You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2020

NAMA PELAJAR :WAN MOHD MUHAIDI BIN WAN ISHAK


ANGKA GILIRAN :2020112430020
NOMBOR KAD PENGENALAN: :780425065679
KOD DAN NAMA KURSUS : PKBK2063P: PEND. JASMANI SUAIAN & KESIHATAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

TAJUK TUGASAN : Pelajar dikehendaki memberi maklum balas cadangan


Dan analisis semasa menyediakan laporan
perlaksanaan satu program gaya hidup sihat yang
telah dijalankan kepada MBK. (Panjang esei lebih
kurang 1000 patah perkataan)

NAMA PENSYARAH AKADEMIK : EN. WAN AZMANAN BIN WAN YUSOFF

TARIKH HANTAR : 20 OKTOBER 2020

PENGAKUAN PENERIMAAN :
MAKLUM BALAS DARIPADA
PENSYARAH
ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Sejarah dan Perkembangan Senamrobik
Definisi Senamrobik
Konsep Senamrobik
Kelebihan Senamrobik
Kelengkapan Aktiviti Senamrobik
Ciri-ciri Jurulatih Senamrobik
Pakaian Semasa Senamrobik
Persediaan Sesi Senamrobik
Fasa Senamrobik
Langkah-langkah Keselamatan
Aktiviti Senamrobik dan Murid Berkperluan Khas (MBK
Penutup
Rujukan
Pengenalan.
Satu pepatah arab ada menyatakan… “Kesihatan adalah mahkota di atas kepala orang-orang
yang sihat, dan tidak kelihatan melainkan oleh orang-orang yang sakit.” Bait-bait makna pepatah
ini menjelaskan bahawa pentingnya amalan gaya hidup sihat. Dalam penulisan ini, satu amalan
gaya hidup sihat yang dipilih untuk dihuraikan ialah aktiviti senamrobik. Penghuraian
merangkumi semua aspek berkenaan aktiviti senamrobik ini serta aplikasinya dalam Pendidikan
Murid Berkeperluan Khas.

Sejarah dan Perkembangan Senamrobik


Senamrobik terdiri daripada sistem latihan untuk mencegah penyakit arteri koronari yang
pertama kali dikemukakan oleh Dr. Kenneth H. Cooper di Hospital Tentera Udara San Antonio
di Texas. Setelah penerbitan buku Cooper berkaitan dengan sistem latihan senamrobik pada
tahun 1968, Jackie Sorenson telah mengembangkan serangkaian rutin tarian yang dikenali
sebagai tarian aerobik untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Oleh itu, tarian aerobik
dan latihan lain mula wujud dan berkembang di seluruh Amerika Syarikat dan banyak negara
lain dalam jangka masa yang sangat singkat sekitar dua dekad. Jumlah peserta aerobik di AS
sahaja meningkat dari kira-kira 6 juta pada tahun 1978 menjadi 19 juta pada tahun 1987.1

Pada tahun 1983 Howard dan Karen Schwartz mengembangkan sukan yang sangat baru dan
kompetitif yang disebut Sport-Aerobics. Pada tahun 1984, organisasi kumpulan mereka yang
dikenali sebagai Sport Fitness International telah mendapat kredit untuk menganjurkan National
Aerobic Championship yang pertama. Sukan-aerobik pada awalnya, bermula dengan
pertandingan dalam empat kategori iaitu individu lelaki dan wanita, pasangan campuran dan trio
yang mempunyai kemudahan untuk memasukkan mana-mana tiga atlet. Pada tahun 2002
pertandingan dipertingkatkan kepada sekumpulan enam atlet. Keputusan pertandingan
dilakukan dalam tempoh pada satu minit, empat puluh lima saat berdasarkan rutin
dipersembahkan dengan iringan muzik. Hakim memilih dua kriteria iaitu merit artistik dan merit
teknikal dengan masing-masing 10 mata. Pada tahun 1996 sukan-aerobik secara rasmi diterima
sebagai disiplin dalam sukan gimnastik.2

1 Aerobics History. Diambil pada 29.10.2020 3.41 petang dari http://www.aerobic.org/aerobic/aerobic-history.asp


2 Ibid
Definisi
Aerobik berasal daripada perkataan ‘aero’ yang beerti oksigen. Dalam kamus dewan edisi
keempat aerobic bermaksud senaman yang pernuh bertenaga untuk meningkatkan bekalan
oksigen dalam darah serta memperkuat jantung dan paru-paru, biasanya dilakukan dengan
gerak-geri seperti tarian dengan diringi muzik yang rancak.3
Senamrobik juga merupakan satu senaman berdasarkan prinsip Gerakan otot, pernafasan dan
jantung. Aktiviti ini bersesuaian dengan prinsip kecergasan yang membantu meningkatkan
kekuatan dan daya tahan seseorang. Aktiviti ini telah banyak diadakan di negara kita. Pada
tanggal 10 Julai 2012 satu program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan Malaysia telah diadakan.
Program senamrobik ini telah dijalankan diseluruh Malaysia secara serentak ini telah
mencatatkan sejarah dalam Book of Record (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation
of Schools In An Aerobic Session”. Secara keseluruhannya senamrobik ini telah disertai oleh
sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.

Program ini secara tidak langsung akan menggiatkan aktiviti kesukanan di kalangan semua
murid terutama sekali Murid Berkeperluan Khas.

Konsep Senamrobik
Aktiviti Senamrobik ini sebenarnya telah diterapkan dalam kurikulum Pendidikan Jasmani
Suaian bagi Pendidikan Khas di Malaysia. Senamrobik asas diperkenalkan dalam Aspek

3 Maklumat kata aerobic. Diambil pada 29.10.2020 3.57petang dari


https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=aerobik
kemahiran Pergerakan Asas dan Pergerakan Berirama. Senamrobik adalah latihan jasmani
yang menggabungkan aerobik dan senaman yang lazimnya dilakukan beramai-ramai sebagai
suatu acara. Aktiviti ini merupakan senaman menggunakan gerakan-gerakan otot yang
merangkumi komponen memanaskan badan, menyejukan badan dan regangan beserta iringan
muzik. 4

Koreografi dalam senamrobik adalah seni merancang dan menyusun pergerakan seperti
membuat sebuah karya dalam lukisan. Guru perlu memahami dan menguasai teknik dan sistem
pengajaran yang dapat membantu menyusun program pengajaran senamrobik dengan mudah
dan berkesan. Ia juga membantu peserta memahirkan susunan dan melancarkan kombinasi
pergerakan bagi memaksimakan keberkesanan dan keseronokan sesi pengajaran senamrobik.
Keupayaan mempelbagaikan gerakan yang unik dan menyeronokkan adalah langkah awal ke
arah pengajaran yang profesional.5

Kelebihan Senamrobik
i. Memperkuat otot-otot yang terlibat dalam sistem pernafasan, memangkin keluar masuk
udara daripada paru-paru.
ii. Memperkuat dan memperbesar otot jantung.
iii. Memperbaiki kecekapan mengepam dan mengurangkan kadar rehat jantung.
iv. Memperkuat otot-otot jantung.
v. Memperbaiki kecekapan kitaran dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
vi. Menaikkan jumlah sel-sel darah merah dalam badan dan membantu pengangkutan
oksigen.
vii. Memperbaiki kesihatan mental termasuklah mengurangkan tekanan emosi dan
menurunkan insiden kemurungan menerusi penghasilan hormon endorfin.
viii. Mengurangkan risiko diabetes.
ix. Membakar lemak sambil membina otot-otot utama.

4 Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Modul Senamrobik 1 Murid 1 Sukan. Bahagian Pendidikan Guru.
Diambil pada 29.10.2020 dari http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/04/modul-senamrobik-1m1s-beserta-
video-dan.html
5 Ibid
Kelengkapan Aktiviti Senamrobik:
i. Pemain CD, Sistem PA mudah Alih
ii. Pembesar suara, mudah alih
iii. Kawasan/Tapak terbuka/ tertutup yang luas (bersesuaian)

Ciri-ciri Jurulatih Senamrobik/Koordinator:


i. Berkeyakinan diri
ii. Berminat dan bersemangat mengajar
iii. Bijak berkomunkasi
iv. Mempunyai suara yang kuat dan jelas
v. Mempunyai pengetahuan yang luas tentang senaman dan kecergasan
vi. Bersikap professional dan beretika

Pakaian Semasa Aktiviti Senamrobik


i. Kemas dan sopan
ii. Pakaian sukan yang lengkap
iii. Baju sukan berlengan dan seluar sukan Panjang
iv. Kasut yang sesuai
v. Topi jika terlalu panas

Persediaan Sesi Senamrobik:


1. Muzik dan Senaman
1.1 Mempunyai system susunan lagu tanpa henti (gapless track)
2. Pergerakan Asas Senamrobik
2.1 Dalam aktiviti senamrobik terdapat beberapa pergerakan asas yang boleh diulang
atau dikembangkan
2.2 Kebolehan guru dalam mengembangkan pergerakan asas kepada variasi pergerakan
lain akan menjadi sesi tersebut lebih menarik
2.3 Kategori pergerakan
2.3.1 Impak rendah (Low impact): Pergerakan yang melibatkan satu atau kedua-dua
kaki berada di lantai. Ia digunakan di dalam fasa memanaskan badan, fasa
kardiovaskular dan fasa menyejukkan badan. Antara Contoh pergerakan
impak rendah ialah seperti:
i) March
ii) Step Touch
iii) Knee lift
2.3.2 Impak Tinggi (High Impact): Pergerakan yang melibatkan satu atau dua kaki
diudara seperti lompatan pergerakan ini sering digunakan semasa fasa
kardiovaskular. Contoh Pergerakan impak tinggi adalah seperti:
i. Pony (lompat ke sisi)
ii. Jumping jack
iii. Menendang statik atau melompat dan menendang
2.4 Jenis-Jenis Pergerakan
2.4.1 Pergerakan Tap (sentuh dengan hujung jari kaki kehadapan)
2.4.2 Pergerakan lift (mengangkat lutut atau kaki
2.4.3 Step touch (langkah sisi ke kanan dan kiri
2.4.4 Knee lift (langkah ke sisi kanan dan kiri sambal mengangkat lutut)
2.4.5 Heel touch (sentuh dengan tumit kaki ke hadapan)
2.4.6 Squat
2.4.7 Jumping Jack
2.4.8 Beberapa pergerakan tangan seperti angkat kedua tangan ke atas, kehadapan
dan ke sisi.
Fasa senamrobik
1. Fasa Pemanasan Badan (5-10 minit)
2. Regangan (5-10 minit)
3. Fasa Kardio (15-20 minit)
4. Fasa Penyejukan Badan (5-10 minit)

Langkah-langkah Keselamatan
1. Pakaian mestilah selesa
2. Memulakan aktiviti dengan sesi memanaskan badan dan regangan
3. Pastikan Teknik yang betul
4. Pastikan postur badan yang betul
5. Jangan terlalu ambitious
6. Tingkatkan tahap senaman secara ansur maju
7. Jika rasa sakit berhenti melakukan aktiviti tersebut
8. Akhiri setiap sesi senaman dengan fasa menyejukkan badan dan regangan
9. Jika latihan melibatkan penggunaan alatan, praktikkan prosedur yang betul
10. Pastikan aktiviti dilakukan ditempat yang selamat dan sesuai
11. Jangan melakukan senaman jika berasa tidak sihat

Aktiviti Senamrobik dan Murid Berkeperluan Khas

Murid Berkeperluan Khas tidak terkecuali daripada melakukan aktiviti senamrobik. Sekalipun
mempunyai pergerakan yang terhad, terdapat banyak lagi jenis pergerakan dalam senamrobik
yang boleh diubahsuai berdasarkan kemampuan MBK tersebut. Perkara yang perlu dititik
beratkan bagi MBK untuk menyertai aktiviti Fizikal seperti Senamrobik ialah:
1. Ibu bapa/Guru perlu pastikan kesihatan MBK berapa pada tahap yang baik
2. Pergerakan asas senamrobik yang mudah
3. Penggunaan muzik yang tidak terlalu laju
4. Memberikan arahan yang jelas
5. Senamrobik yang berintensiti rendah
6. Memadai regangan statik sahaja
7. Aktiviti di dalam dewan lebih baik untuk tujuan pemantauan
8. Rehat yang secukupnya

Antara kebaikan aktiviti senamrobik kepada MBK adalah seperti berikut:


1. Aktiviti Senamrobik Sebagai Terapi Pergerakan MBK
2. MBK Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
3. Kesedaran Kepentingan Bersukan
4. Mendapatkan Kesihatan yang optimum
5. Menjadikan MBK lebih berkeyakinan
6. Meningkatkan Interaksi Sosial MBK
7. Mengurangkan risiko Obesiti MBK

Penutup
Secara kesimpulannya aktiviti senamrobik ini adalah amat baik untuk dilaksanakan dalam
proses pembelajaran dan pembelajaran MBK. Penguasaan MBK yang baik dalam aktiviti
senamrobik dapat menjadikan mereka MBK yang berpengetahuan, berkemahiran,
berkeyakinan, menyedari keupayaan diri dan mempunyai nilai serta sikap positif bagi
mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup aktif ke arah
kesejahteraan hidup.
RUJUKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2017. Garis Panduan Aktiviti Fizikal Malaysia. Bahagian
Pendidikan Kesihatan

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. KSSRPK (Ketidakupayaan Penglihatan) Pendidikan


Jasmani (Suaian) dan Pendidikan Kesihatan DSKP Tahun 1.Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Modul Senamrobik 1 Murid 1 Sukan. Bahagian


Pendidikan Guru

Kamus Dewan Edisi-4. Maklumat kata aerobic. Diambil pada 29.10.2020 dari
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=aerobik

Aerobics History. Diambil pada 29.10.2020 dari


http://www.aerobic.org/aerobic/aerobic-history.asp

Petikan berita TV1:Program Terapi Pergerakan Kreatif Tingkat Kendiri Murid Berkeperluan
Khas. Diambil pada 29.10.2020 dari https://www.youtube.com/watch?v=jz78WBD6WhQ

You might also like