You are on page 1of 2

TOKOH NEGARA YANG SAYA KAGUMI

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

Disediakan:
AR-RIQ RIZQEEN BIN AMIRUDDIN
4 CEMERLANG

Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Disember 1951. Syed
Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk
membayar yuran peperiksaan.Keluarga bapanya Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed
Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Ketika berumur 9 tahun,
beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke
Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.Syed
Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau ialah anak yang ketiga. Tan Sri Syed
Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan
beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil Sharifah Rokiah Syed
Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan
Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Syed Mokhtar mempunyai
tujuh orang anak.
Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan terkaya Malaysia. Beliau ialah
Pengerusi Yayasan Albukhary. Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary
pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta
di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar
Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/
didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan. Pada 2008, beliau diumumkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau merupakan seorang yang suka
berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005
seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut
majalah Forbes, beliau merupakan orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara, selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent
Tan. Syarikatnya mempunyai 67,700 tenaga kerja. Beliau juga 'Wira
Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin
Ubaidulla.

You might also like