You are on page 1of 13

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PUSAT BERTAULIAH /


KOLEJ IIC CAWANGAN KUALA LIPIS
DENGAN USAHASAMA HOTEL CENTREPOINT, KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
1.0 PENDAHULUAN

1) Kertas cadangan ini adalah cadangan kepada International Islamic College (IIC) untuk mendapat
pertimbangan awal dan kelulusan untuk menubuhkan sebuah cawangan Pusat Bertauliah / Kolej
IIC di Hotel Centrepoint, Kuala Lipis, Pahang.

2) Cadangan ini adalah berasas daripada permintaan tinggi untuk sebuah institusi pendidikan yang
berkualiti, bermutu dan ternama untuk menampung keperluan latihan kemahiran dan
pendidikan tinggi (seperti Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) belia-belia terutamanya di rantau
ini.

3) Menurut kepada rekod, terdapat 30 sekolah, sebuah Institusi Perguruan Tengku Ampuan Afzan
sebuah Institusi Pertanian dan Kolej Komuniti Lipis (kursus Pelancongan) sahaja yang terletak di
Daerah Kuala Lipis; pilihan pendidikan pengajian tinggi atau pengajian alternatif amatlah terhad
maka kebanyakkan pelajar yang telahpun tamat atau gagal menamatkan pengajian menengah
terpaksa antaranya meninggalkan Bandar Lipis ke Bandar Besar seperti Kuala Lumpur/Kuantan
untuk menyambung pengajian tinggi mereka; atau untuk pelajar yang gagal menamatkan
pengajian menengah, mereka terpaksa mencari pekerjaan memandangkan tiada pengajian
alternatif (seperti latihan kemahiran).

4) Maka dengan penubuhan IIC di Kuala Lipis, belia-belia di rantau ini akan mempunyai pilihan
untuk melanjutkan pembelajaran mereka di kawasan Kuala Lipis dan secara tidak langsung, ini
akan mendatangkan kebaikan dari segi sosial dan ekonomi kepada golongan belia serta keluarga
mereka dan seterusnya kepada penduduk-penduduk di rantau ini termasuk Bandar berdekatan
seperti Jerantut, Temerloh, Jengka, Maran, Raub, Benta, Gua Musang serta Cameron Highland.

5) Pusat bertauliah ini dicadangkan untuk ditubuhkan di Hotel Centrepoint yang terletak di Aras 4,
5 dan 7, Bangunan Centrepoint, Kuala Lipis, Pahang (Dilampirkan maklumat Hotel Centrepoint
untuk rujukan pihak IIC).
6) Kertas cadangan ini merangkumi analisi terperinci seperti skop-skop dibawah untuk dijadikan
sebagai pertimbangan dan rujukan pihak IIC:-

a) Justifikasi Pusat Bertauliah / Kolej di Kuala Lipis


b) Strategi Pemasaran
c) Objektif Program Latihan
d) Rekabentuk dan Jenis Program Latihan
e) Bentuk Usahasama dan Operasi
f) Carta Perbatuan (Milestones) Perancangan Penubuhan Pusat Bertauliah IIC (Caw. Lipis)
2.0 JUSTIFIKASI PUSAT BERTAULIAH / KOLEJ DI KUALA LIPIS

1) LOKASI KUALA LIPIS:-

Terletak secara strategik di Pahang Barat dan mempunyai kesinambungan dengan Bandar-
Bandar berdekatan melalui Jalan Raya baru seperti Jalan Central Spine Road (CSR) yang bakal
menyambungkan Bandar-Bandar Pahang Barat (Raub / Bentong sehingga ke Kuala Lumpur) dan
Kelantan Selatan (Gua Musang / Kuala Krai) serta tidak berjauhan dengan Bandar Cameron
Highlands (jarak dalam 60-70KM) dan berdekatan dengan Bandar Jerantut, Jengka dan Temerloh
dimana semua daerah-daerah ini merupakan pasaran sasaran Pusat Bertauliah ini.

2) PASARAN SASARAN:-

Berdasarkan kepada Jabatan Statistik, populasi Daerah Lipis dan daerah berdekatan adalah
dalam lingkungan seramai 833,000 jumlah penduduk dan dijangka tiga puluh hingga empat
puluh peratus (30-40%) adalah golongan belia (seramai 250,000-333,000) yang berumur antara
12 – 25 tahun.

DAERAH POPULASI
Kuala Lipis 106,000
Raub 98,000
Jerantut 95,000
Temerloh 175,000
Maran (Termasuk Jengka) 110,000
Cameron Highlands 40,000
Gua Musang 99,000
Kuala Krai 110,000

3) KUMPULAN SASARAN:-

a) Belia lepasan sekolah


b) Belia keciciran pendidikan arus perdana
c) Golong kelainan upaya peringkat sederhana (lembam atau bisu)
d) Belia masyarakat asli dan pribumi (pos-pos orang asli)
e) Gologangan B40

4) PILIHAN LANJUTAN PELAJARAN BELIA-BELIA

Berdasarkan kepada rekod, hanya terdapat Kolej Komuniti dan Pusat Latihan Giatmara yang
terdapat di setiap daerah (kecuali daerah Cameron Highlands) dan kursus-kursus pembelajaran
amatlah terhad dan tertumpu kepada kimpalan dan fabrikasi logam maka belia-belia tidak
mempunyai banyak pilihan dari segi Kolej atau kursus untuk melanjutkan pelajaran mereka.
5) PREMIS PUSAT BERTAULIAH / KOLEJ IIC – HOTEL CENTREPOINT
a) KEDUDUKAN
 Terletak secara strategik di tengah bandar Kuala Lipis yang berdekatan dengan Pusat
Bandar Lipis.

COMPLEX
CENTREPOINT

PANDANGAN DARIPADA COMPLEX CENTREPOINT MENGHALA KE JALAN UTAMA BANDAR LIPIS


b) BRANDING (PENJENAMAAN)

 Dengan kedudukan yang strategik serta berhadapan dengan jalan utama, pendedahan
jenama (brand exposure) Pusat Bertauliah IIC dapatlah diserlahkan dan dipamerkan
dimana mudah untuk orang awam lihat.
 Segala papan tanda Kolej atau kursus yang ditawarkan boleh dipamerkan dengan
senang dan mudahb untuk dilihat orang awam; dengan ini, pastinya kadar pengambilan
pelajar dalam setiap kursus / semester pasti meningkat.

RUANG PAMERAN YANG


JELAS DILIHAT
c) KEMUDAHAN, FASILITI DAN KELUASAN PREMIS

 Terletak di Aras 4, 5 dan 7 bangunan Centrepoint dengan kemudahan dan fasiliti yang
tersedia seperti reception, lobi, café, dapur, 4 bilik mesyuarat, 67 bilik, 8 buah
apartment (3 bilik 2 tandas) dengan jumlah keluasan keseluruhan 44,417 kaki persegi
(4,126 meter persegi) boleh secara mudah ditukarkan (convert) kepada sebuah institusi
pelajaran yang praktikal dan berfungsi siap dengan fasiliti kantin (café), asrama (bilik /
apartments), dewan kuliah dan kelas tutor (dewan dan bilik mesyuarat).

 Berikut adalah pelan lantai setiap aras dengan keluasan:-


ARAS HURAIAN UNIT KELUASAN KELUASAN
(KESELURUHAN)

K/P K/P M/2


LEVEL 4 BANQUET HALL 1 5,278 7,182 667.23
KITCHEN 1 1,280
STORE 2 520
TOILET 2 104

LEVEL 5 COFFEE HOUSE 1 1,353 24,305 2,258


MEETING ROOMS 2 802
BANQUET HALL 1 3,315
KITCHEN 1 918
RECEPTION 1 290
LOBBY 1 620
ROOFTOP TERRACE 1 5,330
TOILET 2 240
LAUNDRY 1 2,250
STORE 2 78

HOTEL ROOMS 34 9,109


DELUXE KING 20 252
DELUXE TWIN 10 252
DELUXE SUPERIOR 3 352
EXECUTIVE SUITE 1 493

LEVEL 7 HOUSEKEEPING OFFICE 1 150 12,930 1,201.24


MAINTENANCE OFFICE 1 275

HOTEL ROOMS 41 12,505


APARTMENTS 8 700
STANDARD SINGLE 1 117
STANDARD QUEEN 10 228
STANDARD TWIN 9 168
STANDARD SUITE 7 204
STANDARD SUPERIOR 4 272
STANDARD FAMILY 2 240

JUMLAH KELUASAN 44,417 4,126.47


3.0 STRATEGI PEMASARAN
Secara konvensional  Banting gergasi di Bangunan Centrepoint
 Banting promosi setiap pengambilan baru di semua daerah sasaran
 Lawatan sekolah / perkampungan setiap pengambilan baru
Secara media sosial  FB / Instagram promosi berbayar (paid ads)
 Video inspirasi atau perkenalan untuk kursus yang bakal dilancarkan
sebagai dorongan dan motivasi bakal pelajar
Secara usahasama  Melalui Koperasi WI Daerah Lipis Berhad serta Women Institute (WI)
strategik dimana ahli-ahli kedua-dua organisasi adalah melebihi 3,000 peserta
dan meliputi seluruh Malaysia (network effect / word of mouth)
 Melalui kerjasama dengan ANGKASA dimana LCPH mempunyai
pertalian erat dengan pergerakan koperasi-koperasi di Malaysia.
Menurut rekod, Negeri Pahang sahaja terdapat 1,153 buah koperasi
dengan jumlah keanggotaan seramai 250,500 peserta
 Melalui kerjasama dengan badan kerajaan seperti Agensi Anti-Dadah
(AADK) / PERKAMA International untuk memberi peluang
pembelajaran kepada bekas penagih dadah atau Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) dimana terdapat banyak pos-pos / perkampungan
orang asli di rantau ini.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN


1) Melatih tenaga kerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di rantau
ini dan seterusnya kepada tempat lain.
2) Mewujudkan sebuah institusi pendidikan bertaraf profesional dan berkualiti di daerah Lipis
untuk membawa kebaikan dan impak positif kepada penduduk Lipis dan yang berdekatan.
3) Membuka peluang peningkatan taraf sosial kepada penduduk Lipis dan rantau ini terutamanya
kepada gologangan B40, belia keciciran arus perdana, belia masyarakat asli dan pribumi serta
golongan kelainan upaya.
4) Membentuk modal insan yang berdikari dan berpendidikan serta berkemampuan untuk berjaya
dalam kehidupan.
5) Mempergiatkan initiatif serta pemikiran konsep keusahawaan (entrepreneurship) melalui
peningkatan ilmu dan pendidikan untuk meningkatkan taraf hidup.
5.0 REKABENTUK DAN JENIS MODUL PROGRAM
 Jenis program latihan kemahiran (Skills Training / TVET)
 Jenis program Diploma / Diploma (Online-Distance-Learning)
 Jenis kursus pendek (short courses) / hujung minggu (weekend classes)

6.0 BENTUK USAHASAMA DAN OPERASI PUSAT BERTAULIAH


1) Kami sebagai pengusaha yang terdiri daripada Koperasi WI Daerah Lipis Berhad (KOWILIP), Lipis
Centrepoint Hotel & Apartments Sdn Bhd (LCPH) dan JCBA Trading (En Badrisham Bin Sulong,
yang mempunyai pengalaman yang luas serta mendalam dalam urusan Kolej) adalah dibawah
satu pihak selaku Pengurus / Pengendali serta Pemilik Hotel Centrepoint secara rendah diri
mencadangkan kaedah usahasama dengan pihak IIC seperti berikut:-
(Dilampirkan sekali profil pengusaha untuk rujukan pihak IIC)

PIHAK IIC (SEBAGAI PIHAK PIHAK HOTEL (SEBAGAI PIHAK


PERTAMA) KEDUA)
Pensyarah / Cikgu Disediakan dan ditanggung
oleh pihak pertama
Bahan pembelajaran Disediakan dan ditanggung
oleh pihak pertama
Promosi dan pengiklanan Disediakan dan ditanggung
oleh pihak pertama
Kakitangan operasi Disediakan dan ditanggung
oleh pihak kedua
Kos-kos operasi Disediakan dan ditanggung
oleh pihak kedua
Pembahagiaan perolehan 30% 70%
** Bahan promosi dan pengiklanan termasuk tetapi tidak terhad kepada perbelanjaan banting,
signboard, risalah, online marketing (media sosial), lisen, fi, penyewaan tapak pengiklanan/promosi dan
sebagainya
** Kakitangan operasi adalah seperti pentadbir am, warden asrama, cleaner, ejen pemasaran dan
pengurus Pusat Bertauliah
** Kos-kos operasi seperti bil elektrik, air, penyelenggaraan, kebersihan, penyewaan premis dan lain-lain
kos operasi
7.0 CARTA PERBATUAN PERANCANGAN PUSAT BERTAULIAH IIC
Ro

You might also like