You are on page 1of 6

[No.

Rujukan:…………………]

KERTAS CADANGAN
PROGRAM GALAKAN MEMBACA
SMK TEMENGGONG
TAHUN 2022

Pengetua
SMK Temenggong
33020 Kuala Kangsar, Perak.

TAJUK: PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK TEMENGGONG TAHUN 2022

1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi mendapatkan kelulusan menggunakan peruntukan wang kerajaan
(PCG) di bawah aktiviti yang melibatkan murid yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah
dengan kerjasama Unit Kurikulum SMK Temenggong bagi bayaran hadiah kepada peserta.

2. PENGENALAN

Melalui SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca ( KP (BS)
8591/Jld. XIV (13) 22 Mei 1998 ) Kementerian Pendidikan Malaysia amat menekankan
kepentingan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah. Sehubungan itu, usaha-
usaha membina tabiat membaca perlu diberi penekanan bagi memastikan ia berkesan dalam
pelaksanaan sistem pendidikan selaras dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya
ilmu rakyat Malaysia. Pelbagai aktiviti perlu dirangka, dirancang seterusnya dilaksanakan
diperingkat sekolah supaya semua murid mempunyai ruang dan peluang dalam menyertai aktiviti
galakan membaca yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah

3. JUSTIFIKASI PROGRAM
3.1 Mengadakan aktiviti-aktiviti membaca secara berperingkat dan berterusan, meliputi aktiviti
asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan.
3.2 Menyediakan bahan bacaan, sama ada di sekolah atau yang boleh diperolehi di luar sekolah
yang bersesuaian mengikut tahap murid.
3.3 Memperuntukkan masa membaca, sama ada pada waktu sekolah atau di luar waktu sekolah
dengan kewajaran yang ada.
3.4 Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat gerakan galakan membaca.
3.5 Mendapatkan penglibatan ibu bapa supaya membaca juga berlaku di rumah.
3.6 Menerapkan unsur-unsur kepimpinan dalam kalangan murid dalam aktiviti membaca.
3.7 Meningkatkan impak melalui sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat sekolah.
3.8 Menarik minat murid-murid dan guru-guru membaca dan terus menjana idea kreatif dan
inovatif untuk membina tabiat membaca yang berterusan.

4. PELAKSANAAN DAN CADANGAN TARIKH

Program galakan membaca ini dicadangkan Sempena Kempen Galakan Membaca bulan April.
Tarikh : 13 April hingga 29 April
Tempat : SMK Temenggong
Sasaran Peserta : Murid SMK Temenggong

5. JAWATANKUASA KEMPEN BULAN MEMBACA

Penasihat : En. Roslee bin Abdul Wahab ( Pengetua)


Pengerusi : En. Ahmad Japridin bin Zulkurnai ( PKP )
Naib Pengerusi I : Hajah Roszilah binti Bassin ( PK HEM)
Naib Pengerusi II : Pn. Hajah Thuraiya binti Anuar ( PK KOKU)
Penyelaras : Pn. Azilah binti Ajib (Guru Kanan Bahasa)
Setiausaha : Pn. Rosidah binti Bakri (GPM)

6. AJK PELAKSANA

Hadiah : Pn Siti Juwairiah binti Ghazali


Pemilihan peserta petandingan : En. Ishak Sibani bin Abdul Wahab
Hakim Bicara buku : Pn. Nurul Sakinah binti Mohd ramli (Bahasa Inggeris)
: Pn. Norhayati binti Zainal Abidin (Bahasa Melayu )
Hakim Penulisan Cerpen : : En. Azizul Bin Mohamad Gazi
Hakim Swafoto : Pn Nahzatul Shima binti Danyal
Hakim Pertandingan Mewarna
(Pendidikan Khas) : Pn. Murni Wati binti Ahmad Sapiai
Hakim Poster Digital : Pn Norhaya binti Abd manaf
Dokumentasi : Pn Rosidah binti Bakri
7. TENTATIF PROGRAM

Tarikh Aktiviti Sasaran


13 April Bengkel Perkaryaan Muda Pelajar terpilih semua tingkatan
2.30 petang
13-25 April Pertandingan Bicara buku Terbuka semua tingkatan
13-25 April Pertandingan Swafoto Terbuka semua tingkatan

13-25 April Pertandingan Poster Digital Terbuka semua tingkatan


13-25 April Pertandingan Menulis Cerpen Terbuka semua tingkatan
21 April 2020 Jom Baca Bersama 10 minit serentak Semua pelajar dan guru
Jam 11.00 pagi Peringkat Sekolah
13-25 April Pertandingan Mewarna MALAYSIA Pelajar Pendidikan Khas
MEMBACA

8. SUMBER KEWANGAN
8.1 Menggunakan PCG Pusat Sumber
8.2 Anggaran Perbelanjaan Program

BIL BAHAGIAN KOS (RM) JUMLAH


PERKARA (Peruntukan PCG PSS)
1. Pertandingan Bicara buku Tempat Pertama RM 60
Tempaat Kedua
Tempat Ketiga
RM20 X 3
2 Pertandingan Swafoto Tempat Pertama RM 60
Tempaat Kedua
Tempat Ketiga
RM20 X 3
3 Pertandingan Poster Digital Tempat Pertama RM 60
Tempaat Kedua
Tempat Ketiga
RM20 X 3
4 Pertandingan Menulis Cerpen Tempat Pertama RM 60
Tempaat Kedua
Tempat Ketiga
RM20 X 3
5 Pertandingan Mewarna Tempat Pertama RM 60
MALAYSIA MEMBACA Tempaat Kedua
Tempat Ketiga
RM20 X 3
6 Bengkel Perkaryaan Muda Penyertaan RM 50
(10 pelajar)
RM5 x 10
JUMLAH RM350

9. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program galakan membaca yang telah dirancang dapat dijalankan tanpa
halangan memandangkan keperluan terhadap pembelajaran murid yang lebih berkualiti serta
penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Nama Guru : Rosidah binti Bakri Nama Guru : En. Ahmad Japridin bin Zulkurnai
Jawatan : Guru Perpustakaan dan Media Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Temenggong, Kati,33020 SMK Temenggong, Kati,33020
Kuala Kangsar, Perak. Kuala Kangsar, Perak.
Tarikh : 13.4.2022 Tarikh :13/4/2022
KERTAS CADANGAN

PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK TEMENGGONG TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas cadangan PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK


TEMENGGONG TAHUN 2022

Atau

Tidak meluluskan kertas cadangan PROGRAM GALAKAN MEMBACA SMK


TEMENGGONG TAHUN 2022

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

Roslee bin Abdul Wahab


Pengetua
SMK Temenggong, Kati,
33020 Kuala Kangsar,
Perak

Tarikh :

You might also like