You are on page 1of 55

BAB 2 DAYA DAN GERAKAN

2.1 Gerakan Linear

Kuantiti fizikal Definisi kuantiti, simbol dan unit


Jarak, s Jarak ialah jumlah panjang lintasan gerakan yang dilalui oleh
(Distance) suatu objek.
Kuantiti: Skalar Unit SI: meter (m)

Contoh:
100 m
A B
C
40 m

Jarak = ...............................
Sesaran, s Sesaran ialah jarak suatu objek dari kedudukan asalnya pada
(Displacement) arah yang tertentu.
Kuantiti: Vektor Unit SI: meter (m)
Contoh:
100 m U
A B
C
40 m

Sesaran = .................................

Laju, v Laju ialah kadar perubahan jarak suatu objek.


(Speed) Jarak yang dilalui s
Laju = =
Masa yang diambil t
Kuantiti: Skalar Unit SI: meter per saat (m s-1)
Halaju, v Halaju ialah kadar perubahan sesaran suatu objek pada arah
(Velocity) tertentu.
Sesaran s
Halaju = =
Masa yang diambil t
Kuantiti: Vektor Unit SI: meter per saat (m s-1)
Laju purata Jumlah jarak yang dilalui Contoh:
(Average speed) Laju purata =
Masa yang diambil B 3m C
Penyelesaian: U
4m 3m 4m
Laju purata = = 0.5 m s-1 5m
14 s 37

Halaju purata Sesaran A


(Average Halaju purata = Sebuah kereta mainan
velocity)
Masa yang diambil mengambil masa 14 s
5m untuk bergerak dari A
Halaju purata = = 0.36 m s-1 ke B dan kemudian
14 s
bergerak 3 m ke C.

34
Laju seragam Laju seragam ialah laju yang mempunyai magnitud yang sama di
Uniform speed) sepanjang lintasan.

Halaju seragam Halaju seragam ialah halaju yang mempunyai magnitud dan arah
(Average gerakan yang sama.
velocity)
Pecutan, a Pecutan ialah kadar perubahan halaju
(Acceleration) Apabila halaju suatu objek berubah terhadap masa, objek
tersebut dikatakan sedang memecut.

Unit SI: meter per saat per saat (m s-2).


Perubahanhalaju Halaju akhir, v - Halaju awal, u
Pecutan, a = =
Masa yang diambil Masa yang diambil , t

v -u
Pecutan, a =
t
a Suatu objek dikatakan mempunyai pecutan positif jika halaju
objek itu sentiasa bertambah.

0s 2s 4s 6s

Nyahpecutan Suatu objek dikatakan mempunyai pecutan negatif jika halaju


(Deceleration) objek itu sentiasa berkurang. Pecutan negatif = Nyahpecutan

0s 2s 4s 6s
Pecutan sifar Suatu objek bergerak dengan pecutan sifar jika objek itu bergerak
(Zero dengan halaju seragam.
acceleration)

0s 2s 4s 6s

Pecutan seragam Suatu objek bergerak dengan pecutan seragam jika halajunya
(Uniform bertambah pada kadar yang sama.
acceleration)
Contoh: Sebuah kereta bergerak dengan pecutan seragam 5 m s-2.
Ini bermaksud, halaju kereta itu bertambah sebanyak 5 m s-1 bagi
setiap 1 saat semasa ia bergerak.

Info tambahan Sama = seragam = tetap = malar


Halaju bertambah = pecutan
Halaju berkurang = nyahpecutan
Halaju sifar = objek tidak bergerak/pegun
Halaju negatif = objek bergerak pada arah berlawanan
Pecutan sifar = halaju seragam
Pecutan negatif = nyahpecutan

35
Latihan 2.1(a) Penyelesaian masalah melibatkan gerakan linear.

(1) Seorang budak mengayuh basikal Penyelesaian:


sejauh 2 km dari rumahnya menuju ke
sebuah kedai. Selepas itu, dia balik dan
dalam perjalanan balik, dia berhenti di
sebuah warung yang berada sejauh 1.2
km dari rumahnya. Tentukan
(a) Jumlah jarak budak itu mengayuh
basikal dari rumah ke warung.
(b) Jumlah sesaran budak itu mengayuh
basikal dari rumah ke warung.
(2) Seorang pelari 400 m mengambil masa Penyelesaian:
1 minit 12 saat untuk menamatkan larian.
Tentukan laju puratanya.

(3) Seorang peserta acara jalan kaki Penyelesaian:


bermula dari titik P ke Q ke arah timur
sejauh 500 m dan kemudiannya ke utara
menuju R sejauh 1200 m. Jumlah masa
yang diambil untuk bergerak dari P ke R
adalah 3 minit 20 saat. Tentukan
(a) Jumlah jarak
(b) Sesaran
(c) Laju purata
(d) Halaju purata

(4) Sebuah kereta bermula dari keadaan Penyelesaian:


pegun dan memecut secara seragam
supaya mencapai halaju 40 m s-1 dalam
masa 10 saat.
Kemudian kereta itu memperlahankan
keretanya dan selepas 5 saat, kereta itu
berhenti. Tentukan
(a) Pecutan kereta pada 10 saat pertama
(b) Pecutan kereta 5 saat berikutnya.

Lengkapkan ayat di bawah:

1. Laju seragam 10 m s-1 = Suatu objek bergerak sejauh .............. dalam setiap ..........

2. Halaju seragam -10 m s-1 = .................... dilalui oleh suatu objek sejauh 10 m dalam
setiap .............. ke arah kiri.

3. Pecutan seragam 4 m s-2 = Laju meningkat sebanyak 4 m s-1 dalam setiap .............

4. Nyahpecutan seragam 4 m s-2 = Laju ......................... sebanyak 4 m s-1 dalam


setiap ..............

5. Halaju seragam 10 m s-1 = ..............................................................................................

...............................................................................................................................................

36
Jangka masa detik (Ticker timer)

Pin penggetar
Kertas karbon Pita detik

Troli

Jangka
masa detik
Sudut landasan condong
• Jangka masa detik ialah alat yang digunakan
untuk mengkaji gerakan suatu objek. Kertas karbon
• Ia berfungsi seperti jam iaitu alat pengukuran
masa. Selain daripada itu ia dapat digunakan
untuk menentukan sesaran, halaju dan pecutan
objek.
• Kejituannya adalah 0.02 saat. Pin penggetar
• Jangka masa detik menggunakan bekalan arus
ulang alik (a.u.), menyebabkan pin penggetar Pita detik
bergetar dan menghasilkan titik-titik pada pita
detik. 50 detik = 1 saat
• Arus ulang alik mempunyai frekuensi 50 Hz, maka 1
1 detik = saat = 0.02 saat
ia menghasilkan 50 getaran sesaat. 50
• 1 detik ialah selang masa di antara dua titik n detik = n × 0.02 saat.
berturutan yang dihasilkan pada satu pita detik.

Analisis pita detik dalam menentukan laju dan pecutan suatu objek.

Analisis pita detik Formula


Menentukan laju suatu objek Masa, t = 10 detik × 0.02s
= 0.2 s
10 detik Jarak, s = x cm

s x cm
Laju = =
x cm t 0.2 s

Menentukan pecutan suatu objek Halaju awal, u


s x
= = 1
t 0.2
Halaju akhir, v
X1 cm X2 cm s x
= = 2
Selang masa, t = (5-1) × 0.2 s = 0.8 s t 0.2
Atau Pecutan, a
Selang masa,t = (50 – 10) detik × 0.02 s = 0.8 s v-u
=
t

37
Corak Pita Detik dan Corak Carta Pita Detik

Corak Pita Detik dan Corak Carta Pita Detik Ciri-ciri gerakan
(a) Jarak antara dua titik adalah sama di
sepanjang pita detik.
 Corak pita detik (a):
- Halaju seragam dan bergerak
(b) perlahan

 Corak pita detik (b):


- Halaju seragam dan bergerak
(c) laju

 Corak Carta pita detik (c):


- Halaju seragam di sepanjang
landasan

Jarak antara dua titik bertambah


Akhir Mula
dengan seragam.
 Halaju objek bertambah secara
seragam.
 Objek bergerak dengan pecutan
seragam.

Mula Akhir
Akhir Mula Jarak antara dua titik berkurang
dengan seragam.
 Halaju objek berkurang dengan
seragam.
 Objek mengalami nyahpecutan
seragam.

Mula Akhir

38
Contoh:
Rajah menunjukkan carta pita detik bagi Jarak/cm
gerakan satu troli. Frekuensi jangka 6
masa detik yang digunakan ialah 50 Hz.
Setiap lajur terdiri daripada 5 detik.
(a) Berapakah masa antara dua titik? 5
(b) Berapakah masa bagi satu lajur?
(c) Berapakah laju awal? 4
(d) Berapakah laju akhir?
(e) Berapakah selang masa antara 3
laju awal ke laju akhir?
(f) Berapakah pecutan troli itu? 2

Penyelesaian:

Latihan 2.1(b) Analisis corak pita detik dan carta pita detik

(1)

Berdasarkan keratan pita detik tentukan

(a) Jumlah masa


(b) Halaju purata.
(2) Akhir
Awal

Berdasarkan keratan pita detik di atas


tentukan nilai pecutan.
(3)
Awal Akhir
A B C D E

2 cm 4 cm 6 cm 8 cm

Tentukan nilai pecutan.

39
(4)
Panjang 10 detik/cm

Berdasarkan carta pita di atas, tentukan


(a) Pecutan
(b) Halaju purata

Persamaan Gerakan Linear

v = u + at u = halaju awal
1 v = halaju akhir
s = ut + at 2 t = masa
2
v2 = u2 + 2as s = sesaran
a = pecutan seragam
Catatan: Pemilihan formula dalam menyelesaikan sesuatu masalah bergantung
kepada maklumat kuantiti-kuantiti fizik yang diberikan dalam masalah tersebut.
Contoh 1: Penyelesaian:
Seorang pelajar mengayuh basikal dari
keadaan rehat dan mencapai halaju 8 ms-1
setelah mengayuh selama 5 s. Berapakah
pecutan yang akan dihasilkan.

Contoh 2: Penyelesaian:
Sebuah kereta bergerak dengan halaju 20
ms-1 dan mencapai halaju 30 m s-1 setelah
bergerak selama 10 saat. Berapakah
sesaran kereta itu.

Contoh 3: Penyelesaian:
Seketul batu dijatuhkan dari sebuah
puncak bangunan mengambil masa 4 saat
untuk terkena tanah. Berapakah
(a) Halaju batu sejurus sebelum terkena
tanah.
(b) Tinggi bangunan itu.

Contoh 4: Penyelesaian:
Sebuah lori yang sedang bergerak dengan
halaju 20 m s-1 dengan tiba-tiba dikenakan
brek dan akhirnya berhenti setelah
bergerak sejauh 40 m. Tentukan masa
yang diambil untuk lori berhenti.

40
Latihan 2.1(c) Penyelesaian masalah melibatkan persamaan gerakan linear

(1) Sebuah kereta dengan kelajuan (2) Seorang pelajar berjalan daripada
50 m s-1 diberhentikan apabila breknya keadaan pegun dan mencapai halaju
ditekan. Sesaran yang dilalui sebelum 10 m s-1 dalam masa 7.5 s. Berapakah
berhenti ialah 150 m. Berapakah jarak yang dilalui oleh pelajar dalam masa
nyahpecutan kereta itu? 7.5 s?

(3) Sebuah kereta yang bergerak dengan (4) Suatu objek bergerak daripada
halaju awal 3 m s-1 memecut dengan keadaan pegun dengan pecutan 4 m s-2
seragam sejauh 50 m dalam masa 10 s. sejauh 500 m. Berapakah masa yang
Berapakah pecutan kereta itu? diambil oleh objek itu untuk bergerak
sejauh 500 m?

(5) Seorang pemandu menekan brek (6) Sebuah kereta memecut daripada
keretanya dan berhenti dalam masa 10 s keadaan rehat dengan pecutan 2.5 m s-2
apabila ternampak lampu merah. Jika selama 10 s. Pemandu kereta itu
nyahpecutan kereta itu ialah 3 m s-2, kemudiannya menekan pedal brek
berapakah jarak yang dilalui oleh kereta dengan daya yang seragam. Kereta itu
apabila brek kereta ditekan? berhenti setelah bergerak sejauh 50 m
selepas brek mula ditekan. Hitungkan
nyahpecutan kereta itu selepas brek
ditekan.

41
2.2 Graf Gerakan Linear

1
Graf Sesaran melawan masa
Analisis 1: Kecerunan graf sesaran melawan masa = Halaju objek
Sesaran, s Sesaran, s

Masa, t Masa, t
Kecerunan tetap = halaju seragam Kecerunan sifar = Objek tidak
bergerak/pegun

Sesaran, s Sesaran, s

Masa, t Masa, t
Kecerunan bertambah = Halaju Kecerunan berkurang = Halaju berkurang
bertambah

Penerangan:
Sesaran/m A – B : Kecerunan graf tetap dan positif
∴ Halaju seragam

B C B – C : Kecerunan graf sifar


∴ Halaju sifar, objek tidak bergerak

C – D : Kecerunan graf tetap dan negatif


D ∴ Halaju seragam dan bernilai
A Masa/s
t1 t2 negatif
0 t3
Objek bergerak dalam arah
berlawanan (berpatah balik).

2 Graf Halaju melawan masa


Analisis 1: Kecerunan graf halaju melawan masa = Pecutan objek
Halaju, v Kecerunan graf v – t :
v-u
=
v t
Maka,
v-u
u kecerunan graf v – t = pecutan, a =
t
Masa, t
t

42
Analisis 2: Luas di bawah graf halaju melawan masa = Sesaran objek
Halaju, v Luas di bawah graf v – t :
=v×t
s
v Daripada formula halaju, v = ,
t
Sesaran, s = v ×t

Masa, t Maka,
t Luas di bawah graf v – t = sesaran objek
Halaju, v
Luas di bawah graf v – t = × ×
v

Masa, t
t
Jenis-jenis graf halaju melawan masa

Halaju, v Halaju, v

Masa, t Masa, t

Halaju seragam Halaju bertambah dengan seragam


Kecerunan graf sifar = pecutan sifar Kecerunan graf tetap dan bernilai positif =
Pecutan seragam

Halaju, v Halaju, v

Masa, t Masa, t

Halaju berkurang dengan seragam Halaju bertambah dengan masa


Kecerunan graf tetap dan bernilai negatif Kecerunan graf bertambah = Pecutan
= Nyahpecutan seragam Bertambah
Halaju, v Halaju, v

Masa, t Masa, t

Halaju bertambah dengan masa Halaju berkurang dengan masa


Kecerunan graf berkurang dan bernilai Kecerunan graf berkurang dan bernilai
positif = Pecutan berkurang negatif = Nyahpecutan berkurang

43
Penerangan:
Halaju, v Objek bergerak dengan pecutan seragam
dari t = 0 hingga t = t1. Selepas t = t1,
objek bergerak dengan nyahpecutan
seragam sehingga berhenti pada t = t2.

Jumlah luas di bawah graf v – t = Sesaran


Masa, t objek
0 t1 t2

Halaju, v Jumlah luas di bawah graf =


Jumlah jarak atau sesaran

B C Kecerunan graf positif (A – B)


= Pecutan seragam

Kecerunan graf 0 (B – C)
= Pecutan sifar
A D
Masa, t
0 t1 t2
Kecerunan graf negatif (C – D)
= Nyahpecutan seragam

Contoh 1: Penyelesaian:
Sesaran/m

20 B C

A D
Masa/s
0 10 20 25
Berdasarkan graf sesaran-masa di atas
Tentukan halaju pada
(a) (i) AB (ii) BC (iii) CD

(b) Nyatakan keadaan gerakan jasad pada


(i) AB (ii) BC (iii) CD

Contoh 2: Penyelesaian:

Halaju/m s-1

20 K

10 L M

N
J Masa/s
10 20 30 35

44
Berdasarkan graf halaju-masa di atas,

(a) Tentukan pecutan pada


(i) JK (ii) KL (iii) LM

(b) Nyatakan jenis gerakan pada


(i) JK (ii) KL (iii) LM

(c)Tentukan
(i) Jumlah sesaran keseluruhan
(ii) Halaju purata

Latihan 2.2 Penyelesaian masalah melibatkan graf gerakan linear

(1) Graf sesaran-masa suatu objek


Sesaran/m
ditunjukkan pada rajah di sebelah.

(a) Berapakah sesaran objek itu pada t


= 2.0 s?
20

(b) Berapa lamakah objek itu pegun?

1 2 3 4 5 6 Masa/s
(c) Bilakah objek itu berpatah balik?
- 20

(d) Berapakah halaju objek pada masa (e) Berapakah jumlah


(i) t = 0 s hingga t = 2 s. (i) sesaran
(ii) t = 4 s hingga t = 6 s. (ii) jarak yang dilalui

(f) Berapakah laju purata bagi objek itu? (g) Lakarkan graf v melawan t bagi
gerakan ini.

45
(2) Rajah di sebelah menunjukkan satu Halaju/m s-1
graf halaju – masa untuk sebuah
motosikal yang bergerak ke arah
20
utara dan kemudian berpatah balik
pada satu ketika. Arah ke utara
diambil sebagai positif.

2 4 6 8 10 12 Masa/s

- 20

(a) Cari pecutan dalam masa 2 s pertama. (b) Berapa lamakah motosikal itu
bergerak dengan halaju seragam?

(c) Kira jarak yang dilalui oleh motosikal (d) Kira jarak yang dilalui semasa
semasa ia bergerak menghala ke arah motosikal bergerak menghala ke arah
utara. selatan.

(e) Berapakah sesaran motosikal dari titik (f) Tentukan laju purata dan halaju purata
asal apabila t = 12 saat? motosikal dalam tempoh 12 saat itu.

46
2.3 Inersia

Inersia Inersia suatu objek ialah sifat objek itu untuk menentang
sebarang perubahan terhadap keadaan asalnya sama ada
sedang bergerak atau dalam keadaan pegun.

Hukum Newton pertama Menyatakan bahawa suatu objek akan terus berada dalam
keadaan pegun atau terus bergerak dengan halaju tetap
pada satu garisan lurus kecuali dikenakan oleh suatu
daya luar.

Hubungan inersia dan Semakin besar jisim suatu objek, semakin besar
jisim inersianya.

Contoh hubungan antara jisim objek dengan inersia

pasir

Lebih sukar untuk


digerakkan dan
diberhentikan.

Situasi melibatkan inersia


Duit syiling Apabila kadbod disentap, duit syiling tidak
bergerak bersama-sama kadbod.
Inersia duit syiling itu mengekalkan
kedudukan asalnya.
Duit syiling jatuh ke dalam gelas disebabkan
oleh daya tarikan graviti.

Salah satu buku ditarik dengan cepat daripada


susunan.
Buku-buku lain di bahagian atas tidak
bergerak bersama-sama buku itu.
Buku-buku di atasnya jatuh ke bawah
disebabkan oleh daya tarikan graviti.

Cili sos di dalam satu botol mudah


dikeluarkan dengan menggerakkan botol ke
bawah dengan cepat dan diberhentikan secara
mengejut.
Sos cili di dalam botol bergerak bersama-
sama botol ke bawah.
Apabila botol diberhentikan secara mengejut,
sos cili terus berada dalam keadaan gerakan
ke bawah disebabkan oleh sifat inersianya.

47
Titisan air di atas payung akan bergerak
bersama payung apabila payung diputarkan.
Apabila putaran payung diberhentikan secara
mengejut, titisan air akan terus bergerak
disebabkan sifat inersianya. Titisan air akan
meninggalkan permukaan payung.

Budak lelaki melarikan diri daripada seekor


lembu dengan gerakan zig zag. Inersia lembu
Lembu yang besar menyebabkannya sukar
mengubah arah gerakan semasa mengejar
budak tersebut.
Inersia lembu besar kerana jisimnya yang
besar.
Budak lelaki
Untuk mengetatkan kepala penukul kepada
pemegangnya, pemegang dihentak kepada
permukaan keras.
penukul
Apabila pemegang menghentam permukaan
keras, ia akan berhenti manakala kepala
penukul terus bergerak ke bawah disebabkan
inersianya.
Dengan ini, hujung pemegang atas akan
masuk lebih dalam pada kepala penukul.

Cara mengurangkan kesan inersia


Menggunakan tali pinggang keledar. Apabila
kereta diberhentikan secara mengejut,
penumpang akan terhumban ke hadapan
disebabkan inersia penumpang yang cuba
mengekalkan keadaan asalnya yang sedang
bergerak. Tali pinggang keledar akan
menghalang penumpang daripada terhumban
ke hadapan.
Tali pinggang keledar
Apabila kereta dengan sistem beg udara
terlibat dalam kemalangan, beg udara di
bahagian stereng akan dikembungkan secara
automatik. Dengan itu, pemandu dapat
dicegah daripada terhumpan ke hadapan.

Beg udara
Tali Barang yang diangkut menggunakan lori
diikat.
Ikatan tali dapat menghalang barang-barang
yang diangkut bergerak-gerak sepanjang
perjalanan.

Ikatan tali

48
Eksperimen: Mengkaji hubungan antara jisim suatu objek dan inersianya.
Situasi: Inferens :

.......................................................................................................
Hipotesis :

.......................................................................................................
Mudah Sukar

Tujuan : ...................................................................................................................

Pemboleh ubah : Dimanipulasikan : ....................................................................

Bergerak balas : ....................................................................

Dimalarkan : ....................................................................

Senarai radas : ...................................................................................................................

Susunan radas :

Prosedur :
...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................
Penjadualan
data : Jisim Masa untuk 10 ayunan/s
T/s T2/s2
Plastisin/g t1 t2 Purata, t

Analisis data :
T2/ s2

m/ g

49
2.4 Momentum

Definisi Momentum ialah hasil darab jisim suatu objek dan halajunya.
Momentum merupakan kuantiti vektor.
Formula Momentum = Jisim × halaju = mv
Unit SI kg m s-1
Contoh 1: Contoh 2:
Sebutir peluru berjisim 10 g bergerak Sebuah troli berjisim 1.5 kg bergerak
dengan halaju 200 ms-1. Berapakah dengan halaju 4 m s-1 berlanggar dengan
momentum peluru itu? dinding batu dan terpantul balik dengan
halaju 3 m s-1. Tentukan
Penyelesaian: (i) Momentum sebelum perlanggaran
(ii) Momentum selepas perlanggaran

Penyelesaian:

Prinsip Keabadian Momentum

Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa dalam suatu perlanggaran, jumlah


momentum sebelum perlanggaran adalah sentiasa sama dengan jumlah momentum
selepas perlanggaran jika tiada daya luar bertindak ke atas sistem itu.

Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran

Aplikasi Prinsip Keabadian Momentum

Bahan api oksigen dan hidrogen bercampur dan dibakar


dalam kebuk pembakaran. Gas ekzos keluar dari belakang
enjin dengan halaju yang amat tinggi dan menghasilkan
momentum yang tinggi ke bawah. Mengikut prinsip
keabadian momentum, suatu momentum yang sama
magnitud terhasil pada arah bertentangan. Momentum yang
bertentangan arah ini menghasilkan satu daya angkat yang
besar dan melebihi berat roket. Roket bergerak dengan
Pelancaran roket pecutan ke atas. (Kes letupan)

Udara disedut ke dalam enjin jet dan dimampatkan oleh


pemampat. Udara termampat memasuki kebuk pembakaran
dan bahan api disemburkan ke dalamnya untuk dibakar.
Gas ekzos berhalaju tinggi dikeluarkan ke arah belakang
dengan momentum tinggi. Ini menghasilkan satu momentum
yang sama magnitud tetapi bertentangan arah yang
menghasilkan daya tujah yang menggerakkan jet ke
Enjin jet kapal terbang hadapan. (Kes letupan)

50
Jenis-jenis perlanggaran

Perlanggaran Kenyal
u1 u2 v1 v2

m1 m2 m1 m2 m1 m2

Sebelum perlanggaran Semasa Selepas perlanggaran


Dalam perlanggaran kenyal:
 Kedua-dua objek bergerak dengan halaju yang berbeza selepas perlanggaran.
 Momentum diabadikan
 Tenaga kinetik diabadikan
 Jumlah tenaga diabadikan
Menurut Prinsip Keabadian Momentum:
Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran

Perlanggaran Tak Kenyal


u1 u2 V

m1 m2 m1 m2 m1 m2

Sebelum perlanggaran Semasa Selepas perlanggaran


Dalam perlanggaran tak kenyal:
 Kedua-dua objek bergerak bersama-sama dengan halaju sepunya, V.
 Momentum diabadikan
 Tenaga kinetik tidak diabadikan
 Jumlah tenaga diabadikan
Menurut Prinsip Keabadian Momentum:
Jumlah momentum sebelum perlanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran

Letupan

u1 = 0 ms-1 u2 = 0 ms-1 v1 v2

m1 m2 m1 m2

Sebelum letupan Selepas letupan


Dalam kes letupan:
 Kedua-dua objek bercantum dan pegun sebelum letupan dan bergerak
bertentangan arah selepas letupan.
 Momentum diabadikan.
Jumlah momentum sebelum letupan Jumlah momentum selepas letupan

Menurut Prinsip Keabadian Momentum:


Jumlah momentum sebelum letupan = Jumlah momentum selepas letupan

51
Contoh 1: Contoh 2:
Suatu objek A berjisim 1 kg dengan Sebuah troli berjisim 1 kg bergerak
halaju 4 m s-1 dan objek B berjisim 2 kg dengan halaju 3 m s-1 menuju ke arah
dengan halaju 2 m s-1 menuju antara satu sebuah troli berjisim sama yang pegun.
sama lain. Jika objek A bergerak dengan Selepas perlanggaran, kedua-dua troli
halaju 1.5 m s-1 selepas perlanggaran bergerak bersama-sama. Berapakah
pada arah bertentangan dengan arah halaju sepunya kedua-dua troli itu?
asal, berapakah halaju objek B? Penyelesaian:
Penyelesaian:

Contoh 3: Contoh 4:
Sebiji bola berjisim 3 kg yang bergerak Sebutir peluru berjisim 2 g ditembak
dengan halaju 2 m s-1 berlanggar dengan keluar daripada selaras senapang yang
objek berjisim m kg yang pegun. Selepas berjisim 1 kg dengan halaju 150 m s-1.
perlanggaran, bola bergerak dengan Berapakah halaju sentakan senapang itu?
halaju 1 m s-1 pada arah yang sama Penyelesaian:
manakala objek bergerak dengan halaju
1.5 m s-1 pada arah yang sama dengan
arah bola. Berapakah nilai m?
Penyelesaian:

52
Latihan 2.4 Momentum dan prinsip keabadian momentum

(1) Sebuah troli berjisim 3 kg bergerak dengan halaju 1.5 m s-1 menuju ke arah sebuah
troli berjisim 2 kg yang pegun. Selepas perlanggaran, kedua-dua troli itu bergerak
bersama-sama. Berapakah halaju sepunya kedua-dua troli itu?

(2) Sepucuk pistol berjisim 1.4 kg menembak keluar sebutir peluru berjisim 1.6 g. Jika
pistol tersentak ke belakang dengan halaju 0.2 m s-1, berapakah halaju peluru itu?

(3) Sebuah troli A berjisim 400 g yang bergerak dengan halaju 2.0 m s-1 berlanggar
dengan sebuah troli B berjisim 500 g yang bergerak bertentangan arah dengan
halaju 2.5 m s-1. Jika troli B bergerak dengan halaju 1.5 m s-1 pada arah yang sama
selepas perlanggaran, berapakah halaju troli A selepas perlanggaran?

(4) Sebatang anak panah berjisim 150 g ditembak ke arah seketul bongkah kayu
berjisim 450 g yang berada di atas suatu permukaan yang licin. Ketika
perlanggaran anak panah itu bergerak secara mengufuk dengan halaju 15 m s-1.
Hitungkan halaju sepunya selepas perlanggaran.

(5) Sebiji peluru berjisim 20 g ditembak keluar daripada sepucuk senapang yang
berjisim 5 kg dengan halaju 200 m s-1. Berapakah halaju sentakan senapang
tersebut?

53
2.5 Kesan Daya

• Daya ialah satu tindakan tarikan atau tolakan yang dikenakan oleh satu objek
kepada objek yang lain.
• Daya mempunyai magnitud dan arah maka daya ialah kuantiti vektor.
• Unit SI bagi daya ialah newton, N.
• Apabila suatu daya dikenakan ke atas suatu objek, ia boleh mengubah bentuk,
saiz, arah gerakan objek, laju gerakan objek dan kedudukan objek.

Daya seimbang Contoh:


Daya paduan yang bertindak ke Dua daya sama magnitud bertindak bertentangan
atas kotak kayu itu adalah sifar, arah pada suatu kotak kayu.
iaitu
Daya paduan = 100 N + (- 100 N)
=0N 100 N 100 N

Daya paduan yang bertindak ke Sebuah kapal terbang bergerak dengan halaju
atas kapal terbang adalah sifar, seragam pada ketinggian tetap.
Daya angkat
Daya angkat = Berat
Daya tujah = daya seretan Daya
Daya tujah
Daya paduan = 0 N
seretan

Berat
Kesan daya seimbang:
 Suatu objek akan sentiasa pegun (Halaju = 0 m s-1)
 Suatu objek akan terus bergerak dengan halaju seragam (Pecutan = 0 m s-2)

Daya tak seimbang Contoh:


Daya paduan yang bertindak ke Dua daya tidak sama magnitud bertindak
atas kotak kayu itu adalah bukan bertentangan arah pada suatu kotak kayu.
sifar, iaitu
Daya paduan = 100 N + (- 200 N)
= - 100 N 200 N 100 N

(Daya paduan 0 N)

Daya tak seimbang wujud apabila daya-daya yang bertindak pada suatu objek
menghasilkan suatu daya paduan 0 N.
Daya paduan juga disebut sebagai daya bersih.

Kesan daya tak seimbang:


 Suatu objek yang asalnya pegun akan bergerak dengan suatu pecutan.
 Suatu objek yang asalnya bergerak dengan halaju seragam akan mengalami
pecutan atau nyahpecutan atau arah gerakannya berubah.

54
Daya, Pecutan dan Jisim (Force, acceleration and mass)

Hukum Gerakan Menyatakan bahawa daya yang bertindak pada suatu objek
Newton Ke-2 adalah berkadar terus dengan kadar perubahan momentum
objek itu pada arah yang sama dengan arah perubahan
momentum.

Daya ∝ kadar perubahan momentum


momentum akhir - momentum awal
Daya ∝
masa yang diambil

Jika suatu objek berjisim, m dikenakan suatu daya, F dan


halaju objek itu meningkat dari u ke v dalam masa, t, maka
mv - mu
F∝
t F dalam persamaan ini
m(v - u) merujuk kepada daya paduan
F∝
t atau daya bersih
F ∝ ma
F = kma k = pemalar
Sir Isaac Newton
Daya 1 N ditakrifkan sebagai daya yang menghasilkan pecutan
1 m s-2 1 m s-2 apabila daya itu bertindak ke atas suatu objek berjisim
1 kg.
1N
F 1
k= = =1
1 kg ma 1  1
maka persamaan F = kma ditulis sebagai
F = ma

Contoh 1: Penyelesaian:
Satu jasad berjisim 200 g ditarik dengan daya
8 N di atas permukaan meja yang licin.
Pecutan yang dihasilkan adalah?

Contoh 2: Penyelesaian:

2N 8N

Dua daya bertindak kepada suatu jasad


berjisim 4 kg. Tentukan pecutan jasad dan
nyatakan arah gerakannya.
Contoh 3: Penyelesaian:
Sebuah bongkah kayu berjisim 500 g bergerak
dengan halaju malar apabila dikenakan
dengan satu daya 5 N. Berapakah daya
geseran yang dialami oleh bongkah kayu itu?

5N

55
Hubungan antara pecutan (a) dan daya (F)

Rajah (a) Rajah (b)


Yang manakah bergerak lebih laju dan memecut?

Pecutan, a objek berkadar terus dengan daya, F


a
yang bertindak ke atas objek tersebut.

a∝F

Hubungan antara pecutan (a) dan jisim (m)

Rajah (c) Rajah (d)


Yang manakah dapat bergerak lebih laju dan memecut?

Pecutan suatu objek berkadar songsang a a


dengan jisim objek tersebut.
1
a∝
m
m

Latihan 2.5 Kesan Daya (Daya, Pecutan & Jisim)

(1) Satu troli berjisim 3 kg bergerak dengan halaju seragam apabila daya 6 N
bertindak ke atasnya seperti pada Rajah (a). Tentukan:
(a) Pecutan troli itu. 6N
(b) Daya paduan yang bertindak. 3 kg
(c) Daya geseran yang wujud.

Rajah (a)

56
Jika daya yang bertindak itu ditambah menjadi 15 N seperti pada Rajah (b), berapakah
(i) Daya paduan yang bertindak
(ii) pecutan objek itu? 15 N
3 kg

Rajah (b)

(2) (3) Suatu jasad berjisim 2 kg apabila ia


ditarik di atas meja ufuk dengan daya 5 N,
2 kg u = 6 m s-1 ia bergerak dengan halaju seragam.
Tentukan
(a) Daya geseran terdapat pada
s = 2.8 m permukaan meja.
(b) Pecutan dihasilkan apabila jasad
Sebuah troli berjisim 2 kg bergerak ditarik dengan daya 17 N.
-1
dengan halaju 6 m s melalui permukaan
kasar sejauh 2.8 m dan akhirnya
berhenti.Tentukan daya geseran yang
terdapat pada permukaan kasar itu.

(4) (5) Satu jasad yang berjisim 3 kg ditolak


oleh daya 10 N di atas permukaan ufuk
2 kg yang kasar menyebabkan jasad bergerak
3N -2
dengan pecutan 3 m s . Berapakah daya
geseran pada permukaan kasar?
Satu jasad berjisim 2 kg ditarik dengan
daya 15 N dan daya geseran sebanyak 3
N bertindak pada permukaan kasar.
Pecutan jasad tersebut adalah?

57
2.6 Impuls dan Daya Impuls (Impuls and Impulsive force)

Impuls Perubahan momentum m = jisim


= momentum akhir – momentum awal u = halaju awal
Unit: = mv – mu v = halaju akhir
kg ms-1 atau t = masa hentaman atau
Ns masa sentuhan atau
Daya impuls, Kadar perubahan momentum dalam masa yang diambil
F suatu perlanggaran atau letupan untuk perubahan
Perubahan momentum momentum berlaku.
Daya impuls, F =
masa

Unit : mv - mu
Newton (N) Daya impuls, F =
t
Hubungan antara masa hentaman, t dan daya impuls, F
Daya impuls, F berkadar songsang dengan masa Masa hentaman panjang
hentaman, t dalam suatu perlanggaran.  Daya impuls berkurang
1
F∝ Masa hentaman singkat
t  Daya impuls bertambah

Situasi di mana daya impuls perlu dikurangkan


Tilam tebal digunakan dalam acara lompat tinggi. Apabila atlit
jatuh ke atas tilam tebal, masa hentaman dapat dipanjangkan.
Maka daya impuls yang terhasil dapat dikurangkan. Dengan itu,
ia dapat mengelak atlit mengalami kecederaan akibat daripada
daya impuls.
Penjaga gol memakai sarung tangan tebal bagi memanjangkan
masa hentaman sewaktu menangkap bola yang bergerak laju.
Ini dapat menggurangkan daya impuls.

Atlit lompat jauh mendarat di atas pasir. Ini dapat


memanjangkan masa hentaman sewaktu pendaratan. Daya
impuls dapat dikurangkan bagi mengelak kecederaan kepada
atlit.

Sarung tangan tebal digunakan oleh peninju bagi


mengurangkan daya impuls semasa menumbuk pihak lawan.
Sarung tangan tebal membantu memanjangkan masa
hentaman semasa tumbukan dilakukan. Kecederaan dapat
dielakkan.

Ahli payung terjun membengkokkan kaki semasa pendaratan di


atas tanah. Dengan cara ini, ia mampu mengurangkan daya
impuls dengan memanjangkan masa hentaman kaki dengan
permukaan tanah.

58
Situasi di mana daya impuls perlu ditingkatkan
Ahli karate mampu memotong kepingan kayu yang tebal
dengan menggunakan tangan. Tangan perlu dihayun dengan
pantas sebelum menghentam kepingan kayu. Sebaik sahaja
menyentuh permukaan kayu, tangan diangkat dengan cepat.
Teknik ini menyebabkan perubahan momentum tangan berlaku
dalam masa yang singkat. Maka daya impuls yang besar
dikenakan ke atas kepingan kayu dan menyebabkan kayu
pecah.

Bola mesti mempunyai tekanan udara yang cukup. Semasa


kaki menghentam bola, perubahan momentum kaki berlaku
dalam masa singkat. Ini menghasilkan daya impuls yang besar
ke atas bola bagi membolehkan bola itu bergerak dengan lebih
laju dan jauh.

Makanan dihancurkan menggunakan antan dan lesung.


Antan diangkat ke atas dan makanan di dalam lesung ditumbuk
dengan cepat. Hentaman antara antan dan lesung batu
menghasilkan daya impuls yang bertindak pada makanan dan
menghancurkan makanan.

Latihan 2.6 Impuls & Daya Impuls

(1) Sebiji bola berjisim 200 g disepak (2) Sebiji bola tenis yang berjisim 100 g
-1
oleh seorang pemain dengan halaju 80 m sedang bergerak dengan halaju 40 m s .
-1
s dan kemudian terkena kepala seorang Bola tenis itu terpantul balik dengan halaju
pemain lain menyebabkan bola melantun 10 m s-1 dan masa tindakan ialah 20 ms.
-1
semula dengan halaju 60 m s . Tentukan daya impuls bola tenis itu.
Berapakah impuls yang dihasilkan oleh
bola itu.

(3) Seorang budak lelaki berjisim 50 kg (4) Sebuah kereta mainan berjisim 1.5 kg
melompat dari satu tempat tinggi ke bergerak dengan halaju seragam 40 m s-1
tanah. Halaju sejurus sebelum terkena berlanggar dengan sebuah dinding dan
-1
tanah ialah 4 m s . Berapakah daya melantun semula dengan halaju 35 m s-1.
impuls yang dikenakan oleh budak itu (a) Berapakah impuls yang bertindak pada
kepada tanah jika budak itu melompat kereta itu?
dengan (b) Jika perlanggaran tersebut mengambil
(a) membengkokkan kaki dan masa 0.8 s, berapakah daya impuls
mengambil masa 0.5 saat untuk tiba yang dikenakan kepada kereta mainan
ke tanah. tersebut?
(b) meluruskan kaki dan mengambil
masa 0.02 saat untuk tiba ke tanah.

59
2.7 Kepentingan Ciri-ciri Keselamatan Kenderaan

Zon mudah remuk

Beg Udara
Tali pinggang keledar

Penghadang kepala

Bamper gentian kaca

Kaca anti pecah berselerak


(Shattered resistant windscreen)
Sistem brek anti-kunci
Tayar berbunga
Anti-lock braking system (ABS)

60
Komponen Fungsi
Penghadang kepala Mengurangkan kesan inersia ke atas kepala semasa
hentaman daripada belakang
Beg udara Memanjangkan masa hentaman supaya daya impuls yang
terhasil dapat dikurangkan.
Kaca anti pecah Mengelak kaca yang pecah terbang berselerak. Melindungi
berselerak penumpang dan pemandu daripada luka.
Zon mudah remuk Memanjangkan masa hentaman semasa perlanggaran. Maka
daya impuls dapat dikurangkan.
Bamper Memanjangkan masa hentaman semasa perlanggaran. Maka
daya impuls dapat dikurangkan.
Anti-lock braking Membantu menyelesaikan masalah tergelincir dan
system (ABS) membenarkan pemandu untuk mengekalkan kawalan stereng
semasa membrek pada permukaan yang licin.
Tali pinggang keledar Mengurangkan kesan inersia dengan menghalang
penumpang terhumban ke hadapan.
Tayar berbunga Menambahkan daya geseran pada permukaan jalan dan
menambahkan cengkaman semasa cuaca hujan.

Latihan 2.7 Kepentingan ciri-ciri keselamatan kenderaan

Suatu syarikat kereta ingin mereka bentuk sebuah kereta untuk perlumbaan. Sebagai
seorang pereka, anda dikehendaki memberikan cadangan dalam mereka bentuk
sebuah kereta yang boleh bergerak laju dan selamat.

Dengan menggunakan pengetahuan anda tentang daya, momentum dan konsep fizik
yang lain, nyatakan dan terangkan cadangan anda berdasarkan aspek-aspek berikut:

(i) Mengurangkan kesan hentaman di bahagian hadapan dan belakang kereta.


(ii) Mengurangkan kesan hentaman di bahagian sisi kereta.
(iii) Ciri-ciri keselamatan di tempat duduk pemandu.
(iii) Reka bentuk kawalan pemanduan kereta.
(iv) Kemampuan enjin kereta.

Jawapan:

Pengubahsuaian Alasan

61
2.8 Daya Graviti (Gravitational force)

Daya graviti Suatu objek jatuh ke bumi kerana ia ditarik ke arah Bumi
(Gravitational force) oleh daya graviti.

Daya ini dikenali sebagai Daya tarikan graviti atau Daya


graviti bumi.

Daya graviti bumi cenderung untuk menarik semua objek


ke arah pusat bumi.

Jatuh bebas Suatu objek jatuh bebas apabila ia jatuh hanya di bawah
(Free fall) pengaruh daya graviti. Halaju objek bertambah (pecutan
seragam).

Jatuh bebas hanya berlaku apabila suatu objek berada di


dalam ruang vakum. Ruang vakum ialah suatu ruang
kosong tanpa molekul udara.

Ketiadaan udara bermaksud tiada rintangan udara yang


akan menentang gerakan jatuhan suatu objek.

Video Brian Cox: Di dalam ruang vakum, kedua-dua objek ringan dan berat
Eksperimen jatuh bebas mengalami jatuh bebas. Mereka jatuh dengan pecutan
https://youtu.be/E43-CfukEgs yang sama iaitu pecutan graviti, g.

Pecutan graviti, g Objek yang jatuh bebas mengalami pecutan seragam.


(gravitational Pecutan ini dikenali sebagai pecutan graviti, g.
acceleration)
Nilai pecutan graviti, g ialah 9.8 m s-2.

Unit bagi g ialah Magnitud pecutan graviti bergantung kepada kekuatan


m s-2 atau N kg-1 medan graviti.

g = 10 m s-2 Bagi memudahkan penyelesaian berangka, nilai g


biasanya dianggap sebagai 10 m s-2.

Medan graviti Medan graviti merupakan kawasan di sekeliling Bumi di


(Gravitational field) mana suatu objek mengalami daya tarikan ke pusat
Bumi.
Ingat kembali!!!:
F = ma Daya tersebut ialah daya tarikan graviti
a=g
 F = mg Kekuatan medan graviti ditakrifkan sebagai daya graviti
yang bertindak ke atas suatu objek berjisim 1 kg.
F
g dan unitnya ialah N kg-1.
m
Kekuatan medan graviti, g = 10 N kg-1
Pecutan graviti, g = 10 m s-2

Berat (weight) Berat suatu objek ialah daya graviti yang bertindak ke
atas objek tersebut.
Unit : Newton (N)
Kuantiti vektor W = F = mg W = mg

62
Perbandingan antara jisim (mass) dan berat (weight)

Jisim Berat
Jisim ialah kuantiti jirim dalam suatu Berat ialah daya graviti yang bertindak
objek pada suatu objek.
Tetap di semua tempat Berubah mengikut tempat
Kuantiti skalar Kuantiti vektor
Unit SI: kilogram (kg) Unit SI: Newton (N)
A
• Perbezaan antara jatuhan di udara
dan jatuh bebas di dalam ruang
vakum bagi satu syiling dan bulu Kedudukan asal
ayam.

• Kedua-dua objek dijatuhkan


serentak pada suatu ketinggian
yang sama. Bulu ayam

Duit syiling

Dalam ruang vakum Dalam ruang udara


• Tiada rintangan udara • Kedua-dua objek jatuh kerana daya
graviti.
• Duit syiling dan bulu ayam
mengalami jatuh bebas. • Wujud rintangan udara ke atas
permukaan objek yang sedang jatuh
• Hanya daya graviti bertindak ke (Bertindak ke atas)
atas kedua-dua objek.
• Bulu ayam mempunyai permukaan
• Kedua-dua objek jatuh mencecah yang lebih luas maka mengalami
lantai dalam masa yang sama rintangan udara yang lebih tinggi.

• Duit syiling akan jatuh terlebih


dahulu.

• Daripada gambar foto gerakan


jatuhan dua bebola besi yang diambil
menggunakan stroboskop di sebelah,
kelihatan jarak antara imej berturutan
bertambah.

• Ini menunjukkan kedua-dua bebola


besi bergerak dengan pecutan.
g
• Daripada gambar foto itu juga,
didapati kedua-dua bebola besi
sentiasa berada pada aras yang sama
setiap masa.

• Ini menunjukkan kedua-dua bebola


besi bergerak dengan pecutan
graviti.

63
Eksperimen: Menentukan nilai pecutan graviti bumi, g
Hidupkan jangka masa detik.
Lepaskan pemberat supaya jatuh bebas ke lantai. Jangka
Bekalan
masa detik
Daripada pita detik yang diperolehi sebuah kuasa a.u
carta pita detik dihasilkan.

Daripada carta pita,


x
(1) Kirakan halaju awal, u = dan Meja
0.04 Pita detik
y Pemberat
(2) Kirakan halaju akhir, v =
0.04

(3) Kirakan masa pecutan, t = (6 - 1) x 0.04


vu
(4) Kirakan pecutan, a = = pecutan graviti, g
t

Perbincangan dan kesimpulan :


(1) Nilai pecutan graviti yang diperolehi ialah ...........................

(2) Nilai pecutan, g yang diperolehi ....................... daripada nilai piawai kerana
terdapat ................................. antara pita detik dan jangka masa detik dan
...................... udara ke atas pemberat.

Latihan 2.8 Daya graviti

(1) Seorang pelajar hendak menganggarkan tinggi sebuah tebing tinggi dengan
menjatuhkan sebiji batu dari bahagian atas tebing itu. Dengan menggunakan sebuah
jam randik pelajar itu mendapati batu itu terkena tanah 4 saat kemudian.
Berapakah tinggi tebing tinggi itu?

(2) Satu objek dilepaskan pada ketinggian 50 m. Berapakah masa yang diambil untuk
sampai ke lantai?

(3) Sebiji bola dilontarkan tegak ke atas dengan halaju awal 20 m s-1.
Jika g = 10 m s-2 dan rintangan udara boleh diabaikan, tentukan
(a) Tinggi maksimum yang tercapai.
(b) Masa untuk bola kembali ke titik permulaannya.

64
2.9 Keseimbangan Daya (Equilibrium of forces)

Prinsip keseimbangan Apabila suatu jasad dikenakan beberapa daya, jasad akan
daya berada dalam keadaan keseimbangan jika daya paduan, F
adalah sifar.

F2 F1

Daya paduan, F = F1 + (-F2) = 0 N


Jika nilai F1 = F2 dan bertindak bertentangan arah antara
satu sama lain.

Objek dikatakan berada dalam keadaan keseimbangan


daya apabila objek itu sedang pegun atau objek itu
sedang bergerak dengan halaju seragam.

F
Ini berdasarkan formula, F = ma atau a = .
m

Apabila keseimbangan daya dicapai, F = 0 N,


maka a = 0 ms-2 atau bergerak dengan halaju seragam.

Hukum Gerakan Jika terdapat daya bertindak pada suatu objek maka
Newton Ke-3 terdapat satu daya tindak balas yang sama magnitud
tetapi bertentangan arah.
Contoh: Objek yang pegun di atas meja

Tindak balas, R

Berat, W

R=W

Contoh-contoh situasi objek dalam keseimbangan daya


Kereta bergerak dengan halaju seragam Kapal terbang bergerak dengan halaju
seragam pada ketinggian tetap.

65
Kapal terapung di permukaan air Belon udara panas terapung pada satu
ketinggian tetap

Objek tergantung pada seutas tali Objek yang pegun di atas landasan
condong

Penambahan daya

F1
F2 Daya paduan, F = +

F1
F2 Daya paduan, F = +

Info: +
Tanda positif atau negatif pada nilai daya
merujuk kepada arah tindakan daya itu. - +
-

Penambahan dua daya yang berserenjang antara satu sama lain

Daya paduan, F ditentukan


dengan menggunakan
teorem Pythagoras:
F2 F2

F1 F1

66
Penambahan dua daya menggunakan kaedah segi empat selari dan segi tiga
Kaedah segi empat selari
(a) Lukis garis OA mengikut skala untuk mewakili daya P.

O A
P
(b) Dari titik O, lukis garis OB mengikut skala untuk mewakili daya Q.
B
Q

O A
P
(c) Lengkapkan segi empat selari OACB dengan melukis garis BC yang selari
dengan garis OA dan garis AC yang selari dengan garis BO.
B C
Q

O A
P
(d) Lukis pepenjuru OC. OC mewakili daya paduan bagi daya P dan daya Q.
Magnitud daya paduan, F = panjang pepenjuru OC x nilai skala daya.
Arah daya paduan = sudut .

B C
Q F

O A
P

Kaedah segi tiga


(a) Lukis garis OA mengikut skala untuk mewakili daya S.

O A
S
(b) Dari kepala anak panah garis OA, lukis garis AB mengikut skala untuk
mewakili daya, T B
T

O A
S
(c) Lengkapkan segi tiga OAB. Sisi ketiga OB mewakili daya paduan bagi daya S
dan daya T.
Magnitud daya paduan, F = panjang pepenjuru OB x nilai skala daya.
Arah daya paduan = sudut . B
F T

O A
S

67
Contoh situasi 1 Contoh situasi 2

P Q

Latihan 2.9 (a) Keseimbangan daya (Daya Paduan)

(1) Kira daya paduan. Arah manakah (2) Kira daya paduan. Arah manakah objek
objek tersebut akan bergerak? tersebut akan bergerak?

4N 4N
12 N 12 N

(3) Seekor kuda menarik pedati berjisim 920 kg


dengan daya 500 N. Petani membantu kuda itu
dengan menolak pedati dari belakang dengan
daya 200 N.
(i) Kira daya paduan yang bertindak?
(ii) Kira pecutan pedati tersebut

(4)Seekor kuda menarik pedati berjisim 150 kg


dengan daya 500 N. Petani menarik pedati itu
pada arah bertentangan dengan daya 200 N.
(i) Kira daya paduan
(ii) Kira pecutan pedati itu.

(5) Dua daya bertindak pada suatu kotak kayu seperti dalam rajah di bawah.
Kira daya paduan menggunakan kaedah segi empat selari.

6N

60°
12 N

68
Penyelesaian:
Skala: 1 cm = 1 N

(6) Dua daya bertindak pada suatu kotak kayu seperti dalam rajah di bawah.
Kira daya paduan menggunakan kaedah segi tiga.
6N

60°
12 N

Penyelesaian:
Skala: 1 cm = 1 N

69
(7) Dua bot tunda menarik sebuah kapal
besar dengan daya F1 = 4000 N dan
daya F2 = 3000 N. Berapakah daya
paduan dan arah tindakannya?

Penyelesaian:
Skala: 1 cm = 500 N

(8) Suatu bongkah kayu dikenakan dua daya yang berserenjang antara satu sama lain.
Tentukan daya paduan, F.
40 N

50 N

Penyelesaian:

70
Berat Ketara dalam Lif

Berat suatu objek, W yang ditunjukkan pada penimbang


ialah magnitud daya tindak balas normal, R yang
bertindak ke atas objek yang diletakkan di atasnya.

Bacaan penimbang = daya tindak balas normal, R R

W
Kes 1: Lif berada dalam keadaan pegun atau bergerak
dengan halaju seragam

Bacaan penimbang = R = W

W
Kes 2: Lif bergerak ke atas dengan pecutan, a

Daya paduan, F
F =R–W F = ma
ma = R – mg R
R = ma + mg W = mg
a

Bacaan penimbang, R = ma + mg
W

Kes 3: Lif bergerak ke bawah dengan pecutan, a

Daya paduan, F
F =W–R R
ma = mg – R F = ma
R = mg – ma
W = mg
a

Bacaan penimbang, R = mg – ma

71
Leraian Daya

Situasi harian yang melibatkan leraian daya

Satu daya tunggal dapat dileraikan kepada dua komponen daya yang berserenjang.
Leraian daya bertujuan menentukan daya berkesan yang terhasil ke atas suatu
objek.

F Fy F

Fx

Daya Fx yang diwakili oleh garis OA


disebut komponen mengufuk bagi daya F. B C

OA FX
kos ° = 
OC F
Fy
Fx = F ∙ kos ° F

Daya Fy yang diwakili oleh garis OB


°
disebut komponen mencancang daya F.
O A
Fx
AC OB FY
sin ° =   Penting! Garis daya yang dileraikan
OC OC F
mesti menjadi hipotenus.
Fy = F ∙ sin °

72
Latihan 2.9 (b) Penyelesaian masalah melibatkan leraian daya

(1) Cari nilai komponen daya mengufuk


dan komponen daya mencancang
Fy

F= 200N

40°
Fx
(2) Cari nilai komponen daya mengufuk
dan komponen daya mencancang
F= 300 N
Fy
30°
Fx

(3) Sebuah troli berjisim 2 kg di atas lantai licin


ditarik oleh satu daya condong 10 N. F= 10 N
(i) Kira komponen daya mengufuk, Fx. Fy
(ii) Kira pecutan troli tersebut bergerak.
(iii) Kenapa troli tidak bergerak ke arah Fy? 50°
Fx

(4) Seorang budak menolak mesin rumput dengan


daya, F = 100 N.
(i) Labelkan arah daya, F, komponen daya Fx
dan komponen daya Fy.
(ii) Kira nilai komponen daya Fx dan Fy.

60°

(5) Seorang lelaki menarik sebuah beg dengan


daya 150 N. Kira komponen daya Fx.

Tentukan jenis gerakan beg tersebut.

Daya geseran
75 N 60°

73
(6) Satu bongkah kayu berjisim 2 kg terletak di
atas landasan condong bersudut 30°.
(i) Labelkan arah berat, W bertindak dan
dua komponen leraian berat bongkah
kayu itu.

30°

Panduan menjawab
Murid perlu mempunyai
kemahiran matematik berkaitan
segitiga.

(ii) Kira komponen berat bongkah kayu yang Komponen W1


selari dengan landasan condong.

°
°
Komponen W2

(iii) Kira komponen berat bongkah kayu yang


serenjang dengan landasan condong.

74
Latihan 2.9 (c) Penyelesaian masalah melibatkan daya-daya dalam keseimbangan.

Contoh 1:
Satu bola berjisim 1.2 kg diikat kepada
Syiling
seutas tali yang diikatkan pada siling.
Seutas tali lagi diikat pada bola itu dan
ditarik secara mengufuk sehingga tali
M
yang diikat kepada siling itu membuat
sudut 30° dengan garis normal kepada 30°
N
siling. Cari nilai tegangan M dan N pada
kedua-dua tali.

Penyelesaian:

Berat bola = mg = 1.2 x 10 = 12 N


1.2kg
Melukis segitiga keseimbangan daya:
1 cm mewakili 2 N

Tegangan M = 7 cm x 2 N = 14 N

Tegangan N = 3.5 cm x 2 N = 7 N

M
Berat = 12 N

(2) Satu bongkah kayu berjisim 0.9 kg Penyelesaian:


digantung dengan 2 utas tali. Kedua-dua Skala 1 cm : 1.5 N
tali membuat sudut 30° dengan garis
mengufuk. 30

30° 30°

T T
9N

0.9 kg
30

(a) Lukiskan segitiga keseimbangan daya.


(b) Hitungkan tegangan tali, T.

75
(3) Sebuah cermin berjisim 2 kg Penyelesaian:
digantung seperti dalam rajah.
(a) Labelkan daya-daya yang bertindak
ke atas cermin itu.
(b) Hitung tegangan tali.
(c) Tentukan nilai daya paduan.

45° 45°

(4) Satu bongkah kayu berjisim 4 kg Penyelesaian:


tergantung seperti ditunjukkan dalam
rajah di bawah.
(a) Labelkan daya-daya yang bertindak.
(b) Tentukan tegangan tali, T1 dan
tegangan tali, T2 dengan mengunakan
melukis segitiga keseimbangan daya.

60°
30°
T1 T2

76
2.10 Kerja, tenaga, kuasa dan kecekapan (Work, energy and efficiency)

Kerja  Kerja dilakukan apabila suatu daya yang


bertindak pada suatu objek menyebabkan objek
itu bergerak.
 Kerja ditakrifkan sebagai hasil darab daya yang
F bertindak dengan sesaran yang dilalui oleh objek
itu pada arah tindakan daya itu.

W = F s dimana W ialah kerja,


F = daya dan s = sesaran

Sesaran, s  Jika terdapat lebih daripada dua daya bertindak,


nilai F merujuk kepada daya paduan.

Unit Kerja ialah Joule (J) 1 Joule kerja dilakukan apabila satu daya 1 N
menggerakkan satu objek sejauh 1 m dalam arah
1m
daya yang dikenakan.
1N 1N
1J=1Nm

Pengiraan Kerja, W
Kes 1: Arah sesaran suatu objek sama dengan arah daya yang dikenakan

F
F
s
s

Kerja, W = F  s

Kerja, W = F  s

Contoh 1 Contoh 2
Seorang budak menolak basikal dengan Seorang budak mengangkat pasu bunga
daya 25 N melalui satu sesaran 3m. berjisim 2 kg secara menegak hingga
mencapai ketinggian 0.4 m.

Hitung kerja dilakukan oleh budak itu. Hitung kerja dilakukan oleh budak itu.
Penyelesaian: Penyelesaian:

77
Kes 2: Arah sesaran suatu objek tidak sama dengan arah daya yang dikenakan
F

s
Kerja, W = Komponen daya Fx  sesaran objek
= (F cos )  s

Contoh 1: Seorang lelaki menarik Penyelesaian:


sebakul ikan sepanjang permukaan
dengan daya 40 N bagi menggerakkan
bakul sejauh 6 m.

Hitung kerja yang dilakukan olehnya.


Contoh 2: Sebuah trak menarik kereta
yang rosak dengan seutas tali tak
kenyal. Jika tegangan tali ialah 1.5 kN,
berapakah kerja telah dilakukan oleh
trak jika ia bergerak sejauh 40 m.

Tiada kerja dilakukan atau W = 0 J


Objek pegun Arah gerakan objek Tiada daya dikenakan ke
serenjang dengan daya atas objek dalam arah
yang dikenakan. sesarannya (objek
bergerak kerana
inersianya)

Seorang pelajar mengalas Cth: Satelit mengorbit


Seorang pelayan sedang
beg dan sedang berdiri dalam angkasa. Tiada
membawa sedulang
menunggu bas geseran di angkasa. Tiada
makanan dan berjalan.
daya bertindak pada arah
gerakan orbit.

78
Tenaga (Energy)
 Tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan kerja.
 Unit tenaga ialah Joule (J).
 Tenaga yang dipunyai oleh suatu objek diukur daripada kerja yang dilakukan
olehnya.
 Apabila kerja dilakukan, suatu daya dikenakan ke atas suatu objek akan mengubah
kedudukan objek tersebut.
 Apabila kerja dilakukan, tenaga dipindahkan dari suatu objek ke objek yang lain.
 Apabila kerja dilakukan juga menyebabkan tenaga bertukar daripada satu bentuk
ke bentuk yang lain.
 Jumlah tenaga yang dipindahkan = Kerja yang dilakukan (work done)

Tenaga keupayaan graviti (Gravitational potential energy)


 Tenaga keupayaan graviti ialah tenaga yang dipunyai oleh
suatu objek kerana kedudukannya.

 Daya, F yang diperlukan untuk menaikkan objek itu sama


F W h dengan berat objek, W. (Daya, F = Berat, W)

 Tenaga keupayaan graviti, Ep = kerja dilakukan


= daya, F x sesaran, h
= mgh
W
F = W = mg Ep = mgh

Tenaga kinetik (Kinetic energy)


 Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh suatu objek yang sedang bergerak.

Halaju awal, u = 0 m s-1 halaju akhir, v = v


m F m

 Pecutan, a troli ditentukan seperti yang berikut:


v2 = u2 +2as u = 0 m s-1
v2 = 2as
v2
a =
2s

 Tenaga kinetik, Ek = kerja yang dilakukan


= daya, F  sesaran, s
= (ma)  s
 v2 
= m    s
 2s 
1
= mv 2
2

1
Ek = mv 2
2

79
Prinsip Keabadian Menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau
Tenaga dimusnahkan, tetapi boleh berubah daripada satu bentuk ke
bentuk yang lain.
Ep ialah tenaga Contoh:
keupayaan graviti
Ep = maksimum Ep = maksimum
Ek ialah tenaga kinetik Ek = 0 Ek = 0

A C
Ep = Ek
1 B
mgh = mv 2
2

Ep = 0
Ek = maksimum

Kuasa (Power)  Kadar melakukan kerja atau


Kadar pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk
yang lain.

kerja yang dilakukan W


Kuasa = 
masa yang diambil t

 Unit Kuasa ialah watt (W) atau J s-1

 1 W = 1 J s-1

Kecekapan Kecekapan suatu alat ialah peratus tenaga yang digunakan


(Efficiency) berbanding tenaga yang dibekalkan.

Tenaga yang digunakan


Kecekapan =  100%
Tenaga yang dibekalkan

Kuasa output
Kecekapan =  100%
Kuasa input

Tenaga yang Tenaga yang


dibekalkan Alat digunakan

Tenaga yang
hilang

80
Latihan 2.10 Kerja, tenaga, kuasa dan kecekapan

(1) Seorang pekerja menarik satu (2) Seorang pelajar berjisim 60 kg


bongkah kayu berjisim 50 kg menaiki menaiki satu tangga yang mempunyai 6
satu satah condong tanpa geseran anak tangga, tiap-tiap satunya
bersudut 30. Jarak dilalui oleh bongkah berukuran 20 cm tinggi. Jika dia
kayu ialah 5 m. Kira kerja dilakukan oleh mengambil masa 3 saat untuk sampai
pekerja tersebut untuk menarik bongkah ke atas, berapakah kuasa pelajar itu?
itu.

5m

30°

(3) Daya tujah enjin sebuah kereta adalah (4) Satu objek berjisim 4 kg sedang
1 500 N. Sekiranya kereta bergerak bergerak dengan halaju 2.5 m s-1. Kira
dengan halaju seragam 20 m s-1, tenaga kinetik yang dipunyai oleh objek
tentukan daya geseran yang bertindak itu.
dan hitung kuasa kereta itu.

(5) Suatu jasad berjisim 0.4 kg dikenakan (6) Seekor monyet berjisim 20 kg
suatu daya 20 N bersudut 60o dengan memanjat sebatang pokok kelapa yang
garis ufuk supaya jasad itu bergerak tingginya 15 m dalam masa 2.5 saat.
sejauh 1.5 m di sepanjang garis ufuk. Tentukan kuasa yang dijanakan.
Berapakah kerja yang dilakukan?

(7) Sebiji bola dilepaskan dari titik A pada ketinggian


0.8 m maka ia bergerak turun sepanjang landasan A
licin sehingga titik B. Berapakah halaju bola bila
mencapai titik B?
0.8 m

81
2 kg 5 kg

2m

Motor
Tali tak kenyal

Beban

15 m

Lantai
2.12 Kekenyalan

Kekenyalan Kekenyalan sesuatu bahan ialah sifat bahan itu kembali


kepada bentuk dan saiz asalnya selepas daya yang
dikenakan dialihkan.

Dua jenis daya yang wujud antara atom-atom pepejal


ialah daya tarikan dan daya tolakan.

Daya
Daya tarikan Daya
tolakan tolakan
Ikatan antara atom bertindak seperti spring

Dalam keadaan biasa, kedua-dua daya ini diseimbangkan


kerana jarak pemisah antara atom-atom adalah tetap.
Maka pepejal mempunyai bentuk tetap dan permukaan
yang keras.

Apabila bahan pepejal Atom-atom pepejal dijauhkan dan daya tarikan bertambah
diregangkan sehingga melebihi daya tolakan antara atom-atom.

Daya
Tanpa daya luar Daya tarikan Daya
tolakan tolakan

Daya tarikan yang bertambah ini akan menarik atom-atom


untuk mengembalikan bentuk asal pepejal selepas daya
Daya regangan dikenakan
yang dikenakan dialihkan.

Apabila bahan pepejal Atom-atom dirapatkan dan daya tolakan bertambah


dimampatkan sehingga melebihi daya tarikan antara atom-atom.

Daya
Tanpa daya luar Daya tarikan
Daya
tolakan tolakan

Daya tolakan yang bertambah ini akan menolak atom-


atom untuk mengembalikan bentuk asal pepejal selepas
Daya mampatan dikenakan
daya yang dikenakan dialihkan.

Contoh situasi dan aplikasi yang melibatkan kekenyalan

83
Eksperimen: Mengkaji hubungan antara daya, F dan pemanjangan spring, x
Situasi: Inferens :

......................................................................................................................
Hipotesis :

......................................................................................................................

Tujuan : ......................................................................................................................

Pemboleh Dimanipulasikan : ....................................................................


ubah :
Bergerak balas : ....................................................................

Dimalarkan : ....................................................................

Senarai radas : ......................................................................................................................

Susunan
radas :
Pembaris Spring

Pin
Beban berslot
Kaki retort

...................................................................................................................
Prosedur :
...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

...................................................................................................................

Penjadualan
data :

Analisis data :
F/ N

x/ cm

84
Hukum Hooke Hukum Hooke menyatakan pemanjangan/pemampatan
suatu bahan kenyal adalah berkadar terus dengan daya
regangan/mampatan yang bertindak jika had kenyal
bahan itu tidak dilebihi.

F∝x dan F = kx dengan k sebagai pemalar daya

Pemanjangan, x Mampatan, x
Spring

x 10N
Pembaris meter

Beban x

10N

Kecerunan = Pemalar daya Berdasarkan graf F melawan x:


F/N spring, k  F berkadar terus dengan x
 Kecerunan graf = Pemalar daya spring, k
 Luas di bawah graf F melawan x
= kerja dilakukan untuk memanjangkan/mampatkan
spring
= tenaga keupayaan kenyal, Ee
x/ m 1 1
= Fx  kx 2
Luas di bawah graf F-x = 2 2
tenaga keupayaan kenyal

Pemalar daya spring, k Pemalar daya spring, k ditakrifkan sebagai daya yang
diperlukan untuk menghasilkan seunit
pemanjangan/mampatan spring itu, iaitu
F
k 
x

F/N
Spring Nilai k dirujuk sebagai ukuran kekerasan suatu spring.
keras
 Spring yang mempunyai nilai pemalar daya spring, k
Spring
yang besar sukar diregangkan dan ia dikatakan lebih
75 lembut keras.

25  Spring yang mempunyai nilai pemalar daya spring, k


x/ m yang kecil lebih mudah diregangkan dan ia dikatakan
1 kurang keras atau lebih lembut.

 Nilai k besar bermaksud lebih keras (kurang kenyal)


N
Unit k : = N m-1
m  Nilai k kecil bermaksud lebih lembut (lebih kenyal)

atau N cm-1 atau N mm-1

85
Perbandingan nilai pemalar daya spring, k
(A) Berdasarkan gambarajah spring A
dan spring B bandingkan:
1. Berat beban yang digantung.

……………………………………………...
2. Panjang akhir spring.

……………………………........................
3. Pemanjangan spring, x

……………………………………….……..
4. Kekerasan spring Spring A Spring B

……………………………………………... 10N

5. Pemalar daya spring, k 10N

……………………………………………… Spring A Spring B

(B) Daripada jawapan anda di (A),


hubungkait antara kekerasan spring
dengan pemalar daya spring.

………………………………………..........

………………………………………………

………………………………………………

Had kekenyalan spring  Had kekenyalan spring ialah daya maksimum yang
boleh dikenakan keatasnya selagi ia boleh kembali
kepada panjang asal apabila daya yang dikenakan
x dialihkan.

 Jika spring tersebut dikenakan suatu daya melebihi


had had kekenyalan, ia tidak boleh kembali kepada
kenyal panjang asal apabila daya yang dikenakan dialihkan.

F  Suatu spring yang dikenakan daya melebihi had


kekenyalannya tidak akan kenyal lagi dan mengalami
F pemanjangan kekal.

 Apabila suatu daya yang dikenakan melebihi had


had kekenyalan, maka Hukum Hooke tidak lagi dipatuhi.
kenyal
 Had kekenyalan boleh ditentukan sebagai titik di mana
x graf garis lurus berakhir dan mula melengkung.

86
Faktor-faktor yang mempengaruhi kekenyalan spring
Diameter spring Panjang spring
F/N Diameter kecil F/N Spring pendek

Diameter besar Spring panjang

x/cm x/cm
1 1

....................................................................................... ...........................................................................................

....................................................................................... ...........................................................................................

Diameter dawai spring Jenis bahan

F/N Dawai tebal F/N Dawai keluli

Dawai halus Dawai kuprum


Keluli

x/cm x/cm
1 1

Kuprum

........................................................................................... ...........................................................................................

........................................................................................... ...........................................................................................

Susunan spring
Secara bersiri Secara selari

W W
W
Pemalar spring = k
Pemalar spring = k Pemalar spring = 2k
W
k
Pemalar spring =
2

Beban dikenakan bagi setiap spring Beban dikongsi sama rata bagi setiap
adalah sama. spring.
Ketegangan bagi setiap spring = W W
Ketegangan spring =
2
Pemanjangan bagi setiap spring = x x
Pemanjangan bagi setiap spring =
2
Jumlah pemanjangan spring = 2x x
Jumlah pemanjangan spring =
2

87
Latihan 2.12 Kekenyalan

(1) Suatu spring keluli menghasilkan (2) Sebuah spring mempunyai panjang
pemanjangan 4 cm apabila dikenakan asal 5 cm. Apabila digantung beban 20 g,
daya 8 N. Berapakah daya yang perlu panjangnya menjadi 7 cm. Tentukan
dikenakan supaya pemanjangannya jumlah pemanjangan spring, x apabila
adalah 5 cm? digantung beban 40 g.

(3) Rajah menunjukkan sebuah spring


yang mempunyai panjang asal 18 cm. P
Apabila diletakkan beban 10 kg,
panjangnya menjadi 8 cm dan apabila 10 kg
diletakkan beban P panjangnya menjadi 18 cm
10 cm. Berapakah nilai P? 10 cm

8 cm

(4) Suatu spring keluli mempunyai (5) Suatu spring dipanjangkan sebanyak
panjang asal 20 cm. Apabila beban 2 N 4.5 cm apabila daya 9 N dikenakan
diletakkan ke atasnya, spring itu kepadanya. Berapakah pemanjangan
termampat menjadi 12 cm. Berapakah spring apabila daya 36 N dikenakan
berat W apabila spring dimampatkan kepadanya?
menjadi 8 cm?

(6) Suatu spring dengan panjang asal 15 (7) Suatu spring termampat sebanyak 3
cm termampat sebanyak 2.5 cm apabila cm apabila beban 15 N diletakkan di
beban 2 N diletakkan di atasnya. atasnya. Berapakah mampatan spring
Berapakah panjang spring apabila beban jika beban 30 N ditambah di atas beban
6 N diletakkan di atasnya? 15 N itu?

88

You might also like