You are on page 1of 7

SULIT ANGKA GILIRAN : 2019122340062

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja
Pemeriksa 1
BUKU JAWAPAN No Soalan Markah
UJIAN TERBUKA 1

PISMP JUN 2019 4 2


PROGRAM AMBILAN
SEM 3

ANGKA GILIRAN 2 0 1 9 1 2 2 3 4 0 0 6 2 4
JUMLAH
NO. 0 0 0 9 0 2 0 8 0 3 9 7
Pemeriksa 2
K/PENGENALAN
No Soalan Markah
KOD KURSUS PKES 3072
1
2
TAJUK KURSUS PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
3

TARIKH 27/5/2021 4
PEPERIKSAAN 8:30 PAGI
MASA JUMLAH

IPG KAMPUS
TEMENGGONG IBRAHIM

ARAHAN KEPADA CALON

1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.

2. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian
jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kanan “header” .

3. Mulakan jawapan anda bagi setiap soalan pada muka surat baharu.

4. Tuliskan nombor soalan pada ruang atas setiap muka surat jawapan.

5. Calon yang tidak menghantar skrip jawapan dalam tempoh masa menjawab akan dikira GAGAL dalam peperiksaan ini.
SULIT ANGKA GILIRAN : 2019122340062

JAWAPAN SOALAN 1

(Calon perlu memasukkan jawapan di ruangan ini mengikut soalan. Anda perlu enter untuk
meneruskan jawapan sehingga ke halaman berikutnya mengikut kesesuaian panjang
jawapan anda.)

1. PENGENALAN

Progam Kesihatan Sekolah adalah sebuah program yang dirangka bagi memberikan pendidikan
dan pendedahan tentang cara – cara dan kaedah untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga .
Program ini amat penting kerana menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia ( WHO ) ( 1998 )
menyatakan kesihatan merujuk kepada suatu keadaan kesempurnaan fizikal , mental dan sosial
yang mencukupi , bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan . Rancangan Kesihtan
Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan utama untuk melahirkan insan – insan
dan masyarakat sekolah yang sihat serta produktif . Konsep sekolah yang sihat telah berkembang
dengan semakin pesat melalui teknologi baharu yang membantu program – program ini berjaya
dilakukan dengan jayanya .

2. PROGRAM KESIHATAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

 Program Penjagaan Gigi dan Mulut

3. TARIKH DAN TEMPAT


 Di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Suria
 25/5/2021 waktu 8:00 pagi .
4. RASIONAL

Kewujudan Program Penjagaan Gigi dan Mulut di sekolah adalah berdasarkan rasional berikut :

 Pihak Kerajaan mahu mewujudkan satu program kesihatan yang mampu memberikan rasa
tanggungjawab, prihatin dan komitimen tentang penjagaan kebersihan diri , keluarga dan
masyarakat .
 Berfungsi sebagai sebuah panduan untuk murid mendapat pengetahuan yang lebih banyak
tentang cara penjagaan gigi dam ,ulut .
 Keperluan dalam mewujudkan sekolah sihat dalam sebuah sistem yang lebih inovatif,
fleksibel dan kreatif mengikut kepada sekolah dan juga keperluan semasa .
 Dapat Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama anatara pihak sekolah dan masyarakat
dalam menangani isu – isu yang berkaitan dengan kesihatan .
SULIT ANGKA GILIRAN : 2019122340062

5. MATLAMAT
 Mengekalkan tahap kesihatan murid – murid di sekolah diparas yang paling optimum
melalui program kesihatan sekolah .
 Dapat melakukan pengesanan awal terhadap masalah – masalah kesihatan yang boleh
menganggu akademik murid di sekolah dan seterusnya dapat memberikan rawatan awal
.
 Menggalakkan pengelibatan sepenuhnya daripada semua masyarakat di dalam
sekolah .
 Memastikan semua murid peka dengan isu kesihatan masing – masing
6. OBJEKTIF
 Memberikan pendedahan awal kepada murid – murid tentang kepentingan menjaga
kesihatan diri .
 Membantu murid dalam menjaga kebersihan diri sendiri dan masyarakat .
 Ingin melahirkan bakal pemimpin yang menjaga kebersihan diri , masyarakat dan juga
keadaan sekeliling .
 Memberikan langkah – langkah awal dalam menangani penyakit seperti AIDS, Hepatitis
B dan penyakit berbahaya yang lain .
7. PERBELANJAAN

BIL PERKARA TANGGUNGAN JUMLAH

1 Makan SEKOLAH RM 10 x 60 = RM 600

SEKOLAH
2 Cenderahati RM 50 X 20 = RM 1000

3 Lain - Lain SEKOLAH RM 10 X 60 = RM 600

JUMLAH KESELURUHAN RM 2200

8. KEPENTINGAN KESIHATAN SEKOLAH

Kepentingan kesihatan sekolah adalah untuk memastikan sekolah kekal bersih dan sihat bagi
memberikan suasana yang kondusif . Kesihatan sekolah akan memberikan sebuah jaminan
SULIT ANGKA GILIRAN : 2019122340062

kepada ibu bapa untuk melepaskan anak – anak mereka tanpa risau kerana sekolah yang sihat
akan sejajar dengan sekolah yang bersih . Hal ini kerana , kebersihan akan menjamin kesihatan
fizikal yang akan memebrikan kesan yang baik terhadap kesihatan manusia serta dapat
mencegah diri daripada pelbagai penyakit bahaya ( Danial Zainal Abidin, 1998 ) .Selain itu,
sekolah yang bersih dan sihat akan menjamin sebuah suasana yang kondusif untuk murid –
murid belajar kerana mereka tidak akan diganggu oleh serangga, pencemaran bau serta tempat
– tempat yang boleh memberikan perkara bahaya kepada murid – murid .

9. PENUTUP
Kesimpulannya , program kesihatan sekolah mempengaruhi pelbagai aspek di dalam kehidupan
murid – murid di sekolah dan juga gaya hidup mereka . Kesihatan yang merangkumi fizikal dan
mental adalah sebuah hubungan yang saling bergantung . Sesungguhnya, badan yang cergas
dan cerdas akan menghasilkan murid – murid yang cemerlang di sekolah kerana mereka dapat
memberikan sepneuh tumpuan dan juga fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku. Kesedaran terhadap kesihatan di peringkat sekolah amatlah baik pada masa kini tetapi
perkara ini perlu lebih diperhalusi dan perlu dilonjakkan supaya sekolah menjadi sebuah tempat
yang dapat mencegah penyakit .

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________________ ________________________________

(AIMAN FIKRI BIN SHAHROL SAIDI ) (KHAIRUL SHUIB BIN KHAIRUL AZIZI)
Setiausaha, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Suria Sekolah Kebangsaan Taman Suria
Johor Bahru, Johor Johor Bahru, Johor
SULIT ANGKA GILIRAN : 2019122340062

JAWAPAN SOALAN 2

(Calon perlu memasukkan jawapan di ruangan ini mengikut soalan. Anda perlu enter untuk
meneruskan jawapan sehingga ke halaman berikutnya mengikut kesesuaian panjang
jawapan anda.)

Semenjak penularan covid – 19 ini isu vaksin menjadi perbahasan di dalam pelbagai lapisan
masyarakat . Umumnya, suntikan vaksin masuk ke dalam badan bertujuan untuk membentukan
sebuah antibodi yang membolehkan satu memori terhadap imunisasi sesuatu penyakit tercetus
untuk menghalang penyakit tersebut . Vaksin ini memberikan sistem ketahanan badan yang
dirangsang daripada suntikan itu yang menyebabkan sistem imunisasi badan kita dapat melawan
penyakit daripada memudaratkan tubuh badan kearah yang lebih teruk . Vaksin juga adalah
bakteria yang sudah mati atau dilemahkan bagi menjadi sebuah sistem imunisasi jadian yang
menghasilkan daya tahan terhadap sesebuah penyakit yang merebak . Suntikan ini akan
memberikan kekuatan tambahan kepada sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit kerana
imunisasi badan tidak cukup kuat untuk melawan penyakit itu . Oleh itu, suntikan vaksin diberikan
bagi membantu dalam menghasilkan imunisasi tambahan bagi memberikan ketahan untuk badan
kita melawan penyakit atau virus . Justeru, suntikan vaksin amat diperlukan diwaktu genting
sebegini supaya komuniti imunisasi berkelompok dapat diwujudkan .

Imunisasi vaksin juga memberikan ketahan kepada badan untuk mengelakkan kita dijangkiti oleh
penyakit yang sama berulang kali . Perkara ini memberikan sebuah impak positif kerana
peratusan untuk dijangkiti semula akan berkurangan . Melalui suntikan vaksin ia akan memberikan
imunisasi kepada pesakit tersebut untuk menghindarkan mereka daripada dijangkiti oleh penyakit
yang sama berulagkali kerana sistem pertahanan badan mempunyai memori tentang bagaimana
untuk mencegah dan melawan penyakit tersebut . Penyakit berjangkit juga dapat diputuskan
dengan suntikan vaksin yang sesuai kerana apabila virus atau penyakit ini tidak boleh menjangkiti
mana – mana individu maka pada satu tahap virus atau penyakit ini akan mati kerana tiada
perumah bagi virus tersebut untuk berkembang biak dan menjangkiti orang lain . Oleh itu, vaksin
memberikan ketahanan dalam memutuskan rantaian sesebuah penyakit berjangkit dengan
memutuskan rantai jangkitan dengan imunisasi tambahan daripada suntikan vaksin .
SULIT ANGKA GILIRAN : 2019122340062

Suntikan vaksin juga membantu dalam memperkuatkan sistem pertahanan badan yang lemah
bukan sahaja memberikan kekuatan tambahan malah ia juga membantu dalam memberikan
kekutan kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah . Apabila imunisasi
seseorang itu terlalu lemah mereka akan terdedah dengan risiko jangkitan yang tinggi kerana
antibodi badan mereka sangat lemah untuk melawat virus atau penyakit tersebut dengan suntikan
vaksin ia akan membantu dalam meningkatkan antibodi dan mengurangkan risiko untuk pesakit
dijangkiti atau pesakit dijangkiti tetapi pada tahap yang minima kita sedia maklum bahawa
terdapat individu yang mempunyai badan yang sihat tetapi lemah dari aspek antibodi . Oleh itu
suntikan vaksin bukan memberikan kekuatan yang lebih malah ia juga menjadi sau medium untuk
membantu dalam meningkatkan antibodi bagi individu yang mempunyai antibodi yang lemah .

Suntikan vaksin juga tidak mendatangkan kesan yang negatif kerana vaksin ini merupakan
bakteria yang dilemahkan dan di matikan bagi memberikan tubuh badan kita merangsang antibodi
yang diperlukan untuk memberikan ketahanan kepada pesakit atau individu . Kesan sampingan
biasanya berlaku sekiranya pesakit mempunyai sejarah lampau tentang isu kesihatan yang
melibatkan jangkitan virus dan sebagainya . Kesan sampingan vaksin yang normal adalah demam
dan tidak selesa kerana ketika itu badan kita akan menghasilkan antibodi untuk melawat penyakit
maka ketika itu suhu badan akan meninkat untuk memberikan ph yang sesuai bagi vaksin
tersebut untuk bertindak menwujudkan imunisasi tambahan dan jadian bagi memberikan
ketahanan kepada badan untuk tidak mudah dijangkiti dengan penyakit yang berjangkit . Oleh itu,
suntikan vaksin tidak memberikan impak negatif dan tidak membawa maut kerana yang maut
adalah individu yang di dalam keadaan yang kritikal dan mahu mengambil vaksin perkara itu
memberikan impak yang tidak efektif kerana sistem badan teramat lemah untuk menghasilkan
antibodi daripada ransangan anti bodi badan .

Suntikan vaksin juga memberikan impak yang positif dalam industri kesihatan kerana ia membantu dalam
memberikan maklum balas yang positif kepada suntikan itu dan sebagai tanda menyokong pengambilan
suntikan vaksin . Suntikan ini akan mewujudkan sebuah negara yang dilindungi dengan imunisasi
kelompok yang besar dan memberikan impak kepada pelbagai sektor di negara terutama sektor ekonomi
kerana apabila semua rakyat dan masyarakat telah mengambil suntikan vaksin kebolehjangkitan virus
tersebut akan dapat diputuskan kerana virus tersebut tidak dapat menjangkiti sesiapa . Ini akan
memberikan peluang kepada negara yang mengambil suntikan vaksin untuk bangkit dalam pelbagai sektor
ekonomi kerana rakyat boleh keluar bekerja dan sektor perindustrian dapat bergerak dengan 100 peratus
kapasiti pekerja . Oleh itu, suntikan vaksin bukan sahaja memberikan impak kepada diri sendiri malah ia
juga memberikan impak kepada sektor – sektor penting di dalam negara . Justeru, kita perlulah membantu
SULIT ANGKA GILIRAN : 2019122340062

dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan vaksin dalam membina imunisasi bagi memberikan
pertahanan kepada badan terhadap virus dan penyakit berjangkit .

KERTAS JAWAPAN TAMAT

You might also like