You are on page 1of 2

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[35 Markah]

Soalan 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk membina aura positif
dalam diri remaja. Sebagaimana yang kerap disebut oleh masyarakat berdasarkan
perspektif Islam, kata-kata yang terpacul daripada mulut ibu bapa merupakan suatu doa
buat anaknya sama ada untuk perkara yang baik mahupun tidak baik. Ungkapan kata-kata
semangat ibu bapa sejak kecil dapat membentuk sikap anak yang tidak mudah putus asa
dan tidak menganggap kegagalan itu suatu musibah.

Dipetik dan diubah suai daripada


Persekitaran Membentuk Aura Positif Remaja
Oleh Noraziah Mohd Amin
Dewan Siswa, Bil 7/2017
[8 markah]

Soalan 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif
tanpa mengubah maksud asalnya.

Kerajaan harus mengambil inisiatif bagi membendung pencemaran bahasa Melayu dengan
mengadakan kempen Memartabatkan Bahasa Melayu. Ibu bapa perlu menerapkan amalan
penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam kalangan anak-anak sejak di bangku sekolah
rendah. Ibu bapa mestilah berganding bahu untuk membuahkan hasil yang lumayan. Pihak
sekolah wajar membantu ibu bapa memupuk generasi muda membaca bahan bacaan
berbahasa Melayu.

Dipetik dan diubah suai daripada


Memartabatkan Bahasa Melayu
Oleh Noor Nabila Husna Noor Heshamuddin
Dewan Siswa, Jan/2012
[6 markah]
Soalan 3 : PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 11 kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung
kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan
berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai pengerak utama pembangunan
ekonomi negara.
Pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara
agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan
tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti
sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterusnya
mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan
terbaik dunia.

Dipetik dan diubah suai daripada


Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
Oleh Abdul Ghoni Ahmad
Majalah Pendidik, Feb 2018
[11 markah]

Soalan 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar
oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun
tahulah akan Kertala Sari datang itu.

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

You might also like