You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

KERTAS KERJA
[PJMS 1114] MODIFIKASI PERMAINAN
PERMOHONAN MENJALANKAN RAKAMAN VIDEO UNTUK AMALI
PENGHASILAN MODIFIKASI PERMAINAN

TEMPAT
GELANGGANG TENIS

TARIKH
4 APRIL 2022 - 24 APRIL 2022

PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN

NAMA AHLI KUMPULAN : 1. MUHAMMAD IRFAN AFIQ BIN RIZDUAN


2. AINUL SHAHIERRA BINTI ZULKIFLEE
3. AMINA HASYIMAH BINTI HAJI MOHAMAD LELA
1.0 RINGKASAN PROJEK

Ahli kumpulan kami telah mendapat dan memodifikasi permainan kategori sasaran iaitu
daripada permainan bowling. Beberapa peralatan yang digunakan untuk dimainkan permainan
bowling telah diubah mengikut modifikasi kami. Permainan bowling yang terdiri daripada bola
bowling, pin bowling dan arena bowling telah diubah suai berdasarkan kesesuaian para pemain,
keadaan dan ketersediaan alatan. Alatan yang diganti ialah bola bowling ditukar kepada bola
sepak, pin bowling digantikan dengan kon. Arena bowling telah ditukar kepada gelanggang
tenis dimana hanya separuh daripada gelanggang sahaja digunakan.

2.0 PENGENALAN

Permainan yang telah diubah suai dikenali sebagai “bowling” dimana ia dimainkan secara
individual. Projek modifikasi permainan bowling ini merupakan satu inisiatif bagi permainan
bowling yang telah sedia ada atas dasar kreativiti dan inovasi dalam mencipta permainan baru
yang sesuai dengan keadaan tertentu. Selain itu, ia adalah untuk mewujudkan variasi yang
baharu dalam sesuatu permainan asal dengan tujuan ia dapat mengadaptasi semua keadaan
dan ia boleh dimainkan oleh kaum lelaki dan wanita. Tujuan projek pengubahsuaian permainan
ini juga dilakukan bagi menjimatkan kos untuk bermain sukan bowling dengan menggunakan
alatan yang sedia ada. Lantas, permainan bowling yang telah diubahsuai ini sesuai dimainkan
dimana sahaja.

3.0 OBJEKTIF PERMAINAN

3.1 Mencungkil bakat baru dan menggalakkan pelajar untuk aktif bersukan.

3.2 Murid-murid berupaya mematuhi peraturan, taktik dan kemahiran yang betul bagi
permainan kategori jenis sasaran.

3.3 Murid-murid dapat menggunakan peralatan dengan betul dan sesuai mengikut sukan yang
dimainkan dengan selamat dan cermat.

3.4 Memperoleh kemahiran serta konsep baru bagi sesuatu permainan yang telah dimodifikasi.
4.0 PERATURAN PERMAINAN DAN CARA DIMAINKAN.

● Permainan yang telah dimodifikasi adalah sukan bowling. Peraturan dan cara permainan
dimainkan telah diubahsuai serba sedikit.

● Sukan bowling asal adalah sebuah sukan dimana para pemain akan meluncurkan bola
bowling yang mempunyai jisim tertentu ke arah pin bowling.

● Permainan bowling yang telah kami ubahsuai terdiri daripada tiga pemain setiap
kumpulan.

● Bola sepak akan menggantikan bola bowling dan pin akan digantikan dengan kon.

● Permainan bowling yang kami modifikasi telah diadaptasi daripada sukan bowling, bola
sepak dan dodgeball.

● Ini dapat dilihat daripada cara permainan dimainkan iaitu bola bowling yang digantikan
dengan bola sepak akan disepak secara meleret kearah kon dan bukannya
menggunakan tangan untuk meleretkannya. Dodgeball pula diaplikasikan pada
permainan untuk mematikan pasukan pihak lawan.

● Jarak antara kon dan posisi sepakan adalah lebih dekat berbanding sukan bowling
sebenar dimana jarak posisi pemain bola bowling untuk meleret ke arah pin bowling
lebih jauh.

● Permainan akan dimainkan sebanyak 3 set dimana setiap set, setiap pemain
mempunyai 2 percubaan sahaja untuk melerekkan bola.

● Permainan dimulakan dengan pasukan 1 dan 2 akan melerekkan bola ke arah kon
secara bergilir-gilir.

● Pasukan yang akan menjatuhkan semua kon, bermaksud pasukan yang berjaya ‘last hit’
kon akan menjadi penyerang manakala pasukan lain menjadi defender.

● Pihak penyerang akan membaling bola ke arah ahli pasukan pihak defender untuk
mematikan pasukan tersebut, dimana pemegang bola tidak dibenarkan bergerak sambil
memegang bola.
● Pasukan defender hendaklah mengelak daripada mengenai bola tersebut, dan
menyusun semula formasi kon kepada asal.

● Pasukan penyerang akan mendapat mata set sekiranya kesemua ahli pihak defender
berjaya disingkirkan, manakala pasukan defender akan mendapat mata set sekiranya
mereka berjaya menyusun kesemua kon mengikut formasinya.

● Kumpulan dengan mata kemenangan set terbanyak akan memenangi permainan secara
keseluruhan.

● Luas kawasan permainan adalah separuh daripada court tennis ketika sesi dodgeball.
5.0 ANALISIS DATA

ALATAN ASAL ALATAN YANG DIGANTI


6.0 FORMASI

7.0 PENUTUP

Akhir kata, kami berharap permainan ini dapat dimainkan dengan lancar dan mendapat
perhatian pihak encik. Segala jasa dan perhatian dari pihak encik amat kami hargai.

Diluluskan oleh,

(ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN)


PENSYARAH SUBJEK PJMS1114
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

You might also like