You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PEMBELIAN PERALATAN SUKAN

ASRAMA SMKA HAJI MOHD YASSIN

2022
1.0 PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa pendidikan di


Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh
yang demikian, asrama SMKA Haji Mohd Yassin mengambil insiatif melalui
kertas kerja ini untuk membeli peralatan sukan yang diperlukan oleh pelajar
sebagai langkah menyahut seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menyediakan prasarana sukan yang kondusif bagi kemudahan pelajar


untuk melakukan aktiviti riadah dan sukan.

2.2 Melahirkan pelajar yang berbakat dan berpotensi tinggi dalam bidang
sukan untuk diketengahkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.

2.3 Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertai aktiviti sukan
tanpa sebarang kekangan tertutama dari segi perlaatan sukan asrama.

3.0 ANGGARAN KOS PERALATAN

Rujuk Jadual 1.

4.0 SUMBER KEWANGAN

Unit Kokurikulum Asrama SMKA Haji Mohd Yassin


5.0 PENUTUP

Diharapkan menerusi pembelian peralatan sukan ini akan menjadikan pelajar


asrama SMKA Haji Mohd Yassin lebih cergas dan aktif dalam menjalani
kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Akhir sekali, semoga SMKA Haji
Mohd Yassin dapat melahirkan pelajar yang berkualiti bukan sahaja dalam
bidang akademik, bahkan bidang sukan dan kokurikulum.

Disediakan oleh,

…………………………………

(En Mohd Khairun Bin Suhaimi)

Disemak oleh,

………………………………..

(Pn Wan Noor Mishkat Binti Wan Ghazali)

Disahkan oleh,

……………………………….

(Tn Hj Mohd Azhar Bin Tumin)


ANGGARAN KOS PERALATAN

HARGA
JUMLAH
BIL ALATAN KUANTITI SEUNIT
(RM)
(RM)

1. Bulu Tangkis 10 dozen 20.00 200.00

2. Raket 8 unit 25.00 200.00

3. Bola baling 2 unit 43.00 86.00

4. Khemah 3 unit 400.00 1200.00

5. Bola jaring 2 unit 50.00 100.00

6. Bola tampar 2 unit 35.00 70.00

7. Bola futsal 2 unit 45.00 90.00

8. Bip 2 set 45.00 90.00

9. Net badminton 2 unit 100.00 200.00

10. Kon 1 set 30.00 30.00

11. Wisel 5 unit 0.50 2.50

12. Bola takraw 1 unit 20.00 20.00

13. Jam randik digital 2 unit 9.00 18.00

14. Tali skipping 3 unit 5.00 15.00

15. Gelung rotan 10 unit 15.00 150.00

16. Papan markah 2 unit 40.00 80.00


17 Catur 4 unit

18 Congkak 4 unit

19 Dam 4 unit

20 Sahiba 4 unit

21 Saidina 4 unit

22 Monopoly 4 unit

23 Carom 4 unit

JUMLAH 2551.50

You might also like