You are on page 1of 5

SMK SPAOH

KERJA KURSUS SENI VISUAL 970/3

2021

TAJUK : PENGKARYAAN

NAMA : MUHAMMAD HAIQAL BIN HASSAN

ANGKA GILIRAN : SS2305/1025

NO.IC : 020522131437

GURU MATA PELAJARAN : ENCIK NORJANI BIN

BUJANG

TARIKH HANTAR :
PENGENALAN

Saya telah memilih permainan gasing sebagai hasil kerja kursus seni visual 970/3 saya
pada tahun 2021. Karya yang akan saya hasilkan hendaklah memberikan fokus kepada
analisis berdasarkan tema tersebut dan menghasilakn sebuah carta dua dimensi atau tiga
dimensi. Saya memilih media yg bersesuaian dengan karya yang sya hendak lakukan.

TEMA

Maksud tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbicaraan, wacana dan
karangan.

Permainan tradisional bermaksud sebuah permainan yang telah diamalkan olah


seseuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes permainan gasing
dan wau. Lukisan yang akan saya hasilkan akan memfokuskan terhadap gasing iaitu suatu
permainan tradisional.

KONSEP

Konsep ialah gabungan ciri-ciri atau unsur yang mewujudkan sesuatu idea. Konsep
boleh ditakrifkan sebagai kumpulan atau kelas-kelas objek,manusia atau kejadian yang
terbentuk berdasarkan sifat atau ciri-ciri yang dipunyai bersama.

Konsep yang saya akan gunakan untuk penghasilan karya saya ialah aliran separa
abstrak. Separa abstrak bermaksud olahan hal benda dalam karya dipermudahkan atau diubah
suai. Walaubagaimanapun, imej yang ditampilkan masih dapat dikenali.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian saya terhadap permainan tradisional gasing ini, saya mendepati bahawa
terdapat beberapa permasalahan kajian yang saya hadapi. Antaranya ialah :

1) Kesukaran mencari idea

Saya sukar mencari idea dalam penghasilan seni catan yang bertemakan permainan
tradisional gasing.

2) Masalah untuk menyediakan bahan

Saya sukar untuk mencari bahan di kawasan pekan kecil. Bahan mudah dicari di bandar-
bandar besar sahaja. Antara bahan yang ingin digunakan ialah seperti cat arkrilik.
SUBJEK

Subjek ialah persoalan pokok yang digunakan dalam penyampaian mesej bagi sesuatu
karya. Subjek juga merupakan perbincangan terhadap beberapa persoalan utama seperti tema
dan hal benda.

Hal benda ialah imej objek atau paparan utama yang ditampilkan dalam sesebuah
karya. Imej utama yang ditampilkan dalam sesebuah karya bertujuan untuk menyampaikan
mesej kepada audiens.

KANDUNGAN

Kandungan haruslah mempunyai mesej tertentu yang menjadi dasar kepada kajian
tema. Kandungan juga memaparkan nilai estetik, penampilan subjek yang menerangkan
tema, makna tersirat atau tersurat serta fungsinya.

Karya saya akan menonjolkan gambar gasing yang menonjol. Hasil karya saya akan
menunjukkan permainan tradisional yang telah dimainkan sejak dahulu lagi.

PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

ASPEK FORMAL

Aspek formal ialah penggunaan asas seni reka dalam sesuatu hasil seni. Aspek formal
meliputi aspek unsur seni dan prinsip rekaan. Unsur seni terdiri daripada aspek garisan,
jalinan, rupa, bentuk dan warna manakala aspek rekaan mengandungi aspek keseimbangan,
kadar banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi yang membentuk harmoni dan
kepelbagaian.

Saya akan cuba menggabungkan kesemua unsur seni dalam proses penghasilan karya
saya. Saya juga akan memilih warna yang melambangkan keharmonian untuk menunjukkan
unsur ekspresi. Dalam aspek prinsip rekaan, unsur harmoni penting kerana karya saya
bertemakan permainan tradisional iaitu gasing.

GAYA PENGHASILAN

Gaya penghasilan yang akan saya gunakan dalam kajian saya ialah gaya aliran
penampilan separa abstrak. Separa abtrak dalam menghasilkan gaya penampilan ialah
gambaran imej sebenar yang dipermudahkan. Imej yang asal. Gerakan masih dikenali dan
masih mempunyai ciri-ciri sama dengan imej yang asal. Gerakan yang akan digunakan ialah
gerakan aliran Impesionisme yang menjadikan gasing sebagai watak utama.

CONTOH KARYA ALIRAN IMPRESSIONISME

KEASLIAN

Dalam menghasilkan karya ini, saya telah merujuk contoh-contoh hasil karya di
internet sebagai sumber rujukan untuk menghasilkan karya ini. Selain itu, aliran yang saya
gunakan ialah impessionisme dan gaya yang saya gunakan ialah separa abstrak. Oleh itu,
saya telah mengkaji hasil-hasil karya daripada pelukis terkenal untuk menambah pengetahuan
mengenai kajian ini.

PENUTUP

Kesimpulannya, saya akan menghasilkan sebuah karya yang bertemakan


“pengkaryaan” dan bertajuk “permainan tradisional gasing”.

SUMBER DAN RUJUKAN

Kamus

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Kamus Pustaka

Buku

Format Terkini Teks STPM Seni Visual Pra-U

Teks STPM Seni Visual Oxford Fajar P1,2 dan 3

Internet

You might also like