You are on page 1of 17

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG, SELANGOR

KAJIAN KES SEJARAH

NAMA: NUR AINA SOFRINA BINTI ROSLI


KELAS: 5 AL KINDI
TAJUK: RAJA BERPELEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
NAMA GURU: PN AZNORA
PERNYATAAN MASALAH
 Jawatan Yang Dipertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai
kemerdekaan. Bincangkan kuasa atau peranan Yang di-Pertuan Agong dalam
pemerintahan negara.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian kes sejarah ini adalah untuk membincangkan kuasa dan
peranan Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan. Melalui kajian ini saya dapat
memenuhi objektif berikut:
i. Dapat memerihalkan sistem pemerintahan di negara kita
ii. Dapat membuat interpretasi: Kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai tonggak
pemerintahan negara
iii. Dapat memberi pendapat kepentingan elemen demokrasi sebagai asas
pemerintahan negara

KAEDAH KAJIAN

1) Kaedah tunjuk ajar guru:


- Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cikgu Aznora telah
meningkatkan kualiti hasil kajian kerja kursus sejarah saya kali ini

2) Kaedah internet
-Portal-portal yang sahih telah menjadi sumber rujukan saya untuk menambah
bahan kajian untuk dijadikan rujukan tambahan dalam tugasan sejarah ini

3) Kaedah rujukan
-Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi pencarian di internet; bahan
bacaan bagi mendapatkan fakta yang sahih dan tepat
DAPATAN KAJIAN

 Sistem pemerintahan di negara kita

 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah


pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan
pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan
iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
 Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada
peruntukan ini negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak
dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
 Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-
masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain
lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia
untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat beberapa perkara yang
diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri tersebut
diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

 Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh


Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di
sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja Melayu adalah diberi
kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran
Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Negara. Baginda menjalankan tugas-tugas dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
.Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas mengikut
nasihat Menteri Besar masing-masing.
 Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan
mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen
Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi
negara terdiri daripada tiga komponen utama:

Yang di-Pertuan
Agong Dewan Negara Dewan Rakyat

 Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai


kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan
Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul
Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-
Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat
sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.
 Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak
dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen
Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila
persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang
tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan
16.2 hektar.
 Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan
Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus
menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan
terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-
lamanya.
 
 Kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam
pemerintahan negara
 Senarai seri paduka baginda Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Tuanku Almarhum Sultan
Abdul Rahman ibni Hisamuddin Alam Shah
Almarhum Tuanku Ibni Almarhum Sultan
Muhammad (Negeri Alaiddin Sulaiman Shah
Sembilan) (Selangor)

Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Tuanku Syed Almarhum Sultan Ismail
Putra Alhaj ibni Nasiruddin Shah Ibni
Almarhum Syed Hassan Almarhum Sultan Zainal
Jamalullail (Perlis) Abidin (Terengganu)

Seri Paduka Baginda Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Sultan Abdul Almarhum Sultan Yahya
Halim Mu'adzam Shah Petra ibni Almarhum
ibni Almarhum Sultan Sultan Ibrahim
Badlishah (Kedah) (Kelantan)

Seri Paduka Baginda


Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Sultan Haji Seri Paduka Baginda
Ahmad Shah Al- Yang di-Pertuan Agong
Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan
Almarhum Sultan Abu Iskandar ibni Almarhum
Bakar Ri'Ayatuddin Al- Sultan Ismail (Johor)
Mu'Adzam Shah
(Pahang)
Seri Paduka Baginda Yang di-
Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Almarhum Sultan
Pertuan Agong Almarhum Tuanku
Azlan Muhibbuddin Shah ibni
Ja'afar ibni Almarhum Tuanku
Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin
Abdul Rahman (Negeri Sembilan)
Shah Ghafarullahu-lah (Perak)

Seri Paduka Baginda Yang di-


Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Almarhum Sultan
Pertuan Agong Tuanku Syed
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku
ibni Almarhum Sultan Hisamuddin
Syed Putra Jamalullail (Perlis)
Alam Shah Alhaj (Selangor)

Seri Paduka Baginda Yang di-


Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Almarhum
Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-
Tuanku Alhaj Abdul Halim
Marhum Sultan Mahmud Al-
Mu'adzam Shah ibni Almarhum
Muktafi Billah Shah (Terengganu)
Sultan Badlishah (Kedah)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia


Seri Paduka Baginda Yang di-
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Seri Paduka Baginda Yang di-
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Pertuan Agong XV Sultan
Shah Ibni Almarhum Sultan Haji
Muhammad V (Kelantan)
Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
(Pahang)
 Mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
telah diberi kuasa untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman
awam.
 Perlembagaan Persekutuan juga telah membekalkan peruntukan khas yang
membolehkan Yang di-Pertuan Agong memelihara dan melindungi hak dan
kedudukan istimewa Orang Melayu dan kaum pribumi Negeri Sabah dan
Sarawak.
 Yang di-Pertuan Agong juga memiliki kuasa istimewa untuk melantik
Peguam Negara, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah
Tinggi, Jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri.
 Yang di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Persekutuan. Dengan kedudukan ini, baginda berkuasa untuk menghukum
dan mengampun kes yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera.
 Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk mengampunkan pesalah-pesalah tertentu di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri.
 Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang
ditetapkan oleh Perlembagaan. Ia dapat dilihat melalui 3 badan
pentadbiran Negara. Iaitu:
1) BADAN EKSEKUTIF:
 Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-
Pertuan Agong.
 Terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai
kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda
menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.
 Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas
berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan
(selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut
budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu Melantik seorang
Perdana Menteri, Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan
membubarkan Parlimen, Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja
diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam
mesyuarat itu
2) BADAN PERUNDANGAN:
 Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen
yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
 Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian komponen Parlimen
mempunyai kuasa berikut seperti Memanggil Parlimen bermesyuarat
dari semasa ke semasa, Memberhentikan dan membubarkan
Parlimen, Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen,
Memperkenankan Rang Undang-Undang.
 Yang Di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang
senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk
Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa
melantik 40 orang senator lain.

3) BADAN KEHAKIMAN:
 Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden
Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah
Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat
Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.
 Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang
mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum
pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).
 Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65
tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi
enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.
 Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk
bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau
pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan
Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang
lepas dalam penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam
persidangan penggal akan datang.
 Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat perlu
memastikan tarikh-tarikh persidangan yang akan diadakan pada penggal
berkenaan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28)
hari sebelum sesuatu persidangan boleh bermula. Walau bagaimanapun,
Ketua  atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh
yang telah ditetapkan  dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
 Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari tarikh pertama
persidangan diadakan selepas pilihanraya umum kecuali ianya dibubarkan
terlebih dahulu. Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen
dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam puluh (60) hari,
pilihanraya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mestilah
diadakan. Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan pada satu
tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh (120) hari dari tarikh
pembubarannya.
 Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab
untuk memperkenankan rang undang – undang yang diluluskan oleh
Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang –
undang yang sah. Semua perlaksanaan undang – undang yang diluluskan
oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan.
Baginda mestilah mengiktiraf undang – undang yang baharu dalam tempoh
30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju
dengan rang undang – undang, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen
untuk dibincangkan semula.
 Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri - negeri yang
tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di
kawasan – kawasan tersebut. YDPA juga menjadi ketua agama Islam bagi
negeri baginda sendiri.
 YDPA juga bertanggungjawab mentauliahkan duta – duta yang dihantar ke
luar negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga
perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan baginda seperti
Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga
berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah
berjaya atau berjasa kepada negara.
 kepentingan elemen demokrasi sebagai asas pemerintahan
negara

 Maksud demokrasi berparlimen:


 Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan
secara perwakilan. Hal ini bermaksud,rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia
rakyat. 
 Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam
proses pilihan raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang
akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat
di Parlimen. Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen
sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Malahan rakyat di negara ini
telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.
 Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan dipelihara sehingga
mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan ini telah membolehkan rakyat
menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi , politik, sosial
dan sebagainya hingga ke hari ini.

 Elemen demokrasi:
 Perlembagaan menghadkan kuasa
 Hak mengundi
 Kebebasan bersuara
 Kebebasan akhbar kepada media lain
 Kebebasan persatuan
 Semua orang menikmati hak yang sama dari segi undang-undang
 Kepentingan elemen demokrasi:

 Gabungan unsur tradisional dan moden dalam pentadbiran


 Keunikan pemerintahan di Malaysia teradun antara unsur tradisional
dengan moden
 Unsur tradisional terletak pada kedudukan raja sebagai warisan
sosiopolitik masyarakat Melayu
 Unsur moden pula ialah Demokrasi Berparlimen berdasarkan model
Westminster England
 Kombinasi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
merupakan kaedh terbaik untuk mengimbangi amalan demokrasi
dalam persekitaran sosiopolitik yang mempunyai kepelbagaian
bangsa, agama dan budaya

 Mekanisme Semak dan Imbang dalam Pentadbiran


 Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan
negara
 Pemerintahan beraja berperanan bagi mengimbangi pemerintahan
demokrasi kerana raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan
dasar negara
 Kuasa pengimbang yang ada pada raja mampu meredakan konflik
yang berlaku dalam demokrasi seperti pertikaian parti politik yang
pelbagai ideologi dan perselisihan antara kaum
 Mekanisme semak dan imbang juga berlaku melalui pengasingan
kuasa, iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman
 Badan perundangan diberi peranan menggubal undang-undang yang
akan dilaksanakan oleh badan eksekutif
 Sekiranya timbul konflik dan kekeliruan, penyelesaian dibuat melalui
badan kehakiman
 Kuasa Budi Bicara Raja
 Kuasa budi bicara raja ialah kuasa yang boleh dilaksanakan oleh
baginda tanpa mendengar atau menurut nasihat ketua kerajaan
dalam perkara tertentu
 Perlembagaan Persekutuan meperuntukkan kuasa budi bicara
kepada Yang di-Pertuan Agong dalam soal pelantikan ketua Kerajaan
Persekutuan, iaitu Perdana Menteri
 Raja dan Yang di-Pertua Negeri mempunyai kuasa budi bicara untuk
melantik ketua Kerajaan Negeri, iaitu Menteri Besar dan Ketua
Menteri
 Yang di-Pertua Agong juga mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak
memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen
 Raja dan Yang di-Pertua Negeri pula mempunyai kuasa budi bicara
tidak memperkenankan pembubaran DUN

 Kerjasama Politik
 Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum
berdasarkan prinsip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan bagi
memastikan suara setiap kaum diwakili
 Permuafakatan pelbagai parti politik dalam satu gabungan
membolehkan parti politik membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa
dalam pemerintahan di negara kita
 Sejak pilihan raya pada tahun 1955, gabungan parti berasaskan kaum
dibentuk atas nama Parti Perikatan dan kemudiannya dikenali
sebagai Barisan Nasional
 Parti ini memenangi 13 kali pilihan raya umum untuk membentuk
Kerajaan Persekutuan
 Pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, kerjasama politik telah
membolehkan Pakatan Harapan memenangi pilihan raya untuk
membentuk Kerajaan Persekutuan
 tanggungjawab kita untuk memartabatkan institusi beraja
kerana institusi ini menjadi lambang kedaulatan negara.
 Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem
pemerintahan Raja Berperlembagaan. Ia merupakan warisan sistem politik
yang masih kekal sehingga ke hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu
institusi traditional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintah dan
pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad
lamanya.
 Institusi Raja yang bertapak di negara ini telah mengalami evolusi daripada
sistem Beraja Mutlak kepada sistem Raja Berperlembagaan. Dalam sistem
Beraja Mutlak, Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan
dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang
dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Raja adalah tonggak
berpusatnya segala kuasa dan arahan perundangan. Raja juga adalah
penyusun adat istiadat negara.
 Terdapat dua sebab utama Institusi Raja ini perlu dikekalkan. Pertama,
sebagai kesinambungan agama, budaya, adab resam dan cara hidup. Ini
kerana, kerajaan dan dasar boleh bertukar setiap lima tahun, namun ada
beberapa perkara perlu dikekalkan untuk kestabilan dan kesinambungan
agama, identiti, budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Sejak
berkurun lamanya budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia adalah
cara hidup budaya Melayu dan Islam. Budaya dan cara hidup ini perlu
dikekalkan dan dilindungi kerana ianya adalah teras dan asas kepada
pegangan moral, adab, kesopanan dan kesusilaan majoriti masyarakat
Malaysia.
 Kedua, Institusi Raja-Raja Melayu sebagai satu institusi semak imbang
terakhir kepada kuasa kerajaan dan Perdana Menteri. Walaupun sistem
republik tanpa Institusi Beraja akan mewujudkan sistem demokrasi total
dengan kuasa rakyat, namun sejarah pernah membuktikan di serata dunia
yang sistem demokrasi adalah terdedah kepada salah guna kuasa dan
korupsi serta pemerintahan diktator akibat daripada pemusatan kuasa yang
mudah dibuat dengan memanipulasi pendapat awam.
 Mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi arahan pemerintah
 Mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan
 Menepati amalan demokrasi yang mana ia membawa keadilan kepada
rakyat untuk memilih pemimpin
 Mengekalkan kesetiaan rakyat agar tidak berlaku pergaduhan antara kaum
 Negara akan sentiasa berada dalam keadaan yang aman kerana memilih
pemimpin yang adil dan berwibawa
LAMPIRAN
RUJUKAN

 Buku:
 Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohd Dali, Ridzuan bin Hasan, Ishak bin
Saidoo, 2020, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Kuala Lumpur, Ultimate Print Sdn.
Bhd.
 Internet:
 http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/sejarah/senarai-yang-di-pertuan-
agong
 https://www.parlimen.gov.my/yang-di-pertuan-agong.html?uweb=yg&
 https://www.parlimen.gov.my/index.php?
modload=content&action=001&id=23&uweb=web&_print=true
 Jurnal:
 Suzana Ibrahim, Sejarah Sistem Demokrasi Berparlimen Malaysia dalam Jurnal
Malaysia, Oktober 2013

You might also like