You are on page 1of 3

1.

0 Tajuk
“Jomjomzumba”
Kaedah meningkatkan pencapaian skor 5 dalam Ujian SEGAK

2.0 Pengenalan
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid sekolah Malaysia adalah
satu bateri ujian piawaian kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
Berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan dalam kurikulum sukatan Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, ujian SEGAK perlu dijalankan sebanyak 2 kali dalam setahun di mana ujian
tersebut wajib dijalankan secara sistematik dua kali setahun pada bulan Mac dan bulan
Ogos. Tetapi pada tahun 2021, disebabkan wabak Covid 19 Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa ujian SEGAK bagi Mac 2021 dibatalkan dan
dilaksanakan sekali sahaja bagi tahun 2021 iaitu pada bulan Ogos.
Ujian SEGAK dijalankan bertujuan untuk memotivasikan murid dalam mengamalkan
cara hidup aktif dan sihat. Komponen kecergasan yang dinilai berdasarkan kesihatan terdiri
daripada daya tahan kardiovaskular (bateri naik turun bangku), daya tahan otot (bateri tekan
tubi), kekuatan otot (Ringkuk tubi separa), fleksibiliti (bateri Jangkauan melunjur) dan
komposisi badan (BMI).
Jumlah skor keseluruhan seseorang murid diambil daripada skor ujian semua
komponen untuk menentukan pencapaian SEGAK seperti dalam Jadual 1.

Jumlah Skor
Gred Jumlah Bintang Status Kecergasan
Keseluruhan

18 hingga 20 Kecergasan Sangat


A 5 Bintang
markah Tinggi

15 hingga 17
B 4 Bintang Kecergasan Tinggi
markah

12 hingga 14
C 3 Bintang Cergas
markah

8 hingga 11
D 2 Bintang Kurang Cergas
markah

4 hingga 7
E 1 Bintang Tidak Cergas
markah

Tidak
Tiada skor F Tiada Bintang Melengkapkan Ujian
Segak
3.0 Demografi / Profil Sekolah dan Murid

Nama Sekolah Sk Ulu Sungai Naman

Lokasi Sekolah Luar bandar

Bilangan Guru 15 Orang Guru

Bilangan Bilik Darjah 9 Bilik Darjah

Enrolmen Murid 90 Orang Murid (tidak termasuk pra sekolah)

Kebitaraan Sekolah Tiada

Infrastruktur Kuaters Guru dan Staf, PPKI, Pra Sekolah

Maklumat utama dan penting Bahasa Melayu mencapai 100% lulus setiap tahun UPSR

4.0 Pelaksanaan Kajian Tindakan


4.1 Pemerhatian
Saya merupakan guru baru di Sk Ulu Sungai Naman. Subjek major saya adalah Pendidikan
Jasmani dan subjek minor saya adalah Pendidikan Kesihatan. Saya diarahkan untuk
mengajar subjek PJPK untuk Tahun 5 sopan pada Tahun ini. Untuk memastikan tahap
kecergasan murid Tahun 5, saya telah melihat pelaporan Ujian SEGAK mereka pada tahun
lepas iaitu semasa mereka Tahun 4. Dalam keputusan ini, saya mendapati bahawa tahap
kecergasan murid Tahun 5 dalam keadaan yang agak memuaskan, lihat jadual 2.

Jadual 2 Laporan Ujian Segak Tahun 2020


Berdasarkan laporan di atas, terdapat 2 orang murid dalam kecergasan yang sangat
tinggi, 12 orang murid dalam kecergasan tinggi dan 2 orang murid dalam keadaan cergas.
Manakala 2 orang murid tidak hadir dan 1 orang murid baru.

4.2 Refleksi
Bagi memastikan kelemahan murid, saya akan lihat kepada skor pada setiap komponen
Ujian SEGAK, berikut merupakan skor bagi setiap komponen:

4 KOMPONEN UJIAN SEGAK


SKOR
NAIK TURUN RINGKUK TUBI JANGKAUAN
TEKAN TUBI
BANGKU SEPARA MELUNJUR
1 0 0 0 0

2 0 2 1 3

3 11 2 3 11

4 5 5 14 4

5 3 10 1 1

Tidak Tidak
PENCAPAIAN Memuaskan Memuaskan
Memuaskan Memuaskan

Melalui hasil daripada ujian tersebut kami dapati keputusan skor komponen tekan
tubi dan ringkuk tubi separa adalah sangat memuaskan. Namun, didapati juga murid Tahun
5 lemah dalam komponen naik turun bangku dan jangkauan melunjur jika berbanding
dengan komponen tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Ini merupakan satu masalah yang
besar kerana ia secara langsung akan mempengaruhi status keputusan keseluruhan Ujian
SEGAK yang mendorong kepada murid kurang cergas.
Dengan keadaan begini, saya merancang untuk membantu murid saya
meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan fleksibiliti yang lebih baik supaya mereka
berupaya memperoleh skor yang lebih baik dalam komponen Ujian SEGAK seterusnya
membolehkan mereka memperbaik gred keputusan keseluruhan Ujian SEGAK.
Saya telah memilih senaman zumba sebagai latihan utama untuk memperbaiki daya
tahan kardiovaskular dan fleksibiliti. Saya memilih senaman zumba kerana dalam zumba
terdapat banyak pergerakan yang menarik dan menyeronokkan sambil diiringi muzik.

You might also like