You are on page 1of 15

KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

KERTAS CADANGAN

PROJEK TAHUN AKHIR 1

NAMA PROGRAM PROGRAM PERAKAUNAN

KOD KURSUS DBE 3042

TAJUK PROJEK

NAMA PELAJAR NUR AIN FATHIHAH BINTI MD JALAL

NO. KAD PENGENALAN 030421-01-0934

NAMA PENYELIA PROJEK PN. NUR SHAZLINA BINTI SAAT

1
MAKLUMAT PROPOSAL

Perkara Ringkasan

1. Pengenalan Projek
Perakaunan merupakan proses merekod urusniaga kewangan yang
berlaku dalam organisasi perniagaan secara sistematik. Ini termasuk
prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan analisis
kewangan. Pelajar akan mempelajari proses merekod segala
urusniaga yang berlaku dalam perniagaan dari pelbagai jenis seperti
perniagaan milikan tunggal, perkongsian, kelab dan persatuan,
syarikat dan juga perkilangan. Saidisulong (2018).

Seterusnya, perakaunan mempunyai pelbagai cabang


antaranya ialah sewa beli. Sewa beli merupakan aktiviti utama dalam
proses menyewa barangan dengan pilihan untuk membeli barangan
tersebut setelah semua bayaran telah dilunaskan. Sementara itu,
penyewa boleh membawa pulang barangan tersebut untuk digunakan
dalam perniagaan dan hak milik hanya akan berpindah kepada
penyewa selepas semua ansuran telah dijelaskan. Sewa beli ini
merupakan kaedah yang paling kerap diamalkan oleh orang ramai
untuk memiliki kereta, lori dan pelbagai aset lain.

Oleh itu, projek yang dikaji oleh pengkaji adalah perniagaan


RS Aluminium and Glass. Perusahaan ini ditubuhkan pada 2019 dan
mula beroperasi pada bulan Januari 2020. Jenis pemilikan perniagaan
ini ialah perniagaan milikan tunggal. Selain itu, perniagaan RS
Aluminium and Glass ini memasarkan produk yang berasaskan
aluminium dan kaca seperti pembuatan tingkap berkaca, almari
aluminium, pintu aluminium dan sebagainya. Justeru itu, perniagaan
ini mempunyai pekerja seramai 8 orang. Pernigaan ini juga
mempunyai aset seperti lori dan kereta.

2
2. Penyataan
i) Perniagaan RS Aluminium and Glass tidak merekod Borang
Masalah
Daftar Pinjaman untuk mengetahui pinjaman yang dibuat oleh
syarikat kepada institusi kewangan.

ii) Perniagaan RS Aluminium and Glass tidak menyediakan


Jadual Sewa Beli untuk mengenalpasti maklumat pinjaman
sewa beli kenderaan.

iii) Perniagaan RS Aluminium and Glass tidak membuat Jadual


Bayaran Balik Pinjaman Sewa Beli untuk memantau
pelaksanaan atau status pembayaran mengikut tarikh yang
ditetapkan.

3. Objektif Projek
i) Mewujudkan Borang Daftar Aset bagi membolehkan
perniagaan RS Aluminium and Glass mengetahui keadaan
aset.

ii) Menyediakan Jadual Sewa Beli untuk mengenalpasti


maklumat pinjaman sewa beli kenderaan.

iii) Menyediakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman Sewa Beli


untuk menyemak pembayaran ansuran kenderaan bagi setiap
bulan.

4. Tujuan Projek
i) Tujuan Projek Tahun Akhir ini dilaksanakan adalah untuk
membantu perniagaan dalam mengurus sewa beli aset syarikat
dengan lebih terperinci dan teratur.

3
ii) Pengkaji perlu menyediakan Jadual Sewa Beli bagi
memudahkan urusan perekodan pinjaman sewa beli
kenderaan di syarikat RS Aluminium and Glass.

iii) Pengkaji perlu menyediakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman


Sewa Beli untuk memantau pelaksanaan atau status
pembayaran mengikut tarikh yang ditetapkan.

5. Skop Kerja
1. Projek ini mengambil kira aspek sewa beli sahaja.

2. Pengkaji memilih perniagaan RS Aluminium and Glass,


beralamat di No 27 Jalan Helang 2, Taman Scientex 81700 Pasir
Gudang Johor.

3. Pengkaji memilih perniagaan RS Aluminium and Glass kerana ia


berdekatan dengan rumah pengkaji.

4. Projek ini melibatkan aset sewa beli iaitu kereta Hilux dan lori
Daihatsu.

5. Kaedah pelaksanaan projek ini dilaksanakan melalui kaedah temu


bual dan kaedah pemerhatian.

6. Pelaksanaan Projek Tahun Akhir ini dilaksanakan dalam masa 14


minggu. Sepanjang tempoh ini, pengkaji akan/telah menghasilkan
kertas kerja, buku log, penulisan bab 1,2,3 dan slide
pembentangan.

4
6. Literatur
1. Kepentingan penyediaan Jadual Sewa Beli

Zuroni Md Jusoh, et all (2020) Pengetahuan dan Sikap


Pengguna Terhadap Transaksi Sewa Beli. Jabatan Pengurusan
Sumber dan Pengajian Pengguna.

Berdasarkan artikel Pengetahuan dan Sikap Pengguna


Terhadap Transaksi Sewa Beli mengatakan bahawa dalam
transaksi sewa beli, para penyewa sendiri memainkan peranan
yang penting untuk mengelakkan diri mereka ditipu oleh
pemunya. Sejak kebelakangan ini, isu-isu yang berkaitan dengan
penyewa dalam transaksi sewa beli telah menjadi semakin
kompleks.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa untuk


menguruskan sewa beli dengan lebih sistematik, kita perlu
menyediakan jadual sewa beli. Hal ini kerana, memudahkan
perniagaan untuk mengenal pasti atau menyenaraikan maklumat-
maklumat tentang sewa beli dengan lebih jelas dan terperinci.
Misalnya, maklumat tentang kenderaan, bayaran bulanan, nilai
pokok, nilai pendahuluan dan banyak lagi.

2. Kepentingan menyediakan Jadual Bayaran Balik Perjanjian


Sewa Beli

Berdasarkan artikel Pembiayaan Kenderaan Secara


Islam mengatakan bahawa isu peningkatan tertinggi kes-kes
kebankrapan dan hutang isi rumah negara melibatkan pembiayaan
kenderaan secara keseluruhannya telah merisaukan banyak pihak
kerana bakal membawa kesan negatif kepada masyarakat dan

5
negara. Dalam situasi sedemikian, langkah pencegahan awal telah
diambil oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum
berlakunya krisis kewangan yang lebih teruk dengan
mengeluarkan garis panduan yang lebih ketat yang memberi
kesan segera terhadap industri pembiayaan kenderaan
termasuklah pembiayaan kenderaan secara Islam.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pembayaran


balik sewa beli perlu diselia dengan baik agar pembayaran
ansuran dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh itu,
jadual pembayaran balik sewa beli harus disediakan bagi
membantu perniagaan untuk mengelakkan berlakunya
pembayaran lewat. Jadual sewa beli juga akan mempengaruhi
nama baik perniagaan kerana tidak berlakunya hutang yang
tertunggak

3. Kesan perniagaan menangguhkan pembayaran sewa beli

Nurul Azma (2015) Issues and Prospects of Islamic Hire


Purchase Financing: Malaysian Evidence. Journal of
Management Research. Vol. 6, 1941-899X.

Berdasarkan artikel Issues and Prospects of Islamic


Hire Purchase Financing: Malaysian Evidence, ia mengatakan
bahawa bank boleh mengenakan penalti kepada pelanggan untuk
pembayaran tertunda tetapi ia tidak boleh diambil sebagai sumber
pendapatan bank. Penyewa yang menangguhkan pembayaran
tanpa sebab yang sah perlu menderma jumlah tertentu atau
peratusan sewa kepada badan amal di bawah penyelarasan.

6
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa sekiranya
perniagaan tidak menepati perjanjian sewa beli akan dikenakan
penalti dan tindakan undang-undang.

4. Kemudahan pembayaran secara ansuran

Nor Syazana Binti Mohd Nor Jafri (2018) Prinsip-prinsip


Perlindungan Pengguna. Undang-undang Perniagaan.

Sewa beli merupakan jalan yang mudah kepada


pembeli yang tidak mampu membayar harga barang secara
tunai. Pembeli boleh membayar secara ansuran tetapi faedah
akan dikenakan pada barang yang dibeli.

Oleh itu, hasil dapatan kajian mendapati bahawa


perniagaan tidak perlu mengeluarkan jumlah yang besar untuk
memiliki sesuatu aset malah syarikat hanya perlu
mengeluarkan sesuatu amaun yang telah ditetapkan untuk
membayar aset secara bulanan.

5. Kelebihan pembayaran secara ansuran

Jas Bahadur Gurung (2022) Hire Purchase Financing : A


Case Study of Finance Companies of Pokhara. Journal of
Nepalese.

Menurut kajian Jas Bahadur Gurung, sistem


pembayaran sewa beli secara ansuran ini semakin meningkat
populariti bagi mereka yang mempunyai pendapatan rendah
dan kesukaran untuk membayar tunai dengan segera.
Sebenarnya, kadar pulangan kepada syarikat kewangan atas

7
pinjaman sewa beli adalah lebih daripada yang mereka caj
secara eksplisit. Walau bagaimanapun, prestatsi syarikat
kewangan sedang dikendalikan di Pokhara adalah
memuaskan.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pembayaran


secara ansuran memberikan faedah kepada golongan yang
kurang berkemampuan. Pembayaran dapat dibuat secara
ansuran bagi setiap bulan. Pihak kewangan juga akan
memberikan tempoh pembayaran semula kepada penyewa. Ia
bagi mengelakkan individu ataupun entiti perniagaan
mempunyai tanggungan pembiayaan kredit yang terlalu lama.
Kebanyakan peminjam akan memberikan tempoh
pembiayaan di antara 5 – 9 tahun.

7. Metadologi
1. Kaedah Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap kawasan projek
sebelum mendapatkan responden. Pemerhatian yang dibuat oleh
pengkaji adalah berkaitan dokumen sumber yang diperlukan
seperti dokumen Hires’s Copy, …. Selain itu, pengkaji mendapati
bahawa perniagaan ini beroperasi pada jam 9 pagi hinga 10
malam.

2. Kaedah Temu bual


Pengkaji telah menemu bual Cik Seha Binti Alex untuk
mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perniagaan RS
Aluminium and Glass. Melalui sesi temu bual ini, pengkaji dapat
mengenal pasti bahawa perniagaan ini tidak merekod pinjaman
sewa beli dengan betul. Justeru itu, perniagaan ini juga tidak

8
mengira ansuran bayaran setiap bulan dengan teliti. Berdasarkan
borang temu bual di Lampiran B.

8. Anggaran Kos Rujuk lampiran 1


9. Carta Alir Rujuk lampiran 2
10. Carta Gantt Rujuk lampiran 3

11. Jangkaan Hasil


1. Pengkaji berharap agar dapatan projek ini dapat mencapai semua
objektif yang telah ditetapkan.

2. Pengkaji berharap agar projek ini dapat diselesaikan dalam masa


yang telah ditetapkan selama 14 minggu.

3. Pengkaji berharap agar syarikat dapat menyediakan Jadual


Bayaran Balik Pinjaman Sewa Beli agar dapat memantau
pelaksanaan atau status pembayaran mengikut tarikh yang
ditetapkan.

4. Pengkaji berharap agar dapat memudahkan pekerja untuk


mengetahui jumlah bayaran ansuran bulanan melalui Jadual Sewa
Beli.

5. Pengkaji berharap agar Jadual Sewa Beli yang disediakan dapat


diaplikasikan dalam memantau perekodan sewa beli kenderaan
syarikat ini.

9
12. Rujukan 1. Modul 1 : Pengenalan kepada Perakaunan. (2022). Retrieved 19
July 2022, from https://www.saidisulong.com/2018/02/modul-1-
pengenalan-kepada-perakaunan.html

2. Pembiayaan Kenderaan Secara Islam. (2022). Retrieved 19 July


2022, from http://studentsrepo.um.edu.my/5160/1/Bab_1.pdf

3. Pengetahun dan Sikap Pengguna Terhadap Transaksi Sewa Beli.


(2022). Retrieved 19 July 2022, from https://macfea.com.my/wp-
content/uploads/2020/12/JPM-17-Dec-article-1.pdf

4. Proposal.Docx - Proposal Kajian : Projek Penyediaan Jadual


Pembayaran Balik Pinjaman Sewa Beli Di We1 Manufacturing
Sdn Bhd Nurul Nadhirah Aqilah Binti | Course Hero. (2022).
Retrieved 19 July 2022, from
https://www.coursehero.com/file/71072558/PROPOSALdocx/

5. Kertas Cadangan (1).Docx - Kolej Vokasional Perdagangan Johor


Bahru Unit Perakaunan Kertas Cadangan Projek Tahun Akhir 1
(Pta 1) (A) Maklumat Pelajar | Course Hero. (2022). Retrieved 23
July 2022, from
https://www.coursehero.com/u/file/39131952/KERTAS-
CADANGAN-1docx/?justUnlocked=1#question

10
13. Lampiran
LAMPIRAN A

Menemu bual Puan Saleha Binti Alex


mengenai syarikat RS Aluminium and Glass.

LAMPIRAN B

SOALAN TEMU BUAL PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)

1. Bilakah perniagaan ini ditubuhkan dan mula beroperasi ?


2. Siapakah nama pemilik perniagaan ini ?
3. Berapakah bilangan pekerja di sini ?
4. Bilakah waktu operasi perniagaan ini ?
5. Adakah perniagaan ini mempunyai cawangan lain atau tidak ?
6. Apakah pengeluaran yang dijalankan di syarikat tuan ?
7. Adakah perniagaan ini mempunyai perkhidmatan untuk penghantaran barang ?
8. Adakah perniagaan ini membuat perekodan sewa beli ? Jika tidak kenapa ?
9. Jika ya, bagaimanakah perniagaan ini merekod pembayaran sewa beli ini ?
10. Adakah perniagaan ini membuat Jadual Sewa Beli ?
11. Adakah tuan mengambil kira 11actor pemilihan institusi kewangan bagi pembiayaan sewa
beli

11
LAMPIRAN 1

ANGGARAN KOS PROJEK TAHUN AKHIR

HARGA JUMLAH
BIL BAHAN KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)
1. Pencetakan 100 0.10 10
2. Minyak 50 - 50
3. Dakwat Pencetak 2 35 70
4. Alat tulis 3 2.50 7.50
5. Kertas A4 1 rim 13.50 13.50

JUMLAH KESELURUHAN 151.00

12
LAMPIRAN 2

CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PTA 1)

Mula

Pengenalan dan Penerangan Course Outline Projek Tahun Akhir 1 bersama


penyelia kursus

Mengenal pasti dan memilih tajuk projek

Merancang pelaksanaan projek

Mengenal pasti syarikat yang ingin dikaji

Menyediakan soalan temu bual mengenai perniagaan yang dipilih

Membuat lawatan di perniagaan yang telah dipilih

Mengenal pasti masalah dan objektif syarikat

Merangka kertas cadangan dan buku log

Tidak

Pembentangan dan penghantaran


kertas cadangan

Ya

Membuat laporan projek bertulis

Menghantar laporan projek bertulis dan buku log

Tamat

13
LAMPIRAN 3

CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR


MINGGU
BIL PERKARA
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Pengenalan dan penerangan course outline projek
1
tahun akhir 1 bersama penyelia kursus
2 Mengenal pasti dan memilih tajuk projek

3 Merancang pelaksanaan projek

4 Mengenal pasti syarikat yang ingin dikaji


Menyediakan soalan temu bual mengenai
5
perniagaan yang dipilih
Membuat lawatan di perniagaan yang telah
6
dipilih
7 Mengenal pasti masalah dan objektif syarikat

8 Merangka kertas cadangan dan buku log

9 Pembentangan dan penghantaran kertas cadangan

10 Membuat laporan projek bertulis

11 Menghantar laporan projek bertulis dan buku log

PETUNJUK
PERANCANGAN
PERLAKSANAAN 14
15

You might also like