You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN DURIAN DAUN

JALAN DURIAN DAUN, 75400 MELAKA


Kod Sekolah MBB 2042
Telefon : 06-2824820
Faks : 06-2824820

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKPDD/05/02/05(01)
Tarikh : 25 Januari 2016

Pengurus Kanan Kewangan,


Encik Abd Rashid Bin Abd. Rahman,
Unit Kewangan,
Lot 897, Bangunan Wisma Air,
Jalan Hang Tuah, 75300,
Melaka.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN AIR UNTUK PROGRAM MERENTAS DESA SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas serta perbualan pegawai tuan bersama Encik Mohd
Yusof Mansor (guru di sekolah ini) adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami telah merancang program Merentas Desa
untuk murid-murid sekolah ini seperti maklumat berikut:

Tarikh : 30 Januari 2016


Tempat : SK (P) Durian
Bil. Peserta : 200 murid dan 30 guru

3. Sehubungan itu, pihak kami berhasrat memohon sumbangan daripada pihak tuan berupa
air mineral bagi tujuan tersebut bagi menampung keperluan program.

4. Segala keperihatinan dan pertimbangan pihak tuan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

(ASNAH BTE JANTAN)


Guru Besar,
SK(P) Durian Daun.

s.k 1. Fail

You might also like