You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSI


ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
TEL: 03 83126666

LAPORAN SESI
PERHATIAN :
BORANG INI DIGUNAKAN UNTUK URUSAN LAPORAN SESI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
BAHAGIAN A : MAKLUMAT SESI

Tarikh Sesi : 17.5.2022 Masa : 8.20a.m. - 9.28a.m. No. Rujukan Klien : KK23 001

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN KELAS JANTINA

Bilangan Sesi :         *hitamkan yang berkaitan


Tujuan Perjumpaan: Sesi Kaunseling Ujian Psikometrik Konsultasi Bimbingan
Lain-lain : ............................................
Kategori Masalah : Dadah/Inhalan /Alkohol Disiplin/Integriti Interpersonal
Keluarga /Peribadi Kerjaya Kesihatan Mental
Prestasi Kesihatan Fizikal Tatatertib
Lain-lain : (Nyatakan)....................................................

BAHAGIAN B : LAPORAN SESI


**Kaunselor boleh menggunakan sebarang bentuk pelaporan yang sesuai. (Contoh : SOAP, DART, Basic ID
dan Lain-lain)

PENEROKAAN (Aktiviti orientasi dan penerokaan serta konflik antara ahli kelompok)
Pada sesi kaunseling kelompok pertama, ahli-ahli kelihatan ceria dan bersemangat semasa
mereka terlibat dalam aktiviti ‘‘Ice Breaking’’ dalam satu kelompok. Ahli-ahli membuat satu
bulatan di luar kerusi yang telah disediakan. Apabila saya memainkan lagu, ahli-ahli berjalan
di sekitar kerusi. Apabila lagu diberhentikan, ahli-ahli dikehendaki untuk cepat duduk di atas
kerusi. Ahli yang gagal duduk di atas kerusi akan disingkirkan dan bilangan kerusi semakin
berkurangan. Selepas menjalankan aktiviti ‘‘Ice Breaking’’, saya dan ahli-ahli
memperkenalkan dirinya sendiri. Ahli-ahli memperkenalkan diri mereka seperti nama, hobi,
cita-cita, minat, apa yang dilakukan oleh mereka pada masa lapang. Dalam membuat
penstrukturan, saya memberi penerangan kepada ahli tentang definisi dan matlamat sesi
kaunseling, peranan fasilitator dan ahli, etika kerahsiaan dan juga had masa bagi sesi
kaunseling kelompok. Terdapat ahli yang bersikap monopoli, iaitu gemar memberi pendapat
dan bercerita. Kadangkala, ahli tersebut berkongsi masalah yang tidak berkaitan dengan
dirinya, Menurut ahli kelompok, mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Mereka memberi alasan bahawa kerja
rumah yang diberikan oleh guru terlalu banyak dan terbeban. Mereka melarikan diri mereka
daripada isu yang dihadapi dengan bermain badminton dan menonton Youtube. Setelah
meneroka dan memahami masalah ahli secara mendalam, masalah yang dikenal pasti dan
dipersetujui ialah masalah pengurusan masa.
PENERAPAN TEORI
Teori yang telah saya gunakan ialah Teori Pemusatan Perorangan (PCC). Saya menerima
dan melayan klien sebagai insan yang bermaruah dan unik tanpa apa jua keadaan. Sikap
penerimaan positif tanpa syarat membolehkan klien meneroka pemikirannya, perasaannya
dan pandangannya secara positif atau negatif tanpa risau akan ditentang atau ditolak atau
diberikan penilaian. Selain itu, saya memahami apa yang diluahkan oleh klien secara
empati. Saya memasuki dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami apa yang dialami
dan dirasai oleh klien. Empati penting bagi memudahkan saya membuat penerokaan dan
memahami keadaan klien dengan lebih mendalam. Seterusnya, saya bersifat kongruen,
iaitu menunjukkan secara lisan atau bukan lisan secara jujur bahawa saya faham atau
kurang jelas terhadap percakapan klien.
PENGGUNAAN KEMAHIRAN DAN TEKNIK KAUNSELING
Kemahiran kaunseling yang telah saya gunakan ialah kemahiran menghalang untuk
membawa kelompok memfokus semula kepada usaha mencapai matlamat. Saya
menggunakan kuasa untuk campur tangan apabila ahli monopoli, iaitu menggunakan terlalu
banyak masa untuk bercerita dan bercerita tentang perkara yang tidak berkaitan dengan
dirinya dan isu yang dibincang. Selain itu, saya menggunakan kemahiran refleksi. Saya
menyebut semula perkara yang sudah diperkatakan oleh ahli dalam satu rangkaian kata
yang pendek dan padat. Refleksi perasaan banyak digunakan dalam sesi kaunseling
kelompok ini bagi memahami dengan empati dan aktif mengenai ahli serta menggalakkan
ahli meluahkan lebih banyak isi penting berkaitan dengan perasaan mereka. Seterusnya,
saya menggunakan kemahiran parafrasa. Saya mengulang kembali sesuatu perkara yang
telah dikemukakan oleh ahli secara ringkas dan tepat. Apabila ahli mendengar ringkasan
yang direspons kembali oleh saya, ahli akan menyedari bahawa saya benar-benar
memberikan tumpuan kepada mereka.
KONSEPTUALISASI KES
Kes yang telah dikenal pasti ialah masalah pengurusan masa. Ahli-ahli kelompok tidak
mahir untuk mengatur masa mereka dengan baik dan sistematik. Mereka leka menonton
Youtube dan bermain badminton. Ini menyebabkan mereka tidak sempat untuk menyiapkan
kerja rumah yang diberikan oleh guru.
PERANCANGAN DAN STRATEGI RAWATAN
Saya memastikan hubungan saya dan ahli dalam keadaan yang baik dan selesa sepanjang
sesi kaunseling kelompok dijalankan. Hubungan saya yang baik antara saya dan ahli
membantu memudahkan proses perbincangan serta menggalakkan ahli memberi kerjasama
yang baik dan menyakinkan. Misalnya, saya memberi suasana sekeliling dengan tingkah
laku yang menyakinkan dan menyediakan suasana yang teraputik. Selain itu, saya
memahami ahli seperti yang dialami oleh mereka secara empati. Apabila mempersepsikan
dunia dalaman ahli dengan tepat, saya akan memahami masalah sebenar yang dihadapi
oleh ahli. Seterusya, saya ikhlas dan tidak berpura-pura dalam perhubungan saya dengan
ahli. Saya menyatakan secara jujur bahawa saya faham atau tidak faham atau kurang
faham terhadap apa yang diperkatakan oleh ahli. Hal ini menimbulkan keyakinan yang
kukuh dalam kalangan ahli.
KEPATUHAN KEPADA ETIKA
Saya mematuhi etika kerahsiaan. Ahli diberitahu bahawa segala sesi kaunseling adalah
dalam bentuk rahsia kecuali keperluan situasi tertentu seperti kes mahkamah, kes kebajikan
dan permintaan daripada ahli. Segala maklumat, rekod dan urusan surat-menyurat yang
berkaitan dengan ahli bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah
rahsia.
REFLEKSI
Selepas menamatkan sesi kaunseling kelompok, saya membuat refleksi dan rumusan
bersama dengan ahli. Dari segi emosi, ahli berasa runsing dan bosan untuk membuat kerja
rumah yang terlalu banyak. Kesan tingkah laku pula menyebabkan ahli leka menonton
Youtube dan bermain badminton serta tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh
guru. Dari segi pemikiran, ahli merasakan diri mereka tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk menyiapkan kerja rumah yang terlalu banyak.

Disediakan Oleh:

...............................................................
( )

Tarikh : ……………………....................

You might also like