You are on page 1of 9

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA1104

TOKOH FALSAFAH : AL-RAZI

NURUL NADIA BINTI ABD GHANI

JEA080191

PROF DR. AMRAN BIN MOHAMMAD

SEM 1SESI 2008/2009


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

AL-RAZI

Tokoh falsafah yang akan dikupas ialah Abu Bakr Muhammad Bin Zakariya Al-Razi atau

lebih dikenali dengan Al-Razi merupakan seorang tokoh agung yang berasa dari Parsi dalam

abad pertengahan. Beliau telah dilahirkan di Rayy berhampiran Tehran pada tahun 864M. Awal

kehidupanya, al-Razi begitu tertarik dalam bidang nyanyian dan muzik disamping bidang kerjaya

lain tetapi disebabkan minat yang tinggi dalam ilmu pengatahuan maka masanya banyak

dihabiskan dengan mengkaji ilmu-ilmu seperti kimia, falsafah, logik, matematik dan fizik.

Walau bagaimanapun beliau lebih cenderung ke arah bidang perubatan yang sememangnya masa

lapangnya banyak dihabiskan dengan mengkaji, belajar, berlatih dan menulis mengenai ilmu

perubatan. Disebabkan namanya begitu masyhur dalam bidang perubatan, beliau telah dipilih

sebagai ketua ahli fizik di Hospital Di Raja yang pertama di Rayy dan selepas itu, sewaktu

pemerintahan Adhud–Daulah beliau telah ditukarkan pula ke Hospital Muqtadari di Baghdad dan

dilantik sebagai pengarah hospital. Mengikut sejarah, Adhud–Daulah telah meminta beliau

membina sebuah hospital baru. Oleh yang demikian maka beliau pun melakukan satu ujikaji
iaitu dengan meletakkan kepingan-kepingan daging di beberapa tempat di Bandar Baghdad dan

kemudiannya mengukur tahap kerosakkan daging tersebut. Beliau kemudian menentukan pula

tapak hospital dengan memilih kawasan di mana kepingan daging tadi mengalami tahap

kerosakkan yang amat rendah.

Pertukaran dari satu tempat ke satu tempat sering berlaku terutamanya antara Baghdad

dengan Rayy, tetapi akhirnya beliau kembali berhikmat di Rayy di mana beliau telah

menghembuskan nafasnya yang terakhir di sekitar 930M. Sewaktu hayatnya beliau pernah

digelarkan sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan merupakan guru kepada Ibnu Sina.

Namanya telah digunakan oleh sebuah institusi iaitu Institusi Razi berhampiran Bandar Tehran

sebaga memperingati jasa-jasanya. Beliau iailah murid kepada kepada Al-Kindi dan merupakan

seorang doktor dan ahli falsafah. Falsafah etika beliau terkandungn dalam bukunya Al-tibb Al-

Rohani atau perubatan Rohaniah (Psychosomatic Medicine). Beliau telah menerangkan dengan

mendalam keutamaan akal dan pentaakulan (mind and reasoning), yang merupakan anugerah

Tuhan yang satu-satunya unik bagi manusia, yang membezakannya daripada haiwan, dan melalui

akal dan pentaakulan manusia dapat memahami kejadian alam dan kewujudan seluruhnya, dan

dapat mempergunakan tenaga daripada alam semesta serta mengawal nafsunya sendiri, dan

membina sahsiah dan peribadinya.


Al-Razi merupakan perintis dalam banyak bidang perubatan dan lawataan. Secara

khususnya, beliau merupakan dalam bidang pediatrik, ilmu perbidanan juga ilmu yang berkaitan

mata. Dalam bidang perubatan, sumbangan adalah amat penting dan hanya boleh disbanding

dengan tokoh Ibn Sina (Avicenna).Mengikut kajian yang telah dibuat salah satu sifat istimewa

dalam system perubatannya adalah melalui cara pemakanan yang betul untuk menyembuhkan

penyekit. Ini merupakan keinginannya yang memdalam terhadap pengaruh faktor psikologi ke

atas kesihatan.

Beliau merupakan oranng pertama dalam memperkanalkan penggunaan alkohol untuk tujuan

perubatan. Selain itu, beliau juba merupakan seorang pakar bedah dan doctor yang pertama

menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Di samping beliau memperkatakan mengenai

penyakit katarak dan merupakan ahli saintis pertama dalam membincang pembesaran dan

pengecilan pupil. Beliau menerangkan mengenai tindak balas anak mata terhadap otot-otot kecil

di mana pergerakannya berdasarkan keamatan cahaya. Selain itu Al-Razi amat menekankan

hubungan antara doktor dengan pesakit. Beliau menyerankan agar satu ikatan kepercayaan antara

kedua-dua pihak ini dapat diwujudkan. Ini kerana komitmen yang positif daripada doktor boleh

memberi semangat baru kepada pesakit dan seterusnya membuatkan mereka rasa selesa serta

membantu proses penyembuhan. Di samping itu, beliau turut member sumbangan dalam usaha

mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang pertama yang dapat

membezakan kedua-dua penyakit ini dan turut sama memjupaai penawarnya di mana ia telah

dicatatkan di dalam buku Al-Judari Wa-Al Habsah.


Al-Razi mengemukakan pengubatan horaniah (psychosomatic medicine) iaitu melalui

rasangan dan dorongan secara penghujahan dan pembuktian (yang berbeza daripada pengubatan

jasmiah) iaitu secara keserdehanan (ta’dil/pertengahan) dalam memenuhi tuntutan ketiga-tiga

aspek roh tadi supaya ianya tidak akibat berlebihan atau berkurangan. Kebianasan aspek roh

tumbuhan ialah sama ada kurangzatnya sehingga tidak dapat membesar atau berlebihan dan

merosakan proses pertumbuhan. Kebinasaan roh haiwani ialah kegagalannya membendung nafsu

syahwit seperti kebongkakan dan tamak haloba yang akhirrnya akan membinasakan dirinya.

Kebinasan roh akali ialah keterlaluan dalam merenung dan berfikir sehingga mencuaian tuntutan

jasmanin dan keperluan jasad yang membawa kepada kelemahan, ketiada keupayaan dan

akhirnya kepada penderitaan dan kemurungan hati (dep ression/melancholio). Al-razi memetik

huraian daripada Plato menyatakan bahawa roh manusia mempunyai tiga fakulti atau aspeknya

pertama roh akali yang merupakan hikakat diri insane yang sebenarnya, kerana bersummberkan

Roh Qudus tuhan. Kedua roh haiwani yang dihubungan hawa nafsu yang berkaitan tugas

memnuhi kehendak anggota badan dan nafsu syahawah manusia dan roh tumbuhan berkaitan

dengan proses membesar dan membangun manusia. Roh haiwan dan roh tumbuhan dijadikan

untuk memanfaatkan roh akal dalam mmelaksanakan dtugasnya untuk manusia dapatmemnuhi

hiikakat kejadiannya iaitu bermoral, beretika dam berakhlak mulia, dengan demikian

mengaktuliisasi hikakat dirinya. Diri atau roh akali inilah yang akan kembali kepada tuhan

sesudah ajalnya dalam keadaan tenteram.

Penghujahan secara falsafah Al-Razi tentang etetika dinamakannya etetika Jalan Falsafah

atau the philosophical way of ethics atau Al-sirah Al-Falsafyyah. Dalam huraian etetika
demikian, Al-Razi khusus membuat sanggahan terhadap hedomisime iaitu falsafah hidup yang

menyatukan bahawa adalah keseroonokan, dan keburukan ialah kesakitan. Perkara dan benda

yang ada dalam dunia ini dianggapp jika ianya membawa kepada keseronokan, atau buruk jika

ianya membawa kepada kesakitan. Jadi pegangan hedomisime ialah bahawa menusia didorong

atau tergerak untuk bertindak bagi memenuhi dasr keserionokan. Segala tindak tanduk yang

membawa kepada keseronokan adalah baik dan yang membawa kepada kesakitan adalah buruk.

Swelain itu bidag perubatan, Al-Razi juga amat mahir alam bidang kimia.

Ada yang mengagap beliau sebagai pengasas moden. Beliau mencipta radas dan

mencatatkan dengan terinci iaitu lebih daripada duapuluh alat besi dan kaca. Pengetahuan boleh

diperhatiakan dari amalan perubatannaya. Beliau mngatakan bahawa seseorang pesakit yang

sembuh dari sakit adalah disebabkan tindak balas kimia yang terdapat dalam badan. Beliau

membahagian bahan-bahan kimia kepada jenis-jenis yang lebih kecil. Logam ini dibahagikan

menjadi jiwa, tubuh, batu, vitrol, borax, dan garam serta dipisahkannya daripada benda-benda

yang mudah meruap dan tidak meruap. Disamping ittu, Al-Razi telah menolak konsep Alkemi

Jabir yang mana lebih melirik kepada ilmu batin dan sirih serta menolak konsep takwil jabir

yang membahagikan semua benda kepada zahir (yang diluar) dan batin (yang tersembunyi). Oleh

itu Al-Razi telah dianggap sebagai pengasas kimia moden. Sunggup begitu perkatan alkemi

masih digunakan. Ini kerana menurut nasar ilmu kimia dan alkemi adalah dua ilmu yang

berasingan. Dalam kajiannya terhadap ilmu kimia, Al-Razi pernah membuat asid-asid serti

sulfurik yang dinamakannya sebagai minyak vitrol. Ini kerana beliau telah membuatnya dengan

memanaskan menyak vitrol hijau (hydrated ferrous sulphaet). Selain itu beliau telah

mengunakan alcohol dalam penyedia ubat di mana alcohol ini dibuat melalui pentyulingan kanji

atau gula ditapaikan. Dalam masa yang sama juga, beliau berjaya menentukan graviti spesifik
bagi banyak cecair dengan mennggunakanalat timbangan yang khas dan menerang dengan

terperinci kaedah-kaedah untuk meleburkan logam dan proses pengasingan secara pemejawapan,

penyulingan, penghabluran dan penapisan. Beliau ada juga menerangkan mengenai pelbagai alat

radas kimia untuk tujuan pengujian kimia seperti bikar, kelalang, oven, lesung, lampu nafta dan

pelbagainya.

KESIMPULAN

Tokoh falsafah ini sangat dikagumi dan terkenal seluruh dunia. Al-razi jaga seorang yang

pakar dalam bidang. Selain itu, al-razi merupakan tokoh yang berjasa kerana George

Sortonseorang penulis terkenal pernah menulis di dalam bukunya iaiti ‘Pengalan Kepada Sejara

Sains’ menyatakan “Al-Razi merupakan seorang saintis yang terbaik pada zaman pertengahan”.

Beliau telah menghasilkan 224 buah buku, yang mana 140 darinya adalah dalam ilmuperubatan.

10 daripada buku ilmu perubatanya telah diterjemahka ke dalam bahasa Latin. Buku perubatan

yang termasyur ialah kitab ‘al-Hawi fit Tibb’. Buku tersebut dikeluarkan sebanyak 9 jilid dan

telah menjadi rujukan utama di perpustakaan Fakulti Perubatan Paris, Perancis pada tahun

1395M. Al-Hawi fit Tibb adalah karya terpanjang dan ditulis dalam bahasa Arab. Buku ini telah

menjadi salah satu daripada buku-buku rujukan utama di dunia Barat dari abad 12M hingga abad

ke-17M, sehingga menyebabkan al-Razi dan Ibnu Sina telah dipandang tinggi dari Hippocrates

dan Galen. Selain itu al-Razi menjadi contoh tauladan dan ikutan pada seluruh masyarakat.

Beliau juga membawa banyak perubahan dalam bidang perubatan dan dan kimia. Oleh itu kita

memerlukan tokoh seperti al-Razi untuk memajukan Negara.


BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu, Akademi
Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. Kuala
Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

http://www.tokoh islam.com

http://www.wikipedia.com

You might also like