You are on page 1of 2

Modul Latih Tubi Bab 1: Kerajaan Alam Melayu

Bahagian B:
1. Sejarah awal Alam Melayu memperlihatkan kemunculan beberapa kerajaan yang terkenal.
a. Nyatakan tiga kerajaan Alam Melayu yang masyhur.
(i) Funan
(ii) Champa
(iii) Srivijaya (mana-mana tiga jawapan yang betul)
(3 markah)
b. Senaraikan tiga aspek persamaan kerajaan -kerajaan Alam Melayu.
(i) Geografi
(ii) Bahasa
(iii) Budaya
(3 markah)
c. Apakah nilai yang perlu dimiliki oleh masyarakat bagi mengekalkan kegemilangan sesebuah
negara?

Taat setia kepada pemimpin / semangat cinta akan negara / mengekalkan perpaduan kaum /
sanggup berkorban untuk negara.
(4 markah)
2. Kerajaan Alam Melayu muncul sezaman dengan kerajaan -kerajaan luar yang lain.
a. Nyatakan kerajaan Alam Melayu yang sezaman dengan kerajaan Turki Uthmaniyah.
(i) Angkor
(ii) Champa
(iii) Majapahit
(3markah)

b. Mengapakah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan dengan kerajaan India dan
China?
(i) Mengukuhkan kerajaan
(ii) Mendapatkan bantuan ketenteraan
(iii) Memperkukuhkan persahabatan dan perdagangan
(3markah)
c. Pada pendapat anda, apakah kesan jika sesebuah negara tidak menjalinkan hubungan baik
dengan negara lain?
Menjejaskan keselamatan negara / tidak dapat memajukan sector perlancongan negara / tidak
mendapat bantuan jika ditimpa masalah / tidak dapat memajukan perdagangan antarabangsa.
(4 markah)

Bahagian C: Soalan Esei

1. Kerajaan Alam Melayu bermula daripada petempatan kecil yang kemudiannya berkembang menjadi
pelabuhan.

a. Nyatakan lokasi kemunculan kerajaan -kerajaan Alam Melayu. (6


markah)

Jawapan : - F1: Funan di lembah Sungai Mekong


F2: Champa di selatan dan tengah Vietnam
F3: Srivijaya di lembah Sungai Musi, Sumatera
F4: Angkor di lembah sungai Mekong
F5: Majapahit di lembah Sungai Brantas, Jawa Timur
F6: Kedah Tua di Sungai Mas dan Sungai Bujang
F7: Gangga Nagara di pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu.

b. Mengakah kerajaan-kerajaan Alam Melayu bermula di lembah sungai?


(8 markah)

Jawapan : F1: tanah yang subur


H1: sesuai untuk aktiviti pertanian
F2: mewujudkan petempatan kecil
F3: sistem pengangkutan air
F4: mewujudkan pelabuhan
H4: memudahkan kegiatan perdagangan
F5: Sumber pengairan
F6: kegunaan harian
H6: mendapatkan sumber makanan terutamanya sumber protein.

c. Cadangkan langkah-langkah untuk menjaga sungai negara kita. .


(6 markah)

Jawapan: F1: memulihara dan memelihara kebersihan sungai


F2: mengadakan kempen cintai sungai.
F3: menjadikan sungai tempat riadah
F4: menjadikan Kawasan disekitar sungai sebagai tempat pelancongan.
F5: mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada sesiapa sahaja yang melakukan percemaran
disekitar dan dalam sungai.
F6: menyediakan pelbagai kemudahan asas di kawasan sekitar sungai untuk menarik orang ramai
untuk menggunakan dan menjaga kawasan sungai dengan baik.

You might also like