You are on page 1of 3

Chicken Pox

119
Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia
disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada
semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang
dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga
berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap
chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus
menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster)
ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan
bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam
chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah
ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia
menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan
menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu.
Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada
komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan
mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta
mendapat komplikasi teruk:

 Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.

 Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan
kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum
kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
 Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang
(leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid
berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.

 Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).


Komplikasi akibat chicken pox:

Rawatan

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan
sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan
komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di
awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap
HIV& AIDS serta rawatan steroid).

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan
antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan
antivirus.

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian-
bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu
antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun)
sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

 Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau
tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.

 Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru,
mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.

 Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak

 Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi
(wheezing) dan sakit dada.

1. Ubatan anti-viral :

2. Rawatan antibiotik

3. Rawatan di rumah

1. Sapu losyen calamine.

2. Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal

3. Panadol untuk demam

 Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi
(wheezing) dan sakit dada.
1. Ubatan anti-viral :

2. Rawatan antibiotik

3. Rawatan di rumah

1. Sapu losyen calamine.

2. Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal

3. Panadol untuk demam

You might also like