You are on page 1of 2

Rujukan : (29)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 Klt.

8
Tarikh : 24 Oktober 2008

Semua Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR


Semua Pengarah Kerja Raya Negeri
Pengarah Bekalan Air Negeri Pahang
Pengarah Bekalan Air Negeri Sembilan
Semua Pengarah /Pengurus Pembinaan
Pengarah JKR Unit Khas KESEDAR
Semua Jurutera Daerah

SURAT ARAHAN KPKR BIL. 5/2008


PERATURAN MENGENAI ARAHAN PERUBAHAN KERJA
DAN PELARASAN HARGA KONTRAK

Surat Arahan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan peraturan dan had nilai
baru bagi meluluskan Arahan Perubahan Kerja dan Tambahan Kuantiti
Sementara sejajar dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2007.

2. Kementerian Kewangan memandang serius terhadap kerja-kerja


tambahan yang menyebabkan kelewatan dalam penyiapan projek dan
perbelanjaan tambahan kepada Kerajaan. Justeru, bagi mengetatkan lagi
peraturan Perubahan Kerja, Kementerian Kewangan telah menyemak semula
Had Nilai Kewangan Jawatankuasa Perubahan Kerja bagi semua agensi
Kerajaan.

3. Sehubungan itu, peraturan Jabatan bagi meluluskan Arahan Perubahan


Kerja, Tambahan Kuantiti Sementara dan Pelarasan Harga Kontrak telah
dikemaskini sebagaimana yang terkandung dalam Panduan Pelaksanaan
Peraturan Arahan Perubahan Kerja dan Pelarasan Harga Kontrak yang
disertakan bersama ini.

1
4. Peraturan ini berkuatkuasa dengan serta merta bagi semua kontrak kerja.
Dengan terkeluarnya arahan ini, Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya
bil.(25)dlm.JKR.KPKR.020.050/03 Klt. 7 bertarikh 4 Oktober 2006 adalah
dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

s.k. - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bisnes)


- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pengurusan)
- Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar)
- Ketua Unit Pengurusan Kualiti JKR
- Juruukur Bahan Cawangan/Negeri/Unit Khas.

You might also like