You are on page 1of 4

NOTA KEMAJUAN & PROSES KAUNSELING

KELOMPOK
(PROGRESS & PROCESSING NOTES)
SSKC 2233: TEORI & PRAKTIS KAUNSELING
KELOMPOK

BAHAGIAN I

Masa/ Tarikh: 3 Disember 2021


Bilangan Sesi: Sesi Kedua
Pemimpin (Leader): Nurul Izzati Nasuha Binti Mat Pauzi

Ahli yang hadir:


FS
AK
NH
SA

Ahli yang tidak hadir:


JF
IM

1) Tema Kumpulan: Sesi Melukis

2) Teori Kaunseling: Teori Pemusatan Insan

3) Kandungan (Content):
- Ahli diminta untuk melukiskan tentang perasaan mereka pada hari tersebut
- Kemudian setiap ahli akan menukar kertas mereka dengan ahli yang lain.
-Ahli lain akan meneka dan mentafsir sendiri lukisan yang mereka perolehi
berdasarkan pemahaman mereka.
-Kertas akan dipulangkan kepada pemilik asal dan pemilik asal akan menjelaskan apa
sebenarnya yang dilukis oleh mereka.

4) Nota Proses Kaunseling (Process):

i) Opening:
: Pada permulaan sesi, ketua kelompok mengucapkan terima kasih kepada ahli
kerana sudi untuk menghadiri sesi yang kedua. Ahli diminta untuk menceritakan
kembali mengenai sesi pertama yang sudah dijalankan. Ketua menerangkan
tentang aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka pada sesi kali ini.

ii) Working:
: Ketua memberikan kertas dan pensil kepada setiap ahli kumpulan dan
memberikan masa selama 10 minit untuk melukis dan menggamarkan perasaan
mereka di dalam bentuk lukisan.
: Setelah selesai, ahli diminta untuk menukarkan kertas mereka secara rawak
dengan ahli kumpulan yang lain.
: Setiap ahli akan bergilir-gilir untuk mentafsirkan sendiri lukisan yang diterima
oleh mereka mengikut pemahaman mereka sendiri.
: Kertas tersebut dipulangkan kembali kepada pemilik dan setiap ahli mengikut
turutan akan menceritakan tentang apa yang dilukis oleh mereka sebenarnya.

iii) Closing:
: Ketua mengakhiri perbincangan dengan bertanyakan kepada ahli tentang apa
yang mereka perolehi sepanjang sesi ini.
: Ketua mengingatkan kepada ahli bahawa terdapat lagi 4 sesi yang perlu dihadiri.
: Sesi kedua ditamatkan.

5) Nota Tentang Setiap Ahli Kumpulan:

FS : Kali kedua menyertai sesi. Kelihatan lebih selesa dengan ahli kumpulan yang
lain.
AK : Kali kedua menyertai sesi, sedikit lewat daripada ahli yang lain dan lebih
banyak berkongsikan masalah dengan ahli kumpulan.
NH : Kali kedua menyertai sesi. Mengatakan bahawa terdapat perubahan positif di
dalam dirinya selepas habis sesi pertama.
SA : Ahli baru, 21 tahun, Merupakan graduan Marsah Johor Bahru dan kini sedang
bekerja.

___________________________________________________________________________

BAHAGIAN II

1) Pandangan pemimpin terhadap kumpulan:

i) Kandungan (Content):
Setiap ahli kumpulan memberikan focus yang baik semasa aktiviti ini
dijalankan.

ii) Proses (Process):


Kesemua ahli memberikan kerjasama dan turut serta dalam perbincangan ahli
kumpulan. Namun ada diantara mereka yang mendiamkan diri dan ada juga
diantara mereka yang terlalu aktif.

iii) Ahli kumpulan secara spesifik:


FS : Merupakan salah seorang ahli yang banyak melibatkan diri di dalam
perbincangan dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi
berlangsung. Namun ketika sesi sedang dijalankan, ahli ini mempunyai kelas
dan agak sukar untuk menumpukan perhatian.
AK : Merupakan salah seorang ahli yang banyak melibatkan diri di dalam
perbincangan. Pada sesi kali ini, ahli ini lebih selesa untuk berkongsi dan
banyak menceritakan masalah yang dihadapi olehnya.
NH : Merupakan salah seorang ahli yang banyak melibatkan diri di dalam
perbincangan dan turut memberi kerjasama dalam memberikan pandangan
terhadap ahli kumpulan.
SA : Tidak banyak bercakap sepanjang ses berlangsung namun cuba sebaik
mungkin untuk menyertai perbincangan dalam ahli kumpulan.
2) Berdasarkan sesi yang anda kendalikan, apakah soalan anda kepada pensyarah?
(Sila nyatakan sekurang-kurangnya 3 soalan)

i) Jika berlaku situasi yang berada diluar kawalan ketua, bagaimana hendak
memastikan situasi tersebut reda ?
ii) Bagaimana tindakan yang boleh diambil oleh seorang ketua jika ada ahli yang
masuk campur ketika ada ahli lain yang sedang menceritakan masalah
mereka ?
iii) Bagaimana hendak memastikan bahawa setiap ahli memberikan komitmen
dengan menghadiri setiap sesi tanpa sebarang masalah ?

3) Penilaian Strategi Intervensi.

1) Apa yang berkesan di dalam sesi ini?


Apabila ketua mendengar dan memberikan reaksi secara aktif semasa ahli sedang
melauhkan masalah mereka.

2) Apa yang kurang/tidak berkesan (apa perkara yang berbeza yang anda mahu lakukan
pada sesi seterusnya?)
Perkara yang tidak berkesan di dalam sesi ini adalah apabila ada ahli yang
menyampuk
percakapan ahli lain dan ketua tidak berupaya untuk menegur tindakan ahli tersebut.

4) Faktor Terapeutik: (Instillation of Hope, Universality, Imparting Information,


Altruism, the Corrective Recapitulation of the Primary Family Group, Interpersonal
Learning, Cohesiveness, Catharsis, Existential factors, & Self-Understanding).

Sila nyata dah hurai sekurang-kurangnya 3 faktor terapeutik di dalam sesi kumpulan
anda.

i) Mendengar dengan aktif dimana ketika ahli sedang meluahkan masalah, ketua
bertindak dengan mendengar dan memahami setiap apa yang diceritakan oleh
ahli.
ii) Yakin akan diri sendiri. Ketua mengarah dan membimbing ahli untuk
berkongsikan masalah diri mereka supaya ahli lebih yakin untuk bercerita.
iii) Menghormati. Ketua menghormati setiap pandangan dan perbezaan yang
ditunjukkan oleh ahli kumpulan walaupun ada beberapa perkara yang tidak
selari dengan pemahaman ketua.

Updated_azrin_20feb2018
THEORY & PRACTICE OF GROUP COUNSELING (SSKC2233)

KERTAS PERANCANGAN KELOMPOK


(Group Planning Sheet)

Jenis Kelompok (Type of Group): Kelompok Terbuka

Tarikh (Date): 3 Disember 2021 Bil. Sesi (Session #): 2 Ketua (Group Leaders):
Nurul Izzati Nasuha

Ahli Tidak Hadir yang telah dimaklumkan (Members already excused): Ada.
JF : Mempunyai latihan bola sepak
IM : Berada di luar kawasan

Pembukaan (Check in with):


- Ketua bertanyakan kepada ahli tentang apa yang telah dibincangkan pada sesi
pertama.
- Menanyakan tentang perubahan positif yang dialami oleh klien setelah melaksanakan
sesi pertama.

Topik Kelompok atau Isu yang perlu di bincangkan semula/ ditamatkan


Group Topics or Issues that need to be Finished and/or Revisited:

 Berkaitan dengan ahli kelompok atau matlamat kelompok


: Ingin membincangkan tentang matlamat kelompok sama ada ingin meneruskan sesi
dengan sesi luahan masalah ataupun ingin melakukan sesi kelompok tugasan.
 Berkaitan dengan proses kelompok
: Perlu memastikan bahawa setiap ahli dapat menyertai sesi yang akan datang.

Group Topics or Issues to be addressed for the session:

Kandungan isu yang perlu di ketengahan:


: Isu mengenai komitmen yang diberikan oleh ahli kerana ada diantara mereka yang tidak
dapat menghadiri sesi yang kedua.
Proses isu yang ingin di ketengahkan:
: Ketua akan menetapkan hari dan tarikh dan sesuai supaya setiap ahli dapat menyertai sesi.

Intervensi Secara Specific (Specific Interventions):


Melaksanakan intervensi jenis terapi lukisan kepada ahli kumpulan dimana iannya
dapat membantu ahli untuk meluahkan sesuatu yang tidak dapat diluahkan secara lisan.
Teknik terapi lukisan ini merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam
membantu klien meluahkan perkataan ataupun perasaan mereka melalui seni lukisan dan
menggunakan lukisan mereka sebagai cara untuk berinteraksi dengan orang lain.

You might also like