You are on page 1of 3

KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.
3.         Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta
penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
 
Contoh Ayat Contoh
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal.
kerana  Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu       Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil   Zalifah menyanyi sambil menari. 
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan          


 
Contoh Ayat Contoh
Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan
balai raya itu.
Baik- baik Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar.
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah    entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke sekolah.
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
 
Dan hingga lalu ketika
Dengan yang tetapi jika
Kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
 
semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekalipun
mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal

You might also like