You are on page 1of 11

Isu Alam Sekitar

Menurut deklarasi, alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup.
Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan
dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor
kimia . Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan
keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.Pengaruh manusia ke atas alam
sekitar berlaku dari masa ke masa. Namun yang jelas ialah manusia telah mengannu
ekosistem dunia ini secara yang jelas sejak 50 tahun yang siam. Dalam perspektif yang
lain , manusia telah mencipta masalah – masalah alam sekitar seperti penghapusan sumber-
sumber semula jadi , melakukan pencemaran dan kerosakan terhadap sumber air , tanah ,
udara serta mewujudkan masalah pemanasan global dan perubahan cuaca . Pencemaran –
pencemaran sebegini boleh menjejaskan persekitaran dan keseimbangan alam.

Antara punca pencemaran manusia yang essensial ialah kerana penggunaan tenaga oleh
untuk meneruskan kehidupan. Berdasarkan statistik , 86 % penggunaan tenaga dunia
datangnya daripada tenaga fosil. Tenaga fosil terbahagi kepada dua bentuk iaitu petroleum
dan gas asli.Kebanyakan pencemaran- pencemaran berpunca daripada penggunaan tenaga
oleh manusia secara langsung. Sumber tenaga manusia lain dalah tenaga hidro. Air
daripada takungan digunakan sebagai kuasa dan tenaga untuk memutarkan turbin dalam
empangan. Kaedah ini dikatakan kurang menjejaskan alam sekitar berbanding dengan
tenaga fosil. Nmaun pembinaan empangan hidro turut memusnahkan ekologi kerana hutan –
hutan terpaksa dimusnahkan untuk membina kawasan takungan air yang luas. Hidupan
terjejas kerana habitat semula jadi telah terjejas. Tamsilnya , spesies ikan yang tidak dapat
berenang ke hilir untuk tujuan pembiakan . Hal ini , hidupan akuatik dapat menghadapi
kepupusan spesies.Sumber tenaga yang alternative iaitu tenaga nukleur merupakan salah
satu tenaga yang bahaya untuk alam sekitar. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh
didapati sebanyak 5.9% tenaga nukleur dapat mendatangkan pencemaran radioaktif.
Contohnya loji – loji tenaga nukleur berhadapan dengan ancaman gempa bumi seperti yang
berlaku di Jepun pada tahun 2011.Menurut (Mooney, et , el , 2011) , hanya 1 % sahaja
merupakan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga dari solar ,
tenaga dari angina dan tenaga bio mas.
Seterusnya , bekalan air di dunia yang makin berkurangan boleh menjejaskan kesejahteraan
alam sekitar.Krisis air ini merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan
manusia sejak tahun 1970-an hingga masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah
ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan
pencemaran air. Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan krisis air. Kegiatan
industrialisasi juga telah berkembang yang menyebabkan permintaan terhadap bekalan air
makin bertambah.Hal ini mengakibatkan 50 buah negara berhadapan dengan masalah
bekalan air yang teruk menjelang tahun 2030 dan hamper separuh penduduk dunia akan
berhadapan dengan masalah kekurangan air. Krisis air ini berlaku di Chennai, India pada
tahun 2019.

Gambar 1 ini menunjukkan beberapa wanita mengambil air dari tasik yang kering akibat
kemarau dari artikel yang disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 , 8:59 AM)
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 , pencemaran air didefinisikan sebagai perubahan
yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan
memberi kesan kepada manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku dari segi
biologi,kimia, dan fizik. Bahan pencemaran berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair
dan pepejal. Pencemaran banyak berlaku di sungai, laut dan lain-lain tempat berair.
Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera tumbuhan dan organisma yang hidup di
dalam jasad air tersebut, serta organisma dan tumbuhan yang mungkin terdedah kepada
airnya. Kesannya boleh merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu, tetapi juga
kepada komuniti biologi semula jadi.

Sering diperkatakan bahawa dua per tiga daripada buana ini dipenuhi dengan air tetapi
kebanyakannya tidak sesuai untuk kegunaan manusia. Kebanyakan air tawar berada dalam
bentuk glasier dan icecaps. Dengann simpanan air yang makin berkurangan, pencemaran
terhadap air tawar tidak dapat digunakan oleh umat manusia.Sebagai contohnya , menurut
(Palmer , 2007 ) krisis Laut Aral bermula apabila beberapa batang sungai dialihkan kepada
tujuan pertanian . Hal ini menyebabkan jumlah air makin berkurang dan Laut Aral mula
tercemar dan menghadapi pelbagai masalah pencemaran.

. Gambar 2 ini menunjukkan sisi Timur Laut Aral yang mengering


Antara kesan pencemaran air ialah akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air
yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya
yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi
kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf.
Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti
disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang
boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan
kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati
disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran
air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan
hidupan laut. Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah
menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila
fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan
tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan
menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

Selain itu , hutan di dunia juga makin berkurangan akibat pelbagai aktiviti manusia.
Permintaan terhadap tanah , bahan bakar dan bahan mentah telah menyebabkan hutan.
Penebangan hutan, pembersihan, atau pemotongan ialah penghapusan hutan atau
pendirian pokok dari tanah yang kemudian ditukar kepada penggunaan bukan hutan
Berdasarkan statistik dianggarkan dalam masa 8000 tahun , separuh daripada hutan dunia
telah hilang. Penghapusan hutan juga menyambung kepda satu masalah besar yanglain
iaitu , desertification bermaksud kawasan – kawasan biasa telah berubah menjadi gurun-
gurun pasir.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada penebangan hutan ialah aktiviti
pembangunan.Pembinaan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang tinggi
menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa ditebang.Kepesatan industri pelancongan
turut menyumbang kepada kemusnahan hutan. Pembukaan tempat pelancongan baru
memerlukan banyak bangunan didirikan. Ini termasuklah pembinaan prasarana seperti jalan
raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar.
Pembangunan yang terlalu mendadak dan tidak terancang di kawasan pelancongan akan
memusnahkan ekosistem kawasam tersebut. Aktiviti pembalakan haram juga semakin
berleluasa sejak kebelakangan ini. Aktiviti ini dijalankan secara tidak terancang dan salah di
sisi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan sumber kayu-kayan untuk mengaut
keuntungan dengan jalan mudah.Hal-hal sebeginilah yang akan menyebabkan kepupusan
flora dan haiwan-haiwan kehilangan habitat mereka.

Faktor lain yang menjadi penyumbang kepada penebangan hutan ialah aktiviti pembinaan
jalan raya. Aktiviti ini memerlukan proses penerokaan hutan dan sudah tentu akan
melibatkan aktiviti penebangan hutan. Hal inilah yang akan menyebabkan kejadian tanah
runtuh. Kejadian ini berlaku kerana struktur tanah longgar dan tidak stabil ekoran daripada
kehilangan cengkaman akar pokok. Fungsi akar pokok adalah untuk meneguhkan kestabilan
struktur tanah. Oleh itu,apabila banyak pokok yang ditebang,struktur tanah menjadi tidak
stabil dan akan membawa kepada kejadian tanah runtuh. Hal ini akan menyebabkan
kawasan tadahan hujan dan tempat menyerap serta menapis air hujan sebelum disalurkan
ke sungai musnah.

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling
besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena
pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi
kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil
langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara
China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di
negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan
pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan
sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang
menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan
melalui eksos kenderaan , industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan
pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah
tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang tidak di
perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air
akan menghasilkanasid sulfurik.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem
pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar
kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-
gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk,
penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas.. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti
mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu
juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut
dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan
kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan
akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan
meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi
tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan
ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.


Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami
keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia
berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan.
Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar
diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita .Bahan bahan
pencemar seperti CFC (klorofloro karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita
menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan
ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan
karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan
bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Sebagai analoginya , gambar 3 ini menunjukkan tragedi terkini yang berlaku adalah Sydney
mengalami pencemaran udara akibat kebakaran hutan pada 2019.

Sebagai konkritnya , dalam kerancakan manusia mengejar kemajuan alaf milenium kini,
nilai-nilai material semakin memberkas dalam masyarakat madani sehingga menyongsong
kewarasan akal dan kemurnian nilai-nilai integriti. Kemajuan yang berorientasikan
keuntungan semata-mata seakan-akan mengikis sehingga tandusnya pertimbangan
manusia terhadap alam sekitar yang menjadi warisan yang tidak ternilai harganya kepada
anak watan penggerak masa hadapan. Di Malaysia, kerajaan telah mengimplementasikan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah,
menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada
pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran
masih berlaku secara berleluasa.T erdapat pelbagai kesan yang dihadapi oleh Malaysia.

Antaranya ialah , pada 2008 , negeri Sarawak mengalami kehilangan hutan . Hal ini kerana ,
mereka menghapuskan hutan untuk membina empangan untuk kegunaan masyarakat.
Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan. Seperti di
Bakun memberikan kesan yang ketara dan dapat di lihat dengan jelas.Contoh yang paling
ketara adalah Empangan Bakun telah memusnahkan habitat semulajadi Hal ini , Vagitatif
ekosistem termusnah dan seterusnya memberikan kesan kepada hidupan. Habitat
semulajadi terganggu dan menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru
ataupun terus pupus bagi kawasan tersebut. Pembinaan empangan menyebabkan aliran air
sungai di kawasan hilir menjadi perlahan. Aliran yang perlahan ini menyebabkan
kemasukkan air masin secara perlahan-lahan dalam jangka masa tertentu. Hal ini
menyebabkan ekosistem akuatik menjadi tidak seimbang terutama di kawasan zon air tawar.

.
Gambar 4 ini menunjukkan pembinaan Empangan Bakun menyebabkan kehilangan
hutan.

Sehubungan dengan itu , penerokaan hutan bagi pertanian , pembinaan di Cameron


Highlands, Pahang mengalami tanah runtuh.Menurut artikel yang disiarkan dalam berita
harian pada Jumaat, 23 Oktober 2020, 12:22am dinyatakan bahawa, pembangunan tidak
terkawal di kawasan cerun atas nama pembangunan di kawasan Cameron Highlands
menjadi penyebab utama kejadian tanah runtuh yang sering dilaporkan sejak kebelakangan
ini di kawasan peranginan tanah tinggi itu.

Selain aktiviti pembangunan, kesan penerokaan tanah tidak terkawal tanpa mengambil kira
impak terhadap alam sekitar juga menjadi antara punca beberapa kejadian tanah runtuh
berlaku di kawasan tanaman sayur, malah ada antara kejadian turut mengakibatkan
kehilangan nyawa
Gambar 5 ini menunjukkan tanah runtuh, pokok tumbang di Jalan Pahang-Cameron
Highlands.

Jika ditinjau dari aspek isu alam sekitar pula Malaysia mengalami kesan dari segi
pencemaran air.Tamsilnya , pada 7 Mac 2019 , Sungai Kim Kim, Pasir Gudang mengalami
pencemaran air akibat bahan buangan kimia dari kilang-kilang.

Gambar 6 ini menunjukkan pencemaran air di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang dan para
sukarelawan membersih sungai tersebut.
Justeru , gangguan bekalan air Selangor ialah krisis bekalan air yang berlaku pada 3
September 2020, berpunca daripada pencemaran bau daripada kilang haram yang
menyebabkan lebih daripada 1 juta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur terjejas. Ia
berlarutan selama 4 hari bermula 4 hingga 9 September 2020. Insiden ini bermula apabila
sebuah kilang penyelenggaraan jentera berat di kawasan perindustrian Sungai Gong yang
dipercayai beroperasi secara haram sejak 2014. Krisis air ini juga meyebabkan ekonomi
negara terjejas.

Artikel berita ini disiarkan pada 11 November 2014 dalam Akhbar Berita Harian tentang
krisis air di Selangor menjejaskan ekonomi negara.

Sebagai penutup wacana , Malaysia telah menghadapi banyak kesan atmosfera dari isu- isu
alam sekitar .Walau bagaimana pun , Malaysia sering berusaha untuk menyelesaikan isu-
isu alam sekitar tersebut dengan lebih efisien Jika setiap pihak mengambil langkah sederap
ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi.
Kupasan demi kupasan berkaitan punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini
harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar belenggu yang merantai
permasalahan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, udara, tanah dan
sebagainya ini dapat dirungkai dan diselesaikan hingga ke akar cerucuknya supaya
menjamin kesejahteraan flora dan fauna dan demi keharmonian negara.
SENARAI RUJUKAN

 Mohd Ashraf Ibrahim,Mohd .Aris Othman,Siti Fatihah Abdullah , Chin Kuang Tiu ,
Norazian Ismail (2005),Cabaran dan Isu Semasa Dunia, Malaysia , Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd

 Fareez Azman , Mac 15, 2019 ,Bencana Kim Kim: Kawasan tercemar sisa kimia
dibersihkan , https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bencana-kim-kim-kawasan-
tercemar-sisa-kimia-dibersihkan-201203

 Asliza Musa, 1 Oktober 2020,Tanah runtuh, pokok tumbang di Jalan Pahang-


Cameron Highlands, https://www.utusan.com.my/berita/2020/10/tanah-runtuh-pokok-
tumbang-di-jalan-pahang-cameron-highlands/

 Disember 5, 2019, Sydney alami pencemaran udara paling lama dalam rekod,
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/12/635546/sydney-alami-pencemaran-
udara-paling-lama-dalam-rekod

 Krisis air Chennai, https://www.hmetro.com.my/ekstra/2019/07/471264/krisis-air-


chennai

You might also like