You are on page 1of 1

JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID

MASJID TAMAN SRI PULAI PERDANA


JALAN PERSIARAN PULAI PERDANA 1
81110 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM

Ruj. Kami: MTSPP/Pen./ 03 / ( )


Tarikh: 5 Januari 2021

Semua Kariah
Masjid Taman Sri Pulai Perdana
Johor Bahru

Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN ARAHAN MENJALANI SARINGAN PCR @ COVID-19 OLEH PEJABAT KESIHATAN


DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru telah membuat lawatan tapak
dan pemeriksaan Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru pada 5 Januari 2022 berikutan terdapat
jemaah yang juga pegawai masjid TSPP yang telah disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

3. Sehubungan itu, mana-mana jemaah yang didapati bergejala atau kontak rapat kepada jemaah
yang telah dikenalpasti yang hadir ke Masjid Taman Sri Pulai Perdana dalam tempoh seminggu bermula
27 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022 untuk menjalani saringan PCR - Covid-19 yang akan
dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru adalah seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 Januari 2022 (Khamis)


Masa : 9:00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru
Temujanji : Secara “Walk-in”
Sasaran : Jemaah Taman Sri Pulai Perdana

Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan untuk menjalani ujian saringan PCR Covid-19 khususnya
kontak rapat dan bergejala serta bagi mengesan varian baharu Covid-19 "Omicron" seperi mana
yang diarahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

“Berkhidmat Untuk Agama Dan Negara”

Saya yang menjalankan amanah,

HAJI ZAKARIYA BIN ABD RASIP


Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Masjid
Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru
HP: +60 19748 9499

You might also like