You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

RPOGRAM NUR RAMADHAN


2022/1443 HIJRAH

TARIKH:
24 April 2022 (Ahad)

MASA:
9.00 pagi hingga 8.00 malam

TEMPAT:
Surau Haji Dollah Tali Air 10 Ban 3 , Pasir Panjang

ANJURAN:
Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar (PPRSB)
PROGRAM NUR RAMADHAN
1443 H / 2022 M
PERSATUAN PEDULI RAKYAT SUNGAI BESAR
=========================================================

1 PENDAHULUAN

Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan
Ramadhan adalah bulan ibadah di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang
wajib mengerjakannya. Sehubungan dengan itu kita digalakkan
bersedekah,bertadarus al Quran, sembahayang sunat seperti tarawikh, qiamulail serta
mengeluarkan zakat dan fitrah bagi yang berkemampuan. Oleh yang demikian , kita
hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardu dan
sunat. Penganjuran program ini diadakan dengan hasrat untuk menggalakkan
masyarakat untuk melibatkan diri dengan amalan-amalan yang memberikan pahala di
bulan Ramadhan.

2 OBJEKTIF PROGRAM

1. Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam.


2. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran.
3. Menyemaikan semangat suka bersedekah dan memberi bantuan kepada
yang memerlukan.
4. Bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
5. Menghayati roh Ramadhan Al Mubarak sebagai pemangkin kejayaan ummah.
6. Menjadikan amalan membaca al Quran sebagai satu budaya.

3 TARIKH PELAKSANAAN

24 April 2022

4 TEMPAT PROGRAM
Surau Haji Dollah Tali Air 10 Ban 3 , Pasir Panjang
5 JAWATANKUASA PROGRAM NUR RAMADHAN PASIR PANJANG

Pengerusi : Ahmad Zhafri bin Md Noor


Naib Pengerusi : Mohammad Zamri Bin Jamil
Setiausaha : Mohd Mazlan Bin Hasan
Bendahari : Mohammad Fauzi Bin Hamid
Ahli Jawatankuasa : Ismat Bin Mohamad Baharin
Muhammad Firdaus Bin Abdullah Nadarajoo
Mohd Mazlan Bin Sobari
Mohd Fakharuddin Bin Zainol Abidin
Mohd Fuad Bin Hasan
Mohd Hairuddin Bin Mohijan

6. CADANGAN PROGRAM

Beberapa program yang dicadangkan bagi pengisian Sambutan Ihya’ Ramadhan


adalah seperti berikut:

Masa Aktiviti
10.00 pagi Gotong royong memasak bubur lambuk bersama kariah
surau

2.00 petang Majlis khatam Qur’an


3.00 petang Edar bubur lambuk di sekitar Pasir Panjang

5.00 petang Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal , anak yatim


dan imam tahfiz

7. 25 malam Berbuka puasa dan solat maghrib


7.50 malam Jamuan berbuka puasa
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Sumbangan tunai Anak Yatim RM50 X 50 orang = RM 2500.00


2. Khemah = RM 300.00
3. Majlis Berbuka Puasa RM10 X 100 orang = RM1000.00
4. Cenderahati Peserta Tadarus RM15 X 30 orang = RM 450.00
5. Kotak makanan Ibu tunggal RM 30 x 50 orang = RM 1500.00
6. Pelbagai RM 500.00
--------------
Jumlah RM6250 .00
========

8. PENUTUP

Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan akhirat
serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan
hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta
bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang
bernasib baik.

Disahkan oleh :

____________________________
(AHMAD ZHAFRI BIN MD NOOR)
Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar

You might also like