You are on page 1of 17

TUGASAN KUMPULAN 13

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI


UTARA MALAYSIA

SEMESTER JULAI 2021/2022

BPMN1013- PENGANTAR PENGURUSAN

POS MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH:

1. 283779 Mohamad Hanif Bin Azmi


2. 283785 Mohamad Zulhamizan Bin Mohd Ghazali
3. 283864 Norhaslinda binti Tajor Saaran
4. 283867 Nur Aliea Ezaty binti Md Arba’ae
5. 283909 Siti Nurhafizah Binti Shake Murad
6. 283882 Nurul Ain Amirah Binti Abdullah
7. 284034 Mohammad Syahrul Irwan bin Md Zain
8. 284047 Mohd Nazri Bin Ishak
9. 284116 Shahrul Nizam Bin Ramlee
10. 284078 Munirah Daud

TARIKH SERAHAN:

16 OKTOBER 2021

POS MALAYSIA 1
TUGASAN KUMPULAN 13

PENGENALAN

Sejarah Pos Malaysia Berhad mula ditemukan pada awal tahun 1800 dimana bermulanya
perkhidmatan pertama di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pada awal abad
ke-20 perkhidmatan pos mula berkembang ke seluruh Tanah Melayu. Pada ketika itu
perkhidmatan menggunakan cara kiriman atau utusan khas. Daripada cap pos, bayaran akan
dikumpulkan dan surat akan diserahkan dan resit akan diberikan setelah bayaran diselesaikan.
Peralihan revolusi mula diperkenalkan pada tahun 1867 apabila setem India dicetak dengan
menggunakan dolar dan sen. Ianya dicetak menggunakan mahkota dan cap selat. Pada tahun
1901 set pertama setem mula diperkenalkan.

Jabatan Pos dan Telegraf Negeri-Negeri Melayu Bersekutu secara rasmi ditubuhkan
pada 1 Januari 1905 dengan penggabungan perkhidmatan pos dan telegraf di empat negeri iaitu
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang. Pada tahun 1907, Malayan Postage Union mula
ditubuhkan bagi menetapkan kadar pos sejagat untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-
Negeri Selat, dan Johor. Negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu mula bergabung pada tahun
1909 ketika mereka berpindah dari Thailand ke perlindungan Inggeris.

Ini juga dimulakan sebagai media pengiriman surat, surat kabar dan dokumen
perniagaan. Perkhidmatan pos segera berkembang menjadi beberapa penyedia perkhidmatan.
Ia mula menceburkan diri dalam pengiriman bungkusan, pendaftaran, perkhidmatan insurans,
urus niaga wang (pesanan pos & kiriman wang) dan pelaburan dana (Bank Penyimpan Pejabat
Pos). Jabatan Perkhidmatan Pos (JPA) digantikan dengan Perkhidmatan Pos mula mengambil

POS MALAYSIA 2
TUGASAN KUMPULAN 13

alih banyak perkhidmatan dari Pemerintah. Ia mulai mengumpulkan pembayaran bil elektrik,
penjualan lesen anjing, pembayaran pencen, penjualan lesen televisyen dan lain-lain.

Jabatan Perkhidmatan Pos mula diperbadankan dari JPA dengan dikenali Pos Malaysia
Berhad pada tahun 1992. Pos Malaysia Berhad mula tersenarai di papan Bursa Saham Kuala
Lumpur pada bulan September 2001 dengan melalui pengambilalihan terbalik Philio Allied
Berhad dengan status penyenaraiannya. Hari ini, Pos Malaysia mempunyai banyak Unit
Perniagaan Strategik - POS Laju, POS, Pos Data, POS ArRahnu, POS Digicert, POS Solutions
& POS Online.

MISI DAN VISI SYARIKAT

Setiap penubuhan sesuatu organisasi haruslah mempunyai matlamat dan objektif


tertentu. Menurut ahli falsafah al-Farabi matlamat adalah “bermatlamatkan mempunyai sesuatu
sebagai matlamat: banyak juzuk dlm disiplin”. Setiap apa yang kita lihat perkembangan
teknologi yang ada sekarang ini ianya merupakan hasil matlamat yang disasarkan oleh individu
tertentu. Sebagai contoh kewujudan laman web sosial seperti Facebook yang kini pengguna
yang aktif sehari mencecah 1.84 bilion dengan pembukaan 400 akaun baru setiap minit
merupakan satu kejayaan yang sangat besar bagi pengasasnya iaitu Mark Zuckerberg.
Kewujudan Facebook ini telah berjaya menghubungkan masyarakat diseluruh dunia dengan
hanya menggunakan platform smartphone mahupun peralatan peranti lain.

Perkara ini berkait rapat dengan kajian yang dilakukan terhadap Pos Malaysia kerana
mempunyai nilai dan ciri-ciri yang hampir sama dengan tujuan penciptaan Facebook. Dalam
konteks Pos Malaysia, objektif misi dan visi lebih kepada perhubungan dan logistik. Hal ini
kerana, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia bukan sahaja perkhidmatan
penghantaran surat tetapi turut menawarkan perkhidmatan logistic dengan penghantaran
barangan-barangan dari sekecil kecil barang sehinggalah sebesar barang.

Dalam mencapai objektif yang telah disasarkan diawal penubuhan Pos Malaysia, maka
terhasilah misi dan visi syarikat kurier tersebut dan misi dan visi terus menjadi paduan turun
menurun dari satu generasi pentadbiran ke generasi seterusnya. Berikut merupakan visi dan
misi bagi Pos Malaysia yang merupakan antara syarikat kurier tertua di asia tenggara:

1. Visi- Connecting Malaysia and Beyond – For Today and Tomorrow (Menghubungkan
Malaysia dan Luar Negara - Untuk Hari Ini dan Esok)

POS MALAYSIA 3
TUGASAN KUMPULAN 13

2. Misi- Build and Deliver the Network of Choice (Rangkaian Pilihan Membangun dan
Menghantar)

Visi dan misi adalah sangat penting bagi setiap syarikat atau organisasi tidak kira kecil
ataupun besar kerana ianya dapat membantu ahlinya dalam membuat keputusan bagi mencapai
objektif atau tujuan penubuhan syarikat atau organisasi tersebut.

PRODUK DAN SERVIS SYARIKAT

Di Malaysia sudah tidak asing lagi, apabila disebut mengenai perkhidmatan pos dan
penghantaran barang sudah tentu syarikat Pos Malaysia merupakan perkhidmatan pengeposan
yang sangat dikenali ramai. Syarikat Pos Malaysia mempunyai beratus pejabat pos di Malaysia.
Pejabat Pos adalah saluran perkhidmatan yang sangat diperlukan di setiap daerah, bandaraya
dan negeri bagi memudahkan keperluan dan urusan masyarakat setempat. Pos Malaysia yang
bermula sebagai satu saluran penghantaran surat serta dokumen surat khabar dan perniagaan
suatu ketika dahulu dan sekarang telah berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang
berganda. Pos Malaysia mengeluarkan produk dan juga menawarkan pelbagai perkhidmatan
bagi memenuhi permintaan serta keperluan pelanggan dan juga berusaha untuk sentiasa
mengutamakan pelanggan. Walau apa sekalipun keperluan pelanggan, tidak kira sama ada
individu atau sesebuah organisasi, Pos Malaysia akan sentiasa memastikan segala dokumen,
surat dan juga bungkusan sampai ke destinasi yang betul.

Pos Malaysia telah mengembangkan perniagaan bukan sahaja menyediakan


perkhidmatan penghantaran, malah terdapat banyak produk dan perkhidmatan yang telah
dikeluarkan. Produk yang dikeluarkan adalah seperti penjualan sampul Flexipack, kotak Pos
Laju, Setem ku dengan mengikut tema atau perayaan pada bulan tersebut dan juga terdapat
penjualan edisi khas iaitu kit kifayah bagi muslim. Bagi perkhidmatan pula pelbagai jenis
perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia seperti perkhidmatan Mel, Perkhidmatan
kaunter dan perkhidmatan lain-lain. Terdapat banyak perkhidmatan yang berada dibawah
perkhidmatan Mel seperti penghantaran surat, perkhidmatan persuratan orang buta, poskad,
aeogram, pos ekspress, datapos, paket kecil serta pos bungkusan. Perkhidmatan Posmel
menjadi salah satu tonggak utama dalam perniagaan Pos Malaysia di mana merangkumi
pelbagai jenis perkhidmatan dan juga produk untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Penghantaran surat adalah pilihan yang paling digemari bagi komunikasi secara fizikal. Selain

POS MALAYSIA 4
TUGASAN KUMPULAN 13

daripada itu, persuratan untuk orang buta juga disediakan khas bagi kemudahan golongan
orang-orang buta. Barangan yang digunakan khusus untuk golongan buta boleh diposkan
melalui perkhidmatan persuratan orang buta secara percuma dan berat yang dibenarkan adalah
tidak melebihi 7kg sahaja. Perkhidmatan poskad pula merupakan pesanan ringkas yang
dihantar oleh pelanggan kepada penerima tanpa menggunakan sampul surat dan dikenakan
bayaran sama dengan perkhidmatan yang lain.

Manakala aeogram pula adalah surat yang dilipat dan digam digunakan bagi penghantaran ke
luar negara melalui air mail (udara). Ianya tidak boleh diletakkan surat tambahan dan jika syarat
ini tidak diikuti, aeogram ini akan dikenakan bayaran setem dan kadar bayaran yang mahal.
Bagi perkhidmatan penghantaran bungkusan, Pos Malaysia mewujudkan khidmat Poslaju bagi
penghantaran dalam dan luar negara dimana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan ini
di cawangan Poslaju dan Pejabat Pos di seluruh Malaysia. Terdapat pelbagai produk dan
perkhidmatan dari Poslaju bagi kemudahan pelanggan samaada individu atau kontrak. Pos
Malaysia juga menawarkan perkhidmatan Mel untuk perniagaan yang sememangnya sangat
sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan tidak kira secara kecilan atau besaran yang
mempunyai pelbagai variasi dan juga dijamin dapat membantu pelanggan dalam memudahkan
dalam urusan mereka.

Umum mengetahui Pos Malaysia juga merupakan penyedia rangkaian perkhidmatan


kaunter yang terbesar di Malaysia. Perkhidmatan kaunter Pos Malaysia tertumpu kepada fungsi
utama iaitu perkhidmatan jualan, perkhidmatan pembayaran insuran kenderaan, insuran
peribadi, pembaharuan cukai jalan dan lesen juga perkhidmatan pelaburan seperti ASNB,
perbankan Maybank & RHB, kiriman wang domestic seperti kiriman wang pos, kiriman wang
antarabangsa iaitu western union,iemo, wasiat dan harta pusaka seperti amanah raya dan my
angkasa. Antara lain-lain seperti bil utiliti, zakat, wakaf,e-pay, cukai pintu, saman JPJ, PDRM
& DBKL, dan juga penghantaran kenderaan seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.

Selain daripada perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan kaunter yang di


sediakan di pejabat Pos, Pos Malaysia juga memperkenalkan perkhidmatan secara talian yang
lebih menjimatkan masa dan kos pelanggan. Perkhidmatan talian yang diperkenalkan ini
membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil-bil seperti bayaran bil eletrik, bil air,
bayaran bil telekomunikasi, zakat, bayaran pinjaman pembelajaran dan banyak lagi. Selain
pembayaran bil, perkhidmatan secara talian dibolehkan juga bagi menambah nilai kad telefon

POS MALAYSIA 5
TUGASAN KUMPULAN 13

dan game talian. Kemudahan pembayaran philately juga terdapat di dalam talian. Pembayaran
yang terkandung dalam philately adalah pembelian setem ku dan standing oder deposit akaun
(SODA). Bagi pemilikan persendirian kereta dan motosikal, pembelian takaful dan insuran
juga boleh dilakukan secara talian menerusi laman web pos online. Boleh dikatakan segala
kemudahan dari segi produk dan perkhidmtan telah di tingkatkan oleh syarikat Pos Malaysia.

PESAING-PESAING UTAMA SYARIKAT

Perkhidmatan pos dan penghantaran di Malaysia, pasti yang sering terlintas di fikiran adalah
Poslaju. Hal ini kerana Poslaju adalah anak syarikat kepada Pos Malaysia iaitu syarikat pos dan
penghantaran yang sudah lama bertapak di negara ini. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa
Pos Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1800an. Disamping itu, terdapat banyak lagi
pesaing-pesaing syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan pos dan penghantaran di negara
Malaysia. Antaranya adalah J&T Express, Skynet Express, GD Express dan City-link Express.

i. Poslaju

Poslaju merupakan syarikat perkhidmatan pos express yang paling diminati ramai. Hal
ini kerana bilangan cawangan yang paling banyak dan berada dimana-mana. Oleh itu,
ia amat mudah bagi pengguna untuk menggunakan perkhidmatan poslaju dari segi
kemudahan untuk menghantar barang. Di samping itu, mereka juga mempunyai jumlah
pekerja yang paling ramai berbanding syarikat penghantaran lain. Jadi tiada masalah
bagi menjalankan proses penghantaran di seluruh pelusuk negara Malaysia.

ii. J&T Express

POS MALAYSIA 6
TUGASAN KUMPULAN 13

J&T Express adalah sebuah syarikat pos dan penghantaran yang masih baru di
Malaysia. Walaupun masih baru, populariti syarikat ini naik mendadak sejak
kebelakangan ini kerana mereka menawarkan harga yang lebih rendah berbanding
syarikat pesaing yang lain. Sekiranya anda mempunyai kesempitan bajet penghantaran,
J&T Express mungkin sesuai untuk pengguna.

iii. Skynet Express

Skynet adalah sebuah syarikat pos dan penghantaran tempatan. Kini Skynet telah
beroperasi hampir 28 tahun dan terus menjadi syarikat penghantaran yang berdaya
saing di Malaysia. Kini mereka mempunyai lebih dari 59 cawangan, 1000 pekerja, 546
kenderaan dan 23 access point. Jadi tiada masalah bagi mereka untuk beroperasi di
setiap negeri dan memberi servis yang terbaik buat pelanggan mereka.

iv. GD Express

GD Express ditubuhkan pada 1997 untuk memenuhi permintaan terhadap servis pos
dan penghantaran. Mereka menjadi syarikat penghantaran tempatan pertama yang
menerima ISO 9001:2000 (Quality Management System) pada tahun 2003. Seterusnya
berjaya tersenarai didalam Ace Market pada Bursa Malaysia pada tahun 2005. Kini GD
Express terus berkembang sehingga memiliki 100 cawangan, 11 pusat lodge in, 1300
buah lori dan 4384 pekerja di seluruh Malaysia Kelebihan GD Express adalah anda
tidak lagi perlu ke cawangan mereka untuk dapatkan Consignment Notes. Pengguna
boleh mendapatkannya secara online di website myGDEX dan boleh terus cetak
dirumah.

POS MALAYSIA 7
TUGASAN KUMPULAN 13

v. City-link Express

Ditubuhkan pada 1979 oleh Dato David Tan, City-link Express terus menjadi syarikat
penghantaran yang maju di Malaysia sehingga berjaya membuka cawangan di
Singapura, Thailand, Hong Kong dan China. City-link sering menjadi pilihan peniaga
online untuk menghantar barang jualan mereka kerana harga yang ditawarkan
berpatutan dan mempunyai rekod yang baik sebelum dan selepas servis penghantaran.

TREND-TREND DAN ISU-ISU UTAMA MENGENAI SYARIKAT POS LAJU


MALAYSIA MALAYSIA.

Pada masa sekarang terdapat pelbagai isu-isu utama berkaitan Syarikat Pos Laju Malaysia
Malaysia sejak era Pandemik sekarang memandangkan pesaing bagi Pos Laju Malaysia terlalu
meluas.Masyarakat akan mula membuat perbandingan dan akan terdapat trend mahupun isu
isu utama berkaitan syarikat Pos Laju Malaysia. Antara isu-isu utama yang sering berlaku
terhadap Syarikat Pos Laju Malaysia adalah :

i. Tamat Kontrak
Pada Jun 2021, Pos Laju Malaysia telah membuat satu keputusan iaitu telah
menamatkan lebih kurang 100 penghantar barang (Pos Rider) bermula 1 Julai 2021 ini
bagi menyesuaikan kos dan mengoptimuman sumber yang ada bagi memastikan
kemampanan perniagaan. Ini kerana, persaingan yang sengit menyebabkan berlakunya
kesan lambakan perkhidmatan iaitu dengan penawaran harga yang terlalu rendah yang
ditawarkan oleh sesetengah syarikat kaurier yang lain dengan tujuan mengganggu
pasaran.

ii. Penghantaran lambat


Pos Laju Malaysia juga mempunyai masalah dari segi penghantaran yang lambat dan
menyebabkan ramai pengguna beralih ke syarikat kaurier yang lain. Ada satu ketika,
barang sudah sampai tetapi pengguna dikehendaki mengambil sendiri di pejabat pos

POS MALAYSIA 8
TUGASAN KUMPULAN 13

yang menyebabkan pengguna akan merungut walhal telah membayar upah caj
penghantaran yang dikenakan oleh pihak Pos Laju Malaysia. Pos Laju Malaysia juga
ada mengeluarkan satu keterangan menyatakan pada tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Pos Laju Malaysia telah mencatatkan penerimaan bungkusan
sebanyak 770,000 bungkusan sehari dan telah meningkat melebihi kapasiti biasa iaitu
350,000 bungkusan sehari. Berikutan peningkatan jumlah bungkusan dan waktu
perniagaan disingkatkan sepanjang PKP, penghantaran Pos Laju Malaysia dijangka
akan sedikit lambat.

iii. Tiada bonus pekerja Pos Laju Malaysia


Terdapat satu kenyataan di media social yang menyatakan pihak Pos Laju Malaysia
Malaysia tidak memberikan sebarang imbuhan kepada pekerjanya walaupun telah
menerima bungkusan yang banyak sejak PKP bermula tahun lepas. Pengguna juga
menyatakan bahawa syarikat ini tidak memberikan imbuhan walaupun sektor mereka
boleh dikategorikan sebagai salah satu sektor tersibuk susulan dari pelaksanan Perintah
Kawalan Pergerakan PKP bermula dari 18 Mac lalu. Menurut Pos Laju Malaysia
Malaysia walaupun terdapat tanggapan orang ramai bahawa lonjakan jumlah
bungkusan semasa PKP menunjukkan bahawa perniagaan adalah baik untuk Pos
Malaysia, ia sebenarnya tidak seperti yang disangka. Ia tidak cukup untuk mengatasi
impak keseluruhan yang disebabkan oleh pandemik ini terhadap perniagaan

iv. Keuntungan
Pos Laju Malaysia juga memaklumkan bahawa telah menerima kerugian bersih yang
berakhir pada 30 Jun 2021 adalah meningkat kepada RM121.84 juta berbanding pada
tempoh yang sama pada tahun sebelum ini hanya mencatat RM19.02 juta Selain itu,
mengenai prospek masa depan, syarikat itu berkata menjangkakan prestasi operasi yang
mencabar bagi tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Disember 2021 di
samping terus mengambil pendekatan yang sesuai bagi memastikan prospek jangka
terdekat terus stabil.

POS MALAYSIA 9
TUGASAN KUMPULAN 13

KAJIAN PENILAIAN POS MALAYSIA DARI SUDUT KEKUATAN, PELUANG,


KELEMAHAN DAN ANCAMAN SYARIKAT

Pos Malaysia merupakan antara syarikat kurier dan logistik yang tertua di Asia
Tenggara. Jadi, tidak hairanlah jika kekuatan, pengaruh dan rangkaian yang dimiliki oleh Pos
Malaysia adalah sangat meluas. Bagi menaikan pengaruh dan penjenamaan syarikat, Pos
Malaysia telah menyertai Kesatuan Pos Sedunia(Universal Postal Union, UPU). Bagi
melancarkan perkhidmatan penghantaran barang di seluruh Malaysia, Pos Malaysia telah
mengeluarkan modal dengan membeli aset seperti motosikal, van dan lori pada jumlah yang
besar berbanding dengan syarikat kurier dan logistik yang lain. Kenderaan ini telah digunakan
pada kadar yang maksimum supaya setiap amanah yang diberikan oleh masyarakat dapat
dilaksanakan dengan baik. Bagi kawasan pedalaman, Pos Malaysia telah melantik penduduk
setempat menjadi ejen mereka dan disebabkan itu, pelbagai jenis pengangkutan telah
digunakan oleh ejen-ejen tersebut mengikut kesesuaian kawasan tempat mereka. Sebagai
contoh ejen-ejen yang terdapat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak mereka telah
menggunakan bot. Ini merupakan antara inisiatif yang dilakukan Pos Malaysia untuk
menghubungkan rakyat di seluruh pelusuk negara.

Selain daripada penjualan setem dan penghantaran surat, Pos Malaysia juga turut
menawarkan pelbagai perkhidmatan tambahan seperti penghantaran parcel, urusan insurans,
urusan pembayaran bil-bil utiliti, memperbaharui lesen, memperbaharui cukai jalan,
perkhidmatan wang pos, pengiriman wang dan pelaburan dana melalui Amanah Saham
Nasional Berhad, ASNB dan sebagainya. Kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh
Pos Malaysia ini bukan sahaja berjaya memudahkan urusan masyarakat malah membantu
agensi-agensi lain seperti syarikat bekalan air, Tenaga Nasional Berhad, dan sebagainya dalam
mengendalikan pelanggan yang ramai. Pos Malaysia juga telah membuka cawangan mereka di
pekan-pekan kecil dengan perkhdimatan yang ditawarkan sama seperti cawangan-cawangan
yang besar. Jadi tidak hairanlah jika pos Malaysia menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk
berurusan terutama masyarakat di luar bandar.

Selain itu, Pos Malaysia juga turut memilik pusat pemproses parcel dan mel yang
canggih dan moden seperti perkhidmatan Pos Laju Prepaid EziDrop. Perkhidmatan ini
memudahkan pelanggan untuk membuat penghantaran dengan pantas dan efisien, sekaligus
dapat menjimatkan masa tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Kini, terdapat 166 kotak Pos
Laju Prepaid Ezidrop disediakan di seluruh Malaysia.

POS MALAYSIA 10
TUGASAN KUMPULAN 13

Walaubagaimanapun, Pos Malaysia turut mempunyai kelemahan ia dapat dilihat


dengan jelas pada era pendamik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Hal ini kerana apabila orang ramai memilih untuk membuat pembelian secara atas
talian menyebabkan permintaan perkhidmatan kurier meningkat secara mendadak.
Peningkatan jumlah bungkusan sewaktu PKP menyebabkan penghantaran lambat sampai
kepada penerima. Tidak ketinggalan negeri Sabah dan Sarawak, pengurangan penerbangan ke
negeri tersebut merupakan salah satu faktor parcel masih tersekat di Semenanjung. Disebabkan
itu, penghantaran memerlukan masa lebih lama untuk sampai ke penerima.

Selain itu, kekurangan tenaga kerja juga merupakan salah satu faktor berlakunya
gangguan proses penghantaran parcel atau bungkusan. Gaji yang diterima oleh kakitangan Pos
Malaysia sangat rendah dan lambakan kerja serta kos sara hidup semakin meningkat
menyebabkan ramai kakitangan pos lari ke kurier lain kerana mereka di tawarkan gaji dan
faedah yang lebih lumayan. Akibat daripada pendamik ini juga, semakin ramai rakyat beralih
kepada e-dangang.

Disebabkan itu, Pos Malaysia telah membuat transformasi pendigitalan dengan


menawarkan perkhidmatan mereka dalam mall online seperti Lazada dan Shoopee. Dalam
statistik yang dikeluarkan oleh App Annie bersama iPrice, mereka mendapati pengguna yang
aktif dalam platform e-dagang seperti Lazada Malaysia adalah 21.3 juta orang manakala
Shopee 19.9 juta orang Liyana (2019). Peningkatan ini secara tidak langsung meningkatkan
kadar permintaan penggunaan perkhidmatan kurier di dalam Malaysia. Oleh itu, transformasi
ini penting bagi Pos Malaysia supaya dapat memanfaatkan peluang yang ada semasa norma
baharu ini kerana e-dagang telah membuka peluang yang besar kepada Pos Malaysia dengan
peningkatan permintaan perkhidmatan kurier.

Namun dalam menentukan halatuju dan masa depan syarikat, Pos Malaysia perlu
menghadapi ancaman yang besar dalam servis surat menyurat kerana masyarkat bukan sahaja
di Malaysia bahkan di seluruh dunia telah kurang berhubung antara satu sama lain dengan
menggunakan surat dan ini merupakan ancaman di peringkat globalisasi. Kemajuan dalam
penggunaan internet yang berkembang pesat di setiap pelusuk tempat telah memudahkan
proses interaksi antara individu dan ini telah menarik minat masyarakat untuk berubah corak
perhubungan yang lama kearah yang baru.

Inovasi komunikasi yang canggih melalui pelbagai kemudahan teknologi seperti


aplikasi Whatsapp, WeChat, Facebook, Telegram dan sebagainya merupakan salah satu faktor

POS MALAYSIA 11
TUGASAN KUMPULAN 13

berlakunya penurunan pengiriman surat secara tradisional. Ini menjadi pilihan dan kegemaran
orang ramai kerana ia lebih mudah dan cepat. Contoh perbandingan boleh dilihat seperti di
United Kingdom (UK), pengiriman surat secara tradisional telah menurun dengan dengan
mendadak. Penurunan sebanyak 7.0% setahun atau 3.5 bilion kiriman dicatatkan oleh agensi
utama perkhidmatan persuratan Royal Mail United Kingdom. Penurunan ini meningkat
berdanding tahun sebelumnya dan dijangkakan akan berterusan.

Sehubungan itu, Pos Malaysia perlu mencari alternatif dan penyelesaian efektif kepada
cabaran dan masalah yang dihadapi. Selain itu, Pos Malaysia perlu membuat penambahbaikan
dengan mencari titik kelemahan dalam perkhidmatan yang ditawarkan seperti meingkatkan
kecekapan dalam pengendalian agar perkhidmatan yang disediakan lebih cepat dan efishen.
Hal ini penting supaya Pos Malaysia terus menjadi syarikat utama dalam perkhidmatan
persuratan dan penghantaran barang di negara ini.

HALATUJU DAN MASA DEPAN SYARIKAT

Pos Malaysia telah melaksanakan transformasi sejak tahun 2019 dengan hasrat untuk
memacu pertumbuhan syarikat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggannya dan menjadikan perkhidmatan kurier pilihan ramai. Transformasi dilaksanakan
seiring dengan perkembangan ekonomi digital yang semakin canggih. Bagi menjadi sebuah
syarikat yang releven dan diterima ramai, Pos Malaysia telah mula mengorak langkah dengan
memberi fokus kepada kearah pendigitalan yang merupakan salah satu alat komponen penting
bagi strategi transformasi syarikat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan
menguruskan operasi.

Antara penekanan utama yang telah dilakukan oleh Pos Malaysia adalah dengan
memperkenalkan saluran perkhidmatan secara digital kepada pelanggan. Pengenalan fungsi ini
telah memudahkan segala proses perhubungan antara pihak Pos Malaysia dengan pelanggan
mereka. Antara saluran yang digunakan adalah melalui laman website yang mempunyai
aplikasi AskPos yang membolehkan pelanggan mesej secara terus dengan pegawai khidmat
pelanggan Pos Malaysia secara atas talian. Pos Malaysia juga telah membuka page media sosial
mereka dengan tujuan dapat mendekati pelanggan dengan lebih dekat memandangkan
masyarakat pada masakini lebih dekat dengan saluran tersebut. Dalam kajian yang dilakukan
oleh Khusnul dan Helmi (2017) antara media sosial yang menjadi pilihan utama responden

POS MALAYSIA 12
TUGASAN KUMPULAN 13

adalah media sosial Facebook. Ini dibuktikan apabila 93.3 peratus responden telah memilih
Facebook semasa menjawab dalam kajian yang telah dilakukan mereka.

Dalam memastikan halatuju dan masa depan syarikat, Pos Malaysia juga telah
memperkenalkan Program Keusahawanan atau Entreprenuership Programme (EP) kepada
kakitangannya bagi menambah pendapatan dan meningkatkan taraf hidup. Program EP
merupakan sebahagian pelan transformasi Pos Malaysia dalam jangka masa lima tahun akan
datang. Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan warga Pos Malaysia malah
dapat meningkatkan kapasiti dan kadar penggunaan perkhidmatan penghantaran Pos Malaysia
dan seterusnya meningkatkan keuntungan bagi Pos Malaysia.

Program EP merupakan salah satu inisiatif Pos Malaysia untuk memberi peluang
kepada kakitangannya terumatanya kakitangan golongan B40 supaya meraka dapat meningkat
pendapatan yang lebih baik. Hasil daripada perintis program ini menunjukan purata pendapatan
yang dicapai oleh kakitangan yang menyertai program ini adalah sekitar RM7,000 hingga
RM8,000 dan jumlah ini jauh lebih tinggi dari gaji pokok yang diterima sekitar RM2,500.
Selain itu, dengan secara tidak langsungnya program ini telah menyahut saranan kerajaan yang
menyaran menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA). Di samping itu, selain dari meningkatkan pendapatan, Program
EP ini adalah bertujuan memberi peluang kepada petugas penghantaran Pos Malaysia untuk
menjadi usahawan dan ejen penghantaran bebas. Sekaligus, membolehkan mereka memiliki
perniagaan sendiri dan menjana pendapatan yang lebih baik.

Dalam menjayakan dan kelestarian EP, Pos Malaysia telah menyediakan bantuan
kepada perserta termasuk pelan modal permulaan perniagaan dan pemilikan kenderaan. Selain
itu, peserta turut diberi diskaun bagi pembelian kenderaan penghantran Pos Malaysia seperti
van dan motosikal. Kursus keusahawanan secara percuma turut disediakan kepada peserta EP
untuk mempelajari asas pengendalian perniagaan. Inisiatif transformasi ini, penting kepada Pos
Malaysia untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kemampuan dalam
perkhidmatan yang ditawarakan. sekaligus memantapkan lagi halatuju Pos Malaysia pada masa
akan datang dan kekal sebagai perkhidmatan pilihan pertama di Malaysia.

POS MALAYSIA 13
TUGASAN KUMPULAN 13

CADANGAN DAN STRATEGIK YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH POS


MALAYSIA

Pada era ini, Pos Malaysia merupakan antara salah satu perkhidmatan kurier yang
menjadi pilihan ramai. Hal ini kerana pelbagai kaedah perkhidmatan yang digunakan oleh Pos
Malaysia bagi memudahkan dan menjimatkan masa pelanggan. Oleh itu, Pos Malaysia perlu
melakar pelan dan strategik bagi mengekalkan dan memantapkan perkhidmatan yang pada
masa hadapan.

Sejak tahun 2019 Pos Malaysia telah melaksanakan transformasi bagi memantapkan
dan memacu perkembangan syarikat. Transformasi ini dilaksanakan sesuai dengan
perkembangan ekonomi digital melalui penerapan inovasi bagi meningkatkan kecekapan
perkhidmatan dan kesetiaan pengguna selain kekal menjadi perkhidmatan kurier pilihan utama
di Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Pos iaitu Mohamed Rozaidi Md
Sharif, perubahan ini dilaksanakan bertujuan untuk mencapai pulangan jangka panjang dan
tetap bagi syarikat di samping dapat memberikan tawaran terbaik kepada pelanggan.
Transformasi ini merangkumi pendapatan, pengurusan kos dan ketangkasan kakitangan.

Langkah pertama tranformasi yang perlu dilakukan oleh Pos Malaysia adalah dengan
mengaudit semula kadar pos. Hal ini kerana kali terakhir harga pos disemak pada tahun 2010.
Hasil daripada audit nilai pos telah mempengaruhi pendapatan Pos Malaysia dengan cara ini
dapat membantu perbelanjaan bagi khidmat penghantaran ke lebih 9 juta lokasi di seluruh
negara di bawah Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO).

Sejak penularan wabak Covid-19 pada Mac 2019 dan perlaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) permintaan perkhidamtan pos mencatatkan penurunan yang begitu ketara.
Akibat daripada pendamik yang melanda seluruh dunia ini telah membawa perubahan terhadap
sikap pelanggan yang akan memberi kesan jangka masa panjang kepada perdagangan
peruncitan, penerbangan dan logistik Pos Malaysia. Dorongan yang dilaksanakan di bawah
transformasi Pos Malaysia merupakan kemajuan yang ideal bagi menyesuai oragnisasi dengan
perubahan tingkah laku pelanggan.

Dalam pada itu, akibat daripada pendamik ini juga ramai pelanggan dan aktiviti
perniagaan beralih ke e-dagang. Oleh itu Pos Malaysia perlu memanfaat peluang dalam norma
baharu. Pos Malaysia perlu menggunakan digitalisan, mengoptimumkan kos dan pengalaman
pengguna bagi memenuhi keperluan e-dagang yang sedang berkembang. Hal ini disebabkan
oleh sektor e-dagang membuka kebebasan yang luas kepada Pos Malaysia dan terus

POS MALAYSIA 14
TUGASAN KUMPULAN 13

menyumbang untuk peningkatan rantaian nilai perdagangan kurier sesuai dengan ledakan e-
dagang.

Pendigitalisan merupakan bahagian penting dalam strategi perubahan Pos Malaysia


bagi meningkatkan produktiviti fungsional dan mengembangkan lagi cara di mana pengguna
berhubung dengan Pos Malaysia. Fungsi pendigitalisan kepada pengguna adalah satu
keperluan dan dapat dicapai melalui pengenalan saluran sokongan pengguna menghubungi Pos
Malaysia secara berkesan melalui penyampaian saluran perkhidmatan digital yang memberi
peluang kepada pelanggan untuk menghubungi Pos Malaysia secara berkesan melalui laman
web dan media sosial.

Seterusnya, dengan perkembangan teknologi seperti automasi pusat penyusunan


bungkusan atau parcel merupakan kunci utama dalam mebolehkan penghantaran yang lebih
pantas dan sekali gus dapat memberi kelebihan daya saing kepada pengguna. Transformasi ini
sangat penting kepada syarikat dalam mengembangkan perniagaan dan meningkatkan kadar
penawaran untuk melengkapkan janji sebagai jenama dan penyedia perkhidmatan pilihan yang
pertama di Malaysia.

KESIMPULAN

Dalam era norma baharu ini, Pos Malaysia perlu lebih ke arah transformasi digital.
Maka dengan perlaksanaan ini pembelian e-dagang ini dapat dipenuhi dari point A ke point Z
dengan lebih efisen. Selain itu, Pos Malaysia perlu menetapkan kadar kepada rakyat Malaysia
tidak terlalu naik tinggi dan berada dalam kadar yang berpatutan. Hal ini, supaya seluruh rakyat
Malaysia khususnya tidak kiralah yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar dapat
menikmati perkhidmatan ini. Walaupun Pos Malaysia juga telah menerima pelbagai kritikan
daripada masyarakat, namun Ia tetap teguh dan sentiasa mencari inovasi yang baru dalam
perkhidmatan mereka. Pos Malaysia juga telah banyak membantu dalam proses pembangunan
Malaysia sejak dari awal kemerdekaan lagi. Dapat dilihat banyak sumbangan yang telah
diberikan oleh Pos Malaysia kepada masyarakat bukan sahaja dalam penyampain surat malah
memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Oleh itu, seharusnya kita berbangga
kerana mempunyai khazanah institusi perkhidmatan pos yang tertua di asia tenggara ini.

POS MALAYSIA 15
TUGASAN KUMPULAN 13

RUJUKAN

1. Liyana. (2020, 11 Julai). Pos Malaysia-Antara Syarikat Tertua Di Asia Tenggara.


Capaian pada 1 Oktober 2021, pada pautan https://rnggt.com/20206683/

2. Wikipedia. (2021, 14 Oktober). Pos Malaysia. Capaian pada 1 Oktober 2021, pada
pautan https://en.wikipedia.org/wiki/Pos_Malaysia

3. Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t). Maklumat Kata-matlamat. Capaian pada 1 Oktober
2021, pada pautan
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=matlamat&d=394756&

4. Suliati Asri. (2020, & Oktober). Rancangan Transformasi Pos Malaysia. Capaian pada
3 Oktober 2021, pada pautan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/628109/rancangan-
transformasi-pos-malaysia

5. Matt Ahlgren & Pasukan WHSR. (2021, 18 Ogos). 35+ Statisktik Facebook dan Fakta
Untuk 2021. Capaian pada 3 Oktober 2021, pada pautan
https://www.websiterating.com/ms/research/facebook-statistics/

6. Pos Malaysia. (t.t). Identiti. Capaian pada 3 Oktober 2021, pada pautan
https://www.pos.com.my/identity

7. My Wilayah.com. (2019, 26 Disember). Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pejabat


Pos Malaysia. Capaian pada 8 Oktober 2021, pada pautan
https://www.mywilayah.com/2019/12/perkhidmatan-yang-disediakan-
oleh.html?m=1

8. F. Clayton, R. (t.t) Pos Malaysia Guide. Capaian pada 4 Oktober 2021, pada pautan
https://pdfcoffee.com/pos-malaysia-guide-pdf-free.html

POS MALAYSIA 16
TUGASAN KUMPULAN 13

9. BERNAMA. (2021, 25 Februari). Pos Malaysia Tingkat Pembangunan Program


Keusahawanan. Berita Harian Online. Capaian pada 5 Oktober 2021, pada
pautan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/790118/pos-
malaysia-tingkat-pembangunan-program-keusahawanan

10. Pos Malaysia. (2021). List Of Pos Laju Ezibox. Capaian pada 7 Oktober 2021, pada
pautan https://www.pos.com.my/media/4574/ezibox.pdf

11. Haspaizi Zain. (2019, 23 November). Menanti transformasi Pos Malaysia di era digital.
Malaysiakini Online. Capaian pada 4 Oktober 2021, pada pautan
https://m.malaysiakini.com/news/500995

12. Avid. (2020, 30 April). Ini Sebab Barang Pos Laju Lambat Sampai Semasa PKP.
Rencah Online. Capaian pada 2 Oktober 2021, pada pautan https://rencah.com/

13. Omar Zin. (2021, 26 Jun). Kontrak 100 penghantar barang ditamatkan: Ini jawapan Pos
Malaysia. Utusan Online. Capaian pada 3 Oktober 2021, pada pautan
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/perlu-sesuaikan-kos-optimum-
sumber-jawab-pos-malaysia-isu-kontrak-pos-rider-ditamatkan/

POS MALAYSIA 17

You might also like