You are on page 1of 3

JAWAPAN TETAP PETA

1. Nyatakan dua ciri fizikal yang terdapat dalam segi empat grid di atas.
(a) hutan (b) sungai (c) bukit/gunung/tanah tinggi

2. Nyatakan dua ciri budaya yang terdapat dalam segi empat grid di atas.
(a) petempatan (b) jalan raya (c) sekolah

3. (i) Nyatakan tiga fungsi Pekan/Bandar/Bandar Satelit yang terdapat dalam segi empat grid di atas.
(a) Pusat petempatan (b) Pusat pengangkutan (c) Pusat pendidikan (d) Pusat kesihatan

(ii) Terangkan faktor yang mempengaruhi perletakan Pekan/Bandar/Bandar Satelit tersebut.


(a) Terletak di kawasan tanah pamah yang rata dan luas memudahkan pembinaan rumah/bandar.
(b) Terdapat kemudahan pengangkutan iaitu jalan raya yang dapat memudahkan pergerakan penduduk.
(c) Terdapat kawasan pertanian iaitu tanaman getah/kelapa sawit/padi.
(d) Berhampiran dengan sungai yang membekalkan sumber air kepada penduduk dan tanaman.

4. Mengapakah Pekan/Bandar ___________________ tidak berkembang ke arah utara?


(a) Terdapat kawasan hutan simpan yang menyukarkan pembinaan kawasan petempatan.
(b) Mempunyai kawasan yang berpaya/berair memerlukan kos pembinaan yang tinggi.
(c) Terdapat banyak sungai/anak sungai tidak sesuai untuk pembinaan petempatan.
(d) Terdapat kawasan pertanian iaitu tanaman kelapa sawit/getah/padi.

5. (i) Apakah peringkat aliran sungai yang terdapat dalam segi empat grid di atas?
(a) Peringkat hilir.

(ii) Berikan dua bukti bagi menyokong jawapan anda di atas


(a) Terdapat kawasan tanah rendah/tanah pamah.
(b) Aliran sungai semakin perlahan kerana alur sungai yang lebar.
(c) Terdapat kawasan delta dan tetambak.

6. (i) - Apakah kegiatan ekonomi yang berpotensi dijalankan di kawasan dalam segi empat grid di atas?
- Apakah kegiatan ekonomi yang tidak menjejaskan alam sekitar yang boleh dimajukan di ___________
(a) Ekopelancongan. (b) Pertanian – pilihan jawapan kedua.

(ii) Berikan alasan mengapa anda memilih jawapan tersebut.


(a) Terdapat flora. (c) Terdapat sungai/anak sungai.
(b) Terdapat fauna. (d) Terdapat kawasan hutan simpan.

7. (i) Nyatakan dua jenis tanaman kontan/tanaman utama yang terdapat di dalam peta di atas?
(a) getah (b) kelapa sawit

(ii) Terangkan bukti yang terdapat dalam peta bagi menyokong jawapan anda di atas?
Fizikal
(a) Kawasan tanah beralun/tanah pamah memudahkan tanaman getah/kelapa sawit dijalankan
(b) Terdapat kemudahan sistem pengairan iaitu sungai.
Budaya
(a) Terdapat bekalan tenaga buruh yang ramai dan murah seperti warga tempatan/asing.
(b) Terdapat permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara seperti Indonesia.
(c) Terdapat kemudahan pengangkutan iaitu jalan raya yang memudahkan hasil pertanian dibawa ke kilang.

8. Mengapakah taburan penduduk sangat padat di kawasan _____________________


(a) Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam sektor perikanan/perkhidmatan/pertanian.
(b) Terdapat kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti jalan raya.
(c) Terdapat kemudahan kesihatan seperti klinik/hospital.
(d) Bentuk muka bumi tanah pamah memudahkan pembinaan rumah/kilang/jalan raya/infrastruktur.

9. Jelaskan halangan yang menyebabkan ______________________ sukar dimajukan/ dibangunkan


(a) terdapat kawasan pertanian/ tanaman padi/ getah/ kelapa sawit
(b) terdapat kawasan tanah tinggi memerlukan kos yang tinggi
(c) kawasan petempatan yang padat
(d) kawasan sungai menghalang pembinaan
(e) kawasan hutan simpan
(f) terdapat banyak jalan raya

10. Terangkan kepentingan tasik/sungai/kolam yang terdapat dalam peta topografi di atas.
(a) Membekalkan sumber protein seperti ikan.
(b) Sumber air domestik seperti membasuh.
(c) Sumber bekalan air bersih seperti minuman.
(d) Mengairi kawasan pertanian seperti padi/kelapa sawit.

11. Terangkan kepentingan pembinaan lebuh raya/jalan raya tunggal/jalan kereta api di _________________
kepada penduduk di kawasan sekitarnya?
(a) Dapat membangunkan kawasan luar bandar kerana terdapat kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.
(b) Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat seperti pekerja tol.
(c) Dapat meningkatkan darjah ketersampaian kerana jalan raya menghubungkan ke kawasan pedalaman.
(d) Dapat menjimatkan masa perjalanan kerana wujudnya jalan pintas.
(e) Dapat meningkatkan mobiliti penduduk kerana pergerakan yang cepat.

12. Mengapakah kawasan dalam segi empat grid di atas sesuai dibina kawasan petempatan/bandar baru/
kawasan perindustrian/kawasan petempatan?
(a) Tanah pamah yang rata dan luas dapat menjimatkan kos pembinaan seperti membina ______________
(b) Berdekatan dengan jalan raya yang dapat memudahkan pergerakan penduduk.
(c) Terdapat kawasan petempatan yang dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

13. Terangkan kepentingan pusat pendidikan/pusat perubatan/lapangan terbang/pusat perindustrian/pusat


perniagaan yang terdapat dalam segi empat grid di atas kepada penduduk di kawasan sekitarnya?
(a) Menyediakan peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.
(b) Mewujudkan pusat perniagaan seperti pasaraya.
(c) Dapat memajukan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.
(d) Dapat membangunkan kawasan luar bandar dengan mempelbagaikan fungsi petempatan.

14. Terangkan tiga jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di dalam segi empat grid berikut.
(a) Perikanan (ada sungai, tasik, kolam, laut) (c) Pelancongan (sungai, laut, hutan)
(b) Pertanian (ada ladang sawit, getah, padi) (d) Perkhidmatan (ada pejabat pos, balai polis,klinik)

15. Terangkan kepentingan kawasan hutan rezab di bahagian timur laut kepada kawasan persekitarannya?
(a) Kawasan tadahan hujan yang membekalkan sumber air.
(b) Membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida dan dapat menyederhanakan suhu setempat.
(c) Habitat flora seperti periuk kera dan habitat fauna seperti harimau.

16. Huraikan kepentingan kawasan hutan rezab/hutan simpan kepada pembangunan ekonomi penduduk.
(a) Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport kayu balak seperti cengal.
(b) Kawasan pelancongan kerana mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna seperti periuk kera/harimau.
(c) Sumber perubatan iaitu herba seperti tongkat ali.
(d) Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pembalakan seperti renjer hutan.

17. Pada pendapat anda, wajarkah kawasan dalam segi empat grid di atas dimajukan sebagai sebuah bandar
baharu/petempatan/pusat pendidikan?
WAJAR
(a) Dapat mewujudkan peluang pekerjaan seperti pekerja kontrak.
(b) Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat kerana mempunyai pekerjaan.
(c) Dapat membangunkan kawasan luar bandar seperti kemudahan infrastruktur iaitu jalan raya.
TIDAK WAJAR
(a) Akan menyebabkan flora musnah kerana habitatnya terganggu contoh pokok cengal.
(b) Akan menyebabkan fauna musnah kerana habitatnya terganggu seperti harimau.
(c) Akan memusnahkan kawasan tadahan hujan kerana kawasan tanah tinggi telah diterokai.
(d) Akan berlakunya peningkatan suhu kerana pertambahan gas karbon dioksida di udara.
(e) Akan menyebabkan berlakunya kejadian hakisan tanih/tanah runtuh kerana struktur tanih yang longgar

18. (i) Apakah jenis pola petempatan yang terdapat dalam segi empat grid di atas?
(a) Berpusat

(ii) Mengapakah terbentuknya pola petempatan seperti dalam segi empat grid di atas?
(a) Terdapat kemudahan pengangkutan seperti jalan raya.
(b) Kawasan tanah pamah yang rata memudahkan pembinaan petempatan.
(c) Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pertanian/perkhidmatan.
(d) Terdapat kemudahan awam/sosial seperti rumah ibadat.

19. Nyatakan simbol titik yang terdapat dalam segi empat grid di atas
(masjid, tokong, kuil, stesen trigonometri)

20. Nyatakan simbol kawasan yang terdapat dalam segi empat grid di atas
(kelapa sawit, getah, hutan, kolam)

You might also like