You are on page 1of 34

AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian

Sesi Akademik 2021/2022

Tahun 2 Semester 1

AWA5222 Bengkel Teater Tradisional II

TUGASAN: LAPORAN MEK MULUNG

Pensyarah: Encik Kang Xiau Ren, Encik Kayroll Marknann, Encik Kamarul Baisah Hussin,

Puan Zamzuriah Zahari, Cik Norhasmidar Ahmad

NAMA BALQIS BINTI MOHD BAKRI

NO MATRIK 20213125
ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN M/s

1. Bab 1: Pengenalan Subjek 4

2. Perangkaan Projek 5

3. Penerangan Skop Jawatan 6

4. Bab 2: Isu dan Pencarian 8

5. Bab 3: Perancangan Pengurusan 10-21

6. Bab 4: Lampiran 23-31

7. Bab 5: Kesimpulan 33

9. Bibliografi 34

2
BAB 1

3
PENGENALAN

Pengenalan Subjek

Subjek: Bengkel Teater Tradisional 2, Mek Mulung.

Subjek Bengkel Teater Tradisional Mek Mulung AWA5222, merupakan kursus wajib
Akademi yang ditawarkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA) iaitu kursus teras yang
telahpun ditetapkan oleh Akademi dan lulus subjek adalah syarat untuk mendapatkan Ijazah
Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang masing-masing.

Di peringkat ini, semua pelajar akan mempelajari elemen lanjutan teater Mek Mulung
secara kedua-dua teori dan juga praktikal. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat mempamerkan
kemahiran serta mempertahankan tanggungjawab sebagai seorang pengamal teater tradisional
Mek Mulung ini.

Akhir sekali, Mek Mulung merupakan salah satu teater tradisional masyarakat Melayu
yang sangat popular di negeri Kedah Darul Aman. Mek Mulung itu merupakan suatu adunan
budaya kesenian yang menonjolkan bakat lakonan, bakat menari, bakat pemuzik dan bakat
penyanyi dalam satu persembahan yang sama. Mek Mulung menggunakan kisah-kisah hikayat
lama yang tinggi nilai serta keunikannya. Menurut satu laporan seorang pengamal kesenian Mek
Mulung yang boleh dikatakan waris terakhir, terdapat himpunan sebanyak dua puluh cerita hikayat
asal, namun sedikit sahaja yang dikatakan masih kekal. Mek Mulung ini dikatakan berasal dari
Kerajaan Melayu Ligor, Siam dan kemudiannya telah diperlkenalkan di suatu tempat bernama
Kedah. Ianya sampai ke Kedah ketika berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam.

4
PERANGKAAN PROJEK

Projek Pementasan Teater Mek Mulung; Lakhon Dewa Muda

Tarikh:
Ogos 2022 (Semester 2 Sesi 2021/2022)

Tempat:
Blackbox, ASWARA atau Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC

Masa:
8 Malam hingga 11 Malam

Tema dan Konsep


Persembahan Teater Tradisional Mek Mulung Lakhon Dewa Muda yang mewah, klasik dan gah.

Anggaran Audiens
Anggaran audiens pada malam-malam persembahan mungkin separuh dari kebiasaan kerana SOP
baru tidak mungkin akan membenarkan dewan berfungsi dengan kapasiti penuh. Oleh itu
anggarannya adalah 200 orang untuk satu show.

Sinopsis Teater Mek Mulung


Mek Mulung Lakhon Dewa Muda merupakan sebuah teater tradisional yang mengisahkan cebisan
kehidupan seorang putera tunggal yang mendapat alamat mimpi yang berkehendakkan beliau
untuk keluar memburu haiwan sakti, berniat bagi keamanan buat negaranya. Maka putera raja itu
pun keluar berburu dengan awang-awangnya, dalam perjalanan balik mereka terjumpa sebiji buah
yang aneh dan bersakti. Berjayakah beliau beroleh keamanan negara? Apakah ancaman atau
khabar berita yang dibawa oleh buah aneh lagi sakti itu?

5
PENERANGAN JAWATAN

Skop kerja bagi jawatan Front of House dalam organisasi tidak kurang penting juga dengan
jawatan-jawatan lainnya. Pelbagai kerja-kerja yang tersangatlah penting tertakhluk dibawah
kelolaan seorang yang ditugaskan menjadi pengurus kepada Front of House dalam sesebuah teater.

Antara kerja-kerja penting itu ialah seorang pengurus Front of House, Logistik dan
Keselamatan bertanggungjawab dengan keselamatan serta sekuriti bangunan dalam keadaan
paling sempurna serta selamat. Selain itu, saya perlulah memastikan semua ‘Standard Operation
Procedure’ (SOP) dipatuhi dengan ketat pada setiap masa dari awal sehingga akhir teater itu
berlangsung. Selanjutnya FOH, Logistik & Keselamatan perlulah menjadi ketua dan mengetuai
tim atau krew FOH, Logistik & Keselamatan serta memastikan kelancaran operasinya.

Bukan itu sahaja, saya sebagai pengurus jabatan FOH perlulah bertanggungjawab untuk
pengambilan krew FOH serta menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk semua
pengunjung teater dan bersedia untuk menangani apa sahaja isu-isu yang ditimbulkan oleh
pengunjung semasa pementasan, sebelum pementasan dan selepas pementasan dengan mencari
solusi terbaik untuk menyelesaikan permasalahan itu. Akhir sekali merealisasikan tema serta décor
Front of House dan juga infografik untuk rujukan pengunjung nanti mengenai pementasan dan
apa-apa sahaja yang berkaitan.

Skop kerja saya sebagai FOH, Logistik dan Keselamatan tidaklah terhad pada hanya itu.
Dengan kelebihan saya dalam bidang rekaan sebelum ini (walaupun saya kini memilih major
dalam penulisan kreatif) saya cuba yang terbaik untuk menghasilkan poster-poster dan mini poster
untuk membantu jabatan-jabatan lain untuk menjalankan kerja mereka. Penghasilan poster bukan
dalam skop kerja saya, namun diatas kelebihan saya ini, saya cuba juga untuk menghasilkan
beberapa poster supaya lebih banyak poster dapat dibanding dan dipilih untuk menjadi poster akhir
nanti.

6
BAB 2

7
ISU DAN PENCARIAN

Terdapat pelbagai isu dan permasalahan yang telah ditemui sepanjang memegang jawatan
sebagai pengurus bahagian Front of House, Logistik dan Keselamatan ini. Antara isu berbangkit
yang telah ditemui adalah jabatan pengurusan lain yang kurang peka dengan permasalahan serta
skop kerja mereka. Oleh itu, jalan penyelesaian yang telah saya lakukan untuk menyelesaikan
permasalahan ini adalah dengan membuat perbincangan terus dengan ketua dari jabatan-jabatan
lain yang berkenaan.

Selain daripada permasalahan dalaman, isu permasalahan yang timbul dalam jabatan FOH
adalah isu menyiapkan poster mengikut palet warna tema yang ditetapkan. Untuk pembikinan
poster, adalah agak sukar untuk saya membuat pilihan font yang sesuai dengan pementasan teater
mek mulung: Lakhon Dewa Muda itu namun telah berjaya saya atasi dengan mengaplikasikan
pembelajaran saya ketika di Asasi Seni Kreatif dahulu, dimana saya telah mengambil kursus PASK
Rekaan Visual, suatu subjek yang silibusnya adalah A-Z mengenai perekaan digital dan
tradisional. Dengan mengaplikasikan hasil pembelajaran, saya dapat mengambil keputusan tepat
dalam pemilihan tipografi dan warna yang digunakan poster untuk mendapatkan hasil yang paling
menarik.

Selanjutnya setelah membuat tinjauan venue, saya dapati ada beberapa risiko kecelakaan
untuk berlaku. Dengan mengkalkulasi permasalahan ini, saya telah menyediakan pelan kebakaran
untuk kedua tempat yang telah disasarkan dan menjadi pilihan utama untuk pementasan nanti,
iaiatu diantara Blackbox, ASWARA dan Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC. Dengan
menganalisa floorplan kedua-dua venue, saya telah membuat suatu pelan kebakaran sebagai
persediaan jika apa-apa sahaja berlaku dan ianya memerlukan evakuasi penonton dan krew pada
hari kejadian nanti (mohon dijauhkan)

8
BAB 3

9
PERANCANGAN PENGURUSAN

Sebagai pengurus untuk bahagian Front of House, perkara yang termasuk dalam senarai
perancangan perkara-perkara yang akan direalisasikan antaranya termasuklah menganalisa skrip
yang bakal digunakan pada pementasan Mek Mulung yang akan datang itu, iaitu skrip Mek
Mulung “Dewa Muda” supaya saya dapat membayangkan keadaan susunan prop pentas, keadaan
pencahayaan serta kostum persembahan nanti.

Selepas siap membuat analisis skrip, saya perlulah membuat pemilihan tema dan warna
berdasarkan bayangan yang berjaya saya analisa dari skrip itu. Bermula dari situ saya akan
mengkaji penggunaan warna-warna apa yang sesuai, palet warna apa yang sesuai dan memastikan
ianya sama dengan pengurus dari pihak artistik dan pemasaran. Poster daripada hasil cetusan idea
dan penambahbaikan akan direalisasikan dengan pemerhatian yang teliti itu.

Selain itu, membuat perancangan menyeluruh sebelum pementasan teater tentang elemen
dan apa yang diperlukan untuk mencantikkan ruang Front of House nanti. Menyediakan semua
peralatan yang mencukupi dengan dana yang ada dan merealisasikannya dengan bantuan krew
pada hari kejadian. Selanjutnya, membuat tinjauan di ‘venue’ berlakunya pementasan nanti untuk
meninjau keadaan untuk memastikan keselamatan semasa pementasan nanti dan mengambil kira
jika ada risiko untuk apa-apa saja kemalangan berlaku. Selepas pementasan berlaku, krew FOH
logistik dan keselamatan akan memastikan ruang dalam keadaan bersih, sempurna seperti asal
supaya tidak menyusahkan pengguna yang akan menggunakan ’venue’ setelah pementasan
berakhir nanti.

Berikutnya, setelah kerja-kerja asas telah terlaksana, saya akan memulakan dengan kerja-
kerja utama pula, antaranya iaitu menentukan elemen apa yang diperlukan dalam infografik dalam
pameran. Saya telah mebuat finalisasi dan saya dapati saya perlu menyediakan sejarah Mek
Mulung, Sinopsis Skrip Dewa Muda, watak perwatakan beserta gambar, saya juga memerlukan
gambar-gambar ahli produksi, gambar-gambar barisan pelakon. Selain dari itu, saya akan

10
menyediakan satu atau dua patung model yang akan memakai pakaian watak utama mek mulung
untuk pameran di Front of House nanti. Di pameran itu nanti juga, saya akan menyediakan gambar-
gambar pre-production. Yang terakhir, poster-poster show dan juga flyer yang bertujuan untuk
rujukan dan risalah yang akan diedar pada semua mengenai semua maklumat yang telah saya
masukkan dalam pameran nanti.

Untuk bahagian keselamatan dan logisitik, saya akan menyediakan beberapa bahan
keperluan dengan pengiraan bajet yang saya akan kira iaitu untuk mematuhi SOP baru yang telah
diselaraskan seluruh Malaysia oleh kerajaan Malaysia, saya perlu menyediakan Alat Pengimbas
Suhu, saya juga perlu untuk mempamerkan QR Code MySejahtera venue nanti dan juga Hand
Sanitizer untuk kegunaan serta keselamatan semua audiens dan krew terlibat dalam usaha
membanteras Virus Covid-19 bersama, Kita Jaga Kita. Selain itu, untuk memastikan SOP dipatuhi,
saya memerlukan Salotep merah atau hitam untuk menanda kawasan untuk penjarakan sosial
untuk mereka yang mungkin kurang peka dengan situasi terkini. Lebih baik mencegah dari
mengubati bukan? Logisitk juga akan memastikan apa pengangkutan yang diperlukan untuk
menhantar barangan dan segala benda yang diperlukan di venue.

Dan yang terakhir sekali untuk jabatan keselamatan, saya akan memastikan saya membuat
panggilan pada pihak yang berkenaan untuk memaklumkan tentang show yang berjalan dan
membuat permohonan untuk menggunakan Ambulans atau memohon agar ada Ambulans dalam
mood standby jika ada apa-apa terjadi pada sesiapa ketika pementasan dan hari kejadian nanti.
Untuk itu juga, sekurang-kurangnya satu kotak First Aid perlu disediakan untuk kegunaan
kecemasan nanti.

Setelah saya telah memutuskan segala keperluan saya untuk show akan datang ini, saya
terus membuat pengiraan bajet untuk ketiga jabatan dibawah kendalian saya iaitu, FOH, Logisitik
dan Keselamatan. Saya dapati sejumlah besar juga diperlukan untuk merealisasikan perancangan
saya. Pengiraan bajet keseluruhan jabatan saya juga akan diserahkan saya pada Pengurus Produksi
dan mana-mana jabatan berkaitan.

11
Akhir sekali untuk bahagian keselamatan, saya akan membuat pemetaan laluan keluar
masuk merujuk pada pelan lantai venue antara Blackbox, ASWARA dan Dewan Tunku Abdul
Rahman, MaTiC yang mengikut dengan syarat SOP dan membuat pelan kebakaran untuk
persediaan jika apa-apa kecemasan berlaku ketika pementasan nanti. Route show dari awal
sehingga akhir juga akan disusun saya supaya semua terang dan jelas tentang perjalanan show dari
awal hingga akhir nanti dan akan dimasukkan dalam flyer program dibawah jabatan FOH nanti.
Untuk bahagian Logistik pula, saya akan take note waktu bump in dan bump out supaya perjalanan
show berjalan dengan lancer dan teratur tanpa menhadapi apa-apa permasalahan clash dan
sebagainya.

12
Laporan Progres Kerja Harian Front of House, Logistik dan Keselamatan.

9 November 2021
1.1 Pembacaan Skrip Lakhon Dewa Muda
Pembacaan skrip Mek Mulung Lakhon Dewa Muda dan membuat Analisa memerhatikan susunan
prop dan membuat bayangan keadaan pencahayaan dan kostum persembahan.

11 November 2021
1.2 Pemilihan Tema dan Warna berdasarkan skrip.
Mengekalkan tema Mek Mulung asal, menggunakan warna-warna ceria yang hangat, palet warna
Kuning-Hijau-Merah Tua-Jingga

27 November 2021
1.3 Kajian Tema Produksi
Pengumpulan informasi-informasi tentang Mek Mulung untuk rujukan penonton. Juga deco akan
menggunakan tema dan warna yang telahpun dipilih berdasarkan skrip “Lakhon Dewa Muda”

30 November 2021
1.4 Cadangan elemen mencantikkan ruang Front of House
Informasi-informasi terkumpul di selaraskan dan kata putus akhir dicapai dengan menyimpulkan
senarai elemen dan bahan yang diperlukan di ruang Front of House serta keperluan untuk logistik
dan keselamatan.

10 Disember 2021
1.5 Mesyuarat Bersama Jabatan Artistik
Membincangkan idea untuk poster dan membanding hasil poster dengan contoh poster serta tema
yang telah dicadangkan.

13
11 Disember 2021
1.6 Mesyuarat Bersama Jabatan Pemasaran
Membincangkan idea untuk pemasaran membuat ‘posting’an di akaun-akaun media sosial
produksi. Membandingkan hasil kerja masing-masing serta membuat mini poster untuk countdown
tarikh dan sebagainya.

23 Disember 2021
1.7 Pembentangan Bajet FOH, Logistik dan Keselamatan
Pengiraan dan anggaran penuh telah dilaporkan pada jabatan-jabatan lain setelah bahan dan
keperluan dikira bajetnya. Keseluruhan bajet untuk FOH, Logistik dan Keselamatan dikira dan
dibentangkan.

30 Disember 2021
1.8 Pembentangan Draf Poster 1 dan Poster Countdown
Perekaan poster telah dibuat berdasarkan tema cadangan jabatan saya. Hasil poster juga telah
dibentangkan dan diberi cadangan serta komen oleh Sir Aaren untuk penambahbaikan poster.

3 Januari 2022
1.8 Penghasilan Draf Poster baru
Poster baru telah direka dengan mengambil kira cadangan Sir Aaren dan segala masalah telah
diatasi. Poster ini belum difinalisasikan namun adalah versi lebih sempurna berbanding Draf 1 dan
Draf 2.

6 Januari 2022
1.9 Pembentangan Akhir dan Final face-to-face
Pembentangan seluruh dapatan dari semester ini berjalan dengan lancar. Sebagai ketua bahagian
Keselamatan juga saya telah menghantar orang-orang saya untuk memantau venue tempat final
berlangsung di Studio Tari 5, Lokakarya dan memastikan ia selamat untuk final berlangsung.

14
Cadangan Tema
Untuk Produksi Lakhon Dewa Muda

Cadangan tema ini bertujuan supaya semua jabatan dalam produksi peka dan membuat
penyelarasan tema supaya tidak berserabut dan tidak terlalu random sehingga tidak nampak
keserasian dan tidak tersusun, tampak seolah kerja daripada produksi berbeza. Oleh itu, untuk
perhatian Artistik dan Pemasaran, saya telah menyediakan palet warna tema yang terdiri daripada
warna Kelabu, Hitam, Emas, Kuning Diraja, Hijau Muda, Hijau Tua, Maroon dan Merah Terang.

Pemilihan warna Hitam dan Kelabu dibuat kerana mengambil kira Teater yang biasanya
dilakukan pada waktu malam dan dalam gelap. Selain itu, warna emas dan kuning diraja diambil
untuk melambangkan show yang gah dan menampakkan kemewahan dalam rekaan. Pemilihan
hijau muda dan hijau tua dibuat untuk melambangkan warna-warna alam yang menenangkan. Dan
akhir sekali tona warna merah maroon dan merah terang adalah mewakili topeng milik Peran
dalam Mek Mulung.

Cadangan Poster

Untuk Produksi Lakhon Dewa Muda

Hasil daripada cadangan tema, saya juga ada menyediakan beberapa poster cadangan untuk
dipilih oleh produksi menjadi poster produksi (jika dipilih). Poster-poster ini adalah poster yang
jika dipilih, akan dijadikan guideline untuk seluruh produksi supaya seragam dan kemas
semuannya. Poster-poster ini semuanya menggunakan cadangan tema yang telah jabatan saya
sediakan dengan jayanya dan diperbaiki dengan penambahbaikan yang banyak. Terdapat dua jenis
poster yang dihasilkan jabatan saya iaitu poster utama dan poster untuk countdown di media social
oleh pihak pemasaran. Walaupun poster bukan sebenarnya jobscope jabatan saya, namun saya
telah sediakan beberapa poster supaya produksi mendapat lebih banyak pilihan untuk dipilih.

15
Hasil-hasil Poster

Poster Utama 1

16
Poster utama 2

17
Poster utama 3

18
Poster Countdown 1

19
Poster Countdown 2

20
Poster Akan Datang

21
BAB 4

22
LAMPIRAN

MASTER CALENDAR FOH, LOGISTIK & KESELAMATAN.

NOVEMBER 2021

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU


1 2 3 4 5 6

7 8 9 10 11 12 13

Pembacaan
skrip
14 15 16 17 18 19 20

21 22 23 24 25 26 27
Study
Tema
FOH
28 29 30
Penghantaran
Laporan

Jadual 1 Menunjukkan Master Calendar bagi bulan November 2021

23
DECEMBER 2021

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU


1 2 3 4

5 6 7 8 9 10 11
Meeting Meeting
Dept Dept.
Artistic Marketing
12 13 14 15 16 17 18
Study
Lighting

19 20 21 22 23 24 25
Pembentangan
Bajet FOH,
Log & Kes
26 27 28 29 30 31
Pembentangan
Draf poster 1

Jadual 2 Menunjukkan Master Kalendar untuk bulan Disember 2021

24
JANUARI 2022

AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU


30 1

2 3 4 5 6 7 8
Penghasilan Pembentangan
Draf Poster Final
Baharu
9 10 11 12 13 14 15

16 17 18 19 20 21 22

23 24 25 26 27 28 29

Jadual 3 Menunjukkan Master Kalendar bagi bulan Januari 2022

25
Rajah 1 Menunjukkan petikan halaman dari Skrip “Lakhon Dewa Muda” yang bakal dipentaskan
pada semester ini dan sem hadapan.

26
Rajah 2 Menunjukkan Pelan Lantai Kebakaran dan laluan Dewan Tunku Abdul Rahman

Rajah 3 Menunjukkan orang-orang penting pengurusan produksi

27
Rajah 4 menunjukkan Latihan tambahan tarian dan gerak timpuh diketuai Puteri dan dipantau
Cikgu Kayrol

Rajah 5 Final di Studio Tari 5, Lokakarya

28
Rajah 6 Menunjukkan pelakon melakonkan babak terakhir dalam skrip. Puteri 3 beradik cuba
membelah buah Gunut disaksikan oleh Awang Selamat dan Raja.

Rajah 7 Menunjukkan barisan pelakon dan pemuzik untuk pementasan Lakhon Dewa Kaca

29
Rajah 8 Menunjukkan sumber idea pemilihan tema warna berdasarkan pakaian pelakon Mek
Mulung

Rajah 9 Menunjukkan Roda Warna

30
Rajah 10 Pelan Lantai Blackbox ASWARA

Rajah 11.1 Blackbox ASWARA Rajah 11.2 Pintu masuk ke Blackbox

31
BAB 5

32
KESIMPULAN

Tugas sebagai seorang pengurus Front of House, Logisitik dan Keselamatan sememangnya
tidak mudah kerana ketiganya merupakan tiga jabatan dengan tiga beza fungsi dan skop kerja yang
sangat berbeza dan kurang berkait antara satu sama lain. Namun rasa susah ini telah saya atasi
dengan pembahagian kerja yang sistematik dan pembahagian kerja yang sangat teliti walaupun
saya hanya keseorangan tanpa pembantu atau teman sepasukan.

Projek pementasan teater Mek Mulung Lakhon Dewa Muda ini juga merupakan peluang
saya untuk mengasah kemahiran saya dalam bidang pengurusan yang sebelum ini hanya sekali
pernah saya pelajari, ketika saya di Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif dimana saya hanya bertahan
selama satu semester sahaja untuk mengambil apa-apa subjek berkaitan pengurusan. Ternyata
projek ini mengubah secara total tanggapan saya terhadap bidang pengurusan. Saya akui, kerja
jadi agak lembab bila kebanyakan ahli produksi tiada pengalaman dalam bidang pengurusan teater,
namun saya yakin semuanya boleh dipelajari dengan usaha dan semangat yang tinggi. Harapan
saya agar pementasan teater ini akan berjalan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak
dalam produksi kami.

33
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman, M. A. (2017). Pengurusan keselamatan dalam produksi teater Live Spectacle
(NARUTO) dan dia Semanis Honey Muzikal dari perspektif teori domino.

Abdullah, Z., & Ahmad, M. F. (2013). Teater Mayat: kajian mengenai pengurusan artistik dan
peranan rekaan set dalam seni persembahan.

Badrudin, M. A. B., & Kebudayaan, P. Laporan Akhir Projek Seni Persembahan Drama Produksi
Teater Tuah Jebat (Lakonan).

Bell, A. (2013). The effect of colour on audience response in theatre scenic design (Doctoral
dissertation, Murdoch University).

Collins, T. A. (1999). Theater management: An overview and analysis. The Union Institute.

Feisner, E. A. (2006). Colour: How to use colour in art and design. Laurence King Publishing.

Mohamed Tahir, H. (2008). Kajian sinografi teater muzikal ibu Zain di istana budaya (Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi MARA).

Mohd Ridzwan, M. I. (2016). Perhubungan awam pementasan teater tradisional Mek Mulung di
Istana Budaya.

Strong, J. (Ed.). (2010). Theatre buildings: a design guide. Routledge.

Walmsley, B. (2013). “A big part of my life”: a qualitative study of the impact of theatre. Arts
Marketing: An International Journal.

34

You might also like