You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA SETAPAK,

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM WAKALAH ZAKAT SELANGOR
BERSAMA
SK DANAU KOTA
2022

1.0 PENGENALAN
Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Entiti yang dibenarkan memohon
pengembalian wang zakat adalah individu, syarikat atau organisasi, majikan dan Institusi
Pengajian Tinggi (IPT).
Sumbangan daripada wakalah ini telah menampakkan impak yang besar kerana
menyumbang kepada dana pembangunan anak-anak istimewa di SKDK.

2.0 OBJEKTIF

 Mengenali keupayaan dan kebolehan diri murid


 Mengajar murid menangani masalah dengan pendekatan keagamaan dan
kerohanian
 Mempertingkatkan daya tahan mental dan fizikal
 Membantu murid keluar dari belenggu kemiskinan melalui penghayatan
ilmu

3.0 RASIONAL
 Meningkatkan pencapaian dan pemahaman murid dalam aktiviti PdPc
yang dijalankan.
 Guru dapat memahami dan mendalami serta membimbing murid dengan
kemudahan yang diberikan.

4.0 SASARAN

Jumlah murid PPKI SK Danau Kota mengikut kelas dan jantina adalah seperti berikut;

Bil Kelas Lelaki Perempuan Jumlah


1 Pra Pend.Khas
2 Dahlia 9 3 12
3 Seroja 7 5 12
4 Cempaka 13 1 14
5 Ixora 3 4 7
6 Kekwa 8 5 13
7 Tanjung 7 4 11
8 Teratai 7 3 10
9 Orkid 7 2 9
10 Mawar 7 3 10
JUMLAH KESELURUHAN 98

5.0 BELANJAWAN

Bil Pendapatan Jumlah Bil Perbelanjaan Jumlah

1. Sumbangan Zakat RM 5000 1. LCD RM1980


Wakalah
2. Portable Speaker RM1000

3. Mini speaker RM450

4. Tanah Kebun RM670

5. Cat Epoxy 5 Set RM800

6. Sealer RM100

JUMLAH RM 5000 JUMLAH RM 5000

You might also like