You are on page 1of 4

UNIT 12 Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan

AKTIVITI LATIHAN AKTIF UNIT 12

Nama
Matrik Group Tarikh

Tajuk Akta Pendidikan 1996

Pemetaan Ringkasan Kandungan

1
UNIT 12 Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan

Latihan Objektif
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

1. Apakah nama lain bagi Akta Pendidikan 1996?


A. Akta 152. B. Akta 250.
C. Akta 501. D. Akta 550.

2. Akta Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta
Pelajaran 1961. Manakah di antara kenyataan berikut merupakan tujuan Akta
Pendidikan 1996 digubal?
I. Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan.
II. Melahirkan generasi akan datang yang sejajar dengan kehendak negara.
III. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf
dunia.
IV. Meningkatkan tahap pendapatan rakyat Malaysia sejajar dengan
pendapatan rakyat negara maju.
A. I, II dan III sahaja. B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

3. Merujuk Akta Pendidikan 1996, manakah berikut menjadi tujuan pendidikan untuk
membolehkan masyarakat Malaysia bersaing pada peringkat tinggi dan bersifat
global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat?
I. Menguasai ilmu. II. Berkemahiran tinggi.
III. Mempunyai nilai murni. IV. Berpandangan progresif.
A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

4. Dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian l mengandungi perkara-perkara berikut:


 Seksyen 2 menafsirkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu
sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
 Seksyen 17 (1) menyatakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.

Manakah antara pernyataan berikut merupakan implikasi kandungan Akta Pendidikan


1996 tersebut terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
I. Mendaulatkan bahasa Melayu.
II. Memartabatkan bahasa kebangsaan.
III. Meningkatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
IV. Mewajibkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
A. I, II dan III sahaja. B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

6. Manakah di antara pernyataan berikut merupakan kesan penting daripada Akta


Pendidikan 1996?
I. Pertambahan bilangan institusi pra sekolah.
II. Pengenalan program orientasi alam persekolahan.
III. Kanak-kanak mula menerima pendidikan formal pada usia tujuh tahun.
IV Peningkatan kadar penyertaan murid orang asli dan pedalaman dalam
. pendidikan.
A. I, II dan III sahaja. B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

2
UNIT 12 Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan

Latihan Esei
Arahan: Jawab semua soalan di ruang kosong yang disediakan.

1. Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara berikut:

i. Akta Pendidikan. (5 Markah)

ii. Peraturan pendidikan. (5 Markah)

3
UNIT 12 Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan

2 Bincangkan peranan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di


Malaysia. (10 Markah)

You might also like