You are on page 1of 15

UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING

– SEPAK TAKRAW
1. Pengenalan Sepak Takraw
 Pada asalnya permainan ini dikenali
sebagai sepak raga bulatan
 Merupakan permainan kategori jaring
yang dimainkan oleh 3 orang pemain
atau regu antara dua pasukan.
 Melibatkan kemahiran servis dan
menerima servis, menimang,
mengumpan, melibas, menanduk dan
mengadang
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
1. Pengenalan Sepak Takraw
 Peralatan yang diperlukan ialah bola
sepak takraw, jaring, kasut.

Bola Sintetik Bola Rotan


UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
1. Pengenalan Sepak Takraw

Kasut Sepak Takraw Jaring Sepak Takraw


UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
2. Kemahiran melakukan servis
 Kemahiran melakukan servis digunakan untuk
memulakan permainan, bola mesti diservis oleh
tekong(pemain tengah dalam permainan sepak
takraw yang membuat servis)ke dalam petak
gelanggang lawan.
 Terdapat 2 jenis servis, iaitu
I. Servis sepak sila
 Servis dilakukan menggunakan bahagian dalam kaki

II. Servis sepak kuda


 Servis dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
2.1 Kemahiran servis
 Teknik melakukan servis sepak sila
 Berdiri sedia
 Fokus pada bola
 Kontak bola menggunakan bahagian dalam
kaki
 Ikut Lajak
https://youtu.be/RoQH8pHeqqY
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
2.1 Kemahiran servis
 Teknik melakukan servis sepak kuda
 Berdiri sedia
 Fokus pada bola
 Kontak bola menggunakan bahagian kekura
kaki
 Ikut Lajak
 https://youtu.be/Bgkl5Pxnucs
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
3. Kemahiran menerima servis
 Terdapat tiga kemahiran menerima servis,
iaitu menerima servis menggunakan bahagian
kaki,paha dan kepala.
 Bahagian anggota badan yang digunakan
bergantung kepada ketinggiankedudukan bola
yang diterima.
 https://youtu.be/aBpjh9jfDCQ
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
4. Kemahiran menimang
 digunakan apabila pemain menerima servis
yang dilakukan oleh tekong kumpulan
penyerang
 dilakukan dengan menggunakan kaki, paha
atau kepala bergantung kepada kedudukan
hantaran bola
 Kepala digunakan sekiranya kedudukan
hantaran bola yang tinggi manakala bola yang
rendah ditimang menggunakan paha atau
kaki.
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
4. Kemahiran menimang
 Pemain boleh menggunakan bahagian
dalam kaki atau kekura kaki untuk
menimang bola
 https://youtu.be/kEqg6abb77k
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
5. Kemahiran mengumpan
 dilakukan dengan menimang bola kepada
pemain lain untuk melakukan serangan.
 Umpanan yang baik akan memudahkan
kumpulan untuk menyerang sama ada
menggunakan kemahiran melibas atau
menanduk.
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
6. Kemahiran menyerang
 melibatkan kemahiran menimang, mengumpan,
melibas dan menanduk
 Servis yang diterima akan ditimang dan
diumpan menggunakan kemahiran sepak sila,
seterusnya akan dilibas menggunakan kaki
 Pelbagai jenis teknik melibas boleh dilakukan
seperti libas gunting, libas sisi dan libas
menapak
 https://youtu.be/rf1DEtUYH_Q
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
7. Kemahiran menanduk
 Kemahiran menanduk boleh digunakan
sebagai strategi menyerang dalam
permainan sepak takraw.
 pemain perlu menguasai kemahiran
menanduk untuk memastikan bola jatuh ke
dalam gelanggang lawan.
 https://youtu.be/vWiubqPa_Xg
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
8. Kemahiran bertahan
 Kemahiran bertahan dilakukan dengan
mengadang bola bagi memastikan libasan
yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis atau
dihalang daripada memasuki gelanggang
sendiri
 Mengadang bola boleh dilakukan dengan
menggunakan kaki atau badan, penggunaan
tangan adalah tidak dibenarkan.
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW
Selamat menonton
 https://youtu.be/kjdefvHMlQ4
UNIT 4 PERMAINAN KATEGORI JARING
– SEPAK TAKRAW

TAMAT

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like