You are on page 1of 15

SEPT.

2018 PENGGAL 3
940/3 STPM
SEJARAH MALAYSIA & ASIA TENGGARA
(1800-2000)
KERTAS 3
(Dua jam)
SMK KAPIT (YEE 7101)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:


Jawab DUA soalan di Bahagian A dan DUA soalan di Bahagian B sahaja.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Bahagian A (Sejarah Malaysia)


[40 Markah]

1. Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah


berperanan  mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan. [ 20 ]

2. Jelaskan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang


diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19. [ 20 ]

3. Huraikan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada


awal abad ke-20. [ 20 ]

Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara)


[40 Markah]

4. Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja yang


diamalkan di Vietnam sebelum kedatangan kuasa barat. [ 20 ]

5. Huraikan proses campur tangan British di Burma (Myanmar) pada kurun ke-19.
[ 20 ]

6. Isu agama merupakan faktor meletusnya Perang Jawa (1825 – 1830) di antara
Diponegoro terhadap pentadbiran Belanda di Indonesia. Bincangkan. [ 20 ]

SOALAN TAMAT

Di sediakan oleh: Disahkan oleh:

TEOH SAY BENG JARGALIA ANAK LIDEK


Guru Akademik Ting. Enam Pen. Kanan Ting. Enam
SMK KAPIT. SMK KAPIT.
SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SEJARAH 940/3
TAHUN 2018

Bahagian A (Sejarah Malaysia)


SOALAN 1:
Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah
berperanan  mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.

Pengenalan
Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu tradisional adalah bercorak feudal.
Masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah
dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang
kecil tetapi mempunyai kuasa dan  pengaruh dalam masyarakat Melayu tradisional.
Golongan pemerintah terdiri daripada golongan sultan atau raja, kerabat diraja,
pembesar dan  ulama. Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang
merdeka, rakyat asing dan golongan hamba.

Isi
Golongan Yang Diperintah
Golongan  ini berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat
atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.

1. Golongan merdeheka/bebas
Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.
Rakyat Biasa
Rakyat biasa merupakan penduduk pribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri
tertentu. Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing
seperti berniaga, menangkap ikan, melombong, tukang mahir dan sebagainya.
Rakyat biasa merupakan pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah.
Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan
menjalankan semua suruhan pembesar, misalnya dalam sistem kerah dan serah.
Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerja-kerja raja dan para pembesar.  Mereka
dikerah untuk membina serta membaiki jalan, membina tambak, masjid, parit, dan
benteng pertahanan.  Rakyat akan dikerah membersihkan sungai, membersihkan
hutan belantara dan sebagainya.  Mereka tidak tahu tempoh masa yang diperlukan
untuk melakukan kerja-kerja tersebut.  Kadang-kadang mereka akan berkhidmat jauh
daripada kampung untuk tugas-tugas seperti menarik bot untuk perjalanan dan
mengangkut barang-barang.  Mereka dikerah untuk membuat persediaan berperang
dan menyediakan kelengkapan berperang. Ketika peperangan atau untuk
mempertahankan daerah dari serangan luar, rakyat biasa akan menyumbangkan
tenaga kepada para pembesar. Apabila Sultan memerlukan tentera, rakyat akan
dikerah dan mereka wajib menyertainya.

Rakyat Asing.
Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negara
asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri
serta orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.  Orang
asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di
Tanah Melayu.  Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang
paling ramai di Tanah Melayu.  Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi
dan kebudayaan tempatan Melayu.  Namun mereka tidak terkecuali daripada hukum-
hukum adat dan undang-undang negeri seperti yang dikenakan kepada rakyat biasa.

2. Hamba
Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat
Melayu tradisional.  Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada
tiga kumpulan, iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja.  Hamba
menjadi lambang ketinggian martabat bagi orang yang memilikinya.  Lebih ramai
hamba, maka lebih tinggilah taraf sosial seseorang sebagai anggota masyarakat dan
semakin kukuhlah ekonomi tuannya.
Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba.
Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh
keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya.  Manakala hamba berhutang
merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang.
Hamba berhutang akan bebas apabila  nilai hutang tersebut habis  setelah bekerja
dengan tuannya. Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.
Selain itu, hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan
kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada
tawanan perang.  Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan
semua hamba. Mereka akan menjadi hamba secara turun temurun.  
Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut
dan sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah.  Hamba lelaki akan melakukan
tugas-tugas pertanian seperti membajak, menanam, menuai, dan memugar tanah
baharu. Ada juga hamba lelaki yang mengikut tuannya berdagang/berniaga. Hamba
perempuan membuat kerja-kerja di rumah atau menjadi dayang kepada pemerintah.
Mereka akan memasak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air, membelah kayu
dan menganyam untuk tuannya. Kadangkala mereka akan menuai padi.  Ada dalam
kalangan hamba perempuan yang ditugaskan memperoleh pendapatan bagi tuan
mereka dengan cara menjadi pelacur.

Kesimpulan
Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun.
Setiap golongan mempunyai tugas dan peranan masing-masing.   Kedudukan
susunan masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan
atasan (golongan pemerintah) sebagai satu golongan yang menguasai dan
mempunyai kepentingan politik dan ekonomi.  Sementara lapisan bawahan
(golongan yang diperintah) berfungsi sebagai golongan yang memainkan peranan
daripada segi fizikal, moral dan tradisi kemasyarakatan dan menjadi penyokong
utama institusi raja dan pembesar.   Kelancaran sistem sosial  ini telah menyumbang
kepada kestabilan politik kerajaan yang memerintah secara turun-temurun.   Setelah
campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur masyarakat
Melayu tradisional telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan
golongan pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

SOALAN 2
Jelaskan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19.

Pengenalan
Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Sumatera. Adat ini diamalkan di Negeri
Sembilan, Naning dan kawasan sempadan Melaka.
Adat ini dibawa oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang.
Adat ini merupakan yang tidak bertulis dan pepatah yang diwariskan secara lisan.
Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di
negeri-negeri Melayu.
Adat Temenggung diperkenalkan oleh Datuk Ketemenggungan diamalkan di semua
negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat
Perpatih. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan
Hukum Syarak bermazhab Shafie.
Terdapat beberapa perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung dari segi
sifatnya, perkahwinan, pentadbiran, perundangan dan pembahagian harta.

Isi-Isi
(a) Jurai Keturunan
Mementingkan jurai keturunan sebelah nasab ibu atau matrilineal.
Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat.
• kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta.
• nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu.
• anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.

Manakala, dalam Adat Temenggung, kaum lelaki mempunyai kedudukan dan lebih
diutamakan atau bersifat patrilineal dalam keluarga.
• anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta.
• susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki.
• Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

(b) Perkahwinan
Dalam Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami iaitu dari suku berbeza.
Perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara
sesama suku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara serta dianggap
telah melanggar adat dan akan dibuang daerah.
Suami dikenali sebagai Orang Semenda iaitu bertanggungjawab menyediakan
kediaman untuk isteri dan anak-anaknya, tempat kediaman atau rumah kemudiannya
menjadi hak isteri.

Manakala dalam Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa


sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan.
• sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya
diceraikan oleh suami barunya.
• dilarang berkahwin dengan perbezaan agama.

(c) Pentadbiran
Adat Perpatih bersifat demokrasi.
• kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, Perut/masyarakat ramai.
• pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap
peringkat.
• masyarakat akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih
Undang dan Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar.

Manakala, dalam Adat Temenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan


• pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar dengan
jawatan tertentu dan pembesar di peringkat wilayah.
• Sultan melantik pembesar.
• ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung.
• Sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara.
• anak lelaki Sultan merupakan pewaris takhta.
• sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki Sultan akan mewarisi takhta.
• jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendahara akan menjadi Sultan.
• keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara Sultan dengan
pembesar.

(d) Perundangan
Dalam Adat Perpatih, undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia.
bertimbang rasa dan berunsur pemulihan.
• kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi.
• ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar
dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian
barangnya, dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
• Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman
bunuh.
• Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain.

Manakala, dalam Adat Temenggung, undang-undang jenayahnya lebih tegas untuk


memberi pengajaran.
• hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh.
• Raja akan menjatuhkan hukuman dan boleh memberi pengampunan.

(e) Semangat Kesukuan


Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku.
• setiap ahli keluarga berasaskan kepada suku.
Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih.

(f) Pembahagian harta


Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga.
• harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa
persetujuan ahli keluarga.

Manakala dalam Adat Temenggung, harta milik individu.


• pindah milik harta dan penjualan ditentukan pemilik harta berkenaan.

Kesimpulan
Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau
bagaimanapun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk
melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan
berdisiplin, menghormati sesama manusia, dan mematuhi adat istiadat.
Kedua-dua adat mengalami perubahan selepas kedatangan British pada 1874.
Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu
pada waktu dahulu (sekitar abad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini
khususnya Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.
SOALAN 3
Huraikan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
pada awal abad ke-20.

Pendahuluan
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa
kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada
pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman
ekonomi dan budaya asing.
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu adalah sama dengan gerakan di negara
Asia lain (kecuali Thailand). Gerakan ini merupakan satu tindakbalas terhadap
penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk
menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara
yang bebas dan berdaulat.

Isi-isi penting
1.  Pengaruh Agama Islam
§   Peranan agama Islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang
Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan
dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah,
khususnya pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir yang telah
terpengaruh dengan idea pemulihan Islam Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh
Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah
Melayu dan dikenali sebagai Kaum Muda.
§   Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui
majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi
mereka.

2.   Peranan Bahasa dan Kesusasteraan


§   Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan,
sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan
semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan
penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan
membangkitkan semangat mereka untuk bersatu.
§   Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat
Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji
Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui
novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan
Ishak Haji Muhammad dapat dilihat melalui penceritaan beliau tentang
kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemerintahan di
negeri-negeri Melayu.

3.   Pengaruh Kewartawanan


§   Pada tahun 1920-an  dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin
bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak
sebagai alat pembuka fikiran. Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan
perjuangan mereka.
§   Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang
Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar
ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi,
dan Malayan Union. Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama
memeinkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak
orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.

4.   Peranan Pendidikan


§   Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intelektual Melayu pada
awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama: Sistem pendidikan Pondok
memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat
Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai akan melanjutkan pendidikan
ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah,
mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh
Muhammad Abduh, pensyarah Universiti Al-Azhar, Mesir.
§   Sistem Pendidikan Inggeris: Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di
Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual
berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan
Inggeris khasnya di Raffles Institution. Antara tokoh yang mendapat pendidikan
Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos Abdullah. Mohammad Eunos
merupakan ahli Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Selat dan Raja Chulan pula
merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka mengunakan peluang
yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang
Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.
§   Sistem Pendidikan Melayu. Pada abad ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu
mula berkembang dan menyebabkan kekurangan tenaga pengajar. Untuk
memenuhi kekurangan ini, pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI telah menjadi tempat perkumpulan
dan pertemuan golongan intelektual Melayu. Pergaulan dan perbincangan
mereka telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan memperbaiki
nasib orang Melayu. Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan
semangat dan keazaman ini

5.   Peranan Golongan Intelektual


i.    Golongan intelektual Berpendidikan Timur Tengah
§   Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiah di Tanah
Melayu tidak mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang
mempelopori Gerakan Islah. Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam
masih boleh diselamatkan sekiranya diberi petunjuk hakikat ajaran Islam yang
sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam alQuran dan Hadis.
§   Kaum Muda menggesa mewujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal
dengan memasukan Bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping
Bahasa Arab. Gerakan Islah oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di
Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluarkan di Negeri-negeri Melayu
untuk menghalang pengaruh Kaum Muda.
§   Pada pertengahan abad ke-20, perjuangan golongan ini semakin pudar.
Perjuangan nasionalisme telah diambilalih oleh golongan intelektual
berpendidikan Inggeris dan Melayu.

ii.   Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris


§   Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu
bimbang penguasaan ekonomi olah bangsa asing. Golongan ini bersikap
sederhana dan sanggup bekerjasama dengan penjajah.
§   Sebagai langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu
mempertahankan hak-hak mereka, Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan
Kesatuan Melayu Singgapura (KMS).

iii.  Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu


§   Golongan ini lebih radikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan
Timur Tengah dan Inggeris.  Kewujudan golongan radikal ini telah menyebabkan
perjuangan orang Melayu antara tahun 1937-1941 berubah corak daripada
sederhana kepada berunsur politik dan agresif.
§   Golongan ini menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu. Golongan ini berkerjasama dengan Jepun semasa
Perang Dunia Kedua dengan harapan Jepun dapat membebaskan tanah air
mereka dari penjajahan British.

Penutup
Menjelang awal abad ke-20, terdapat masyarakat majmuk yang termasuk imigran
China dan India di Tanah Melayu. Namun gerakan nasionalisme dalam kalangan
mereka lebih tertumpu kepada negara asal mereka di China dan India sahaja.
Walau pun gerakan nasionalisme orang Melayu bermula dengan agak perlahan,
penjajahan British ke atas Tanah Melayu dan beberapa peristiwa yang berlaku di
dunia telah membangkitkan kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka
di tanah air mereka sendiri. Ia telah mencetus semangat nasionalisme dalam
kalangan orang Melayu dengan tekad untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
penjajahan British.
Bahagian B (Sejarah Asia Tenggara)

SOALAN 4
Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja yang
diamalkan di Vietnam sebelum kedatangan kuasa barat.

Pengenalan.
Sistem beraja/maharaja merupakan satu bentuk pemerintahan yang wujud di Asia.
Institusi ini menjadi kuasa penentu dalam perjalanan pentadbiran kerajaan.
Kedudukan mereka sangat dipentingkan kerana kedudukan maharaja/raja hampir
dengan kedudukan Tuhan. Raja/ maharaja dianggap tonggak pemerintahan yang
merupakan ketua negara. Selain memerintah negara raja juga memainkan peranan
dalam menyatupadukan rakyat, memastikan keamanan negara dan mengekalkan
perpaduan rakyat. Konsep beraja ini sangat sempurna sehingga tiada cacat cela dan
konsep ini amat mempengaruhi sistem kepercayaan rakyat. Kedudukan
raja/maharaja ditentukan oleh agama yang dianuti kerana agama akan menentukan
peranan dan ketinggian maharaja.

Isi-isi.
SISTEM KEMAHARAJAAN DI VIETNAM
Maharaja Vietnam ditabalkan oleh wakil kerajaan China. Jawatan ini diwarisi turun
temurun secara warisan oleh keluarga tertentu seperti Nguyen, Tu Duc atau Minh.
Sistem beraja di Vietnam dipengaruhi oleh konsep mandat dari syurga dan ajaran
Confucianisme dari China. Maharaja merupakan ketua negara dan ketua kerajaan
yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan.
Maharaja di Vietnam berperanan sebagai pemerintah dan ketua
negara/keagamaan. Maharaja berkuasa mutlak. Maharaja dianggap sebagai Thein-
Tu atau anak Tuhan yang mendapat mandat dari syurga untuk memerintah negara.
Maharaja Vietnam dipanggil Anak Syurga iaitu timbalan kuasa alam sejagat di dunia.
Ujian sama ada seorang maharaja Vietnam seorang Anak Syurga yang berjaya atau
tidak terletak pada kebolehan dan amalannya menetapkan satu taraf hidup yang
minimum untuk rakyatnya. Banjir atau kemarau mengejut yang merosakkan
kehidupan kaum tani Vietnam ditafsir sebagai pernyataan kosmik yang menolak
seorang maharaja dari takhta kerajaan.
Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dalam pemerintahan yang berperanan
melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat dan memberi mandat kepada
mereka untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayani
aduan rakyat, meraikan duta-duta asing, dan lain-lain berkaitan dengan hal
pentadbiran. Dalam hal keagamaan maharaja merupakan ketua agama atau ketua
rumah berhala. Maharaja juga terlibat dan bertanggungjawab dalam upacara
keagamaan yang dikendalikan oleh golongan bangsawan atau pendeta
Perkaitan antara daya pengeluaran pertanian dan ketinggian akhlak maharaja
begitu kuat. Contohnya Maharaja Minh Mang (1820-1841) akan membatalkan
jamuan istana jika ia menerima berita yang sebuah benteng telah pecah di wilayah
utara Vietnam. Sebagai pelindung syurga, maharaja akan sujud, sembahyang dan
mengorbankan seekor kerbau kepada syurga di akhir setiap musim sejuk di luar ibu
negerinya iaitu di Altar Selatan atau Nam Giao. Sebagai penaung kepada aktiviti
pertanian, maharaja juga melakukan satu ritual iaitu membajak dengan bajak
sepenuh emas di setiap musim, sementara ahli nujum istananya diberi tugas
mengeluarkan takwim tentang pertanian tahun tersebut.

Keluarga Diraja Vietnam menyatupadukan hubungan alam dan manusia dengan


politik dan ideologi. Maharaja dikehendaki menjadi sarjana, seorang guru Confucius,
seorang yang boleh menjadi contoh akhlak yang baik dan seorang mahaguru.
Maharaja Minh Mang sendiri adalah seorang sarjana dan mempunyai pendidikan
Confucius yang baik.
Dari segi ekonomi maharaja juga berkuasa penuh terhadap tanah, buruh,
hasil pertanian, kegiatan perdagangan, perkhidmatan dan aktivti mengutip cukai.
Maharaja berkuasa untuk melantik beberapa pegawai atau pembesar sebagai wakil
untuk menjalankan perkara-perkara berkaitan dengan cukai, duti import serta eksport
barangan tempatan juga termasuk berkuasa terhadap ibu kota yang juga merupakan
pusat pemerintahan dan perdagangan utama. Maharaja juga mewujudkan hubungan
baik dengan penduduk di kawasan pedalaman kerana wujud keperluan antara kedua
pihak dari segi punca kuasa, pembekalan bahan mentah dan sumber barangan
tempatan untuk dipasarkan di ibu kota.
Maharaja juga bertindak sebagai ketua hakim dan penggubal undang-
undang. Baginda berada di atas undang-undang dan tidak boleh didakwa atas
kesalahnnya. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undang-
undang seterusnya berkuasa dalam segala hal. Maharaja juga berperanan sebagai
ketua tentera atau ketua panglima tentera.

Kesimpulan.
Maharaja Vietnam memerintah atas konsep mandat dari syurga dan menjadi
pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak dan tertinggi. Kekuasaanya meliputi
segala aspek kehidupan masyarakat. Walau bagaimanapun kuasa mutlak maharaja
telah dilenyapkan oleh Perancis setelah berjaya menjajah seluruh Vietnam dan
Indochina.
SOALAN 5
Huraikan proses campur tangan British di Burma (Myanmar) pada kurun ke-19.

Pengenalan
Kemaraan British di Burma dijalankan secara tiga peringkat iaitu melalui Perang
Inggeris-Burma I (1824-1826) yang mengakibatkan perampasan Arakan dan
Tenasserim oleh British. Peperangan ini menyebabkan Burma terpaksa
menandatangani Perjanjian Yandabo. Akibat dari rasa tidak puas hati kedua pihak
menyebabkan Perang Inggeris-Burma II (1856) yang membolehkan British
merampas Burma Hilir. Perang Inggeris-Burma III telah membawa kepada
penaklukan Burma Hulu dan berakhirnya pemerintahan Dinasti Konbaung di Burma..

Isi
Proses Campur Tangan British Di Burma
Faktor-Faktor Perang British-Burma 1
Masalah Pelarian Orang-Orang Arakan
Hubungan antara British-Burma mula mengalami krisis sejak pemerintahan Raja
Bodawpaya. Raja Bodawpaya telah menjalankan dasar peluasan wilayah. Pada
tahun 1784, wilayah Arakan yang bersempadan dengan wilayah British-India telah
ditawan. Arakan telah dikalahkan dan diletakkan di bawah penguasaan Burma. Raja
Bodawpaya bertindak kejam ke atas penduduk Arakan. Baginda telah merampas
harta benda penduduk untuk dibawa balik ke Amarapura. Ramai penduduk telah
dihukum bunuh, dikerah tenaga penduduk untuk menjadi askar dan membuat kerja-
kerja pembinaan pagoda tanpa tanpa dibayar upah dan ianya telah membangkitkan
kemarahan orang-orang Arakan. Mereka telah bangkit menentang melalui beberapa
siri penentangan pada 1794, 1799, dan 1811 tetapi gagal.
Bagi mengelakkan serang balas daripada tentera Bodawpaya, pemberontak Arakan
telah melarikan diri ke Chittagong yang merupakan wilayah British dan ianya tidak
disenangi oleh British seterusnya mencetuskan masalah sempadan antara kedua-
dua iaitu Burma dan British di India. Raja Bodawpaya meminta British menyerahkan
pemberontak Arakan yang mendapatkan perlindungan British tetapi permintaan
tersebut tidak dihiraukan oleh British. Tentera Burma telah memasuki wilayah British
dan mendirikan pangkalan tentera di seberang Sungai Naaf untuk menangkap
pemberontak itu. Keadaan ini menyebabkan British tidak berpuas hati dan ini
merenggangkan hubungan antara British dengan Burma.

Pemberontakan Chin Byan


Pemberontakan Chin Byan berlaku pada tahun 1811. Chin Byan telah mendirikan
sebuah pengkalan tentera di Chittagong dalam wilayah British. Beliau telah
melancarkan beberapa serangan ke atas wilayah Burma dan berjaya menawan
Mrohaung. Tentera Myanmar telah menyerang balas dan cuba menangkapnya tetapi
gagal dan telah berjaya melarikan diri dan memasuki Chtittagong dengan mudah.
Bodawpaya telah menuduh British memberi perlindungan dan membantu Chin Byan
menyerang Myanmar tetapi British menafikannya. Tuduhan Burma atas alasan Chin
Byan mampu mengumpulkan 20000 orang tentera dan dapat menyeberangi
sempadan Arakan menggunakan perahu yang banyak. British juga telah
menjalankan usaha untuk menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya. Kegagalan ini
menyebabkan maruah British jatuh dan hubungan diplomatik antara keduanya
semakin rumit dan tegang. Ketegangan ini berlanjutan walaupun Chin Byan mati
pada tahun 1815.

Penolakan Hubungan Diplomatik


British perlu menjalinkan hubungan baik dengan Burma atas kepentingan
perdagangan. British berminat menguasai perdagangan di Burma kerana ia kaya
dengan kayu jati untuk perusahaan perkapalan. Penguasaan ke atas Burma perlu
untuk menjamin bekalan yang secukupnya. Tambahan pula, British berhasrat
menjadikan Burma sebagai tempat memasarkan barangan industri Britain.
Kedudukan Burma penting untuk meluaskan dan memantapkan lagi penguasaan
ekonomi British di Asia.
British telah menghantar wakilnya Kapten Michael Symes pada 1795 untuk
berunding dengan Istana Ava. Beliau ditugaskan untuk berunding dengan
pemerintah Burma (Raja Bodawpaya) berhubung menyelesaikan masalah sempadan
Arakan, merundingkan perjanjian perdagangan dengan Burma, menutup pelabuhan
Burma kepada perdagangan Perancis dan membincangkan pelantikan seorang wakil
British di Burma.
Hasilnya Raja Bodawpaya bersetuju menerima seorang Residen British tetapi
keberatan untuk menutup pelabuhannya kepada perdagangan Perancis serta
enggan menyelesaikan masalah sempadan Arakan selagi pemberontak di Arakan
tidak diserahkan kepada baginda. Oktober 1796, Kapten Hiram Cox telah dihantar
sebagai Residen British di Myanmar. Malangnya, beliau tidak disukai kerana tingkah
lakunya yang bongkak dan sering kali menghina rakyat Burma telah menimbulkan
kebencian Istana Ava dan masyarakat Burma. Kapten Hiram Cox akhirnya
ditangkap oleh tentera Burma dan setelah dibebaskan beliau membuat kenyataan
kepada British di India bahawa Raja Bodawpaya hendak menyerang Chittagong dan
Assam. Keadaan ini menambahkan lagi ketegangan hubungan antara kedua kuasa.
British kemudiannya menghantar John Cannings sebagai Residen British kedua.
Beliau juga tidak dapat bertugas lama di Burma kerana layanan tidak baik daripada
pemerintah. Keadaan ini merenggangkan lagi hubungan antara British dengan
Burma. Peperangan dianggap sebagai jalan penyelesaian kerumitan hubungan
antara dua pihak.

Pertentangan Kebudayaan
Burma merupakan sebuah kuasa yang konservatif dan angkuh, berasa dirinya tidak
boleh dikalahkan. Kejayaan Alaungpaya menyatukan Burma menundukkan puak-
puak Mon, Shan dan puak lain serta pemusnahan kota Ayuthia oleh Hsinbusyin
menambah lagi kepercayaan orang Burma tentang ketinggian kebudayaan dan
kekuatan negara mereka. Raja-raja Burma berpendapat bahawa mereka mempunyai
taraf yang sama dengan kuasa-kuasa asing. Dengan itu, Burma hanya akan
menjalinkan hubungan dengan Raja England sahaja dan bukan dengan Wizurai
India. British marah kerana mendapat layanan yang kurang baik dan dianggap hanya
sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menyembah Raja Burma seperti
menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum menghadap Raja.
British menganggap ini satu penghinaan. Keadaan ini merenggangkan lagi hubungan
antara dua kuasa tersebut.

Ancaman Perancis
Perancis yang sedang berusaha untuk meluaskan pengaruh di Burma merupakan
musuh British kerana dasar perluasan kuasa Perancis. Mereka pernah berperang di
India pada tahun 1770 dan 1780. Perjanjian Tilsit 1807 antara Napoleon dengan
Tsar Alexander I Rusia membimbangkan British kerana ia memungkinkan Perancis
bergerak melalui Rusia dan menyerang India. Memandangkan Burma berkongsi
sempadan dengan India, British tidak mahu bermusuhan dengan Burma kerana
khuatir negara itu cuba mendapatkan bantuan Perancis. British juga curiga
kemungkinan Perancis akan menggunakan peluang ini untuk menjadikan Burma
sebagai pangkalan tentera bagi menyerang British di India. Jika ini terjadi, hasrat
British untuk menguasai perdagangan kayu jati di Burma dan menggunakan Burma
sebagai jalan ke China akan terjejas.
Penghantaran utusan Perancis pada 1783 untuk membincangkan hak perdagangan
dengan Raja Bodawpaya mencetuskan kebimbangan British. Tambahan pula,
Perancis telah bertapak di Pulau Mergui dan menjadikan lokasi tersebut sebagai
pangkalan membaiki kapal-kapal mereka di Asia Tenggara. Bagi menyekatkan
perluasan kuasa Perancis di Burma, Kapten Michael Symes telah dihantar untuk
meminta supaya kerajaan Burma menutup pelabuhannya kepada Perancis tetapi
tidak dipersetujui oleh Raja Bodawpaya. British juga menyedari kekuatan tentera
Burma dan keadaan huru-hara di Burma. Keadaan ini disenangi oleh British kerana
diharapkan pemberontak Arakan akan melemahkan Burma dan tidak akan
mengancam kepentingan British di India. Hal ini membolehkan British mendesak
Burma supaya memberi konsesi perdagangan kepada mereka.

Dasar Campurtangan Burma Di Assam, Manipur Dan Cachar


Pada 1879, Raja Bodawpaya mangkat dan digantikan oleh cucunya Bagyidaw.
Baginda meneruskan dasar perluasan kuasa dengan bantuan General Maha
Bandula yang bercita-cita untuk meluaskan kuasa ke Assam, Manipur dan Benggala
Timur. Kegagalan Raja Manipur menghadirkan diri ke hari pertabalan Raja Bagyidaw
digunakan sebagai alasan oleh Maha Bandula untuk menyerang Manipur. Raja
Manipur dan rakyatnya telah melarikan diri ke Cachar dengan diburu oleh tentera
Burma. Keadaan ini memaksa pemerintah Cachar melarikan diri ke Chittagong dan
cuba mendapatkan bantuan British. Kerajaan British sedar bahawa sekiranya Cachar
jatuh ke tangan Burma, kedudukan Benggala Timur akan terancam. Oleh itu, demi
mencegah kemaraan Burma, British segera mengisytiharkan pertuanannya ke atas
Cachar, Manipur dan Assam.

Penawanan Pulau Shahpuri


Pada 1823, tentera Burma telah menyerang Pulau Shahpuri dan Sungai Naaf.
Tindakan Burma ini mencetuskan kebimbangan British kerana British telah mengakui
pulau tersebut kepunyaannya dan sebuah kubu pertahanan telah didirikan di situ.
Ekoran itu British mendesak agar tentera Burma bergerak meninggalkan pulau itu.
Meskipun, pulau itu dapat ditawan semula oleh British namun kedegilan Maha
Bandula yang meneruskan usaha untuk menyerang Chittagong menambahkan
kebencian British. Alasan ini digunakan oleh British untuk menunggu masa yang
sesuai bagi melancarkan serangan ke atas Burma. Sebelum ini British sedang
berperang di Mysore dan Maratha di India. Sebaik sahaja peperangan ini tamat,
British di bawah Gabenor Jeneral Lord Amherst telah mengisytiharkan perang ke
atas Burma pada 5 Mac 1824 dan bermulalah Perang Inggeris-Burma I.
Permulaan campur tangan British di Burma dimulai dengan termeterainya Perjanjian
Yandabo pada 24 Februari 1826 akibat kekalahan Burma dalam Perang Inggeris-
Burma I.
Syarat-syarat Perjanjian Yandabo:
a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada British.
b) Burma berjanji tidak akan meluaskan kuasanya atau campur tangan di
sempadan timur laut India.
c) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutan ke atas Assam dan Manipur
dan tidak akan campur tangan dalam hal ehwal kedua-dua negeri itu.
d) Burma bersetuju membayar ganti rugi 10 juta Rupee kepada British.
e) Burma bersetuju menerima seorang Residen British untuk menjalinkan
hubungan diplomatik.
f) Burma bersetuju menghantar seorang duta ke Calcutta untuk menjalinkan
hubungan diplomatik.
g) Burma bersetuju merundingkan satu perjanjian perdagangan dengan British.

Perjanjian ini menjatuhkan maruah Burma sebagai sebuah negara yang agong
dengan teruk kerana kekalahan tenteranya kepada British dan terpaksa menerima
konsep persamaan taraf yang dibawa oleh British. Dianggarkan 15000 orang tentera
Burma mati dalam peperangan. Melalui perjanjian ini juga British berjaya mengambil
alih wilayah Burma yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenasserim dan Arakan.
Penguasaan ini juga membolehkan British bergerak secara aktif untuk menguasai
perdagangan kayu jati dan wilayah ini juga dijadikan sebagai satu tapak kukuh untuk
meluaskan kekuasaan mereka di seluruh Burma tanpa gangguan kuasa Perancis.
Tambahan pula, penyerahan Assam oleh Burma telah membolehkan Kerajaan
British di India memperolehi suatu sempadan timur yang lebih selamat.
Akibat daripada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan serta perasaan
tidak puas hati yang timbul akibat Perjanjian Yandabo yang dianggap berat
sebelah oleh Burma, Perang Inggeris-Burma II meletus dan menyebabkan Burma
dapat dikalahkan dengan mudah sekali lagi. Kemenangan British sekali lagi
membuktikan kelemahan tentera Burma. Dalam tempoh masa yang singkat (8 bulan)
seluruh wilayah Pegu telah jatuh ke tangan British. Dengan penaklukan Pegu
bermakna seluruh Burma termasuk Rangoon, Martaban dan Bassein turut dikuasai
British. Sehingga Disember 1852 telah memperlihatkan perluasan kuasa British di
selatan Burma. Penguasaan ke atas Tenasserim dan Pegu yang memiliki ke semua
pelabuhan perdagangan terpenting menjadikan Burma sebagai sebuah negara yang
terpencil dan tertutup. Perang Inggeris-Burma II membawa kepada kejatuhan kuasa
Raja Pagan Min. Sekali lagi peperangan di antara British dan Burma tidak dapat
dielakkan.
Perang Inggeris-Burma III telah berlaku pada tahun 1885. Peperangan ini juga telah
membawa kekalahan kepada Burma dan seterusnya meletakkan keseluruhan Burma
di bawah kekuasaan British dengan penawanan Burma Hulu. Burma telah
kehilangan kemerdekaannya dan menjadi tanah jajahan British. Perang ini telah
menamatkan sistem pemerintahan beraja di Burma dan menandakan tamatnya
pemerintahan Dinasti Konbaung.

Kesimpulan
Kuasa British telah bertapak kukuh melalui peperangan yang seterusnya diakhiri
dengan perjanjian. Selain dapat meluaskan kuasa, British telah dapat meluaskan
kepentingan ekonomi dan perdagangan di Burma. Kekalahan ini memperlihatkan
kuasa tempatan jatuh dan maruah kerajaan Burma yang mengaku sebagai kuasa
agong jatuh. Dengan penawanan Burma Hulu, seluruh Burma akhirnya telah jatuh ke
tangan British dengan kekalahan Raja Thibaw. Burma telah hilang kemerdekaan dan
menjadi tanah jajahan British sehingga tahun 1948.
SOALAN 6
Isu agama merupakan faktor meletusnya Perang Jawa (1825-1830) di antara
Diponegoro terhadap pentadbiran Belanda di Indonesia. Bincangkan.

Pengenalan
Perang Jawa yang dipimpin oleh Diponegoro merupakan satu kebangkitan rakyat
Indonesia menentang Belanda yang paling besar pernah berlaku di wilayah Jawa.
Beliau dikenali sebagai Putera Pembebas (Ratu Adil) bertanggungjawab mengetuai
gerakan mengusir orang kafir untuk mengembalikan keadilan di Pulau Jawa.

Isi jawapan
Agama
a. Ketokohan Diponegoro sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui oleh Belanda
walaupun disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan.
b. Orang Jawa melalui kepercayaan tradisional percaya bahawa Diponegora adalah
Ratu Adil yang dinantikan untuk membela dan menyelamatkan mereka daripada
penindasan penjajah.
c. Belanda juga berhasrat membina jalan melalu tanah Diponegoro. Beliau terasa
terhina kerana pembinaan akan menyebabkan perkuburan moyangnya yang
keramat dibongkar. Tindakan Belanda dianggap penghinaan kepada keluarganya
dan mencabul kesucian Islam.

Sistem Kontrak Sewa Tanah


a. Sistem ini telah lama diamalkan antara tuan-tuan tanah Indonesia dengan
saudagar Eropah dan Cina.
b. Penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka
berhak menggunakan tanah dan juga berhak ke atas petani di tanah itu.
c. Ketika Van Der Capellan menjadi Gabenor, kontrak tersebut dibatalkan kerana
Belanda berpendapat ianya satu bentuk penindasan terhadap golongan petani.
d. Golongan tuan tanah tidak puas hati. Mereka hilang punca pendapatan kerana
pembatalan kontrak menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan
tanah kepada tuan tanah dan meminta supaya wang pendahuluan dipulangkan.
e. Tuan tanah tidak mampu memulangkan wang tersebut lalu mengerah para petani
bekerja keras untuk mendapatkan hasil lebih bagi menjelaskan hutang tersebut.
f. Para petani menjadi tertekan kerana tiada masa mengusahakan tanaman sendiri
dan mereka tidak berpuas hati dengan dasar Der Capellan itu.

Persoalan takhta kerajaan


a. Diponegoro yang merupakan putera sulung Sultan Hamengkubuwono III
sepatutnya mewarisi takhta selepas kemangkatan ayahandanya pada 1814.
b. Haknya dinafikan oleh Stamford Raffles atas alasan ibunya orang kebanyakan.
c. Adik tirinya yang merupakan anak gahara iaitu Djarot ditabalkan sebagai
pemerintah bergelar Sultan Hamengkubuwono IV.
d. Raffles berjanji Diponegoro akan dilantik selepas kemangkatan Djarot.
e. Selepas Djarot mangkat pada 1822, Belanda yang kembali menguasai Pulau
Jawa melantik Raden Menol anak Djarot yang berusia dua tahun sebagai
Hamengkubuwono V. Diponegoro diketepikan sekali lagi dengan hanya dijadikan
pemangku Sultan namun kurang dilibatkan dalam pemerintahan.

Kesimpulan
Ketiga-tiga faktor ini menjadi kekuatan untuk Diponegoro dan masyarakat Pulau
Jawa bangkit dan berjuang menentang Belanda. Perang Jawa tamat dengan
penangkapan Diponegoro oleh Jeneral De Kock. Beliau dibuang ke Utara Sulawesi.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

You might also like