You are on page 1of 8

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

TATACARA UNTUK CAPAIAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM


MENGGUNAKAN PLATFORM GOOGLE FORMS

1. TUJUAN:

Tatacara ini disediakan bertujuan untuk membantu calon memahami proses


perjalanan Peperiksaan Perkhidmatan Awam menggunakan Platform Google
Forms.

2. KEPERLUAN ASAS BAGI CAPAIAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN


AWAM MENGGUNAKAN PLATFORM GOOGLE FORMS:

i. Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan telefon bimbit,


komputer, komputer riba atau tablet yang mempunyai capaian internet
yang stabil.

i. Paparan boleh dicapai melalui semua browser (Google Chrome, Internet


Explorer, Firefox, Safari, Microsoft Edge dan lain-lain).

ii. Calon boleh mengakses sistem peperiksaan dalam talian ini di mana-mana
sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet yang stabil.

iv. Peperiksaan ini hanya dibuka bagi Pegawai yang telah mendaftar
Peperiksaan Perkhidmatan Awam dan mempunyai Slip Arahan Calon
(SAC) bagi peperiksaan berkaitan sahaja.

3. PERSEDIAAN SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN:

3.1 Laman Web Kompetensi

i. Layari laman web Kompetensi JPA:


(https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/)

ii. Klik Semak Status Permohonan dan masukkan nombor kad


pengenalan untuk mengakses SAC.
iii. Save paparan SAC (dalam format PDF) ke alat peranti yang akan
digunakan semasa hari peperiksaan.

PENTING: Tindakan ini perlu dibuat sebelum hari peperiksaan


berlangsung.

3.2 Akaun Google

i. Calon perlu memiliki akaun Google dan calon diwajibkan log masuk
ke Akaun Google untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan
Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam.

3.3 Masa Peperiksaan

i. Tempoh masa menjawab adalah mengikut masa yang tertera pada


SAC.

ii. Pengawasan waktu peperiksaan bermula dan berakhir adalah


merujuk kepada laman web timeanddate.com. Sebarang perbezaan
masa di antara penunjuk waktu yang lain (jam tangan/ komputer/
peranti calon) adalah tidak terpakai. Sila klik
https://www.timeanddate.com/worldclock/malaysia/kuala-lumpur

4. SEMASA MENDUDUKI PEPERIKSAAN:

Calon akan dibekalkan di dalam SAC dengan pautan kehadiran. Calon


dikehendaki untuk mengisi kesemua maklumat yang diperlukan dalam pautan
tersebut sebelum boleh menekan butang “SUBMIT” bagi memperolehi pautan
peperiksaan yang telah ditetapkan untuk setiap calon.

4.1 Pautan Kehadiran

i. Buka semula SAC yang telah disimpan dalam format PDF di dalam
peranti masing-masing (rujuk perkara 3.1(iii))

2
ii. Lima (5) minit sebelum masa peperiksaan bermula:

 klik pada pautan Google Forms yang terdapat pada SAC pada
maklumat Pusat Peperiksaan

ATAU

 copy Alamat URL di bahagian Pusat Peperiksaan (highlight


pautan dan click (Ctrl+C) untuk copy) & Paste (Ctrl+V) pada
URL Web Browser.

PENTING: Pautan pada SAC merupakan pautan untuk KEHADIRAN


sahaja. Pautan peperiksaan akan diberikan sebaik sahaja borang
kehadiran dihantar (SUBMIT). Semua calon WAJIB menggunakan pautan
yang diberikan dalam SAC masing-masing sahaja KERANA SETIAP
PAUTAN ADALAH UNIK. KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN AKAN
MENYEBABKAN KEPUTUSAN CALON AKAN MENJADI TIDAK HADIR.

Klik atau highlight pautan dan


klik (Ctrl+C) untuk copy

Paste (Ctrl+V) pautan pada


URL web browser

3
Calon yang memasuki
pautan lebih awal akan
menerima paparan seperti
berikut

iii. Baca arahan dengan teliti dan buat perakuan setelah memahami
semua arahan yang dinyatakan. Klik Next untuk mengisi maklumat
diri calon untuk pengesahan kehadiran.

iv. Pastikan semua maklumat diri diisi SEPERTI BUTIRAN YANG


TERTERA PADA SLIP ARAHAN CALON (SAC) terutamanya No.
Kad Pengenalan dan No. Angka Giliran.

Pendaftaran Peperiksaan

4
v. Jika terdapat pembetulan maklumat diri pada SAC, emelkan kepada
Urus Setia Peperiksaan SELEPAS peperiksaan selesai.

vi. Klik SUBMIT untuk menghantar maklumat diri dan pastikan pautan
peperiksaan terpapar sebaik sahaja maklumat diri berjaya dihantar.

Submit untuk ke pautan


peperiksaan

Contoh Pautan
Peperiksaan

https://forms.hjk/contohppaonline

4.2 Pautan Peperiksaan

i. Seterusnya klik pada pautan peperiksaan tersebut dan pastikan


maklumat diri diisi sekali lagi sepertimana yang diperlukan dan semua
calon boleh mula menjawab soalan peperiksaan.

Maklumat Diri Peperiksaan

5
ii. Calon dikehendaki menjawab jumlah soalan berdasarkan arahan
yang dinyatakan pada Arahan Calon di Google Forms.

PENTING: Calon TIDAK DIBENARKAN menekan butang refresh


atau back button pada toolbar semasa Peperiksaan berlangsung.

iii. Klik SUBMIT untuk menghantar jawapan.

iv. Pastikan jawapan dihantar SEBELUM masa Peperiksaan tamat bagi


memastikan jawapan direkodkan. (rujuk perkara 3.3)

Paparan jika jawapan dihantar


dalam waktu peperiksaan

PENTING: Sekiranya calon TIDAK MENGHANTAR JAWAPAN


(tidak klik butang SUBMIT) ATAU MENGHANTAR JAWAPAN
SELEPAS MASA PEPERIKSAAN TAMAT, jawapan yang diberikan
tidak akan direkodkan dan calon akan memperolehi keputusan
GAGAL dalam paparan keputusan.

6
Paparan jika jawapan dihantar
selepas waktu peperiksaan tamat

v. Calon yang terkeluar dari sistem sebelum menghantar jawapan


(sebelum klik butang SUBMIT) perlu mengulang semula Tatacara
Peperiksaan ini berdasarkan baki tempoh yang ada.

vi. Pihak JPA tidak akan bertanggungjawab ke atas kegagalan calon


untuk akur kepada semua perkara di atas dan sebarang rayuan tidak
akan dipertimbangkan.

SELAMAT MAJU JAYA!

7
PANDUAN TEKNIKAL

MASALAH CONTOH MASALAH TINDAKAN

Masalah internet/capaian  Capaian internet Hubungi pihak telco internet


semasa hari peperiksaan terputus (MAXIS/CELCOM/TM/ dll)
 Capaian internet tidak
stabil atau
 Tidak berjaya masuk
pada pautan yang Gunakan capaian internet
diberikan yang lain (contohnya WiFi
 dan lain-lain. yang berlainan)

Masalah peranti  Komputer rosak atau Hubungi juruteknik


terpadam komputer pejabat/individu
 Tiada talian internet untuk bantuan
 Slow loading ketika
mengakses pautan
peperiksaan yang
diberikan (disyorkan
untuk clear cache)
 dan lain-lain.

Tatacara peperiksaan  Cara menduduki Hubungi Urus Setia


peperiksaan Peperiksaan Esei:
menggunakan Google 1. 03-88855262
Forms 2. 03-88855264
 Isu berkaitan panduan 3. 03-88855289
peperiksaan
 dan lain-lain. Hubungi Urus Setia
Peperiksaan Objektif:
1. 03-88855263
2. 03-88855265
3. 03-88855283

PENTING: Calon tidak dibenarkan untuk menggunakan pautan yang berbeza daripada
pautan yang dibekalkan di dalam SAC masing-masing.

You might also like