You are on page 1of 1

KUMPULAN SRIHIRA SDN BHD

MEMO
Ruj. Kami : KSSB.100-2/2/1 (03)
Tarikh: 12 Januari 2021/28 Jamadilawwal 1441H
Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran – Pn. Wan Suriana Wan Hussain
Pengurus Dan dan Alumni – En. Shaharuddin Samad
Pengurus Aset dan Urussenggara – En. Muhamad Rasidi Adenin
Kepada
Pengetua SMITQ – En. Isharuddin Ismail
Guru Besar SRIH – Pn. Zaroni Desa
Penolong Pengurus Kewangan – Pn. Hazwani Zainal Abidin

Salinan Fail SM , Fail PB

PEMAKLUMAN BEKERJA SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN


Perkara PERGERAKAN

Tuan/Puan,

‫السالم عليكم ورمحة هللا وبركاته‬


Semoga Tuan/Puan di dalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi oleh Allah S.W.T.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan perutusan Perdana Menteri pada 11 Januari 2021 bahawa kes harian
COVID-19 telah mencecah empat digit bermula 24 Oktober 2020 sehingga ke hari ini. Kes ini
amat membimbangkan bagi seluruh rakyat Malaysia, oleh yang demikian beliau memutuskan
untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari 2021 sehingga
26 Januari 2021 untuk 6 buah negeri iaitu Pulai Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

3. Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa 30 peratus kakitangan dalam kumpulan


pengurusan dibenarkan berada di pejabat manakala kakitangan sokongan akan ditentukan
oleh majikan masing-masing.

4. Oleh itu, Syarikat telah memutuskan bahawa pengurusan pejabat dibenarkan 6 orang
sahaja untuk hadir bekerja dalam satu hari manakala pengurusan pejabat sekolah dan
kakitangan sokongan dibenarkan untuk hadir bekerja pada setiap hari.

5. Semua kakitangan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang telah
ditetapkan dan perlu mengamalkan penjarakan fizikal sewaktu berada di tempat kerja dan
mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) dan mengelakkan 3S (Sesak, Sempit dan
Sembang dekat).

6. Sila maklumkan memo ini kepada kakitangan di bawah pentadbiran Tuan/Puan dan
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


KUMPULAN SRIHIRA SDN. BHD.

Pn. Wan Suriana Binti Wan Hussain


Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran

You might also like