You are on page 1of 2

1.

0 Pengenalan

Berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana
seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial
dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Menurut Kamus Dewan, kesihatan
adalah berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan badan dan lain-lain. Oleh itu ,
kesihatan amat mustahak untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat dan menjamin kesejahteraan
hidup.

2.0 Data Ujian Individu

UJIAN PRA POST


BIL
BMI 19.8 23.0
1
NAIK TURUN 103 113
2
BANGKU
TEKAN TUBI 3 18
3
RINGKUK TUBI 25 17
4
SEPARA
JANGKAUAN 30 29
5
MELUNJUR

2.1 Ujian BMI

Saya telah menjalani ujian pra SEGAK dan ujian bleep pada hari Sabtu 12 September 2020 manakala
ujian post pada hari Sabtu 7 November 2020. Merujuk kepada data yang telah dianalisis , berat badan
saya meningkat daripada 54 kg kepada 61 kg manakala ketinggian saya mengurang dengan ukuran
163 daripada 164 cm . Jumlah BMI saya ketika ujian post menunjukkan perubahan pada ujian pra
segak ialah 19.8 manakala ujian post saya peroleh 23.0. Hal ini kerana berat badan saya meningkat
dan ketinggian mengurang. Oleh itu , saya harus mengamalkan pengambilan makanan yang
bersesuaian dengan keperluan tenaga harian dan tahap aktiviti fizikal saya. Saya juga mengurangkan
makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan yang
mengandungi lemak haiwan. Bagi meninggikan ketinggian badan saya mestilah mengambil tidur yang
cukup untuk proses tumbesaran.

1
2.2 Ujian Naik Turun Bangku

Daripada analisis data ujian individu , ujian post naik turun bangku saya telah mencatat kiraan nadi
sebanyak 113 berbanding ujian pra iaitu sebanyak 103 dalam kiraan masa seminit Hal ini dapat
ditafsirkan kadar denyutan nadi tidak begitu stabil. Oleh itu , saya mengamalkan aktiviti yoga untuk
menstabilkan kadar denyutan nadi.

2.3 Ujian Tekan Tubi

Seterusnya bagi ujian tekan tubi pula, jumlah catatan saya meningkat berbanding dengan ujian pra
iaitu 3 dengan ujian post iaitu 18. Hal ini telah menunjukkan bahawa saya dapat menstabilkan daya
tahan dan kekuatan otot ini dengan melakukan beberapa senaman. Saya juga boleh meningkatkan lagi
jumlah tekan tubi dengan mempraktis untuk menetapkan masa yang diambil untuk melaksanakan had
bilangan ulangan.

2.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa

Justeru , ujian ringkuk tubi separa pula saya mempunyai penurunan daripada 25 kepada 17. Hal ini
kerana , otot abdomen saya semakin lemah . Oleh itu , saya menjalankan aktiviti fizikal seperti mendaki
gunung untuk menstabilkan stamina otot saya.

2.5 Ujian Jangkauan Melunjur

Di samping itu , ujian jangkauan melunjur yang saya telah dilaksanakan mendapat jumlah catatan yang
kurang dari ujian pra. Ujian pra saya dapat mencapai 30 cm manakala dalam ujian post saya hanya
mencapai 29 cm .Bagi meningkatkan jumlah catatan ujian jangkauan melunjur , saya perlu berlatih
regangan statik dan balistik untuk meningkatkan fleksibiliti badan saya.

3.0 Rumusan

Konklusinya , senaman amat penting untuk mengekalkan regangan dan tegangan otot. Senaman juga
memberi pelbagai banyak manfaat terhadap seseorang individu seperti, mempercepatkan pemulihan
dari penyakit dan tekanan mental , mengawal tekanan darah, memperbaiki keupayaan mengawal paras
glukosa dalam darah serta melambatkan osteoprosis. Oleh hal yang demikian , saya berusaha untuk
mengamalkan aktiviti senaman sebagai rutin untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

You might also like