You are on page 1of 2

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Latihan Penyuntingan 1

Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang
terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Kumpulan Pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu
kompas dan peta yang tersedia. Kesesatan mereka telah masuk hari ke 5. Selain daripada
kelukaan calar balar, muka mereka juga kelihatan putih kerana mengalami kelaparan yang
serious. Pihak penguatkuasa telah menghantar 150 orang pasukan penyelamatan untuk
mengadakan operasi mencari lima mangsa itu. Segala kesilapan yang telah mereka hadapi
perlu menjadi pengajaran lain-lain pasukan.

Latihan Penyuntingan 2

Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang
terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, pihak berkenaan telah mengadakan pelbagai pekej pelancongan yang
menarik untuk menjanakan industri pelancongan di negara kita. Salah satu prodok pelancongan
yang menarik ialah eko-pelancongan kerana Malaysia kekayaan dengan sumber alam semula,
iaitu di hutan tropika terdapat beribu jenis spesis yang unit. Para pelancong-pelancong
domestik dan luar negara pasti akan terpesona pandangan yang indah di negara kita. Alam
sekitar yang bersih perlu ditanggung oleh kita agar supaya pelancong akan berulang-ulang
datang ke destinasi peranginan di negara kita.

Latihan Penyuntingan 3

Dalam petikan 1 , terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Secara umumnya, kandungan PdP KOMSAS selama dua waktu dari enam waktu yang
diperuntukan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pertama dilibatkan teks KOMSAS dalam
bentuk antologi dan kedua melibatkan novel. Tiap antologi yang disediakan masih
mengekalkan kelima-lima genre sastera, iaitu genre puisi tradisional, puisi moden, prosa
tradisional , cerpen atau drama. Kesemua teks terpilih di dalam genre sastera ini disusun
sedemikian rupa bagi memudahkan murid mengenal pasti, menghayati dan seterusnya
menimbulkan minat terhadap warisan budaya Melayu yang tinggi nilainya.
Petikan 2 : Dialog
PEGAWAI : Kita mahu merdeka tapi mana dia kapal perang kami ? Mana gudang-
gudang perusahaan kita untuk menjamin kemerdekaan kita itu? Mana
dia. Mana dia?

ORANG MUDA : Kita mesti merdeka dahulu!

PEREMPUAN TUA : Saya tak mahu merdeka, tuan. Saya tak mahu.

PEGAWAI : Ya, apa guna merdeka hari ini dan esok memerintah oleh negeri asing
yang kejam dan ganas menyeksa kita. Tidak seperti orang Inggeris
yang membantu kita, yang memajukan kita.

ORANG TUA : Orang Inggeris membantu memajukan orang-orang yang boleh


menguntungkan beliau sahaja.

PEGAWAI : Apakah maksud engkau, orang tua? Tidakkah kau tengok tiap-tiap
kampung sekarang ini sudah ada sekolah? Siapakah yang mendirikan
sekolah ini kalau tidak Inggeris? Siapa?

ORANG TUA : (Tegas) Soalnya untuk apa sekolah-sekolah di kampung itu? Untuk
apa? Untuk menjadikan tukang kebun, drebar, peon dan mata-mata.

Dipetik dan diubah suai daripada


Buku Teks Bahasa Melayu Ting. Empat KBSM
Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like