You are on page 1of 42

3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?

tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

notasejarahT4
 

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tajuk  : Tamadun Mesopotamia

Soalan Struktur

Petempatan awal di Lembah Mesopotamia telah berkembang secara evolusi kepada bandar dan negara kota sehingga membentuk
tamadun terawal di dunia yang memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia sejagat. 

(a) Apakah ciri-ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11 – 12) 

F1 Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan

F2 Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar

F3 Terdapat jalan raya yang lurus

F4 Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang

F5 Terdapat sungai

F6 Terdapat kawasan tanah pamah

[F6 x 1m = Mak. 2 markah] 

(b) Nyatakan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 12 - 13) 

F1 Raja sebagai ketua pentadbir

F2 Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan

F3 Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan

F4 Sebagai ketua tentera

F5 Sebagai ketua pendeta

F6 Sebagai ketua agama

F7 Menentukan pentadbiran ziggurat

F8 Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat

[F8 x 1m = Mak. 3 markah] 

(c) Sebutkan ciri-ciri Kod Undang-Undang Hammurabi

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14) 

F1 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

F2 Hukuman setimpal dengan kesalahan

F3 Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat

F4 Mengandungi 282 undang-undang

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 1/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
F5 Dipahat pada tembok dan tiang besar

F6 Dijadikan dasar perundangan Mesopotamia

[F6 x 1m = Mak. 2 markah] 

(d) Senaraikan faedah-faedah penggunaan sistem tulisan terhadap perkembangan tamadun Mesopotamia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 15) 

F1 Mewujudkan sistem pendidikan

F2 Lahirnya jurutulis

F3 Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat

F4 Penggunaan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan

F5 Melahirkan tradisi kesusasteraan

F6 Terhasilnya epik Gilgamesh

F7 Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri

F8 Perkembangan dalam ilmu perubatan

F9 Ubat-ubatan dapat dikatalogkan

F10 Cara mengubati penyakit dan cara menggunakan ubatan dapat dicatat

[10 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Tamadun Mesopotamia

Soalan Esei

(a) Galurkan proses sejarah pembentukan dan pertumbuhan tamadun Mesopotamia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11) 

Kod Tema Huraian


F1 Sumer Orang Sumeria berhijrah ke wilayah selatan iaitu di Sumer
F2 Kekal Membina petempatan kekal
F3 Pertanian Mereka menjalankan aktiviti pertanian dengan menebus guna tanah
F4 Pengairan Membina sistem pengairan
F5 Lebihan Membawa kepada lebihan penghasilan makanan
F6 Penduduk Mampu menampung keperluan penduduk yang ramai
F7 Bandar Perkampungan berkembang menjadi bandar

F8 Kota Membentuk negara kota

[8 x 1m = Mak. 8 markah] 

(b) Huraikan sumbangan tamadun Mesopotamia terhadap peradaban manusia sejagat.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14 - 16) 


 

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 2/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

Kod Tema  

F1 Undang- Melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi yang berteraskan hak rakyat


Undang terhadap keadilan
F2 Pendidikan Mewujudkan sistem pendidikan
F3 Tulisan Kewujudan sistem tulisan membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan
dicatat
F4 Perniagaan Mempelopori urusan perniagaan yang disertakan resit, nota dan surat kredit
F5 Kesusasteraan Melahirkan tradisi kesusasteraan
F6 Gilgamesh Penghasilan epik Gilgamesh yang menjadi rujukan
F7 Astronom Menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan geometri
F8 Perubatan Perkembangan dalam ilmu perubatan.
F9 Katalog Ubat-ubatan dikatalogkan / cara mengubati penyakit dan penggunaan ubat-
ubatan dicatat
F10 Roda Sumbangan dalam penciptaan roda
F11 Kereta kuda Menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan dan pengangkutan
F12 Kincir Penciptaan kincir air untuk pertanian
F13 Layar Penciptaan kapal layar
F14 Batu-bata Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat
F15 Arca Mencipta arca dan tiang batu
F16 Empayar Merintis pembentukan empayar
F17  

 
 

      [16 x 1m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Tamadun Mesir Purba

Soalan Struktur

Tamadun Mesir yang dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” berkembang dengan ciri-ciri tersendiri dan tanda
kewujudan tamadun yang agung itu dapat dihayati melalui tinggalan warisan serta khazanah bangsanya. 
 

(a) Apakah sebab Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai Nil” ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 17) 

Tamadun Mesir lahir di lembah ini

- Limpahan air sungai Nil menukar bentuk bumi yang tandus kepada kawasan yang subur

Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur


Delta sesuai untuk kegiatan pertanian
Delta sesuai untuk petempatan kekal

[5 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(b) Sebutkan amalan kepercayaan masyarakat Mesir Purba ?

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 3/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.20) 

Percaya kepada konsep politeisme


Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam
Mempercayai kehidupan selepas mati
Mayat disimpan dan dijaga dengan baik
Keperluan selepas mati ditanam bersama mayat
Mayat disolek dan dipakaikan alat kebesaran

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(c) Nyatakan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22) 

Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan


Kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
Pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
Pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(d) Berikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka dalam bidang
matematik dan astronomi ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 22) 

Dapat mengawal banjir sungai Nil


Mencipta sistem pengairan
Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 

Tajuk : Tamadun Mesir Purba

Soalan Esei

(a) Huraikan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.19 - 20) 


 

Firaun - Sistem pemerintahan diterajui oleh Firaun.

Pemerintah - Firaun menjadi ketua pemerintah

Ketua - Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan

Bantu - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis.

Pentadbiran - Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan menguruskan pengagihan bekalan
makanan

Bangsawan - Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah

Rahib - Rahib menguruskan hal keagamaan

Jurutulis - Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan 

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 4/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
[8 x 2m = Mak. 8 markah] 
 
 

(b) Nyatakan sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 21 - 22) 


 

Piramid - Dalam senibina piramid

Batu-bata - Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata

Kertas - Penciptaan kertas daripada pokok papyrus untuk menulis

Rekod - Penyimpanan rekod menggunakan kertas

Tulisan - Menggunakan tulisan yang cantik sebagai suatu hasil seni

Rendah - Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah

Urus - Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat

Kerajaan - Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan

Pegawai - Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih

Ajar - Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan

Mumia - Memumiakan mayat

Banjir - Pengawalan banjir menggunakan ilmu matematik

Pengairan - Penciptaan sistem pengairan

Tebus guna - Menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian

Kalendar - Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun 

[15 x 2m = Mak. 12 markah]

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Tajuk : Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan Struktur

Peningkatan tamadun manusia dalam bidang politik dapat dikesan melalui idea-idea baru yang diperkenalkan dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran yang bertujuan menambahbaikkan lagi sistem yang sedia ada. 
 

(a) Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens, Yunani.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 43) 

Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis


Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan
Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan
Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan
Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa terhadap Majlis, majistret dan Juri.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 5/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
 

[8 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(b) Sebutkan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem pemerintahan Rom

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 44) 

Menjalankan pemerintahan bercorak empayar


Membentuk pemerintahan berpusat
Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya
Menamatkan pemerintahan republik
Menguasai angkatan tentera dan Senat
Mengisytiharkan dirinya sebagai diktator
Menggunakan gelaran maharaja

[7 x 1m = Mak. 3 markah] 

(c) Berikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Asoka untuk memantapkan kerajaan Maurya di India.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45) 

Menamatkan perang saudara selepas keamtian ayahnya


Menakluki negeri Kalinga
Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan
Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
Menjalankan pentadbiran secara birokrasi

[6 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(d) Senaraikan ciri-ciri sistem birokrasi awam pada zaman Dinasti Chin di China.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45) 

Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja


Perlantikan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa dalam perkhidmatan awam
Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

Tajuk : Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan Esei

(a) Huraikan perubahan yang berlaku kepada bentuk pemerintahan di negara kota Athens, Yunani sehingga munculnya
sistem pemerintahan bercorak demokrasi.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 42 - 43) 


 

Beraja - Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan beraja.

Ketua - Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.

Bantu - Raja dibantu oleh konsul dalam menjalankan pentadbiran.

Konsul - Apabila konsul semakin kuat, kuasa raja menjadi lemah.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 6/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Oligarki - Pemerintahan oleh konsul melahirkan pemerintahan oligarki.

Bolot - Dari kalangan konsul lahirnya golongan aristokrat yang membolot kuasa.

Aristokrasi - Pemerintahan ini dikenali sebagai aristokrasi.

Rampas - Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan aristokrasi dipimpin oleh golongan kaya / tentera
merampas kuasa .

Tirani - Pemimpin yang menggelarkan dirinya sebagai diktator melahirkan pemerintahan tirani.

Demokrasi - Pemerintahan demokrasi muncul apabila golongan aristokrat menentang pemerintahan diktator

[10 x 2m = Mak. 10 markah] 


 
 
 

(b) Bagaimanakah amalan sistem republik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Rom.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 43 – 44) 

Mutlak - Tiada pemerintah berkuasa mutlak

Konsul - Kuasa tertinggi terletak di tangan dua orang konsul.

Imbang - Perlantikan dua orang konsul bertujuan mengimbangkan kuasa

Lantik - Konsul dilantik oleh Dewan Senat.

Senat - Dewan Senat membantu konsul dalam pentadbiran.

Bangsawan - Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan.

Undang-undang - Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka undang-undang.

Praeotor - Ahli Dewan Senat boleh dilantik menjadi konsul dengan syarat menjadi praeotor / pemeriontah tentera terlebih
dahulu.

Perhimpunan - Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.

Rakyat - Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.

Lulus - Dewan Perhimpunan bertanggungjawab meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat. 

[11 x 2m = Mak. 10 markah]

Tajuk : Perundangan

Soalan Esei

(a) Terangkan tentang undang-undang bertulis yang terdapat dalam tamadun Rom.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46) 

Dua belas - Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun Dua Belas.

Papan - Undang-undang ini dipahat pada kayu dan dikenali sebagai Papan Dua Belas.

Awam - Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

Cabang - Undang-undang Rom terdiri daripada tiga cabang iaitu Undang-Undang Sivil, Undang- Undang Jenayah dan Undang-
Undang Natural.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 7/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Prinsip - Prinsip undang-undang Rom ialah semua manusia sama di sisi undang-undang.

Bersalah - Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Keadilan - Setiap individu berhak mendapat keadilan.

Bukti - Hukuman berasaskan bukti yang cukup.

Kumpul - Maharaja Justinian mengumpul dan membukukan undang-undang Rom.

Justinian - Kod undang-undang Rom ini dikenali sebagai Undang-Undang Justinian. 

[10 x 2m = Mak. 12 markah] 


 
 
 

(b) Huraikan perkembangan sistem perundangan yang terdapat di India pada zaman peningkatan tamadun.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 46 - 47) 

Dharma - Kitab Dharma Sastra menjadi kitab undang-undang Hindu yang tertua dalam tamadun India

Raja - Raja dipertanggungjawabkan memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

Kesalahan - Segala kesalahan dikenakan tindakan.

Denda - Denda bergantung kepada keseriusan kesalahan.

Brahmin - Golongan Brahmin dominan dalam bidang undang-undang kerana mereka mahir tentang hukum agama.

Titah - Pada zaman Dinasti Maurya, titah raja adalah undang-undang.

Tiang - Segala titah raja diukir dan dipahat pada tiang.

Diri - Tiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh rakyat.

Asoka - Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.

[9 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Perluasan Kuasa

Soalan Struktur

Setelah seseorang pemerintah itu berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, beliau akan berusaha untuk
meluaskan kawasan pemerintahannya melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru. 
 
 

(a) Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan pengaruh empayar Yunani.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 48) 

Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan Yunani


Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani.
Menakluki empayar Parsi
Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean
Menyebarkan kebudayaan Hellenistik

[5 x 1m = Mak. 2 markah] 
 
 

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 8/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
(b) Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar Maurya.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49) 

Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India


Mengubah status raja kepada maharaja
Meluaskan empayar meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush
Menjadikan Pataliputra sebagai ibu negara

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 
 
 

(c) Sebutkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya pada zaman
pemerintahannya.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 45) 

Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya


Menakluki negeri Kalinga
Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
Meninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraan
Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahannya

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(d) Senaraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Shih Huang Ti dalam pembentukan empayar Dinasti Chin.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 49 - 50) 

Menyatukan kerajaan kecil di China


Memerintah secara autokratik
Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
Membina Tembok Besar China

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Peningkatan Sosial (Pendidikan)

Soalan Struktur

Pendidikan merupakan asas pembinaan dan peningkatan tamadun manusia kerana pendidikan membantu meningkatkan
tahap intelektual yang membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain. 
 

(a) Apakah falsafah pendidikan Athens ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 53) 

Bertujuan menghasilkan manusia seimbang dari segi rohani dan jasmani


Manusia yang cemerlang dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat
Menitikberatkan kemahiran semua aspek

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(b) Berikan dua kesan daripada perkembangan pendidikan pada zaman peningkatan tamadun Yunani.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 9/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54) 

Berkembangnya sekolah-sekolah falsafah


Athens menjadi pusat cendekiawan
Lahirnya ramai sejarawan
Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi

      [4 x 1m = Mak. 2 markah] 


 

(c) Senaraikan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54) 

Mementingkan ilmu keagamaan


Pendidikan berteraskan agama Hindu
Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki
Tidak memberi ruang kepada kaum wanita
Menumpukan kepada kitab-kitab Veda
Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran
Kaedah pembelajaran ialah kaedah hafalan

[7 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di China.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 55) 

      (i). Peringkat rendah 

Mengenal tulisan ideogram


Menghafal tulisan ideogram
Menghafal sembilan buah buku suci

[3 x 1m = Mak. 1 markah]

Peringkat menengah

Menulis karangan
Mempelajari sastera

[2 x 1m = Mak. 1 markah]

Peringkat tinggi
Menterjemah buku suci

[1 markah]

Tajuk : Peningkatan Sosial (Pendidikan)

Soalan Esei

(a) Huraikan perkembangan bidang pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di India.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 54 - 55) 


 

Vedik - Peningkatan bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik

Hindu - Agama Hindu menjadi teras pendidikan

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 10/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Lelaki - Pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki sahaja.

Wanita - Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan.

Veda - Perhatian diberikan kepada pembelajaran kitab Veda.

Sanskrit - Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran.

Hafalan - Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran.

Buddha - Pendidikan kemudiannya berkembang kepada pembelajaran yang berteraskan agama Hindu dan Buddha.

Sempurna - Bertujuan supaya mereka dapat hidup sempurna dan bersedia menghadapi hari selepas mati.

Rumah - Pendidikan dijalankan di rumah dan di istana.

Kolej - Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman.

Universiti - Pada abad ke-4 Masehi lahirnya Universiti Nalanda untuk mendalami agama Buddha.

Brahmin - Pendidikan tinggi bertujuan melahirkan Brahmin yang berpendidikan.

Sains - Disamping menghafal buku-buku agama, mereka mempelajari karya sains dan falsafah. 

[14 x 2m = Mak. 10 markah] 


 
 
 

(b) Bagaimanakah peperiksaan awam pada zaman peningkatan tamadun China dilaksanakan ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 55) 


 

Tahap - Dilaksanakan dalam tiga tahap iaitu tahap pertama / Hsiu Tai, tahap kedua / Chun-Jen dan tahap ketiga / Chin Shih.

Taraf - Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf ijazah sarjana dan tahap ketiga setaraf ijazah doktor
falsafah.

Pertama - Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah.

Kedua - Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.

Ketiga - Peperiksaan tahap ketiga dijalankan di istana di hadapan maharaja.

Ketat - Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.

Meniru - Mereka yang didapati meniru dikenakan hukuman mati.

Pemeriksa - Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.

Calon - Calon peperiksaan ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab peperiksaan.

Peperiksaan - Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun manakala peperiksaan tahap kedua dan
ketiga diadakan tiga tahun sekali.

Pegawai - Lulusan peperiksaan tahap pertama layak menjadi pegawai kerajaan.

Pendidik - Lulusan peperiksaan tahap ketiga layak menjadi pendidik. 

[12 x 2m = Mak. 10 markah]

BAB 3  : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Tajuk  : Kerajaan Agraria

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 11/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

Soalan Struktur

Salah  satu bentuk kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan sebagai
kerajaan agraria berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya. 

(a) Apakah maksud kerajaan agraria ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 75) 

Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan memungut hasil
hutan dan sungai.

- Terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai dan di lereng gunung berapi 

[2 markah]

(b) Senaraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tersebut.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 75 - 76) 

Menanam padi sawah atau padi huma


Menanam tanaman sampingan
Menghasilkan pelbagai jenis rempah
Mengumpulkan hasil hutan
Mengambil sarang burung dari gua
Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.
Mendapatkan kulit kura-kura
Menternak binatang
Memasarkan hasil lebihan ternakan dan tanaman kepada masyarakat maritim

[9 x 1m = Mak. 3 markah] 

(c) Berikan tiga faktor yang meyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 76 - 77) 

Pembinaan sistem pengairan yang baik


Sistem pengairan yang bersumberkan sungai dan tasik
Pembinaan sistem pengairan dilaksanakan oleh raja
Sistem pengairan diuruskan oleh kerajaan
Terletak di lembah sungai yang subur
Iklim panas dan lembap sepanjang tahun [6 x 1m = Mak. 3 markah]
 
 

(d) Nyatakan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kehidupan masyarakat Angkor.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 77) 

Membekalkan sumber air minuman


Membekalkan sumber ikan air tawar
Punca untuk mengairi sawah
Mendapan Lumpur menyuburkan kawasan sekitar [4 x 1m = Mak. 2 markah]
 

Tajuk : Kerajaan Agraria & Kerajaan Maritim

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 12/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

Soalan Esei

(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Srivijaya muncul sebagai sebuah kerajaan maritim yang
 terulung di Asia Tenggara.  (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 80 – 81) 

Tentera - Memiliki bala tentera yang besar.

Kawal  - Tentera mengawal perdagangan dan keselamatan kerajaan

Pelabuhan - Memiliki pelabuhan yang baik.

Strategik - Kedudukan pelabuhannya strategik iaitu di Selat Melaka.

Persinggahan - Menjadi persinggahan pedagang dari China dan India.

Wilayah - Wilayah taklukannya membekalkan hasil dan barangan perdagangan.

Kapal  - Mampu menghasilkan kapal besar.

Hubungan - Mempunyai hubungan dengan pelabuhan Kedah Tua. [8 x 1m = Mak. 8 markah] 


 

(b) Mengapakah kerajaan maritim dan kerajaan agraria di Asia Tenggara saling bergantung antara satu  sama
lain ?     (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 83) 
 

Beras - Kerajaan agraria membekalkan beras kepada kerajaan maritim.

Dagangan - Beras menjadi barang dagangan utama antara kedua-dua kerajaan.

Mewah  - Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari luar.

Hutan - Kerajaan agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan agraria sebagai tukaran dalam perdagangan.

Gajah - Gajah untuk kenderaan raja diperolehi daripada kerajaan agraria.

Tukang - Tukang kayu dan tukang batu yang mahir dibekalkan oleh kerajaan agraria. 

[6 x 2m = Mak. 8 markah] 
 

Tajuk : Kerajaan Maritim

Soalan Struktur

(a) Nyatakan ciri-ciri utama kerajaan maritim.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 78 - 79) 

Terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan kepulauan


Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
Mempunyai pelabuhan sebagai tempat berdagang.
Berperanan sebagai pelabuhan entreport.

[4 x 1m = Mak. 3 markah] 

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entreport ?

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 13/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.79) 

Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan taklukannya kepada
pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
Pelabuhan nini juga berperanan membeli barangngan daripada pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya.

[ 2 markah] 
 
 

(c) Senaraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 79) 

Berperanan sebagai pelabuhan pembekal


Terletak di Selat Melaka
Kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dengan India
Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India
Mempunyai hasil buminya sendiri seperti logam, hasil hutan dan hasil laut.
Mempunyai hasil yang dibekalkan oleh kerajaan lain.
Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.

[7 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(d) Berikan sebab-sebab orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia
 Tenggara.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 79 - 80) 

Bahasa Melayu dijadikan lingua franca


Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan.
Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar.
Memiliki kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
Mengetahui kaedah pelayaran.
 

[5 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

Tajuk : Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal

Soalan Esei

(a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara pada zaman kerajaan  awal
?     (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 84 - 85) 

Ksyatria  - Dibawa oleh golongan ksyatria / tentera.

Penakluk - Disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan.

Vaisya  - Dibawa oleh golongan pedagang / vaisya

Brahmin - Dibawa oleh golongan Brahmin / pendeta

Budaya  - Pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik dan disesuaikan dengan budaya tempatan.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 14/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

[5 x 2m = Mak. 8 markah] 

(b) Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan dan  pentadbiran kerajaan awal  di
Asia Tenggara.   (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 85 - 86) 

Gelaran  - Penggunaan gelaran raja

Beraja - Strukur pemerintahan di pengaruhi oleh sistem beraja di India.

Puncak  - Raja berada di puncak pemerintahan dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pembesar.

Mutlak  - Raja berkuasa mutlak.

Perintah - Perintah raja adalah undang-undang.

Derhaka - Melanggar titah raja adalah derhaka.

Dewaraja - Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja.

Sakti - Raja mempunyai kesaktian.

Adat  - Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti adatistiadatpertabalan.

Brahmin - Brahmin memimpin upacara pertabalan.

Orde - Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.

[11 x 2m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan

Soalan Struktur

Antara warisan kesenian tinggalan kerajaan awal di Asia Tenggara yang mempunyai pengaruh Hindu dan
Buddha ialah monumen dan batu bersurat.

(a) Apakah maksud monumen ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.88) 

Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang
ternama, atau peristiwa penting.
Monumen boleh berupa candi / kuil / wat / stupa, arca dan patung.

[2 markah]

(b) Senaraikan fungsi candi sebagai monumen keagamaan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 88 - 89) 

Berperanan sebagai rumah ibadat


Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.
Tempat menyimpan patung dewa utama
Menjadi lambang keagungan pemerintah
Melambangkan orde kosmos

[5 x 1m = Mak. 3 markah] 

(c) Nyatakan ciri-ciri binaan Angkor Wat.


https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 15/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 90 - 91)

Tingginya 213 meter


Keluasan kawasannya ialah 208 hektar
Mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengahnya
Tempat pemujaan berbentuk teres bertingkat empat setinggi 39 meter.
Setiap sudut mempunyai menara.
Di bahagian luarnya terdapat tembok.
Tembok dibuat daripada batu dengan ukuran 850 meter lebar dan 1 000 meter panjang.
Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di dinding tembok.

[8 x 1m = Mak. 3 markah] 

(d) Berikan tiga kegunaan batu bersurat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 92 - 93) 

Mencatat keturunan raja


Menulis maklumat berkaitan agama Buddha
Mencatat perkara yang berkaitan dengan pemerintahan
Mencatat amaran raja kepada rakyat

[4 x 1m = Mak. 2 markah]
 

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

            DI MAKKAH

Tajuk : Masyarakat Arab Jahiliah

Soalan Struktur

Jangka masa 300 M – 610 M merupakan Zaman Jahiliah dan zaman ini dianggap sebagai zaman kegelapan di
Semenanjung Tanah Arab. 

(a) Apakah maksud jahiliah ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 99 - 100) 

Jahiliah bermaksud jahil dan tidak mengetahui

- Masyarakatnya tidak mempunyai ilmu pengetahuan.


[2 markah]

(b) Berikan sesbab-sebab zaman ini dianggap sebagai zaman kegelapan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100) 


 

Tidak menyembah Allah


Menyembah berhala
Mempercayai animisme

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 16/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

Kehidupan masyarakatnya kucar-kacir


Tiada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
Akhlak yang rendah.

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 

(c) Nyatakan kegiatan yang menjadi sumber ekonomi masyarakat Arab Jahiliah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100 - 101) 

Perniagaan yang berasaskan riba dan penindasan


Sikap mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata
Merompak dan merampas barangan
Mengeksploitasi golongan miskin.

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(d) Senaraikan kesan-kesan negatif daripada amalan Sistem Kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 101 - 102) 

Hidup berasaskan puak


Taksub dan fanatik kepada kabilah
Semangat kesukuan yang melampau
Peperangan dan persengketaan dalam masyarakat
Struktur system yang berasaskan keturunan
Terlalu terikat kepada peraturan yang ditetapkan oleh kabilah
Sanggup menuntut bela untuk mempertahankan maruah kabilah
 

[7 x 1m = Mak. 3 markah]
 

Tajuk : Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

Soalan Esei

(a) Huraikan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perdagangan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 104 - 105) 

Pengalaman - Pengalaman diperoleh semasa baginda berusia 12 tahun

Rombongan - Mengikuti rombongan bapa saudara baginda ke Syam.

Giat - Giat berdagang semasa berusia 20 tahun.

Berseorangan - Berniaga secara berseorangan.

Kongsi  - Baginda Berkongsi berniaga dengan temannya.

Urus - Menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah.

Modal - Memperoleh modal yang besar daripada Khadijah untuk diuruskan oleh baginda.

Untung - Memperolehi keuntungan berlipat-ganda. [8 x 2m = Mak. 8 markah] 


https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 17/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

(b) Jelaskan keperibadian yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga baginda layak mendapat
gelaran al-Amin.    (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 105 - 107) 

Terpuji  - Memiliki empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh, fatanah.

Percaya - Perbuatan baginda dipercayai.

Benar  - Sentiasa bercakap benar dan tidak berbohong.

Amanah  - Amanah dalam menguruskan pernbiagaan Khadijah.

Bersungguh - Bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

Bijaksana - Bijaksana dalam menyelesaikan isu perletakan Hajarul Aswad.

Pengasih - Pengasih dalam melayan / memberi pendidikan anak-anak.

Bertimbang rasa - Bertimbang rasa membantu isteri dalam urusan rumah tangga.

Merendah - Merendah diri dalam pergaulan.

Bergaul - Bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

Jauh  - Bjaksana dan berpandangan jauh semasa menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.

Masyarakat - Selalu memikirkan tentang kehidupan masyarakat.

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Penyebaran Islam

Soalan Struktur

Walaupun penyebaran Islam di Makkah pada mulanya dijalankan secara rahsia, namun pendekatan yang
digunakan oleh Rasulullah s.a.w. telah disambut baik oleh sebahagian masyarakat Arab. 

(a) Apakah maksud dakwah secara rahsia ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 108 - 109) 

Dakwah secara rahsia bermaksud penyebaran Islam secara sulit / sembunyi

- Dakwah ini ditujukan kepada ahli keluarga dan sahabat yang rapat.

[ 2 markah]

(b) Senaraikan tokoh-tokoh yang memeluk Islam melalui dakwah tersebut.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 109) 

Khadijah binti Khuwailid


Ali bin Abu Talib
Zaid bin Harithah
Abu Bakar As-Siddiq
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Arqam bin Abi Al-Arqam

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 18/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

[7 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(c) Nyatakan sebab-sebab Rasulullah s.a.w. memilih dakwah secara rahsia pada  peringkat awal  penyebaran
Islam.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 110) 

Islam baru dikenali


Bilangan penganut Islam masih sedikit
Mengelakkan penentangan orang Qurqisy
Menjaga asas Islam daripada dihancurkan
Kebanyakan penganut Islam adalah golongan bawahan [5 x 1m = Mak. 3 markah]
 

(d) Berikan tiga pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah  Islamiyah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 110 - 111) 

Secara lemah lembut dan berhikmah


Tidak memaksa/ Memujuk dengan menggunakan akal
Membandingkan akhlak Jahiliah dengan akhlak yang dianjurkan oleh Islam
Membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk menjawab pertanyaan.
Memberi penerangan
Menunjukkan teladan yang baik. [6 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Reaksi Masyarakat Arab

Soalan Esei

(a) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan penyebaran Islam disambut baik oleh  masyarakat Arab.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 111) 

Murni  - Kemurnian ajaran Islam

Bijaksana - Kebijaksanaan Rasulullah dalam berdakwah.

Lembut  - Berdakwah secara lemah lembut.

Banding - Membandingkan akhlak pada zaman Jahiliah dengan akhlak yang dianjurkan oleh Islam.

Ayat  - Menyampaikan ayat-ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan.

Terang  - Memberi penerangan.

Teladan  - Menunjukkan teladan yang baik.

Iman  - Menanam keimanan yang kuat kepada pengikut,

Peribadi  - Keperibadian Rasulullah yang bersifat mulia.

Kesungguhan - Kesungguhan Rasulullah menyampaikan dakwah. [10 x 2m = Mak. 10 markah] 


 

(b) Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 11 - 1131) 


https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 19/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

Kepercayaan - Perbezaan kepercayaan.

Berhala  - Ajaran Islam menolak amalan menyembah berhala dan mempercayai animisme.

Taraf  - Prinsip persamaan taraf bertentangan dengan amalan mereka yang mementingkan darjat.

Persaudaraan - Konsep persaudaraan bertentangan dengan amalan sistem kabilah.

Moral  - Amalan tidak bermoral dilarang oleh Islam.

Tanggapan - Mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi.

Tunduk - Menganggap jika menerima Islam mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi.

Kedudukan - Penyebaran Islam boleh menggugat kedudukan dan pengaruh orang tertentu.

Pemimpin - Menggugat peluang orang tertentu untuk menjadi pemimpin.

Ukir  - Menjejaskan perusahaan mengukir patubg berhala [10 x 2m = Mak. 10 markah]


 

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Tajuk : Hijrah

Soalan Struktur

Oleh sebab penyebaran dakwah Islamiyah di Makkah menghadapi pelbagai rintangan dan mendapat tentangan daripada
orang Arab Quraisy, Perjanjian Aqabah telah memberi ruang kepada Nabi Muhammad s.a.w membuat keputusan untuk
berhijrah ke Madinah.

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 111 – 113) 

Mencemuh Nabi Muhammad s.a.w


Mengganggu Nabi Muhammad s.aw semasa beribadat
Mengejek ajaran Islam melalui puisi
Memujuk Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan dakwah Islamiyah dengan pelbagai tawaran
Memulau Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda
Merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w

[6 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(b) Berikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam berhijrah ke Madinah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 113 dan ms 121) 

Mengatasi ancaman orang Quraisy terhadap orang Islam


Meneruskan dakwah Islamiyah
Menerima perintah Allah
Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj
Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
Bertujuan mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

[6 x 1m = Mak. 3 Markah] 

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 20/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
(c) Sebutkan dua isi Perjanjian Aqabah Kedua.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 118 - 119) 

Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah.
Mereka menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan orang Islam serta bersedia mempertahankan
Islam

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(d) Apakah hujah bagi menyangkal tuduhan orientalis Barat yang mengatakan bahawa hijrah adalah pelarian ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 120) 


 

Penghijrahan orang Islam adalah kerana jemputan orang Arab Madinah


Ketibaan orang Islam disambut dengan rela dan meriah
Orang Islam diberikan tempat tinggal
Mereka dijamin keselamatannya
Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai pemimpin Madinah
Baginda diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah.

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Hijrah / Piagam Madinah

Soalan Esei

(a) Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan
masyarakat Islam pada masa ini. Jelaskan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 122 - 124) 


 

Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka.

Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam.

Persaudaraan - Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.

Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.

Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.

Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi.

Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian.

Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam.

Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah.

Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam.

Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang.

Pengorbanan - Hijrah memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wanita .

Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan.

Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 21/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah. 

[15 x 2m = Mak. 12 markah] 


 
 

(b) Buat satu rumusan tentang kandungan Piagam Madinah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 124 - 129) 


 

Fasal - Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal berkaitan orang Islam dan 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam.

Pemimpin - Nabi Muhammad sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah.

Hakim - Baginda berperanan sebagai ketua hakim.

Agama - Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.

Hormat - Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.

Ummah - Masyarakat Madinah merupakan satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.

Bermusuhan - Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

Undang-Undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak
bertentangan dengan Islam.

Ekonomi - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara

Riba - Unsur riba dan penipuan dihapuskan dalam perniagaan.

Pertahanan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

Yahudi - Keselamatan orang Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.

[12 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Perjanjian Hudaibiyah

Soalan Struktur

Kunjungan orang Islam Madinah ke kota Makkah pada tahun 628 M telah disekat oleh orang Arab Quraisy dan
menimbulkan konflik hingga membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah. 
 

(a) Nyatakan tujuan orang-orang Islam Madinah mengunjungi kota Makkah. 


 

Bercadang menziarahi Makkah


Mengunjungi Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam
Mengerjakan umrah

[3x 1m = Mak. 2 markah] 


 

(b) Berikan sebab-sebab Usman bin Affan dipilih sebagai wakil untuk menerangkan kepada orang Arab Quraisy tentang
tujuan kunjungan orang Islam. 
 

Usman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.


https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 22/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Merupakan sahabat yang matang berbanding sahabat lain.
Sifatnya yang lembut / bertolak ansur

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(c) Sebutkan kandungan Perjanjian Hudaibiyah. 


 

Bersetuju mengadakan gencatan sebjata selama 10 tahun


Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Qurqisy Makkah.
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)

[5 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(d) Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada perjanjian tersebut ? 


 

Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya.


Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah
Orang Arab bebas menganut sebarang agama
Islam berkembang meluas
Bilangan penganut Islam meningkat
Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy
Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w
Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
Perintis pembukaan semula kota Makkah

[9 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pembukaan Semula Kota Makkah

Soalan Esei

(a) Mengapakah Nabi Muhammad bertindak menguasai semula kota Makkah pada tahun 630 M bersamaan tahun 8
Hijrah ? 
 

Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.

Bunuh - Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.

Strategi - Sebagai strategi untuk meneruskan penyebaran Islam.

Mantap - Dengan menguasai Makkah, kedudukan kerajaan Islam Madinah menjadi lebih mantap. 

[4 x 1m = Mak. 5 markah} 
 
 

(b) Apakah strategi yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menguasai semula kota Makkah? 
 

Aman - Berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan.

Tentera - Menyediakan empat pasukan tentera yang terdiri daripada 10, 000 orang yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid, Abu
Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair al-Awwam.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 23/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Arah - Memasuki kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan.

Kepung - Orang Quraisy dikepung dengan rapi.

[4 x 2m = Mak. 5 markah] 
 
 

(c) Huraikan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam. 
 

Tokoh - Pengislaman tokoh Quraisy Abu Sufian dan Ababs menyebabkan orang Quraisy turut memeluk Islam.

Perpaduan - Menekankan kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Sebar - Sifat nabi Muhammad s.a.w yang memaafkan orang Quraisy menyebabkan Islam tersebar dengan meluas.

Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah.

Agama - Agama menyembah berhala masyarakat Arab Quraisy telah digantikan dengan Islam.

Ilmu - Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.

Kota - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam.

Kukuh - Pembukaan semula kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam Madinah begitu kukuh.

Perintis - Pembukaan kota Makkah menjadi perintis ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.

Pusat - Penguasaan terhadap Makkah telah mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat. 

[10 x 2m = Mak. 10 markah]

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Tajuk : Khalifah

Soalan Struktur

Selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat pada tahun 632 M, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui
sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah. 

(a) Apakah maksud khalifah ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143) 

Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Dalam konteks agama Khalifah bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan mengekalkan
keharmonian umat Islam.

[2 markah] 

(b) Senaraikan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk seseorang itu dicalonkan sebagai Khalifah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143) 

Lelaki yang merdeka


Beragama Islam
Memilki pengetahuan tentang Islam
Mematuhi perintah Allah
Sanggup melaksanakan hukum Allah
Bersifat adil
Mempunyai akhlak yang baik

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 24/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Tubuh yang sihat dan sempurna
Berfikiran cerdas
Warak
Pandai mentadbir kerajaan

[11 x 1m = Mak. 3 markah] 

c) Berikan dua kaedah pemilihan Khalifah yang diamalkan dalam Islam.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 143) 

Melalui musyawarah / syura


Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu
Pemilihan daripada beberapa orang calon
Pencalonan oleh sekelompok masyarakat

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 

(d) Nyatakan tugas-tugas Khalifah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144) 

Memelihara kedudukan agama Islam


Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
Memastikan kelicinan pentadbiran negara
Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
Melantik / melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga dan meneruskan najaran Allah
Mengekalkan perpaduan ummah
Memantapkan sistem perundangan Islam
Menguruskan kewangan negara
Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

[12 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Soalan Esei

(a) Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam semasa beliau
menjadi Khalifah ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 144 - 146) 


 

Murtad - Mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang murtad.

Ar-Riddah - Memerangi golongan ar-Riddah yang menyalahtafsirkan ayat-ayat al-Quran hingga enggan membayar zakat.

Ancaman - Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom.

Tentera - Menghantar Khalid bin al-Walid menghadapi tentera Parsi dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.

Wilayah - Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah untuk melicinkan pentadbiran.

Amir - Melantik amir untuk mentadbir setiap wilayah.

Gaji - Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera.

Mawali - Menjaga hak rakyat golongan mawali

Al-Quran - Mengumpulkan dan menyalin semula tulisan al-Quran. 

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 25/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
[9 x 2m = Mak. 8 markah] 

(b) Apakah pembaharuan dan perubahan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab sehingga zaman
pemerintahannya dikenali sebagai “zaman keemasan kerajaan Islam” di Madinah ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 146 147) 


 

Dasar - Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai.

Syura - Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin.

Gabenor - Melantik Gabenor sebagai ketua pentadbir awam.

Panglima - Melantik panglima tentera.

Jabatan - Menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan
Negara.

Setiausaha - Jawatan Setiausaha diwujudkan untuk mengetuai jabatan.

Kehakiman - Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain.

Gaji - Hakim dibayar gaji lumayan.

Pengajaran - Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di masjid.

Guru - Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.

Kalendar - Memperkenalkan kalendar Hijrah.

Susun - Menyusun sistem angkatan tentera dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.

Markas - Membina markas tentera dan kubu pertahanan.

Seragam - Tentera diberi pakaian seragam

Terusan - Membina terusan untuk tujuan pertanian

Teroka - Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar.

Cukai - Memperkenalkan pelbagai jenis cukai.

Baitulmal - Mendirikan Baitulmal.

[18 x 2m = Mak. 12 markah]

Tajuk : Kerajaan Turki Uthmaniyah /

             Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

Soalan Esei

(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah Timur.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 162 - 163) 


 

Constantinople - Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam.

Akidah - Pegangan akidah yang kukuih dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.

Ghazi - Tentera Islam mempunyai semangat ghazi.

Tentera - Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 26/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Janissari - Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari.

Armada - Memilki armada tentera laut yang kuat.

Politik - Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah akibat peperangan di kalangan kerajaan kecil.

Byzantine - Kejatuhan empayar Byzantine memberi laluan kepada penyebaran Islam.

Gereja - Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian.

Terbuka - Dasar keagamaan kerajaan Turki Uthmaniyah yang bersifat terbuka.

Sosial - Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk Islam.

Hijrah - Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan.

Sufi - Ahli sufi memainkan peranan menyebarkan Islam. 

[13 x 2m = Mak. 12 markah] 


 
 

(b) Bagaimanakah berlakunya pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 164) 


 

Perdagangan - Perdagangan dan perniagaan menjadi alat pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

China - Orang Islam menetap dan berdagang di Canton membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

Diplomatik - Peneroka Islam membuat hubungan diplomatik dengan petempatan orang bukan Islam di Cordova, Valencia dan
Rhonda.

Cara hidup - Hubungan diplomatik membolehkan pemahaman tentang cara hidup dan pentadbiran.

Penaklukan - Tamadun Islam tersebar melaui penaklukan dan ketenteraan.

Parsi - Apabila tentera Islam menakluki Iraq dan Iran, tamadun Islam bertembung dengan tamadun Parsi.

Eropah - Apabila tentera Islam menguasai Mesir dan Afrika Utara tamadun Islam bertembung dengan tamadun Eropah / Rom.

Kebudayaan - Pertembungan tamadun berlaku kerana wujudnya pertembungan kebudayaan Islam dengan kebudayaan lain.

Mozarab - Kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan golongan Mozarab / orang tempatan Kristian yang
mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Intelektual - Pertembungan tamadun berlaku dengan cara pertembungan intelektual.

Ilmu - Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan memperkembangkan menurut pandangan intelektual Islam. 

[11 x 2m = Mak. 8 markah]

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

Tajuk : Kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Soalan Esei

Nyatakan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan huraikan bukti-bukti yang dikemukakan oleh sejarawan bagi
menyokong teori mereka itu.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 27/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 174 - 178) 
 

(i) Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab 

Arab - Islam berkembang di Asia Tenggara dari Semenanjung Arab.

Crawford - Dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib al- Attas.

Canton - Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton.

Perdagangan - Sejak awal lagi pedagang Arab menguasai perdagangan dari Mesir hingga ke China.

Singgah - Pedagang Arab yang berdagang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara.

Kampung - Wujud sebuah perkampunga Islam di Utara Sumatera pada 650 M.

Kesusasteraan - Wujud persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab.

Syeikh - Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab. 
 

(ii) Teori Islam datang dari China 

China - Islam tersebar di Asia Tenggara menerusi China.

Eredia - Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.

Peniaga - Bukti yang dikemukakan ialah Peniaga Arab mengembangkan Islam di kalangan peniaga China di Canton.

Sebar - Apabila peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia
Tenggara.

Pindah - Berlakunya perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton ke Asia Tenggara sekitar tahun 876 M.

Batu - Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Sungai Tersat, Keala Berang mencatatkan wujudnya hubungan
perdagangan antara Terengganu dengan China.

Seni bina - Unsur-unsur seni bina masjid di nusantara mempunyai persamaan dengan unsur seni bina China. 
 

(ii) Teori Islam datang dari India 

India - Islam berkembang di Asia Tenggara menerusi India.

Hungronje - Dikemukakan oleh Snouck Hungronje.

Hubungan - Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dengan Asia Tenggara.

Nisan - Batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India.

Kebudayaan - Wujudnya unsur kebudayaan India di Asia Tenggara 

[20 x 2m = Mak. 20 markah]

Tajuk : Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Soalan Struktur

Sejarawan bersetuju bahawa kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara telah dibawa oleh pedagang Islam dan
penyebarannya telah dikembangkan oleh para ulama hingga wujudnya kerajaan-kerajaan Islam yang menjadi pusat
keilmuan dan pusat penyebaran Islam di rantau ini. 
 

(a) Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 28/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 179 - 180) 

Menjadikan kepercayaan dan amalan Islam sebagai tajuk perbualan.


Mengamalkan sikap dan tingkah laku Islam untuk dijadikan ikutan penduduk setempat
Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam.
Pedagang-pedagang berdakwah menyebarkan Islam.
Sambil berdagang, pedagang membawa ulama untuk menyebarkan Islam.
Pedagang mengadakan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
Keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah digunakan untuk berdakwah.
Pedagang yang dianugerahkan jawatan Syahbandar menggunakan peranan tersebut untuk menyebarkan Islam.

[8 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(b) Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Islam untuk menyekat perkembangan agama Kristian di Asia
Tenggara ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 181) 

Johor-Riau berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis.

- Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara

Acheh menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(c) Sebutkan peranan pusat kebudayaan di Asia Tenggara sebagai pusat keilmuan dan pusat penyebaran Islam.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 182 - 183) 

Menjadi pusat penterjemahan


Ulama-ulamanya menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar
Sebagai pusat penulisan kesusasteraan saduran Arab
Tempat penghasilan puisi Islam
Menghasilkan karya Islam

[5 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(d) Berikan usaha yang dilakukan oleh mubaligh dalam menjalankan dakwah Islamiyah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 183) 

Mengajar asas Islam secara tidak formal.


Mengajar Islam secara formal
Menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai pusat mempelajari ilmu Islam
Mendirikan pondok / pesantren sebagai pusat pendidikan.
Menasihati raja dalam pentadbiran
Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
Menjadikan masjid sebagai markas dakwah Islamiyah.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam di Asia Tenggara.

SoalanEsei

(a) Apakah unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran kerajaan di
Asia Tenggara ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 185 - 187) 


 
 

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 29/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Institusi - Institusi kesultanan yang diwarisi daripada kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Turki Uthmaniyah diperkenalkan.

Ketua - Sultan diletakkan sebagai ketua negara.

Mufti - Mufti dilantik sebagai penasihat sultan.

Pegawai - Pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf
diwujudkan.

Sultan - Pemerintah menggunakan gelaran Sultan.

Gelaran - Raja-raja diberi gelaran Khaliful Mukminin dan Zilullah fil Alam.

Agama - Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam.

Khalifah - Sultan dianggap khalifah Allah dan harus memerintah dengan adil.

Pentadbiran - Sultan menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran.

Nama - Nama raja juga menggunakan nama Islam.

Syariah - Kerajaan Islam memperkenalkan undang-undang syariah.

Praktik - Undang-undang Islam dipraktikkan dengan tegas.

Jihad - Islam menggerakkan semangat jihad menentang penjajah. 

[13 x 2m = Mak. 12 markah] 


 
 
 

(b) Bagaimanakah pengaruh Islam memberi kesan terhadap perkembangan sistem pendidikan di Asia Tenggara?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 187 - 188) 


 
 

Peluang - Peluang mendapat pendidikan terbuka kepada golongan awam.

Sikap - Sikap mementingkan ilmu pengetahuan dapat ditanam ke dalam jiwa masyarakat.

Formal - Wujudnya istitusi pendidikan formal seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau.

Terjemah - Munculnya pusat penterjemahan karya agama.

Pondok - Pendidikan pondok meluas di negara-negara Asia Tenggara.

Sistematik - Wujudnya sistem pendidikan yang lebih sistematik yang berasaskan peringkat pendidikan.

Luar - Institusi pendidikan di Asia Tenggara menerima pelajar dari luar.

Wanita - Wanita mendapat peluang belajar dan memegang jawatan. 

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM


KEDATANGAN BARAT

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu

Soalan Struktur

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 30/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan terhadap aspek pendidikan hingga wujudnya dua jenis
pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. 
 

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201) 

      Pendidikan tidak formal adalah asuhan dalam keluarga yang menekankan pengajaran nilai-nilai moral melalui pendengaran,
penglihatan dan pemerhatian.

[2 markah] 
 
 

(b) Sebutkan kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan pengajaran.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201) 

Menerapkan melalui cerita.


Melalui pergaulan sosial
Menerapkan melalui pantun, peribahasa, teka-teki, pepatah dan lain-lain.

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 
 

(c) Senaraikan peranan istana sebagai pusat pendidikan formal.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201 - 202) 

Sebagai pusat pengajian agama


Tempat ulama mengajar
Tempat perbincangan ulama daripada pelbagai bangsa
Tempat mengembangkan ilmu tasawuf
Tempat menyimpan buku-buku hikayat
Pusat pendidikan ilmu politik dan pentadbiran

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 
 

(d) Berikan ciri-ciri sistem pendidikan pondok.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 202 - 203) 

Memberi penekanan kepada ilmu agama


Menyediakan pelajar untuk bertugas sebagai guru agama

Menyediakan pelajar yang dapat bertugas untuk masyarakat

Tiada batasan waktu

Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian

[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu (Pendidikan)

 
 
https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 31/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1

Soalan Esei 
(a) Bandingkan bentuk pendidikan formal dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam dengan selepas
kedatangan Islam.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201) 


 

Hindu - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan masyarakat Melayu berasaskan tradisi agama Hindu dan Buddha.

Islam - Selepas kedatangan Islam pendidikan memberi penekanan terhadap agama Islam.

Bangsawan - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan didominasikan oleh golongan istana dan bangsawan.

Semua - Selepas kedatangan Islam, pendidikan melibatkan semua golongan.

Istana - Sebelum kedatangan Islam, istana adalah satu-satunya institusi pendidikan.

Institusi - Selepas kedatangan Islam, pendidikan formal dijalankan bukan sahaja di istana tetapi juga di institusi pendidikan
seperti masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok.

Pendeta - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan diajar oleh pendeta dan guru khas.

Ulama - Selepas Islam, pendidikan disampaikan oleh ulama dan guru agama. 

[8 x 2m = Mak. 12 markah] 
 
 

(b) Bagaimanakah pendidikan formal dilaksanakan di madrasah ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.203)

Sukatan - Berdasarkan sukatan pelajaran

Kelas - Dilaksanakan secara kelas

Tahap - Pendidikannya mengikut tahap iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap khusus.

Mudir - Diawasi oleh Mudir.

Lembaga - Perjalanan madrasah diselia oleh lembaga, jawatankuasa dan sebagainya.

[5 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu

            (Kesenian & Gaya Hidup)

Soalan Esei

(a) Huraikan pengaruh Islam terhadap seni persembahan muzik, nyanyian dan tarian dalam masyarakat Melayu
tradisional.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 205 - 206) 


 

Sesuai - Seni persembahan disesuaikan dengan ajaran Islam.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 32/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Arab - Pengaruh Arab berkembang dalam kesenian ini.

Dabus - Tarian dabus mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali.

Inang - Tarian Inang ditarikan dalam majlis tertentu di istana.

Nazam - Lahirnya nyanyian nazam yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w , para nabi dan para sahabat.

Upacara - Nyanyian nazam dipersembahkan dalam upacara bersifat keagamaan.

Dikir - Seni dikir dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang.

Seni kata - Seni kata dikir bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab.

Ghazal - Berkembangnya kesenian ghazal yang memuji kebesaran Allah. 

[9 x 2m = Mak. 8 markah] 
 
 
 
 

(b) Apakah kesan-kesan pengaruh Islam terhadap kehidupan sosial masyarakat Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 207 - 208) 


 

Keluarga - Hubungan kekeluargaan sangat rapat.

Hormat - Ibu bapa dan orang yang lebih tua dihormati.

Panggilan - Menggunakan panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua.

Jiran - Jiran dianggap seperti keluarga sendiri.

Suara - Orang muda menggunakan suara yang rendah bila bercakap dengan orang lebih tua.

Ziarah - Orang yang datang berziarah hendaklah memberi salam.

Bersalam - Tuan rumah bersalaman dengan tetamu.

Cium - Kanak-kanak mencium tangan orang tua apabila bersalaman.

Hidang - Tetamu dihidangkan makanan dan minuman.

Bismillah - Ungkapan bismillah dibaca semasa hendak makan.

Majlis - Majlis-majlis dijalankan secara Islam.

Gotong-royong - Majlis dijalankan dengan semangat gotong-royong.

Perpaduan - Nilai-nilai perpaduan sangat diutamakan. 

[13 x 2m = Mak. 12 markah]

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

Tajuk : Zaman Gelap

Soalan Struktur

(a) Apakah ciri-ciri utama Zaman Gelap di Eropah ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 215 - 216) 


https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 33/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Pentadbiran pusat yang lemah
Kelembapan dalam ilmu pengetahuan
Kegiatan ekonomi yang terhad.
Sifat gereja yang mengongkong

[4 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(b) Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat Melayu
tradsional.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 216) 

Raja menjadi penaung utama dalam negara


Raja memiliki tanah secara mutlak
Raja menaungi pembesar
Pembesar memberi khidmat kepada raja
Rakyat memberi khidmat kepada tuan tanah / pembesar
Terdapat golongan hamba

[6 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(c) Nyatakan sebab-sebab kegiatan perdagangan di Eropah tidak begitu meluas pada Zaman Gelap.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 216) 

Gangguan orang-orang gasar


Kawasan Mediterranean dikuasai oleh pedagang Islam
Masyarakat Eropah menumpukan kepada kegiatan pertanian
Perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
Penggunaan mata wang yang terhad
Masih menggunakan sistem barter

[6 x 1m = Mak. 3 markah] 
 
 

(d) Sebutkan perubahan-perubahan yang berlaku pada Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 216) 

Gereja berperanan sebagai institusi yang universal


Gereja menjadi agen penyatuan
Berlaku peningkatan aktiviti pertanian
Berlaku pertambahan penduduk
Wujudnya kegiatan perdagangan
Kemunculan bandar-bandar
Munculnya golongan pertengahan
Rakyat terlibat dalam urusan politik

[8 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Zaman Renaissance

Soalan Struktur

Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka bidang
baru telah menyebabkan Zaman Renaissance bermula di Itali dan telah meninggalkan kesannya dalam pelbagai bidang. 
 

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Renaissance ?

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 34/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.217) 

      Renaissance bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh
cendekiawan dalam tamadun Yunani dan Rom.

[2 markah] 
 

(b) Senaraikan ciri-ciri yang terdapat di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.217) 

Kemunculan bandar-bandar yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa


Berlakunya pertembungan budaya, agama dan bahasa di bandar-bandar utamanya
Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
Kemunculan pedagang yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar
Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan
Persaingan antara bandar-bandar untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
Cendekiawan yang sering berkunjung dari bandar ke bandar membantu menyebarkan idea Renaissance
Penguasa Gereja di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan

[8 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(c) Sebutkan dua orang tokoh cendekiawan Itali yang muncul pada Zaman Renaissance.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.217- 219) 

Francesco Petrarch
Niccolo Machiavelli
Giovanni Bocaccio
Galileo Galilei
Leonardo da Vinci
Raphael
Michelangelo

[7 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(d) Nyatakan kesan-kesan yang wujud hasil daripada Zaman Renaissance.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.219 - 220) 

Kemunculan monarki baru


Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus
Sistem perdagangan semakin berkembang
Berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan
Berkembangnya ilmu pengetahuan
Lahirnya seniman dalam masyarakat
Berlaku perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik dan saintifik.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Gerakan Reformation

Soalan Esei

(a) Apakah kepincangan institusi gereja yang mendorong berlakunya gerakan Reformation di Eropah Barat pada kurun
ke-16.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.221) 


 

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 35/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Keduniaan - Pihak Gereja lebih mementingkan usaha pembangunan keduniaan.

Rasuah - Rasuah dan penyelewengan berlaku di kalangan pihak Gereja.

Cara Hidup - Cara hidup penguasa Gereja tidak selari dengan kitab Bible.

Gaya - Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan.

Agama - Gaya hidup mereka tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.

Indulgences - Penjualan sijil indulgences.

[6 x 2m =10 markah] 
 
 
 

(b) Zaman Reformation telah menimbulkan beberapa kesan yang mendalam terhadap Eropah. Jelaskan.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.222) 


 

Mazhab - Negara Eropah berpecah mengikut mazhab masing-masing

Peperangan - Perbalahan agama mengakibatkan peperangan dan kemusnahan.

Banyak - Masyarakat Eropah dikuasai oleh banyak mazhab.

Pendidikan - Timbulnya sikap toleransi antara pelbagai mazhab untuk mempergiatkan pendidikan.

Sebar - Setiap mazhab berusaha menyebarkan fahaman masing-masing.

Cabar - Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka.

Kuasa - Kuasa Gereja terhadap kerajaan semakin berkurang.

Monarki - Monarki Baru membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom. 

[8 x 2m = 10 markah]

Tajuk : Penjelajahan dan Penerokaan

Soalan Esei

(a) Huraikan faktor-faktor yang mendorong kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Erop[ah ke Timur.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.223 - 225) 


 
 

Istanbul - Penguasaan Istanbul oleh orang Islam menyebabkan orang Eropah sukar mendapat barang dagangan .

Barangan - Orang Eropah ingin mendapatkan sendiri barangan dari Timur.

Sebar - Gereja Katolik memberi galakan supaya menyebarkan Kristian.

Raja - Raja Sepanyol dan Portugal memberi galakan kepada usaha penerokaan.

Persaingan - Persaingan negara-negara Eropah untuk mendapatkan tanah jajahan.

Tordisellas - Perjanjian Tordisellas 1494 telah menetapkan pembahagian pengaruh antara Portugal dan Sepanyol.

Pelaut - Kemunculan pelaut yang berkebolehan.

Semangat - Semangat yang berani dan optimistik.


https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 36/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Slogan - Dorongan slogan “Gold, Gospel and Glory”

[9 x 2m = 8 markah] 
 
 
 
 

(b) Nyatakan kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan terhadap masyarakat di luar Eropah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.225 - 226) 


 

Perjanjian - Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah.

Syarikat - Pemerintah tempatan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah melalui syarikat berpiagam.

Pembekal - Negara luar Eropah menjadi pembekal barang keperluan masyarakat Eropah.

Emporium - Pusat emporium dunia telah dikuasai oleh kuasa Eropah.

Bolot - Kekayaan negeri jajahan dibolot oleh kuasa Eropah.

Jalan - Jalan perdagangan yang dahulunya dikuasai oleh orang Islam telah dikuasai pula oleh kuasa Eropah.

Gaya hidup - Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup Eropah.

Agama - Masyarakat peribumi menerima agama Kristian.

Masyarakat - Penghijrahan beramai-ramai orang Eropah mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah yang ditakluki.

Tamadun - Tamadun tempatan telah dihapuskan oleh kuasa Eropah.

Buruh - Buruh tempatan dieksploitasi untuk kepentingan ekonomi kuasa Eropah.

Petempatan - Munculnya petempatan orang Eropah di negara-negara yang ditakluki. 

[12 x 2m = Mak. 12 markah]

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA

                   TERHADAP EKONOMI NEGARA

Tajuk : Ekonomi Tradisional

Soalan Struktur

Kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19 telah mengubah ekonomi Tanah Melayu dari kegiatan ekonomi
tradisional yang dijalankan oleh masyarakat Melayu kepada bentuk dwiekonomi. 
 

(a) Apakah maksud dwiekonomi ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 246 – 247) 

      Dwiekonomi bermaksud wujudnya dua bentuk ekonomi secara serentak iaitu ekonomi bercorak sara diri dan ekonomi
dagangan. 

[2 markah]

(b) Berikan tiga ciri ekonomi tradisional di Tanah Melayu.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 37/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 244 – 246) 
 

Bersifat sara diri


Dalam skala kecil
Menggunakan teknologi mudah / rendah
Penggunaan buruh yang sedikit
Pasaran yang kecil
Lebihan pengeluaran digunakan semula
Lebihan pengeluaran disimpan
Menggunakan modal yang sedikit
Tiada pengkhususan pekerjaan

[9 x 1m = Mak. 3 markah] 

(c) Sebutkan kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 246 – 247) 

Menanam padi
Menanam tanaman sampingan
Menternak binatang
Menangkap ikan
Mendulang / mencari bijih
Mengumpul hasil hutan

[5 x 1m = Mak. 2 markah] 
 

(d) Nyatakan kesan-kesan daripada wujudnya dwiekonomi di Tanah Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 247) 

Industri perlombongan meningkat


Penekanan terhadap pertanian komersil
Ekonomi dikuasai oleh pemodal Eropah.
Orang Melayu kekal dalam ekonomi sara diri.
Pembangunan tidak seimbang antara negeri di pantai barat dengan negeri pantai timur Tanah Melayu
Taraf hidup tidak seimbang antara penduduk luar bandar dengan bandar.
Kemasukan buruh asing.

[7 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Perusahaan Getah

Soalan Esei

Pihak British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 tetapi penglibatan orang
Melayu dalam penanaman getah akhirnya menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan penjajah British. 
 
 

(a) Huraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 247 – 250) 


 

Revolusi - Revolusi Perindustrian di Eropah membawa permintaan yang tinggi terhadap getah

Pameran - H.N.Ridley mengadakan pameran untuk meyakinkan peladang menanam getah.


https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 38/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Agih - Beliau mengagihkan benih getah secara percuma.

Ibidem - Berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan kering).

Modal - Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah.

Syarikat - Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu untuk membuka ladang getah.

Galakan - Dasar British memberi galakan kepada pemodal asing untuk memperluaskan penanaman getah.

Sewa - Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin menanam getah.

Dividen - Memberi dividen yang tinggi dan pengecualian cukai eksport kepada syarikat pengusaha getah.

Infrastruktur - Pembinaan infrastruktur untuk menghubungkan kawasan ladang dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.

Buruh - Membawa masuk buruh dari India untuk mengatasi masalah kekurangan buruh. 

[11 x 2m = Mak. 12 markah] 


 
 

(b) Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan British di Tanah Melayu untuk menyekat penyertaan orang
Melayu dalam penanaman getah.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 261 – 262) 


 

Akta - Meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu yang melarang penanaman getah dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu

Enakmen - Meluluskan Enakmen Tanah Padi melarang penanaman getah di atas tanah padi

Premium - Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan

Buka - Pembukaan tanah baru untuk penanaman getah dilarang

Stevenson - Rancangan Sekatan Stevenson menghadkan pengeluaran getah oleh pekebun kecil

RPGA - Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa menetapkan kuota yang lebih rendah kepada pekebun kecil

Bantuan - Bantuan teknikal dan insentif kewangan tidak ditawarkan kepada pekebun kecil 

[7 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Penggunaan Tenaga Buruh Luar

Soalan Struktur

Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh tempatan akibat kepesatan pembangunan sektor pertanian dan
perlombongan, pihak British telah membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi
di Tanah Melayu.  
 

(a) Apakah faktor-faktor yang mendorong buruh dari Cina dan India datang ke Tanah Melayu ?

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 253) 

Galakan kerajaan British


Penghijrahan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
Wujud hubungan tradisi antara India dengan Tanah Melayu
Kepesatan ekonomi Tanah Melayu
Kestabilan politik

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 39/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
[5 x 1m = Mak. 3 markah] 
 

(b) Sebutkan cara kemasukan buruh-buruh tersebut ke Tanah Melayu.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 253-255)

      Buruh dari Cina

Sistem tiket kredit


Sistem pengambilan kakitangan
Sistem pengambilan rumah kongsi

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

      Buruh dari India

Sistem buruh bebas


Sistem kontrak
Sistem kangani

[3 x 1m = Mak. 2 markah] 
 
 

(c) Nyatakan kesan-kesan daripada peningkatan jumlah kemasukan imigran tersebut.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 264) 

      - Pembentukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu

Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum


Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
Tidak terdapat interaksi antara kaum
Tidak ada perpaduan antara kaum

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Penggunaan Tenaga Buruh Luar

Soalan Esei

(a) Huraikan cara kemasukan buruh dari Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 252 – 255) 

(i) Kemasukan buruh Cina 

Kredit - Melalui sistem tiket kredit, bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).

Nakhoda - Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan.

Perjanjian - Golongan sin kheh perlu membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan
untuk tempoh tertentu.

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 40/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Tiket - Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.

Pemborong - Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka.

Kakitangan - Melalui sistem pengambilan kakitangan, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China
untuk mendapatkan buruh.

Perbelanjaan - Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.

Iring - Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

Kongsi - Di bawah sistem pengambilan rumah kongsi, pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik
oleh sesebuah rumah kongsi.

Biayai - Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi. 

(ii) Kemasukan buruh India 

Bebas - Buruh India memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas iaitu datang sendiri dengan biayaan masing-masing.

Kontrak - Melalui sistem kontrak, majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.

Bekerja - Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

Kangani - Melalui sistem kangani, seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk
mencari tenaga buruh.

Wang - Kangani diberi wang untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu. 

[15 x 2m = Mak. 12 markah] 


 

(b) Nyatakan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mengawal wabak penyakit di Tanah Melayu pada penghujumg
abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 269) 

Hospital - Menubuhkan hospital kerajaan di Kuala Lumpur dan Taiping.

Pusat - Membina pusat kesihatan kecil

Perseorangan - Membina hospital atas sumbangan orang perseorangan seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.

Institut - Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun 1900.

Kaji - Institut ini membuat kajian punca penyakit dan langkah mencegah.

Kebersihan - Menitikberatkan kebersihan dan kesihatan di bandar-bandar.

Sanitary - Menubuhkan Sanitary Board untuk menjaga kebersihan bandar Kuala Lumpur dan bandar- bandar di Perak.

Jabatan - Menubuhkan Jabatan Kesihatan untuk mengambil alih tugas Sanitary Board menjaga kesihatan. 

[8 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Pembandaran 

Soalan Esei 
(a) Huraikan proses perkembangan bandar-bandar baru di Tanah Melayu pada abad ke-19.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 263 – 264) 


 

Sumber - Perkembangan pesat ekonomi di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi menyebabkan berlakunya proses
pembandaran.

Perlombongan - Pekan berhampiran kawasan perlombongan menjadi pusat mengumpul hasil lombong.
https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 41/42
3/1/2019 https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1
Penduduk - Pekan ini mengalami pertambahan penduduk.

Keperluan - Pekan ini berfungsi menyediakan keperluan harian kepada pelombong-pelombong.

Pentadbiran - Pekan ini berkembang menjadi bandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran.

Infrastruktur - Bandar-bandar baru yang muncul dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.

Pengangkutan - Perkembangan sistem pengangkutan turut mempengaruhi kewujudan bandar-bandar baru.

Kedudukan - Kedudukan bandar yang strategik membolehkannya menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan
kawasan lain.

Pertanian - Pertanian komersil mempengaruhi perkembangan bandar baru.

Pelabuhan - Produk getah dan bijih timah menjadikan bandar muncul sebagai bandar pelabuhan.

Pembangunan - Pembangunan oleh kerajaan British di kawasan tertentu menyebabkan banyak bandar muncul di pantai Barat
Tanah Melayu. 

[11 x 2m = Mak. 10 markah] 


 

(b) Huraikan perkembangan sistem perhubungan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu

      sehingga awal abad ke-20.

      (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 267 – 269) 


 

i. Jalan Kereta Api 

Pertama - Jalan kereta api yang pertama dibina menghubungkan Taiping dengan Port Weld pada 1885.

Lain - Jalan kereta api yang lain turut dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan dengan pelabuhan. Contohnya
Kuala Lumpur – Port Swettenham (1889), Seremban – Port Dickson (1891) dan Ipoh – Telok Anson (1895)

Semua - Menjelang 1904, semua kawasan perlombongan mempunyai perkhidmatan kereta api.

Siam - Jalan kereta api menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam siap pada 1918.

Gemas - 1931 jalan kereta api menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke Siam siap dibina.

Singapura - Menjelang tahun 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu disambung hingga ke Singapura. 
 

ii. Jalan Raya 

Denai - Jalan denai dan jalan kereta lembu digantikan dengan jalan raya.

Selangor - Menjelang 1895, Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2 400 km. 

Perai - Pada tahun 1911 jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka disiapkan.

Perlis - Antara 1911 hingga 1928 jalan raya menghubungkan Perlis dengan Singapura disiapkan.

Hubung - Jalan raya antara Kuala Lumpur dengan Kuantan dibuka untuk memudahkan perhubungan negeri-negeri di pantai
Barat dengan pantai Timur Tanah Melayu. 

[11 x 2m = Mak. 10 markah]

https://sites.google.com/site/aididza/notasejaraht42?tmpl=%2Fsystem%2Fapp%2Ftemplates%2Fprint%2F&showPrintDialog=1 42/42

You might also like