You are on page 1of 1

Otto von Bismarck merupakan tokoh yang berjaya menyatukan negara Jerman.

beliau menyatukan
Jerman melalui peringkat pertama (1864-1870) dengan melancarkan peperangan terhadap negara-
negara asing yang menguasai wilayah Jerman.pada peringkat kedua, (selepas 1871), beliau
melakukan perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi menyatukan Jerman.

1. Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah

Bismarck memulihkan keamanan dan keselamatan di Jerman untuk membangunkan negara


Jerman.beliau menjalankan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah dengan
dasar berhati-hati.pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang
dikenali sebagai Perikatan Bertiga.melalui perikatan ini, beliau berharap Perancis dan negara Eropah
lainnya tidak akan melancarkan perang terhadap Jerman.

2. Memperkenalkan perlembagaan Jerman

Bismarck mengukuhkan penyatuan Jerman dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi


seluruh Jermanperlembagaan Jerman ini memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen
yang terdiri daripada Majlis Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reischstag).melalui
perlembagaan ini, kuasa sebenar pemerintahan Jerman terletak di tangan Canselor dan
Kaiser.melalui perlembagaan ini juga, Bismarck mempunyai kuasa untuk mengukuhkan penyatuan
Jerman.

3. Menyekat pengaruh gereja.

semasa pemerintahan Bismarck, beliau menghadapi masalah dengan Gereja Roman Katolik.ini
kerana paderi-paderi Gereja Roman Katolik ingin berkuasa semula dan menuntut lebih kebebasan
daripada Kaiser.untuk mencegah hal ini, Bismarck memulakan pergerakan anti gereja (Kulturkampf)
pada tahun 1872.beliau telah meluluskan siri undang-undang yang dikenali sebagai Undang-undang
Mei sekaligus menyekat perkembangan gereja Katolik di Jerman.

5. Pemulihan sosial

Bismarck memperkenalkan rancangan sosial bagi merapatkan jurang antara golongan kaya dengan
golongan miskinbeliau memperkenalkan undang-undang bagi memperbaiki taraf hidup golongan
pekerja di kilang-kilang baru seperti Undang-undang Insurans Sakit yang diperkenalkan pada tahun
1885.pada tahun 1889, Undang-undang Insurans Hari Tua diluluskan kerajaan Jerman untuk
tabungan dan keperluan apabila golongan pekerja bersara.menerusi rancangan-rancangan sosial ini,
beliau berjaya mewujudkan perpaduan dalam pelbagai lapisan masyarakat Jerman dan berjaya
menyatukan Jerman.

Kesimpulan:

Bismarck merupakan tokoh yang memiliki kebijaksanaan dalam melaksanakan langkah-langkah dan
usaha-usaha untuk menyatukan Jerman.

beliau juga merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menjadikan negara Jerman muncul
sebagai negara yang terkemuka di Eropah

You might also like