You are on page 1of 2

PEJABAT KESIHATAN DAEARH PASIR MAS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

BERIKUT MERUPAKAN PENGUMUMAN DARI PEJABAT KESIHATAN DAERAH


PASIR MAS

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Pejabat Tanah Jajahan
Pasir Mas akan menganjurkan Karnival Pasir Mas Sihat Sejahtera 2022
Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Inisiatif Saringan
Kesihatan Kebangsaan Peringkat Jajahan Pasir Mas pada 13/08/2022 (Sabtu)
bertempat Di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas Dan Stadium Mini Pasir Mas. Oleh
itu, pihak Pejabat kesihatan Daerah Pasir Mas menjemput penduduk sekitar
Pasir Mas untuk hadir ke Karnival tersebut bermula jam 8.30 pagi. InsyaAllah.
Pada Karnival tersebut pelbagai acara dan aktiviti diadakan sepertimana berikut.
 Saringan Kesihatan
 Pameran Kesihatan
 Pameran dari agensi kerajaan yang lain serta Swasta
 Booth-Booth Jualan
 Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak dimana kid mewarna
sebanyak
50 akan diberikan secara percuma. Di samping cabutan bertuah juga
disediakan.

Untuk Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI), Protech Health Corp


(PEKA B40) sempena karnival ini, pihak kami akan menyediakan saringan
kesihatan percuma termasuklah:

a. Pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI)


b. Pemeriksaan Tekanan Darah
c. Pemeriksaan paras glukos darah
d. Pemeriksaan paras kolesterol darah
e. Blood Cell Test
f. Status merokok
g. Mental Health Screening
h. Kidney Function Test
i. Urine Test
j. Pemeriksaan Mata
k. Pemeriksaan Gigi
l. Saringan kesihatan yang lain masih diteruskan mengikut prosedur sediada:
Ujian Pap Smear, IFoBT, Clinical Breast Examination.
m. Saringan kesihatan juga dijalankan menerusi aktiviti outreach, saringan
komuniti dan perkhidmatan bergerak (mobile health team)

- Kumpulan sasar berumur 40 tahun keatas.


- Tidak mempunyai sejarah penyakit.
- Tidak pernah membuat saringan kesihatan dalam tempoh 3 tahun lepas.

- Semasa datang membuat saringan tidak perlu berpuasa.

Pihak kami memohon kepada semua penduduk sekitar Pasir Mas supaya tidak
melepaskan peluang ini dan datang lebih awal jam 8.30 pagi kerana pemberian kupon
cabutan bertuah adalah terhad. Sellain membuat saringan kesihatan pihak kami juga
menyediakan booth-booth jualan dan yang paling menarik adalah ada cabutan bertuah
sebanyak 50 hadiah disediakan termasuk hadiah bonanza sebanyak 5 buah basikal
serta lain-lain hadiah istimewa. Saringan kesihatan adalah penting untuk tuan/puan
kerana dengan membuat saringan kesihatan tuan/puan dapat mengetahui tahap
kesihatan tuan/puan disamping mendapat khidmat nasihat dari kalangan profesional
kesihatan.. Mencegah penyakit adalah lebih baik dari kita membuat rawatan.

Sekali lagi tuan/ puan dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan karnival ini.
Perkhidmatan Saringan kesihatan adalah PERCUMA daripada pihak KKM, USM dan
berbagai agensi yang terlibat.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like