You are on page 1of 1

a) PENGETAHUAN

 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali


fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah
dipelajari
 Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa,
apa, mana, bila dan senaraikan

b) KEFAHAMAN

 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami,


menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah
dipelajari
 Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa,
huraikan dan lain-lain

c) APLIKASI

 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta


asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah
 Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan,
kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain

d) ANALISIS

 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat


perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubungkait
antara satu sama lain
 Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan,
asingkan, bahagikan dan sebagainya

e) PENILAIAN

 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan,


mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai
sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain
 Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan
komen dan sebagainya

f) PENCIPTAAN (MEREKA CIPTA)

 Membina struktur atau bentuk daripada pelbagai elemen


 Menggabungkan bahagian-bahagian dalam membentuk struktur atau idea yang baru
 Menggubal sesuatu yang kreatif, inovatif, atau kompleks

You might also like