian dengan


sendirinya membuang 90% dari bahan cemar (contaminant). Lagi
10% disingkirkan dengan mandian air dan sabun.

2. Mangsa bencana kimia perlu menjalani protokol dekontaminasi.


Proses dekontaminasi boleh dilaksanakan oleh :
a. Perkhidmatan Bomba (HAZMAT) – bagi mangsa yang ramai.

72 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 73

b. Anggota perubatan di ruang dekontaminasi hospital – jika


melibatkan bilangan mangsa yang kecil

Rawatan seelok-eloknya dilakukan selepas proses dekontaminasi.


v) Rawatan (Khusus)

Rawatan bergantung kepada jenis bahan kimia dan antidot atau


ubat-ubatan sesuai boleh diberikan seperti biasa.

Antidot atau ubatan yang sedia ada boleh dikenal pasti di farmasi
hospital atau didapati daripada sumber luar. Senarai bahan kimia,
kesan dan pengurusan pesakit yang tercemar diringkaskan seperti
di bawah:

Masa
Agen Simptom kekal Dekontaminasi Rawatan/Antidot
Onset
AGEN SARAF

Wap : Wap : Wap : Aliran udara 1. Protokol Airway,


• Anak mata Beberapa bersih,Membersihka Breathing & Circulation
mengecil (miosis) saat n rambut dan (ABC)
• Hidung berair anggota badan
• Sesak Nafas terlibat. 2. Atropine : 0.05mg/kg
IV, IM (min 0.1mg, max
5mg) ulang setiap 2-5min
Cecair : Mata Cecair: Cecair: jika perlu untuk
Berair, Muntah Beberapa menanggalkan bronchospasm,
saat ke pakaian, rembesan cecair yang
Cecair dan Wap: minit Membersihkan banyak, bradikardia, dan
Tabun, Koma, lumpuh, anggota badan lain-lain
sawan,Pernafasan dengan sabun,
Sarin, terhenti pengairan mata 3. Pralidoxime : 25mg/kg
(ocular irrigation) IV. IM ( max 1g IV ; 2g
Soman, IM), Dos boleh diulang
30-60min prn bagi
VX keperluan atropine yang
tinggi dan lemah badan
yang berlanjutan.

Pendedahan teruk atau


sawan :
Diazepam : 0.3mg/kg
(max 10mg) IV;
Lorazepam : 0.1mg/kg
(max 4mg) IV;
Midazolam : 0.2mg/kg
(max 10mg)IM PRN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 73
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 74

Masa
Agen Simptom kekal Dekontaminasi Rawatan/Antidot
Onset
AGEN LEPUH (VESICANTS)

Kulit : lecur , Beberapa Kulit : sabun dan air Rawatan simptomatik


keradangan jam mengikut keperluan
Mustard Mata : irrigasi mata (Protokol ABC, oksigen,
Mata : keradangan nebulizer, anagelsik dan
Memberi kesan sebagainya)
Salur pernafasan : besar jika dilakukan
Sesak nafas, serta-merta
Lewisite Sindrom masalah Segera British anti lewisite (BAL)
pernafasan akut
(ARDS)
Masa
Agen Simptom kekal Dekontaminasi Rawatan/Antidot
Onset
AGEN PERNAFASAN ATAU PULMONARI

Chlorine, Radang hidung , Beberapa Rawatan simptomatik


mata , tekak Minit mengikut keperluan
Aliran udara bersih (Protokol ABC, oksigen,
nebulizer, anagelsik dan
Phosgene Edema Paru-paru, Bronkos Kulit : sebagainya)
Bronkospasme pasme: Pengaliran Air
Minit

Edema
:Jam

Cyanide Sakit Kepala, Beberapa Aliran udara bersih 1st line :


Muntah, Koma , saat IV Cyanokit
sawan, Gangguan Kulit : sabun dan air (Hydroxocobalamin)
pernafasan atau 70mg/kg diberi berjangka
Pulmonari edema 15min dan IV Sodium
thiosulphate (12.5g diberi
berjangka 10min)

2nd line :
IV Sodium Thiosulphate
sahaja.

*Elakkan penggunaan IV
Sodium Nitrate jika ada
keracunan berserta
carbon monoxide.

74 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 75

Masa
Agen Simptom kekal Dekontaminasi Rawatan/Antidot
Onset
AGEN KAWALAN RUSUHAN

Mata : kesakitan, Aliran Udara Bersih Rawatan simptomatik


berair, radang mengikut keperluan
Mata: (Protokol ABC)
Radang hidung dan Pengaliran Air.
CS,CN tekak Beberapa *Kesan akan reda
(Mace) saat dengan masa
Capsaicin Kegagalan
(Pepper pernafasan adalah
spray) jarang

Kegatalan kulit

Jadual 13 : Rawatan khusus bagi ancaman kimia

9.8 INSIDEN RADIASI

Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, agensi teknikal utama


A. Pengenalan

untuk sebarang kecemasan radiasi ialah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom


(AELB). Kementerian Kesihatan akan bertanggungjawab untuk
menyediakan rawatan perubatan kepada mangsa-mangsa manakala
kawalan penyebaran alam sekitar bahan-bahan radioaktif, penilaian kesan
kepada alam sekitar, makanan dan bekalan air, hartanah serta langkah-
langkah perlindungan akan menjadi tanggungjawab AELB.

Risiko Sinaran terdapat di hospital yang mempunyai unit :

1. Jabatan Pengimejan dan Radiografi

2. Jabatan Perubatan Nuklear

3. Jabatan Onkologi dan Radioterapi

Antara isotop utama yang digunakan di Jabatan Perubatan Nuklear


termasuklah 99mTechnetium, 131Iodine, 67Gallium, 51Chromium, 137Caesium,
32
Phosphorus, 90Yttrium, Isotop yang digunakan dalam radioterapi Jabatan
Onkologi termasuklah 60Cobalt ,192Iridium dan 125Iodin.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 75
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 76

Sinar Radiasi boleh di katagorikan kepada 3 jenis:

Rajah 8 : Kuasa Penembusan Radiasi

a. Sinar Alfa - Sinar ini bergerak pada jarak yang singkat dalam
beberapa milimeter seperti atom helium. Ia dapat
dihalang dengan sekeping kertas.
b. Sinar Beta - Sinar ini bergerak pada jarak beberapa sentimeter. Ia
dihalang oleh sekeping kertas aluminium.
c. Sinar Gama - Sinar Gama dapat bergerak pada jarak beberapa
meter. Ia hanya dapat dihalang (tidak sepenuhnya) oleh
lapisan plumbum yang tebal.

Nota: Sinar X-ray dan Sinar Gama adalah serupa tetapi berbeza dari segi
sumber. Sinar X-ray dapat dihentikan apabila suis dipadamkan.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan


Sinaran Keselamatan Asas) 2010 [P.U.(A) 46/2010]2 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), untuk pekerja sinaran,
had dedahan ditetapkan pada 20mSv setahun. Bagi orang awam (bukan
pekerja sinaran) atau pekerja sinaran yang hamil, had yang ditetapkan
adalah pada kadar 1mSv setahun.

1. Setiap respons haruslah melibatkan Pegawai Perlindungan Radiasi


B. Prinsip Respons

‘Radiation Protection Officer’ (RPO). Mereka ini dilantik daripada


Pegawai Fizik Perubatan. Setiap hospital yang mempunyai bahan
radioaktif, mempunyai seorang RPO. Dibawah RPO terdapat pegawai
penilai radiasi ‘Radiation Protection Surveyor’ (RPS) yang membantu
peranan RPO. Kerjasama dengan pihak RPO dan RPS adalah penting
dalam menangani insiden radiasi .

76 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 77

2. Kadar radiasi akan dinilai dan risiko pencemaran akan ditentukan oleh
pihak RPO:
a. Kawasan yang beradiasi tinggi akan disita. Petugas atau orang
awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan yang disita melainkan
dengan kebenaran daripada pihak RPO.
b. Pihak Lembaga Pelesenan Atom (AELB) - boleh dihubungi bagi
membantu proses dekontaminasi / pembersihan kawasan daripada
radiasi.

HOTLINE AELB : 1800-877-999

3. Pengendalian mangsa
a. Mangsa yang kritikal perlu diberikan rawatan segera. Penilaian kadar
radiasi oleh RPO boleh dibuat selepas pesakit distabilkan.
b. Sekiranya tidak kritikal, RPO akan membuat penilaian radiasi.

RPO akan mengkategorikan pesakit ke dalam dua kategori:

a. Pesakit ini tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada


i) Terdedah Sahaja (Exposed)

anggota perubatan.
b. Mereka TIDAK mempunyai bahan-bahan radioaktif pada
badan mereka.
c. Mereka mungkin mendapat kesan radiasi tetapi mereka tidak
mengeluarkan sinaran radioaktif dari badan.
d. Meter pengesan ke atas pesakit-pesakit ini tidak akan
menghasilkan apa-apa bacaan radioaktif yang ketara.
e. Pesakit TIDAK memerlukan pengasingan atau pemisahan
daripada anggota atau pesakit lain kerana mereka tidak
menimbulkan apa-apa bahaya kepada orang lain.

a. Pesakit ini mempunyai bahan radioaktif pada badan mereka.


ii) Tercemar (Contaminated)

b. Pesakit yang tercemar masih boleh memberi kesan


kemudaratan kepada orang di sekeliling mereka kerana
terdapat pancaran sinaran radioaktif dari tubuh mereka.
c. Meter pengesan ke atas pesakit-pesakit ini akan
menghasilkan bacaan radioaktif yang ketara.
d. Pesakit ini perlu diasingkan dan anggota yang merawat
pesakit-pesakit ini perlu diberi perlindungan radiasi dan
mendapatkan nasihat daripada RPO atau ahli fizik perubatan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 77
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 78

Perlindungan sinar radiasi adalah berdasarkan prinsip ‘DTS’ yang


C. Prinsip Perlindungan Sinar Radiasi

bermaksud (distance, time, shield) yang merujuk kepada jarak sumber,


masa pendedahan dan perisai perlindungan.

D - RPO akan menilai menggunakan alat meter pengukur (Survey meter)


DISTANCE ( JARAK )

untuk mengenalpasti jarak selamat dari sumber.

Rajah 9 : Survey Meter

T – RPO akan membuat kiraan bagi kadar sinaran dan dos radiasi
TIME ( MASA )

terkumpul yang boleh diterima oleh petugas. Menurut garispanduan MOSTI


seorang pekerja sinaran hanya boleh menerima sehingga 20mSv setahun.
Bagi bukan pekerja sinaran hanya 1 mSv boleh diterima setahun.

S - Perisai plumbum dapat mengurangkan sinaran gama tetapi bukan


SHIELD ( PERLINDUNGAN )

100%.

Simptom-simptom boleh dibahagikan kepada dua ketegori:


D. Simptom-Simptom Akibat Terdedah Kepada Radiasi

1. Kesan awal :
a. Sistem gastrointestinal : loya, muntah - Simptom ini adalah yang
paling kerap dialami oleh mangsa radiasi. Tanda muntah
menunjukkan bahawa pesakit telah menerima dos radiasi yang tinggi
b. Sistem kardiovaskular : kadar nadi lebih laju, tekanan darah rendah.
c. Kulit : Kesan terbakar atau melepuh.
d. Sistem hemopoitik (sistem penghasilan darah) : pengurangan paras
sel darah limfosit.

78 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 79

2. Kesan lewat :
a. ‘Deterministic effects’ : Kesan di mana kadar radiasi mencukupi
untuk membunuh sel atau menghalang sel daripada berfungsi atau
membiak. Contoh kesan adalah seperti:
• Katarak radiasi
• Dermatitis radiasi
b. ‘Stochastic effects’ : Kesan selepas pendedahan radiasi pada
jangka masa panjang yang menyebabkan penyakit genetik atau
kanser. Contohnya leukemia.

Sekiranya terdapat pegawai terlatih dan kemudahan dalam proses


E. Dekontaminasi

dekontaminasi, proses dekontaminasi boleh dilaksanakan tetapi sekiranya


tiada, bantuan pihak AELB boleh didapati melalui talian 24jam. Pihak
HAZMAT dari Jabatan Penyelamat BOMBA juga boleh dihubungi sekiranya
proses dekontaminasi yang melibatkan mangsa yang ramai diperlukan.

Rawatan boleh dilaksanakan mengikut simptom dan dengan bantuan pakar


F. Perawatan Pesakit

yang mempunyai latihan berkenaan pengendalian pesakit yang terdedah


kepada radiasi. Bagi kebanyakan kes, rawatan yang diberikan adalah
rehidrasi, ubat anti-emetik, antibiotik ( bagi jangkitan kuman sekunder) dan
rawatan simtomatik yang relevan. Bagi kesan lepuh atau terbakar, rawatan
adalah serupa dengan rawatan mangsa terbakar seperti di Unit Rawatan
Pesakit Terbakar (Burn Unit). Bagi kes-kes tertentu, rawatan khusus bahan
radioaktif boleh digunakan seperti : Growth Factor Stimulator, transplant
sum-sum tulang dan transfusi darah. Memandangkan kebanyakan rawatan
adalah simtomatik, tidak semua pesakit perlu dipindahkan ke hospital yang
mempunyai kepakaran rawatan radiasi. Konsultasi boleh dibuat dengan
pakar yang telah mendapat latihan rawatan radiasi. Rujukan boleh dibuat
ke Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM untuk mendapat maklumat
berkenaan pakar-pakar yang boleh dirujuk.

Penghantaran sampel darah adalah seperti berikut: Full Blood Count


(FBC), Renal Profile (RP), Liver Function Test (LFT), Thyroid Function Test
(TFT), Ujian darah untuk biodosimetri, Absolute lymphocyte count dan
‘whole body count’. Mesin ‘Whole Body Count’ terdapat di Pusat Perubatan
Universiti Malaya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) serta Agensi
Nuklear Malaysia dan pesakit boleh dirujuk ke sana.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 79
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 80

Zon dekontaminasi di Jabatan Kecemasan boleh dijadikan tempat rawatan


G. Penyediaan Tempat Rawatan Radiasi

radiasi.

Zon boleh disediakan dengan cara berikut :


a. Lantai dialas sama ada dengan ‘chinese paper’ atau ‘plastik tebal’.
b. Pesakit boleh diletakkan ke atas troli dekontaminasi .
c. Dekontaminasi setempat boleh dilakukan dengan membuat irigasi
air pada kawasan yang mengeluarkan radiasi sahaja. (Dikenalpasti dari
penilaian oleh RPS atau RPO).
d. Air yang digunakan untuk irigasi dikumpulkan dalam bekas.

Rajah 10 : Tempat Rawatan Radiasi

e. Selepas proses dekontaminasi, pesakit akan dinilai semula oleh RPS


atau RPO menggunakan alat Geiger-Muller.
f. Jika tiada lagi radiasi, pesakit tidak memerlukan pengasingan.
g. Jika masih ada radiasi, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad isolasi.

RPO akan membuat penilaian bagi :


a. Jarak yang selamat dari pesakit
b. Had masa untuk perawat berdekatan dengan pesakit
c. Pakaian perlindungan yang bersesuaian

80 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 81

Senarai bahan radioaktif, sifat dan perawatan adalah seperti berikut:


H. Rawatan Khusus Bahan Radioaktif

penyerapan Penyerapan
Penyerapan Kesan Toksik Rawatan
Unsur pada sistem Sistem
Kulit Utama Khusus
pernafasan Penghadaman

Americium 75% Sedikit Segera Skeletal Chelation with


deposition, DTPA or EDTA
marrow
suppression,
hepatic
deposition
Cesium Penuh Penuh Penuh Whole body Prussian blue
irradiation
Cobalt Tinggi <5% Tidak Whole body Supportive
diketahui irradiation

Iodine Tinggi Tinggi Tinggi Thyroid Potassium


ablation, iodide
carcinoma

Phosphorus Tinggi Tinggi Tinggi Bone, rapidly Aluminum


replicating hydroxide
cells

Plutonium Tinggi Sedikit Terhad Lung, bone, Chelation with


liver DTPA or EDTA
Radium Tidak 30% Tidak Bone marrow Magnesium
Diketahui diketahui suppression, sulfate lavage
sarcoma

Strontium Terhad Sederhana Tidak Bone Supportive


diketahui

Tritium Sedikit Sedikit Penuh Panmyelocyto Dilution with


penia controlled
water intake,
diuresis

Tritiated Penuh Penuh Penuh Panmyelocyto Dilution with


Water penia controlled
water intake,
diuresis
Uranium Tinggi Sederhana -> Tinggi Pulmonary, Chelation with
Tinggi nephrotoxic DTPA or
EDTA,
NaHC03 to
alkalinize urine

Jadual 14 : Rawatan khusus bahan radioaktif

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 81
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 82

9.8 INSIDEN BIOLOGI

Ancaman biologi kepada hospital boleh di bahagikan kepada dua jenis, iaitu ancaman
disebabkan penularan virus atau bakteria baru yang menyebabkan penyakit serius
seperti MERS-CoV, SARS dan H1N1 serta ancaman disebabkan serangan agen
biologi bagi tujuan melumpuhkan sosioekonomi atau membunuh.

Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) mewajibkan
Pegawai Perubatan bertugas untuk melaporkan kejadian penyakit berjangkit kepada
Pejabat Kesihatan Daerah terdekat. Ini adalah kerana perlunya pengawalan dan
pencegahan awal jika terdapat penularan penyakit yang baru.

Penyakit yang mempunyai implikasi bioterorisme yang berpotensi hendaklah


dilaporkan serta merta (termasuk malam, hujung minggu dan cuti) melalui telefon
kepada Jabatan Kesihatan Negeri bagi semua kes-kes yang disyaki atau kes yang
disahkan. Ancaman bioterorisme boleh juga disasarkan kepada hospital. Oleh yang
demikian, pengetahuan berkenaan ancaman yang ada dapat membantu dalam
memahami risiko terhadap petugas dan pesakit.

Agen biologi kategori A mempunyai keutamaan tertinggi. Agen ini bersifat:


A. KATEGORI A

a. Mudah disebar atau mudah berjangkit.


b. Penyebab kematian yang tinggi.
c. Boleh menyebabkan panik kepada orang awam dan gangguan sosial
d. Memerlukan tindakan khas untuk persediaan dari pasukan kesihatan
awam.

Agen Kategori A termasuk:


a. Anthrax (Bacillus anthracis).
b. Botulism (Clostridium botulinum toksin).
c. Plague (Yersinia pestis).
d. Small pox (variola major).
e. Tularemia (Francisella tularensis).

Agen biologi ini bersifat:


B. KATEGORI B

a. Sederhana mudah untuk disebarkan.


b. Kadar morbiditi dan kematian sederhana rendah.
c. Memerlukan makmal diagnostik untuk merawat dan tujuan
pengawasan.

82 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 83

Agen Kategori B termasuk:


a. Brucellosis (spesies Brucella).
b. Epsilon toksin daripada Clostridium perfringens.
c. Ancaman Keselamatan makanan (contohnya, spesies Salmonella,
Escherichia coli O157: H7, Shigella).
d. Glanders (Burkholderia mallei).
e. Melioidosis (Burkholderia pseudomallei).
f. Psittacosis (Chlamydia psittaci).
g. Q Fever(Coxiella burnetii).
h. Ricin toksin dari Ricinus communis (kacang kastor).
i. Staphylococcal enterotoxin B.
j. Typhoid Fever (Rickettsia prowazekii).
k. Viral Encephalitis(alphaviruses contohnya, Venezuelan equine
encephalitis, eastern equine encephalitis, western equine encephalitis).
l. Ancaman keselamatan air (contohnya, Vibrio cholerae, Cryptosporidium
parvum).

Agen biologi yang bersifat patogen baru muncul yang boleh dihasilkan
C. KATEGORI C

untuk penyebaran secara besar-besaran kerana:


a. Mudah didapati
b. Pengeluaran dan penyebaran adalah mudah.
c. Potensi untuk kadar morbiditi dan kematian yang tinggi.

Agen Kategori C termasuk:


a. Virus Nipah.
b. Hantavirus.

D. PRINSIP TINDAKAN BENCANA BIOLOGI

kelengkapan perlindungan bergantung kepada organisma yang


1. Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE)

terlibat. Sekurang-kurangnya Pakaian Perlindungan asas seperti


N95, sarung tangan, head cover, mask, apron boleh dipakai di
dalam situasi begini Jangkitan boleh merebak secara udara
(airborne) atau titisan cecair (droplet). Pakaian perlindungan harus
dipakai di semua peringkat yang melibatkan pertembungan dengan
pesakit.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 83
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 84

Rajah 11 : Kelengkapan perlindungan diri (PPE)

2. Pesakit akan dirawat oleh Pakar Perubatan Dalaman atau Pakar


Penyakit Berjangkit di dalam wad. Di Jabatan Kecemasan, pesakit
akan diberikan rawatan awal oleh petugas Jabatan Kecemasan di
zon isolasi.

3. Aliran pesakit dari Jabatan Kecemasan ke wad isolasi. Aliran


pesakit adalah seperti yang di tunjukkan dalam gambar rajah di
bawah :

Rajah 12 : Aliran pesakit


dari Jabatan Kecemasan
ke wad isolasi

84 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 85

4. Dalam situasi di mana terdapat terlalu ramai pesakit / mangsa ,


khemah rawatan boleh di buka. Semua petugas perlu memakai
pakaian PPE pada sepanjang masa.

Rajah 13 : Khemah rawatan

5. Semua kes hendaklah dibuat notifikasi ke Pejabat Kesihatan Daerah/


Jabatan Kesihatan Negeri bagi tujuan pemantauan.

E. DUA FASA JANGKITAN

Semua pesakit yang mempunyai tanda-tanda atau suspek kes akan


Fasa Pembendungan (Containment) :

dimasukkan ke dalam bilik pengasingan bagi mencegah penyakit merebak.


Pesakit akan diperiksa setelah diasingkan ke bilik pengasingan. Sampel
daripada pesakit akan diambil dan dihantar ke makmal berkenaan bagi
pengesahan penyakit berjangkit. Dalam fasa ini, pesakit yang terlibat tidak
ramai. Pesakit atau kes suspek/contact case boleh di masukkan ke dalam
wad pengasingan sementara menunggu keputusan makmal dan diberi
rawatan tertentu seperti ubat antiviral.

Dalam fasa ini, terdapat sejumlah pesakit yang terlalu ramai untuk
Fasa Mitigasi :

ditempatkan di wad isolasi, yang mana kapasiti katil sudah tidak dapat
menampung jumlah pesakit. Kes-kes yang di masukkan ke wad adalah
kes-kes yang memerlukan kemasukan atas sebab yang lain seperti
masalah pernafasan yang akut dan sebagainya. Dalam Fasa ini pesakit
biasanya akan dirawat dengan ubat-ubatan mengikut polisi sedia ada dari
Kementerian Kesihatan Malaysia. Nasihat dan kertas makluman juga
diberikan supaya pesakit mendapatkan rawatan selanjutnya (jika perlu)
disamping arahan supaya pesakit dikuarantin di rumah. Ini penting bagi
mengelakkan jangkitan dari merebak. Pegawai Perubatan dan petugas dari
Jabatan Kesihatan Awam berperanan untuk membuat susulan rawatan kes
dan pengesanan kes-kes kontak.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 85
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 86

F. ANCAMAN ANTRAKS

Terdapat beberapa insiden sebelum ini yang mana sesetengah Jabatan


Kerajaan menerima surat yang mengandungi serbuk putih dan
menimbulkan kegusaran akan kemungkinan ancaman antraks. Anthrax
Bacillus adalah sejenis bakteria Gram Positif yang digunakan oleh
pengganas.

Terdapat kes-kes di mana surat yang berisi serbuk putih diposkan dengan
tujuan menakutkan penerima kerana serbuk putih kerapkalinya dikaitkan
dengan ancaman antraks. Jangkitan antraks boleh merebak melalui
sentuhan kulit (cutaneous) atau pernafasan (inhalation). Antraks juga boleh
menyebabkan pendarahan hemorrhagic mediastinitis serta ‘meningitis’.

1. Tinggalkan surat atau objek yang disyaki mengandungi antraks.


Saranan Respons Dalam Situasi Ancaman Antraks

Elakkan dari bernafas secara berdekatan dengan serbuk putih.


Basuh tangan jika bersentuh. Maklumkan kepada Penyelia/Ketua
Jururawat/petugas atasan.

2. Tempat berhampiran sampul disita supaya tiada anggota atau


pesakit yang menghampiri objek yang diragui.

3. Hubungi pihak HAZMAT dari Jabatan Bomba & Penyelamat. Pihak


HAZMAT mempunyai alatan untuk mengesan samada serbuk
terbabit adalah benar-benar antraks atau tidak. Serbuk tersebut juga
akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian analisa. Pihak HAZMAT
dapat membantu untuk melaksanakan dekontaminasi bagi mangsa
atau persekitaran berdekatan objek yang diragui tersebut. Pihak
HAZMAT juga boleh membantu bagi proses dekontaminasi mangsa
sekiranya pihak hospital mempunyai masalah melaksanakan
dekontaminasi.

4. Bagi petugas yang terdedah kepada ancaman antraks, rawatan yang


boleh diberikan adalah seperti berikut :
a. Rawatan (diberi selama 60 hari)
i. Bagi dewasa : Oral Ciprofloxacin 500mg
ii. Bagi pediatrik : IV Ciprofloxacin 20-30 mg/kg 12 jam sekali
b. Profilaksis (diambil sehingga pengesahan ancaman atau tiada
lagi ancaman)
i. Ciprofloxacin
1. Oral Ciprofloxacin 500 bid (dewasa)

86 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 87

2. Oral 20-30 mg/kg bid (pediatrik)


atau
ii. Doxycycline
1. Oral Doxycycline100mg bid (dewasa)
2. Oral Docycycline 2.5 mg/kg (pediatrik)

Vaksin untuk mangsa yang terdedah juga boleh digunakan sekiranya


dapat diperolehi dan diberi secara subcutaneous sebanyak 3 dos
berselang 2 minggu bagi setiap minggu (0,2 dan 4 minggu).

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 87
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 88
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 89

89

BAB
10

SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 90

10.1 PENGENALAN

Situasi ancaman ketenteraman awam ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian atau


ancaman rusuhan sama ada berlaku secara spontan atau dicetuskan oleh kumpulan
yang berkepentingan, sama ada bermotifkan agama, politik, perkauman, ekonomi,
sosial dan lain-lain. Tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kehilangan nyawa
dan kerosakan harta benda serta membawa implikasi terhadap keselamatan negara.
"Keganasan" ditakrifkan sebagai penggunaan kekerasan atau keganasan tanpa
kuasa undang-undang atau ancaman untuk menggunakan kekerasan atau
keganasan atau apa-apa bentuk serangan lain oleh mana-mana orang, kumpulan
atau negara, walau apa pun tujuan atau niat atau justifikasinya, yang ditujukan
terhadap sesuatu negara atau orang awamnya atau terhadap harta, sama ada harta
awam atau harta persendirian, atau terhadap perkhidmatan penting, yang dengan
apa-apa cara memudaratkan keselamatan awam atau ketenteraman awam atau
kepentingan asas lain sesuatu negara dan yang diniatkan atau dirancang untuk
menimbulkan rasa gentar di kalangan orang tertentu atau sesuatu kumpulan orang
atau orang awam dengan tujuan untuk menakutkan orang awam atau sebahagiannya
atau untuk memaksa Kerajaan atau sesuatu pertubuhan antarabangsa melakukan,
atau tidak melakukan, sesuatu perbuatan, dan termasuklah sokongan bagi tindakan
sedemikian dengan apa jua cara pun, sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

Mengikut Konvensyen Geneva Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hospital dan


petugas hospital adalah dilindungi dalam peperangan dan tindakan boleh diambil
bagi pihak yang mengancam keselamatan hospital di bawah Mahkamah Jenayah
Antarabangsa.

Namun begitu, hospital yang berada di kawasan berisiko tinggi perlu mengambil
langkah berjaga-jaga.

10.2 ANCAMAN BOM ATAU PAKEJ YANG MENCURIGAI

Letupan atau ancaman bom boleh menghasilkan malapetaka yang


A. Pengenalan

besar dan menyebabkan banyak mangsa dengan kecederaan


kompleks. Mangsa mengalami kecederaan yang berlainan dengan
bencana seperti banjir atau gempa bumi. Kecederaan-kecederaan
yang boleh dialami adalah seperti berikut :

90 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 91

BAHAGIAN
JENIS
KATEGORI CIRI-CIRI BADAN
KECEDERAAN
TERLIBAT

Primary Terhasil akibat Anggota berisi • Kecederaan paru-


kesan gelombang udara adalah yang paru - pulmonary
tekanan udara paling mudah barotrauma
terhadap terjejas seperti • Pecah gegendang
permukaan badan paru-paru, saluran telinga dan
yang berpunca dari usus dan telinga kerosakan telinga
letupan dengan tengah. tengah.
tenaga yang tinggi. • Pendarahan perut
dan kebocoran
perut.
• Bola mata pecah.
• Gegaran otak
(Traumatic Brain
Injury) tanpa
tanda-tanda fizikal
kecederaan
kepala

Secondary Hasil daripada Mana-mana • Penembusan


serpihan bom bahagian badan balistik
berterbangan. mungkin terjejas. (fragmentasi) atau
kecederaan
tumpul.
• Kecederaan mata
yang tidak dapat
dikesan.

Tertiary Hasil daripada Mana-mana • Patah dan


individu yang bahagian badan amputasi anggota
terlanggar objek mungkin terjejas. badan.
akibat letupan.
• Kecederaan otak
tertutup dan
terbuka.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 91
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 92

BAHAGIAN
JENIS
KATEGORI CIRI-CIRI BADAN
KECEDERAAN
TERLIBAT

Quaternary Semua kecederaan Mana-mana • Kebakaran


atau keadaan yang bahagian badan anggota badan
disebabkan oleh mungkin terjejas. (Separa, dan
letupan yang tidak penuh).
memenuhi kriteria • Crush injury.
pada kategori yang • Kecederaan otak
lain (termasuk tertutup dan
komplikasi penyakit terbuka.
yang sedia ada • Asma, penyakit
pada mangsa). paru-paru kronik
(COPD) atau
masalah
pernafasan yang
lain daripada
habuk, asap atau
asap toksik.
• Angina,
hiperglisemia dan
tekanan darah
tinggi.

Jadual 15 : Kategori kecederaan letupan bom

Ancaman bom adalah penemuan atau pemakluman bahawa


B. Ancaman Bom

terdapatnya bahan atau objek yang disyaki boleh meletup di suatu


lokasi.

Letupan dalam ruang terkurung (hospital, bangunan, kenderaan besar,


lombong) dan/ atau keruntuhan struktur dikaitkan dengan morbiditi dan
mortaliti yang lebih besar.

92 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 93

1. Aspek keselamatan merupakan tanggungjawab setiap petugas.


C. Penemuan Objek Yang Disyaki Sebagai Bom

2. Semua petugas perlu melaporkan ancaman atau kehadiran objek


yang disyaki kepada penyelia jururawat atau ketua jururawat lokasi
yang terlibat. Penyelia jururawat bertanggungjawab memaklumkan
situasi kepada Ketua Jabatan dan Pengarah Hospital.

3. Pegawai keselamatan atau petugas di kawasan berkenaan di mana


objek berkenaan ditemui harus memaklumkan supaya langkah
keselamatan dapat diambil. Misalnya wad atau zon terbabit ditutup
dari laluan orang ramai. Petugas harus sentiasa menjauhkan diri dari
bom tersebut.

1. Maklumat tentang pemanggil yang membuat ancaman bom


D. Penerimaan Pangilan Ancaman Bom

sebaiknya dicatat supaya maklumat dapat diserahkan kepada pihak


polis. Contoh maklumat :
a. Masa panggilan dibuat.
b. Kumpulan atau organisasi yang mengaku bertanggungjawab (jika
ada).
c. Deskripsi pemanggil : jantina, bangsa, nada serius /jenaka.
d. Bunyi bunyi kawasan sekeliling pemanggil, seperti loceng, bunyi
ambulan atau orang ramai.

2. Asingkan kawasan berisiko dengan mengadakan perimeter


keselamatan. Elakkan dari menghampiri objek berkenaan. Buat
panggilan kepada pihak polis melalui talian 999.

3. Pihak Polis akan melakukan penilaian terhadap ancaman tersebut


dengan Skuad Bom.

4. Bahan atau objek yang disyaki tidak boleh dialihkan oleh sesiapa
kecuali polis.

5. Pertimbangan untuk evakuasi boleh dibuat dengan mengambil kira


kesahihan situasi. Nasihat polis boleh diperolehi dalam situasi
sebegini.

6. Menentukan kesahihan ancaman adalah amat sukar. Dalam hal ini,


pertimbangan harus dibuat berdasarkan semua sumber maklumat
yang ada. Penglibatan polis atau skuad bom dari awal adalah amat
penting.

7. Sekiranya ancaman adalah sahih dan risikonya besar, evakuasi


boleh dilaksanakan.

8. Sekiranya proses evakuasi diperlukan, evakuasi boleh dilaksanakan


seperti dalam Bab 7.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 93
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 94

Carta Alir Ancaman Bom atau Bungkusan Diragui

MENEMUI BAHAN
TERIMA PANGGILAN
ATAU BUNGKUSAN
ANCAMAN BOM
YANG DIRAGUI BOM

DAPATKAN MAKLUMAT
PASTIKAN LOKASI PEMANGGIL DAN
PASTIKAN LOKASI

* Proses untuk
mempertimbangkan PETUGAS MAKLUMKAN
kesahihan dan risiko KEPADA PENGARAH
adalah tidak mudah.
Sebarang maklumat HOSPITAL DAN KETUA
yang relevan termasuk JABATAN
pandangan polis boleh
diambilkira untuk
tujuan evakuasi
HUBUNGI POLIS 999

Perlu evakuasi
seluruh hospital Tidak perlu evakuasi
ANCAMAN
YA SAHIH & RISIKO TIDAK
TINGGI*

PESAKIT PERLU TIDAK PERLU EVAKUASI


DIEVAKUASI MENGIKUT BERSEDIA UNTUK
KEUTAMAAN : EVAKUASI APABILA
1) PESAKIT YANG DIARAHKAN
BOLEH BERJALAN
2) PESAKIT YANG
MEMERLUKAN BANTUAN
3) KAWASAN KRITIKAL

Rajah 14 : Carta alir ancaman bom atau bungkusan diragui

94 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 95

10.3 INSIDEN SERANGAN PENGGANAS DI HOSPITAL

Semasa serangan atau ancaman pengganas di dalam hospital, kerjasama


dengan pihak polis adalah penting. Pihak pengurusan hospital perlu
berkomunikasi dengan pihak polis bagi menilai situasi di kawasan hospital.
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bersama pihak berkuasa dan
pegawai keselamatan hospital untuk mengawal hospital daripada diambil alih
atau diserang oleh pengganas.

Dalam keadaan ini, prinsip yang penting adalah untuk mendapatkan


A. Situasi Tembak Menembak

perlindungan dan mencegah daripada keadaan ini merebak. Tindakan


yang boleh diambil adalah seperti :

1. Mendapatkan perlindungan - meniarap di atas lantai

2. Penyelia atau Ketua Jururawat setiap wad boleh mengambil tindakan


mengunci wad bagi mengelakkan dari situasi ini merebak dengan
lebih melarat.

3. Berikan maklumat kepada pihak berkuasa, keselamatan dan polis


jika situasi mengizinkan melalui panggilan talian 999.

1. Dalam situasi tahanan, pegawai atau petugas yang terlibat harus


B. Situasi Tahanan (Hostage Situation)

bertenang dan tidak mencetuskan situasi cemas serta tidak


bertindak melawan tanpa bantuan pihak berkuasa.

2. Keselamatan petugas dan pesakit adalah merupakan keutamaan.

3. Rundingan akan di buat oleh pihak polis dan sekiranya perlu, oleh
Pakar Perunding dari Jabatan Psikiatrik atau mereka yang
dikenalpasti terlatih atau mempunyai pengalaman.

4. Pegawai yang terlibat dalam keadaan tahanan boleh membantu


dengan mengumpul maklumat seperti rupa paras, ketinggian, warna
kulit dan pakaian pengganas yang menyerang. Maklumat ini boleh
diberikan kepada pihak berkuasa semasa keadaan telah
diselesaikan.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 95
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 96

5. Evakuasi hospital boleh diambil kira sekiranya terdapat unsur-unsur


berbahaya seperti bom, gas beracun dan sebagainya.

6. Sekiranya berlaku ancaman - boleh berhubung dengan pihak


berkuasa seperti Jabatan Kesihatan, Pengarah Kesihatan,
Pengurusan Tertinggi (Ketua Pengarah kesihatan & Menteri). Arahan
18 Majlis Keselamatan Negara boleh diaktifkan jika perlu.

7. Selepas situasi - kerjasama bahagian kaunseling dan psikiatrik untuk


menilai post traumatic stress disorder (PTSD), Acute Stress Disorder
(ASD) dan Chronic post traumatic stress disorder (PTSD) adalah
perlu.

Kawasan farmasi hospital boleh menjadi tempat berisiko bagi serangan


C. Situasi Pencerobohan Atau Tahanan Di Farmasi Hospital

pengganas kerana terdapat dadah terkawal. Dalam situasi serangan,


petugas boleh menyatakan tiada dadah yang diminta atau tiada akses
bagi kawasan dadah terkawal. Jika situasi berbahaya, petugas perlu
mengikut arahan dan mengelakkan diri daripada bahaya. Semua ubatan
atau alatan yang diambil perlu dicatit setelah insiden selesai.

‘Silver alert’ adalah sistem yang digunakan bagi komunikasi berkenaan


D. Konsep Silver Alert

serangan pengganas. Pihak pengurusan hospital boleh menetapkan


nombor telefon ‘hotline’ bagi mengaktifkan silver alert. Pusat panggilan
hospital juga boleh digunakan bagi mengaktifkan silver alert yang mana
pusat ini boleh membantu menghubungi pihak berkenaan semasa
situasi sebegini berlaku. Contohnya, jika berlaku situasi tembak
menembak dlaam permis hospital, ‘silver alert’ boleh diaktifkan.

Istilah kod 'grey' yang telah diperkenalkan di dalam "Garis Panduan


Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti
KKM" hanya digunakan bagi ancaman yang berskala kecil, manakala,
'silver alert' digunakan bagi ancaman keselamatan berskala besar dan
dalam situasi serangan pengganas.

• Pengarah Hospital
E. Pihak Yang Perlu Dihubungi Semasa Silver Alert :

• Ketua Polis
• Ketua Jabatan
• Pegawai keselamatan hospital
• Penyelia atau Ketua Jururawat setiap wad atau unit
• Pengarah Kesihatan Negeri

96 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 97

Apabila ‘silver alert’ diaktifkan, tindakan-tindakan yang diambil adalah


F. Tindakan Apabila Silver Alert Diaktifkan

seperti berikut:
1. Jururawat untuk mengunci wad-wad untuk mengelak pengganas
masuk.
2. Pegawai keselamatan hospital menghalang pesakit, anggota atau
waris daripada memasuki kawasan kejadian.

3. Polis dihubungi dan hanya membuka pintu selepas arahan diberi


oleh pihak polis atau keadaan benar-benar selamat.

4. Pengarah hospital perlu bertenang dan mengambil langkah dan


membuat keputusan bagi keselamatan petugas yang lain seperti :
a. Menetapkan zon selamat.
b. Mengkoordinasikan petugas keselamatan untuk menghalang
orang luar dari masuk ke kawasan bahaya.
c. Memberikan maklumat dan ‘update’ berkenaan perkembangan
situasi.
d. Membuat keputusan bagi evakuasi berperingkat.
e. Memastikan kebajikan petugas semasa dan selepas insiden
terjaga.

10.4 SITUASI ANCAMAN KESELAMATAN YANG EKSTREM

Situasi ancaman keselamatan yang ekstrem merupakan keadaan di mana terdapat


risiko kemudaratan yang amat tinggi terhadap hospital atau kawasan tertentu
hospital. Contoh situasi sebegini adalah seperti situasi tebusan, penculikan atau
serangan pengganas. Dalam situasi seperti ini, tindakan ‘lock-down’ sama ada bagi
kawasan terbabit atau keseluruhan hospital boleh dipertimbangkan oleh pengurusan.

• ‘Lock-down’ adalah satu tindakan yang mana sama ada satu


A. Definisi Tindakan ‘Lock-Down’

bahagian hospital atau keseluruhan hospital disita. Dalam situasi


‘lock-down’, kawasan terbabit ditutup dari laluan keluar atau masuk.
Ia adalah satu terma yang diterimapakai oleh Polis dan Angkatan
Tentera.

• Pengarah boleh membuat keputusan berdasarkan situasi.


Pandangan dan nasihat boleh diperolehi dari pasukan keselamatan
seperti Polis dan pihak angkatan tentera.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 97
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 98

Bagi melaksanakan ‘lock-down’ pihak Polis atau angkatan tentera


akan memainkan peranan bagi penyitaan dan kawalan keluar-masuk
kawasan yang telah dikenalpasti.

1. Bagi mengehadkan kawasan berisiko tinggi.


B. Tujuan ‘Lock-Down’

2. Menghadkan pergerakan keluar-masuk yang boleh mendatangkan


risiko terhadap kawasan yang dikenalpasti.

3. Memudahkan kawalan keselamatan.

4. Membolehkan kawasan pergerakan ancaman dikecilkan dan strategi


dapat difokuskan untuk meneutralkan ancaman di kawasan ‘lock-
down’.

C. Jenis-Jenis ‘Lock-Down’

1. ‘Lock-down’ dilaksanakan bagi kawasan dengan ancaman tinggi


‘Lock-down’ sebahagian kawasan Hospital

yang dikenalpasti.

2. Contohnya, bagi situasi tahanan tebusan di dalam wad, wad terbabit


boleh dikenakan tindakan ‘lock-down’. Pihak keselamatan akan
menyita dan mengawal laluan keluar masuk wad berkenaan
sementara strategi disusun dengan pihak pengurusan bagi
membebaskan tebusan.

1. Dalam situasi ini, keseluruhan hospital berada dalam ancaman


‘Lock-down’ keseluruhan Hospital

keselamatan yang tinggi.

2. Contohnya, apabila berlaku ancaman serangan terhadap hospital,


tindakan ‘lock-down’ dapat mengelakkan hospital dari diceroboh
oleh penyerang yang mungkin membawa masuk bom dan
sebagainya ke kawasan hospital.

Penglibatan pihak polis diperlukan dalam situasi ‘Lock-down’ ini. Pihak


angkatan tentera juga akan memainkan peranan sekiranya diperlukan.
Dalam situasi ini, Arahan 18 Majlis Keselamatan Negara boleh diaktifkan
supaya pelbagai agensi kerajaan dapat berganding sumber untuk
menangani situasi sehingga selesai.

98 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 99

99

LAMPIRAN

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital


Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 100

LAMPIRAN 1

TEKNIK-TEKNIK EVAKUASI PESAKIT YANG TIDAK BERUPAYA UNTUK


BERJALAN SENDIRI (NON-AMBULATORY PATIENTS)

Pesakit yang tidak berupaya untuk berjalan sendiri boleh dikeluarkan menggunakan
pengusung (stretcher), selimut, cadar dan tilam. atau evacuation sheets. Pesakit
boleh diangkat menggunakan teknik berikut:

Teknik
Lampiran
Mengangkat

Angkatan
berdua

Hadapan Belakang

Memapah

Hadapan Belakang

100 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:55 AM Page 101

Teknik Lampiran
Mengangkat

Menggunakan
kerusi
1. 2.

Mengangkat depan
dan belakang (Fore
and aft carry)

1.

Menjadikan selimut 2.
sebagai stretcher

3.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 101
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:56 AM Page 102

Teknik Lampiran
Mengangkat

1. 2.

Cara mengangkat
bomba (Fireman
carry)
3.

Menuruni tangga
(Menggunakan
kerusi)

1. 2.

102 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:56 AM Page 103

Teknik Lampiran
Mengangkat

Menuruni tangga
(Angkatan berdua)

1. 2.

Menuruni tangga
(Angkatan depan
dan belakang)

Menjadikan selimut
sebagai stretcher

1. 2.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 103
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:56 AM Page 104

LAMPIRAN 2

SISTEM PEMADAMAN KEBAKARAN

Sistem ini menggunakan air bertekanan tinggi


A. Sistem Hydrant

seperti yang terdapat pada sistem pancur basah.


Lokasi Alat : Sistem ini biasanya terdapat di tepi
bangunan atau laluan utama (jalan).

Sistem ini menggunakan air bertekanan sebagai


B. Sistem Pancur Basah (Wet Riser)

bahan pemadam. Air yang bertekanan tinggi ini


dipancut melalui hos dan ’nozzle’ ke arah
kebakaran. Ia hanya boleh digunakan oleh anggota
BOMBA dan anggota-anggota lain yang dilatih khas.

Sistem pemadaman kebakaran untuk digunakan


C. Sistem Gegelung Hos (Hose Reel)

oleh penghuni di peringkat awal kebakaran.

104 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:56 AM Page 105

Sistem ini juga menggunakan air bertekanan tinggi.


D. Sistem Sprinkler

Air bertekanan disalurkan melalui paip yang


dipasang siap dengan ’nozzle’. Jumlah ’nozzle’ yang
dipasang mengikut luas kawasan. Biasanya jarak
antara satu ’nozzle’ dengan yang lain ialah 8 kaki.
Tatacara penggunaan: Alat ini berfungsi secara
automatik. Sekiranya berlaku kebakaran, bahang
panas kebakaran akan menyebabkan kaca yang
terdapat pada ’nozzle’ akan pecah, lalu pancutan air
akan keluar dalam bentuk semburan (spray). Sistem
ini dipasang pada kebanyakan bangunan tinggi dan
ianya terletak di siling-siling bangunan.

Sistem ini menggunakan gas CO2 dalam balang


E. Sistem CO2 (Karbon Dioksida)

bertekanan. Tatacara Penggunaan: Semasa


berlaku kebakaran, ’signal’ akan dihantar ke Unit
kawalan melalui alat pengesan asap dan haba bagi
membolehkan ’plunger’ menghentak kepala pada
balang gas. Semburan gas akan keluar dan
menutupi kawasan atau bilik yang terbakar. Sistem
ini kebanyakannya terdapat pada bilik-bilik terhad
yang menggunakan bahan api atau punca bekalan
eletrik. Misalnya dapur, loji dandang (boiler) dan Bilik
Suis.

Terdapat beberapa jenis alat mudah alih dalam


F. Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher)

pasaran. Bagi kegunaan hospital, debu kering (dry


powder) dan karbon dioksida (CO2) adalah yang
paling popular. Selain daripada itu terdapat jenis air
dan buih. Dari segi kegunaan, sila rujuk jadual di
bawah.

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 105
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:56 AM Page 106

Jadual Alat Pemadam Api Mudah Alih, Kelas Dan Jenis Api

Kelas Api Jenis Api Alat Yang Sesuai

A Api kertas 1. Jenis air


Api Pepejal Api kain 2. Debu kering
Api kayu 3. Karbon dioksida
B Api minyak 1. Jenis buih
Api Cecair Api lemak 2. Debu kering
Api petrol
Api cat
Api varnish
C L.P.G 1. Karbon dioksida
Api Gas Acetylene 2. Debu kering
Methane
Butane
Propane
Alcohol
D Tidak sesuai
Api Logam
E Peralatan elektrik Karbon dioksida
Elektrik Debu Kering
F Api dari minyak masak Tidak sesuai

106 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:56 AM Page 107

RUJUKAN

1. Arahan 18 ( Semakan Semula ), Majlis Keselamatan Negara; 2012

2. Arahan 20 ( Semakan Semula ), Majlis Keselamatan Negara; 2012

3. Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran


Keselamatan Asas) 2010 [P.U.(A) 46/2010]

4. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

5. Hospitals safe from disasters: reduce risk, protect health facilities, save lives.
Geneva, United Nations International Strategy for Disaster Reduction, 2008

6. National incident management system. Washington, D.C., U.S. Department of


Homeland Security, 2008

7. World Health Organization outbreak communication planning guide. Geneva,


World Health Organization, 2008

8. Effective media communication during public health emergencies: a WHO


handbook. Geneva, World Health Organization, 2005

Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia 107
Layout bencana.qxp_Layout 1 8/5/19 9:56 AM Page 108
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

You might also like