You are on page 1of 2

QASRINA NUR AZWARYNA BT AZMAN

Bahagian C
(30 markah)
Jawab dua soalan

6 Penyataan berikut berkaitan dengan cabaran dalaman Malaysia pada peringkat


awal penubuhan negara Malaysia.

Pembentukan Malaysia membuktikan kejayaan


Persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri.Walau
bagaimanapun, negara terpaksa berhadapan dengan
cabaran dalaman kerana mempunyai penduduk yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik.

(a) Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia pada peringkat
awal pembentukan Malaysia?
Cabaran yang dihadapi oleh negara Malaysia pada peringkat awal
pembentukan Malaysia ialah pembangunan dan sosioekonomi di
Sarawak dan Sabah. Hasil bahan asli yang disumbangkan oleh
Sarawak dan Sabah meningkatkan jumlah eksport negara. Selain itu,
Krisis politik ini menyebabkan berlaku ketidakstabilan di Sarawak yang
mengancam keselamatan dan keamanan. Seterusnya, perpaduan
kaum ,usaha yang mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional
merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia. Sebagai rakyat
Malaysia, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum dan integrasi
nasional di negara ini perlu diperkukuh dan dipertahankan bagi
mewujudkan suasana negara yang lebih aman. Akhir sekali, Menangani
Ancaman Komunis. Kegiatan komunis menjadi ancaman kepada
keselamatan negara sejak sebelum merdeka. Antara kegiatan yang
dilakukan oleh komunis termasuklah melakukan serangan bersenjata
terhadap anggota pasukan keselamatan, menyerap masuk ideologi
komunis dan melakukan kegiatan sabotaj terhadap kemudahan awam.
Kerajaan mengambil langkah yang serius untuk membanteras kegiatan
komunis di negara kita .
(b) Nyatakan cabaran dari sudut pembangunan dan sosioekonomi yang
dihadapi oleh negara selepas pembentukan Malaysia.
Cabaran dari sudut pembangunan dan sosioekonomi yang dihadapi
oleh negara selepas pembentukan Malaysia ialah kerajaan
mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit , getah dan
koko. Kerajaan juga membuka peluang kepada penduduk menyertai
QASRINA NUR AZWARYNA BT AZMAN

kegiatan ekonomi berkaitan dengan petroleum. Selain itu, Sarawak dan


sabah masih bergantung kepada system pengangkutan bagi tujuan
perhubungan . Tugas pertama kerajaan adalah untuk membina system
perhubungan dan pengangkutan terutama kepada penduduk di
Kawasan pendalaman . Akhir sekali , memajukan sistem Pendidikan
penduduk di Kawasan pendalaman tidak mendapat peluang
secukupnya untuk bersekolah . usaha yang ditumpukan untuk membina
sekolah dan melatih tenaga guru bagi memberikan Pendidikan kepada
penduduk , khususnya kaum bumiputera.
[6 markah]

(a) Pada peringkat awal Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam


usaha mewujudkan keseimbangan pembangunan dan ekonomi.
Sebagai rakyat Malaysia, apakah yang akan anda lakukan untuk
menjamin kesejahteraan negara?
Sebagai rakyat malaysia, saya akan lakukan untuk menjamin
kesejahteraan negara ialah melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Supaya saling bertoleransi antara satu sama lain Selain itu, sentiasa
bekerjasama bagi membangunkan negara dan setia kepada raja dan
negara. Selepas itu, saling menghormati perlembagaan dan mematuhi
undang-undang. Akhir sekali, usaha untuk membina kesejahteraan di
negara penting bagi melahirkan rakyat yang patriotik serta dapat hidup
bersama secara harmoni

[5 markah]

You might also like