You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH &


ANUGERAH MURID CEMERLANG 2022
______________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Majlis penyampaian Sijil dan Hadiah yang diadakan secara tahunan merupakan satu majlis yang
diadakan khas untuk memberi penganugerahan kepada murid-murid yang cemerlang dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Majlis sebegini juga diadakan sebagai langkah untuk
memberi semangat dan dorongan kepada murid-murid untuk lebih berusaha dan berjaya dalam
bidang akademik dan sukan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama majlis ini dibuat adalah sebagai satu wadah pihak sekolah menunjukkan
penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Selain itu, ia juga merupakan satu medan untuk memperakukan dan menganugerahkan sijil
kepada murid-murid yang telah membantu pihak sekolah dalam melancarkan proses pengurusan
aktiviti harian sekolah seperti pengawas, ketua kelas, penolong ketua kelas dan pustakawan
sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peneguhan kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan.


3.2 Menghargai usaha yang telah dicurahkan oleh murid-murid untuk mendapatkan
keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
3.3 Menghargai jasa murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah
serta membantu melancarkan perjalanan aktiviti harian sekolah.
3.4 Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
3.5 Menanam semangat daya saing yang positif dalam diri setiap murid.

4.0 RASIONAL

4.1 Memberi peneguhan positif kepada murid-murid cemerlang.


4.2 Pemberian hadiah kepada murid cemerlang boleh menjadi inspirasi kepada murid
lain untuk berusaha lebih tekun dan mendapatkan keputusan cemerlang.
4.3 Dapat mempromosikan sekolah di kalangan jemputan VIP.
4.4 Majlis ini boleh membantu mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa

1
5.0 TARIKH PERLAKSANAAN
24 Februari 2022 / Khamis

6.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA


Rujuk Lampiran 1

7.0 ATURCARA PROGRAM


Rujuk Lampiran 2

8.0 PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 3
 
9.0 SUMBER KEWANGAN
Akaun SUWA sekolah

10.0 PENUTUP
Hari penyampaian sijil dan hadiah amat pentng untuk dilaksanakan kerana ia adalah sebagai
usaha pihak sekolah menghargai murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam
bidang akademik dan juga kokurikulum sepanjang tahun tersebut. Hari penganugerahan ini
merupakan hari yang paling ditunggu dan bermakna bagi setiap murid justeru perancangan yang
sempurna perlu dilakukan agar majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

................................................................ .........................................................

Diluluskan oleh,

.........................................

You might also like