You are on page 1of 1

Cara layanan pihak yang menang terhadap 

Republik Weimar melalui Perjanjian Versailles yang


membebankan dan dianggap berat sebelah selepas Perang Dunia Pertama serta kemelesatan
besar ekonomi dunia iaitu Zaman Meleset (Great Depression) menyebabkan pergerakan
pelampau nasionalis Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional atau Parti Nazi iaitu Adolf
Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, beliau berjaya
menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler yang
mencabuli syarat Perjanjian Versailles selepas Perang Dunia I, membangunkan semula tentera
Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Beliau menguatkan
tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan
Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British, beliau menyerap sebahagian
dari Czechoslovakia.
Pada tahun 1922, fasis Benito Mussolini dan partinya Parti Fasis Nasional bangkit memegang
kuasa di Itali. Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan
Jerman, dan kedua-dua buah negara tersebut membentuk sebuah perjanjian perikatan
ketenteraan yang dikenali sebagai "Paksi Rome-Berlin" pada tahun 1936 sebagai langkah
pertama membentuk Kuasa Paksi.
Langkah kedua yang hampir serentak ialah penandatanganan Pakatan Anti-Comintern pada
November 1936, iaitu perjanjian anti-komunis antara Jerman dan Jepun. Itali menyertai Pakatan
itu pada tahun 1937. "Paksi Rome–Berlin" kemudian menjadi satu perikatan
ketenteraan dan politik yang diformalkan pada tahun 1939 dan dipanggil "Pakatan
Besi". Pakatan Tiga Pihak akhirnya dibentuk pada tahun 1940 yang membawa kepada
penyepaduan matlamat ketenteraan Jerman, Itali dan Jepun. Pakatan tersebut turut disertai oleh
negara negara kecil yang lain.
Sebagai tindak balas terhadap Kuasa Paksi, Pihak Bersekutu telah dibentuk, melalui Deklarasi 1
Januari 1942, sebagai usaha untuk menentang Pihak Paksi dan menghentikan operasi
pencerobohan oleh Jerman, Jepun dan Itali.

You might also like